Nuffnang

Khamis, 31 Januari 2013

Samseng Bermaharajalela Di Kuala Langat?


Jenjarom – Sidang media yang diadakan di sebuah restoran di sini gempar kerana salah seorang yang dijadualkan membuat pendedahan ekslusif berkaitan ADUN Teluk Datuk, Philip Tan Choon Swee tidak muncul-muncul.

Sidang media yang dijadualkan bermula jam 6 petang terpaksa ditangguhkan bagi mengesan individu yang didakwa bekas orang kanan Philip Tan.

Akhirnya, setelah menanti setengah jam, sidang media diteruskan tanpa kehadiran individu yang dikenali sebagai Ooi, yang merupakan bekas Setiausaha JKKK Kampung Jenjarom.

Yap Kon Min, yang mengetuai sidang media tersebut menyatakan bahawa Ooi telah menerima ugutan dari pihak yang tidak dikenali, dipercayai samseng, supaya tidak hadir dalam sidang media tersebut dan membuat sebarang kenyataan.

Ooi telah menghantar SMS dalam bahasa Mandarin kepada Yap yang berbunyi ‘Saya telah mendapat tekanan dari luar dan mungkin tidak hadir sidang media yang diaturkan’.

Ternyata kebijaksanaan berpolitik di Malaysia terutamanya dari kalangan parti pembangkang masih belum boleh dibanggakan. Ugut mengugut masih berleluasa. Teguran dianggap ancaman. Adakah PR bakal menjadi pilihan kita di PRU-13 kelak?

Buku Latihan Panaskan Philip Tan Choon Swee


Jenjarom - Hampir seminggu berlalu, sejak sidang media pertama yang berkaitan dengan pengedaran buku latihan, majalah dan baik-pulih jalan di DUN Teluk Datuk, oleh Yap Kon Min pada 26 Januari terhadap ADUN Telok Datuk, Philip Tan Choon Swee, masih belum mendapat jawapan yang memuaskan.

Buku latihan sebanyak 13 ribu naskah yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah program Hasil Negeri Untuk Rakyat pada tahun 2011 masih belum habis diedarkan kepada pelajar sekolah terutamanya kepada keluarga yang berpendapatan rendah.

Sepatutnya dengan jumlah sebanyak itu, pengedaran boleh dibuat hanya dalam masa yang singkat sahaja. Kini setelah 2 tahun berlalu, masih ada lagi buku latihan yang belum diedarkan kepada pelajar yang layak.

Malah Philip Tan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada 30 Januari, mendakwa sidang media yang diketuai oleh bekas ahli DAP Cawangan Serdang Baru itu adalah fitnah semata-mata.

Philip juga telah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Yap dan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Hari ini pula (31 Januari) Yap bersama rakan-rakannya terus membuat tekanan terhadap Philip Tan dengan mengadakan sidang media sekali lagi. Mereka mendakwa ianya umpama sesi pertanyaan sebagai rakyat kepada pemimpin.
Yap merasa pelik pertanyaan yang diajukan dibalas dengan laporan polis dan mereka pula yang disiasat. Sedangkan Philip Tan yang sepatutnya disiasat atas dakwaan penyelewengan yang dilakukan.

Persoalan besar yang bermain di minda Yap bersama rakan-rakannya adalah kenapa perlu buku latihan disimpan di pejabat Philip Tan dan tidak diedarkan?

DAP Ingin Guna Anak Raja Untuk Hapuskan Institusi Raja?


Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?

Karpal Pun Ingat Hari Jadi Nik Aziz, Azizan Boleh Lupa?




28 Januari lalu, Nik Aziz dilaporkan menghadiri perayaan Thaipusam di Pulau Pinang anjuran Pakatan Rakyat. Acara tersebut disertai oleh antara lain, ialah Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pada petangnya pula, Nik Aziz telah mengunjungi Karpal Singh di kediamannya dan satu sambutan Hari Jadi Nik Aziz telah diadakan di situ, siap dengan kek yang mempunyai lambang ketiga-tiga parti sekutu PR.

Harakahdaily melaporkan bahawa kunjungan tersebut disambut dengan gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat sehingga menitiskan air mata. Begitulah gembiranya mereka melihat persahabatan seorang yang bergelar Mursyidul Am dengan seorang penentang Islam tegar yang sebegitu erat, akrab dan bersatu hati dalam ‘berjihad’ untuk menakluki Putrajaya.  

Tidak salah jika dikatakan yang kegembiraan yang dirasakan mereka adalah sama dengan kegembiraan para pembaca Malaysiakini yang ‘menyambut meriah’ pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura melalui komen-komen mereka.

Untuk pengetahuan semua, tarikh lahir Nik Aziz adalah 10 Januari 1931. Kita tidak pasti sama ada Karpal yang telah bersedia untuk menyambut Hari Jadi Nik Aziz di rumahnya ataupun pihak Nik Aziz yang telah merancang terlebih dahulu.

Jika pihak Nik Aziz yang merancangnya, tentulah pelik kerana dalam lawatan ke utara itu, beliau dilaporkan turut mengunjungi kediaman Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak pada 27 Januari. Oleh itu, beliau boleh saja menyambut Hari Jadinya di rumah Azizan dan bukannya di rumah Karpal.

Mungkin, tidak seperti Karpal, Azizan terlupakan tarikh hari jadi Nik Aziz. Sebagaimana kita tahu, menyambut hari jadi yang menjadi budaya ‘Mat Saleh’ bukanlah amalan biasa bagi puak-puak PAS. Oleh itu, kita tidak hairan jika Azizan atau Nik Aziz sendiri tidak pernah mengingati tarikh lahir anak-anak mereka dan juga isteri mereka, jauh sekali menyambutnya. Selain itu, PAS juga terkenal dengan sikap ‘chauvinis’ lelaki zaman dahulu yang tidak mesra dengan keluarga dan PAS masih lagi kekal begitu, walaupun pendirian parti telah berubah serta perlembagaan kafir sudah menjadi Islam.

Justeru, puak-puak PAS pun begitu terharu bila Karpal Singh mengingati tarikh lahir Tok Guru dan bersusah-payah meraikannya. Mungkin ini pertama kali mereka memahami erti ‘penghargaan’ dari orang lain secara peribadi. Tok Guru pastinya percaya bahawa inilah makna persahabatan sejati.

Jika begini caranya Karpal menghargai persahabatan, tidak hairanlah jika Nik Aziz lebih menghargai arahan DAP dari kehendak akar umbi PAS mahupun tuntutan Al-Quran sendiri. Memandangkan sikap Melayu itu amat berhemah dan mengenang budi, Tok Guru tentulah akan merasa lebih ‘malu-alah’ lagi untuk menentang apa-apa pendapat atau arahan Karpal selepas ini.

Menyorot sejarah PAS di zaman pra-persahabatan dengan DAP, parti ini mengambil pendekatan ekstrem dan amat terkenal dengan sifat memusuhi bukan Islam. Malah, Amanat Hadi yang masih menjadi kontroversi itu juga adalah bertitik-tolak dari permusuhan terhadap bukan Islam. Pada ketika itu, telah menjadi fahaman ahli PAS bahawa terdapat satu undang-undang tidak bertulis yang perlu dipatuhi iaitu jangan sekali-kali mengundi bukan Islam walaupun sebagai wakil rakyat. Ini menjadi faktor utama UMNO ditentang atas alasan bekerjasama dengan MCA dan MIC. 

Seperti yang disebut tadi, ini semua cerita lama, iaitu cerita PAS di zaman pra-persahabatan dengan DAP. PAS kini, sudah berubah dan sudah jauh lebih terbuka berbanding UMNO sendiri.

Hari ini, UMNO sanggup mati mempertahankan agama dan bangsa, tetapi PAS pula sanggup mati dari meninggalkan DAP. Bagi PAS, biarlah Hasan Ali mati, biar Nasharuddin dibuang asalkan DAP sayang. Orang seperti Hasan dan Nasha tidak tahu menghargai Tok Guru dan tak pernah pun beli kek hari Jadi untuk Tok Guru, bukan macam Karpal Singh.

Lagipun, Karpal hanya sanggup mati menentang Islam, bukan menentang Tok Guru, bukan begitu?

Rabu, 30 Januari 2013

DAP Sasar Pecahkan Institusi Raja-Raja Melayu





Pembangkang semakin terdesak sehingga DAP terpaksa memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyertai parti itu.

DAP tahu bahawa raja-raja Melayu merupakan payung kepada kedaulatan bangsa ini dan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu samada dalam ruang lingkup sosial, budaya mahupun politik.

Orang Melayu dan raja-raja Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu.

Jika berlaku tembok pemisahan maka runtuhlah institusi itu dan malaplah masa depan bangsa Melayu.

Oleh itu 'menjaring' seorang anak raja yang muda dan idealis seperti Tunku Zain Al-'Abidin untuk menggangotai sebuah parti rasis dan perkauman seperti DAP boleh dianggap tangkapan besar atau 'slam dunk' dalam bahasa permainan bola jaring.

Inilah sebenarnya strategi DAP untuk menyucikan parti itu daripada stigma anti-Melayu dan anti-Islam yang telah melekat kepada tubuh badannya sejak ditubuhkan. 

Apatah lagi jika ia berjaya memikat hati seorang anak raja untuk berdiri di atas landasan perjuangan 'Malaysian Malaysia'nya maka DAP akan mendapat pengabsahan paling besar untuk menyakinkan orang Melayu menyertai parti itu.

DAP cuba strategi yang sama terhadap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, seorang kerabat diraja Kedah dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia namun gagal.

Sejurus menerima keahlian Tunku Aziz, beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi mewakili kaum Melayu dalam parti itu dan kemudiannya digula-gulakan lagi dengan lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Sebagai seorang yang bijaksana Tunku Aziz bukanlah seorang anak Melayu berdarah raja yang mudah diperbodohkan seperti mana yang diperlakukan oleh penasihat-penasihat Inggeris kepada raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka.

Sebelum terjerat lebih jauh dalam perangkap DAP, Tunku Aziz telah pun dapat menghidu penipuan dan kepalsuan parti rasis itu apabila bercakap mengenai soal orang Melayu dan Islam.

Bagi beliau, orang Melayu dalam DAP hanyalah tunggangan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Karpal Singh.

DAP tidak pernah memperjuangkan nasib Melayu dan tidak akan berbuat demikian untuk selama ia wujud sebagai sebuah parti politik.

Wadah perjuangannya hanya untuk kepentingan kaum Cina semata-mata dengan tidak mempedulikan hakikat bahawa bumi yang mereka pijak adalah tanah air orang Melayu.

Walaupun Tunku Aziz meninggalkan DAP, namun Guan Eng menggunakan kaedah rasuah politik untuk mengekalkannya dalam parti itu dengan menawarkan Pengerusi Institut Pulau Pinang dengan gaji lima angka.

Semuanya ditolak mentah-mentah oleh beliau kerana selama ini DAP yang kononnys diyakini sebagai parti berbilang bangsa sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup satu perjuangan yang ekstrem kepada perkauman Cina.

Penolakan orang Melayu terhadap perjuangannya tidak mematah semangat pemimpin DAP, dan ia sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu.

DAP sanggup memanipulasi keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk meletakkan seorang 'Melayu celup' menjadi wakil tunggal Melayu walaupun sebelumnya semua calon Melayu kalah teruk.

Kini pandangan mereka beralih untuk memecah belahkan institusi yang memayungi orang Melayu apabila usaha mereka untuk meretakkan bangsa Melayu sudah gagal.

DAP berharap jika seorang anak raja boleh diyakinkan untuk bertanding pada PRU13 nanti atas tiket parti itu, sudah tentu ramai orang Melayu akan terpengaruh.

Mungkin DAP berfikir strategi mereka untuk menjadikan institusi raja-raja Melayu seperti keldai mereka seperti mana yang dilakukan kepada Pas, mereka amat silap besar.

Jika orang Melayu mampu menyedarkan raja-raja Melayu supaya tidak menurunkan tandatangan mereka bagi perjanjian untuk mewujud serta mengabsahkan Malayan Union pada 1948, sudah tentu untuk menentang perancangan licik DAP tidak menjadi masalah besar.

Mungkin Tunku Zainal Al-'Abidin sebagai seorang anak raja yang muda dan bersemangat perlu menelusuri dan mempelajari dengan lebih mendalam perihal sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dengan penuh kesedaran serta perasaan prihatin.

Jangan terjebak dengan permainan silap mata politik DAP yang secara luaran amat menarik hati dengan segala idealisme yang mengasyikkan jiwa dan kalbu sehingga akhirnya tersedar bahawa diri telah tertipu.

Kenyataan Akhbar Tunku Zain



KENYATAAN akhbar oleh Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz berhubung kenyataan oleh (bekas Naib Pengerusi DAP) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan (Pengerusi DAP Negeri Sembilan), Anthony Loke.

Saya akan menulis sepenuhnya mengenai kenyataan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Anthony Loke dalam kolum biasa saya pada Jumaat ini.

Namun terdapat beberapa perkara yang akan saya ulas dahulu sebagaimana berikut:

Adalah malang sekali apabila perbincangan peribadi kini menjadi topik perbualan umum. Ahli politik seharusnya mampu berhubung dan berkomunikasi dengan semua lapisan warga Malaysia dalam apa jua situasi termasuk perbincangan sulit asalkan masih di dalam batasan perundangan negara. Saya amat berterima kasih kepada Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi untuk tweetnya : “klu tidak terima, kita senyap jer. Hormatilah privasinya. Macam meminang tak jadi, tak perlu heboh.”

Namun begitu, nasi telah menjadi bubur. Oleh kerana perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat. Memandangkan ia adalah perbincangan tidak rasmi, maka tiada minit perbincangan dicatatkan. Ingin saya nyatakan di sini, bahawa saya juga pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain.

Sebagaimana penulisan saya sejak lima tahun kebelakangan ini, saya amat menghormati dan mengkagumi ahli politik tanpa mengira kepartian yang berprinsip dan berkerja keras. Namun, pada pandangan saya tiada satupun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti.

Ada yang memperkatakan bahawa tidak wajar untuk putera Raja melibatkan diri di dalam parti politik. Namun, terdapat lima orang putera Raja yang telahpun berbuat demikian iaitu:

a) YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah dari Kedah (Ahli Parlimen Kuala Muda 1955-1970 dan Perdana Menteri 1957-1970; Umno dan Semangat 46)

b) YAM Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan (Ahli Parlimen Rawang 1964-1974; Umno)

c) YAM Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah dari Terengganu (Adun Ajil 1990-1995; Semangat 46 dan Pas)

d) YAM Tengku Datuk Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar of Pahang (Ahli Parlimen Jerantut 1999-kini dan Timbalan Menteri Pengangkutan 1999-2008; Semangat 46 dan Umno)

e) YAM Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail ibni Syed Putra Jamalullail dari Perlis (Ahli Parlimen Arau 2004-2008 dan Adun Pauh 2008-kini; Umno).

Masyarakat sivil di Malaysia telah berkembang secara signifikannya beberapa tahun kebelakangan ini dan saya sendiri memang telah bergiat aktif di dalam persekitaran sebegini lama sebelum Ayahanda saya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11. Di dalam ruang sebeginilah saya berhasrat untuk terus menyumbang bakti terutamanya menerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) dan juga beberapa yayasan lain yang saya berkhidmat.


Dipetik dari : Sinar Harian

Selasa, 29 Januari 2013

Kebijaksanaan Dr. Mahathir : Mengambil Semula Carcosa Seri Negara


Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, yAmerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh manusia seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.



Dipetik dari FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

Zairil Cina?


Saya telah mendedahkan serba sedikit siapa Zairil Khir Johari bin Abdullah disini.

Saya percaya dengan pendedahan tersebut ia akan membuka minda kita dan mewajarkan kita melihat siapa DAP sebenarnya.

Kali ini saya tambah sedikit malumat yang baru diperoleh berkaitan asal-usul Zairil Khir Johari bin Abdullah ini. Sila baca dengan minda terbuka.

Zairil Khir Johari bin Abdullah @ Christopher Ross Lim adalah anak kepada Howard Lim (warga Singapura) & Christine Lim (warga Malaysia). Christopher Ross Lim kemudian ditukar nama kepada Zairil Khir Johari bin Abdullah (lahir pada 17/10/82) di Hawaii. Masa jadi anak angkat Tan Sri Khir Johari statusnya 'Bukan Warganegara' tercatit dalam dokumen daftar anak angkat.

Bagaimanakah seorang yang bukan warganegara & bukan Melayu dilantik Lim Guan Eng untuk mewakili kaum Melayu?

Jawapannya : Kerana Dia Berketurunan 'LIM'

Isnin, 28 Januari 2013

Pembangkang Mahu Ibrahim Ali Dipenjarakan Kerana Pertahan Islam



Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.

Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.

Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.

Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.

Persoalannya kenapa selepas PRU-12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?

Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama? 

Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak.

Sharifah Zohra Jabeen Lagi...


Baru-baru ini Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen telah ditemuramah oleh sebuah radio dalam talian iaitu MySuara FM.

Sesi temuramah itu adalah berkaitan dengan isu hangat yang dikaitkan dengan diri beliau yang amat sinonim dengan 'Listen, listen, listen'. Peperangan mulut beliau yang ketika itu pengerusi panel sebuah forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan KS Bawani telah membawa beliau ke sebuah dimensi yang amat berbeza dari sebelum ini.

Untuk mengikuti transkrip temuramah Klik Sini

Ahad, 27 Januari 2013

Guan Eng Harus Dipersalahkan Jika Kitab Bible Dibakar



Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.

Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang. Dasar hipokrit betul.

Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang, lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka.

Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama.

PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible, pelik bin ajaib betul. Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya.

Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya, lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah s.w.t untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012, perkara sebegini tidak akan timbul langsung.

Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat.

Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah s.w.t kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.

Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.

Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya, bukan begitu?

"Serangan Subuh"


Siapa kenal dia? Nama beliau ialah Margaret Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.

Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh". Pada September 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.

Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.

Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.

Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang-undang ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.


Sabtu, 26 Januari 2013

Kad Prestasi Najib & Anwar Didedah

Setelah sekian lama kita bermain persepsi, kini didedahkan Kad Prestasi 2 orang individu yang amat mendapat perhatian dalam arena politik tanah air dewasa ini.

Anda sebagai pembaca nilai dan buatlah keputusan yang terbaik ketika PRU-13 kelak.





Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, Najib Bakal Damaikan Fatah-Hamas



Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati. Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.  

Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak. Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.  

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada. Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato’ Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012. Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.

Kejayaan tersebut membawa Dato’ Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan. Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.  

Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah. Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.  

Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004. Punca konflik ini juga begitu ‘klasik’ atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan. Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.  

Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.  

Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya. Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama. Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.  

Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah.  

Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato’ Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu. Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.  

Ini kerana, Dato’ Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai. Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.  

Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi ‘ugutan’ pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur. Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.     

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis ‘serangan’ pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato’ Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut ‘menepis’ hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.

Kajian UMCEDEL: Kenapa Cina Lebih Suka Anwar Jadi PM?



Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden. Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 - 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.  

Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi. Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.  

Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka. Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan  sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama.  

Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.   

Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman. Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.  

Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya. Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat.  

Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.  

Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu. Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.  

Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu. PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP. Itu saja.  

Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan.  

Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam. Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka. Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang.  

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja.  

Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.   

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya. Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.  

Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.

Jumaat, 25 Januari 2013

Harakahdaily Nafi Pertahan Kalimah Allah



Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.    

Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP.   Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.  Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.  

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian.    Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.  

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.  

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”.   Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.    

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.  

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya?   Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan?   Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?  

Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS.  Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP.    Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.   

Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN)  sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.  

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.  

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.  

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.   

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.   

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.  

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?

LGBT: Adakah Ini Hanya Masalah Bagi Umat Islam/Malaysia?



Dunia kini kian berubah. Walaubagaimanapun, penulis rasakan bahawa tiada siapa pun yang tahu akan faktor yang mengubah dunia kita. Ada yang mengatakan bahawa segalanya adalah lebih baik berbanding dahulu - dengan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia.

Dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka bimbang akan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia, akan menjejaskan nilai-nilai keagamaan, budaya dan juga keluarga.

Antara perkara yang menjadi faktor kepada perubahan dunia kini adalah psikologi. Istilah Islamphobia (fobia kepada agama Islam) sebagai contohnya, telah berubah daripada fobia kepada perasaan marah, dan ianya telah menyebabkan masyarakat berfikir bahawa apa jua perkara yang mempunyai kaitan dengan Islam, adalah konservatif dan sesuatu yang salah. 
Namun, sedar atau tidak, agama yang mempunyai sejarah yang hampir sama seperti Islam adalah agama Kristian (Nabi). Walaupun sama, namun kisah di sebalik sejarah tersebut adalah jauh antara satu sama lain. Bagi subjek ketuhanan, Islam mengagungkan Allah SWT sebagai tuhan yang satu, dan Nabi Isa hanyalah seorang Nabi. Bagi Kristian pula, Nabi Isa dianggap sebagai tuhan atau anak kepada tuhan.

Apa pun persamaan yang terdapat pada kedua-dua agama ini, semuanya kini menjadi semakin kabur kerana kitab Bible telah diolah beberapa kali, manakala Al-Quran kekal sama sejak dari hari ianya diutuskan. 

Walaubagaimanapun, kedua-dua Umat Islam dan juga Kristian kini sering menyampaikan dakwah antara satu sama lain yang boleh dilihat melalui laman rangkaian sosial - yang sering dapat dilihat di Malaysia. Penulis dapat lihat bagaimana kebanyakan umat Islam menggalakkan masyarakat supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Namun, 'kaum Kristian yang baik' pula sering mengajak masyarakat supaya melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang tertulis di dalam Bible. Kebanyakan Kristian kini sering memperjuangkan liberalisme dan hampir kesemuanya menyokong LGBT dan pada masa yang sama, mengutuk umat Islam kerana segala tentangan yang diberikan terhadap kumpulan tersebut.

Namun, perkara ini hanya mungkin berkaitan dengan Kristian di Malaysia sahaja kerana penulis rasakan bahawa kaum LGBT tidak diterima oleh mana-mana agama, bukan Islam sahaja.

Gereja Katolik,  Gereja Presbyterian, Gereja United Methodist, Southern Baptist Convention,  Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, National Association of Evangelicals, dan American Baptist Churches USA turut membantah terhadap perkahwinan sejenis.
Pada 31 Julai 2003, kenyataan dari Congregation for the Doctrine of the Faith yang diluluskan oleh Paus John Paul II, menyatakan bahawa "perkahwinan adalah sesuatu yang diciptakan oleh tuhan dengan ciri-ciri tersendiri dan sebab. Tiada ideologi yang boleh mengelirukan mana-mana pihak bahawa perkahwinan adalah sentiasa melibatkan antara lelaki dan perempuan."

Jadi, penulis berasa pelik apabila rakyat Malaysia, pihak Kristian terutamanya, menyokong kumpulan LGBT kerana tindakan tersebut bukan sahaja menunjukkan penentangan terhadap budaya timur, ia juga adalah sesuatu yang bertentangan dengan agama mereka sendiri. Rakyat seperti mereka berfikir bahawa penentangan tersebut adalah sesuatu yang konservatif dan bodoh, terutamanya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh badan-badan Islam terhadap perkara tersebut. 

LGBT tidak dilahirkan sebagai LGBT. Mereka kesemuanya berubah setelah 'mencuba' sama ada secara sukarela atau secara paksa. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan golongan LGBT sering mempunyai kenyataan seperti 'dirogol oleh rakan-rakan di kolej'. Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dilupakan begitu sahaja, dan itulah perkara yang mungkin mengubah seseorang untuk menjadi LGBT. Jadi, LGBT bukanlah sesuatu yang semulajadim ia hanyalah masalah psikologi yang boleh 'dirawat'.

Jika Islam dilihat sebagai agama yang mundur dan konservatif, Kristian Malaysia juga perlu mengaku bahawa agama mereka sebagai agama yang mundur dan konservatif, termasuklah setengah juta rakyat Perancis yang mengadakan demonstrasi anti-LGBT di negara tersebut pada 14 Januari. Pihak Vatican sendiri mengesahkan keberkesanan demonstrasi tersebut di laman sesawang mereka. Dan juga rakyat di Rusia yang mengadakan demonstrasi yang sama pada 22 Januari?

Adakah mereka sama bodoh seperti umat Islam di Malaysia?

Fakta terkini terhadap LGBT: 55 negara menentang LGBT, 93 menyokong, 27 enggan mengundi dan 17 tidak hadir untuk mengundi. Bagaimanapun, sehingga 12 September 2012, hanya 11 negara dari 194 negara di dunia membenarkan perkahwinan sejenis: Belanda (2000), Belgium (2003), Kanada (2005), Spain (2005), Afrika Selatan (2006), Norway (2009), Sweden (2009), Argentina (2010), Iceland (2010), dan Portugal (2010).

Adalah 194 negara tersebut bodoh?

Dan di Amerika, hanya 9 negeri daripada keseluruhan 50 negeri di negara tersebut membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah 39 negeri-negeri tersebut bodoh?

Pada April 2001, satu kajian yang diterbitkan oleh American Sociological Review berpendapat bahawa kanak-kanak yang membesar dengan LGBT sebagai ibu bapa mereka, lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam homoseksualiti. Pada tahun 1997, sebuah buku yang bertajuk Growing up in a Lesbian Family: Effects on Child Development, Fiona Tasker, PhD, dan Susan Golombok, PhD, mendapati bahawa 25% golongan remaja yang membesar bersama ibu dari golongan lesbian, telah terlibat dalam hubungan homoerotic berbanding dengan 0% remaja bagi mereka yang dibesarkan oleh ibu-ibu heterosexual.

Dan tidak perlu penulis ingatkan bahawa penyakit seperti HIV dan AIDS datang dari aktiviti homoseksual.

Allah SWT telah menciptakan alam lengkap dengan peraturan-peraturan semulajadi. Bulan sentiasa perlu mengelilingi bumi pada masa yang tepat, dan jantung perlu berdegup pada rentak yang sama untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Jika bumi berganjak walaupun 1mm, pasti dunia akan hancur. Dan juga bagi hubungan, peraturan alam telah menyatakan bahawa lelaki sentiasa akan berpasangan dengan perempuan, dan mereka pasti akan dikurniakan cahayamata yang akan memberikan lebih warna dalam kehidupan mereka. 
Allah SWT telah berjanji bahawa jika alam diubah walaupun sedikit, segalanya akan hancur. Membuat sesuatu yang tidak selari dengan peraturan alam hanyalah sesuatu yang bodoh. namun, mengutuk Islam kerana mengecam LGBT, hanyalah satu perbuatan munafik.

Khamis, 24 Januari 2013

Keberanian Najib, Kebaculan Nik Aziz



Kelmarin Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin.

Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.

Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempena PRU 13. Sama ada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.

Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.

Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.

Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang. 

Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.

Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.

PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.

Kalimah Allah Tak Perlu Kebenaran Tapi Nama ‘Penang’ Perlu Kelulusan Tokong?



Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu.  Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna.   Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.  

Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.   

Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya.   Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka?  

Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat menyalahgunakan nama ‘Rakyat’ dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka, seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat”?    ‘Rakyat’ dalam konteks PR hanya membawa satu maksud, iaitu  ‘rakyat Malaysia’ sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat.  Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja ‘rakyat’ yang terlibat.   

Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi, PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka.  Ini kerana, penyalahgunaan nama ‘rakyat’ boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.  

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini.   Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam, iaitu Kalimah Allah, untuk diguna di dalam kitab Kristian, kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.  

Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia, iaitu takutkan bayang-bayang sendiri, sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja.   Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini.    Jelaslah, bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.

Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain, maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci.  Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk ‘menghalau’ mereka?

Inilah dikatakan bahawa politik DAP adalah politik rasis.  Sikap rasis membawa rasa benci yang ekstrem.  Dan ekstremisme pula membawa kepada tindakan tidak rasional dan seterusnya, bodoh.    Hanya politikus yang bodoh sahaja yang dengan sengaja mencabar umat Islam dengan isu Kalimah Allah, terutama di ambang pilihanraya.   Kononnya ingin melihat umat Islam semakin berpecah, tetapi keangkuhannya menyebabkan beliau gagal mencongak kemungkinan yang sebaliknya, iaitu umat Islam semakin membuka mata dan mula bersatu.  

Oleh kerana Guan Eng langsung tidak menghormati kaum dan agama lain, maka beliau juga tidak berhak untuk menuntut penghormatan kepada diri, kaum dan agamanya.   Beliau menuntut kebebasan menghentam dan menyalahgunakan hak kaum dan agama lain maka beliau tidak berhak menentang perbuatan yang sama dilakukan ke atas dirinya.  

Apapun, beliau bernasib baik kerana masih ramai umat Islam negara ini yang waras dan bijak.  Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada Guan Eng jika sikap yang sama ditunjukkan di negara-negara Islam lain.    

Oleh itu, hari ini kita hanya menyaksikan bagaimana beberapa orang puak PAS telah berani memijak bendera DAP walaupun mereka masih terikat sebagai balaci DAP.   

Namun, hari esok belum tentu, jika Guan Eng meneruskan kebiadapan dan keangkuhan ini, mungkin kepalanya juga akan dipijak akhirnya.  

Justeru, eloklah Guan Eng belajar cara menghormati orang lain, yang mana nampaknya tidak pernah diajar oleh ibunya.   Skil menghormati orang adalah penting bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan berkesan atau untuk berpolitik, tetapi juga untuk keselamatan diri.   

Sekadar peringatan untuk Guan Eng, paranoia atau takutkan bayang-bayang sendiri adalah sebahagian dari masalah psikologi.  Cukuplah rakyat Pulau Pinang terpaksa bertahan dengan Ketua Menteri yang rasis, chauvinis, kiasu, bodoh, tidak telus dan tidak cekap, janganlah di tambah kekusutan ini dengan masalah psikologi lagi.  

Rabu, 23 Januari 2013

Isu Kalimah Allah: Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga


Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk. Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci. Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam. Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.   

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.   

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.   

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru. Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.   

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya. PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.  

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.  

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO.  Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO. Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.    

Jelas di sini bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi. Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.  

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu. Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.  

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi. Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka. Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.  

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR. Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua. Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.   

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah? Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?  

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah. Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah. Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.   

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.  

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat. Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.

Selasa, 22 Januari 2013

Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR. Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible. "Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian. Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul. Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka. Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui. Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula. Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja. Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri. Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

Bawani: Satu Lagi Agen PR Terkantoi

Bawani

Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu. Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu  Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi.

Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang.

Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal.

Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Tidak mengapa, itu hak Bawani.

Namun, rakyat sering memandang sinis terhadap PSM kerana PSM adalah dari Parti Komunis Malaya (PKM). Apabila pihak komunis mula berundur, PKM mula beroperasi melalui parti-parti politik, terutamanya, DAP, dimana rakyat dapat lihat pendirian mereka terhadap Hak Melayu, Institusi Diraja, Islam sebagai agama rasmi, dan sebagainya.

Pada 13 Mei 1969, puak komunis ini telah membuat serangan terhadap musuh mereka - kaum Melayu, kerajaan dan islam. Namun, tindakan mereka gagal. Kegagalan mereka telah membawa kepada pecahan parti tersebut kepada beberapa tempat seperti  Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan kesatuan pekerja.

Kemudian, pecahan-pecahan ini disatukan semula dan dikenali sebagai Parti Sosialis Malaysia. Bagaimanapun, pendaftaran parti ini tidak dibenarkan pada tahun 1998 oleh kerana kaitan mereka dengan komunisme. Jadi, mereka bertanding di bawah DAP bagi pilihanraya 1999, dan di bawah PKR pada pilihanraya 2004. Berjaya mengambil kesempatan akibat daripada kepimpinan yang lemah pada masa itu, PSM akhirnya berjaya bertanding secara rasmi di bawah nama parti itu sendiri pada tahun 2008.

Jadi, itulah Bawani. Segala apa yang dipersoalkan tentang Cuba, Argentina, Denmark, Finland, Sri Lanka dan Turki tentang pendidikan percuma hanyalah salah satu cara untuk memburuk-burukkan Malaysia. Kerana jika Bawani benar-benar tahu akan keadaan sebenar di negara-negara tersebut di mana rakyat terpaksa dikenakan cukai yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan percuma, dia tidak akan menimbulkan isu tersebut. 
Motif Bawani? Prejudis, Publisiti, Kebencian dan Kuasa. Mudah.

Dengan sikap prejudis dan kebencian yang membuak-buak, mungkin Bawani terlepas pandang akan hak eksklusif yang dapat dinikmati oleh kaumnya di negara ini, atau hak untuk berkongsi kuasa di kabinet, atau peluang untuk menguasai ekonomi lebih daripada kaum Melayu sendiri, dan juga cuti awam khas bagi perayaan agamanya, segalanya di Malaysia.