Kerajaan PR Selangor diminta mengkaji semula keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai sebahagian syarat untuk memasuki Universiti Selangor (Unisel).
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, pengiktirafan sedemikian dilihat tidak perlu diberikan oleh kerajaan negeri buat masa ini memandangkan sukatan pelajaran UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Pusat selain tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak menghalang usaha mahu memajukan bidang pendidikan untuk rakyat, namun perkara itu harus diselaraskan supaya selari dengan dasar pendidikan negara yang bermatlamatkan bukan hanya menyediakan keperluan tenaga manusia berilmu tetapi juga memastikan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum.
“Kita tertanya-tanya mengapa kerajaan negeri membuat pengumuman untuk mengiktiraf UEC sedangkan Kerajaan Pusat difahamkan tidak mengiktiraf sijil peperiksaan itu setakat ini.
“Apakah kerajaan negeri memikirkan soal politik atau menuruti pihak tertentu, khususnya DAP di sebalik keputusan tersebut? Seharusnya kerajaan negeri mengambil kira Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum memutuskan untuk mengiktiraf UEC agar tidak timbul percanggahan dalam sistem pendidikan negara.
“Malah, dalam soal pendidikan, kerajaan negeri sepatutnya lebih arif dalam soal itu yang mana ini merupakan Senarai Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan. Melihat keadaan ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba merobek Dasar Pendidikan Kebangsaan itu sendiri,” katanya.
Abu Bakar mengulas kenyataan Mohamed Azmin ketika membentangkan Bajet Selangor 2016 pada Jumaat lalu yang mengumumkan kerajaan negeri akan mengiktiraf sijil UEC mulai tahun depan sebagai sebahagian daripada syarat untuk melanjutkan pengajian di Unisel.
Menurut Mohamed Azmin, pengiktirafan itu dibuat bagi mengelak masalah penghijrahan rakyat berkemahiran tinggi ke luar negara yang semakin ketara, selain menyatakan sebanyak 3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan sijil UEC setiap tahun.
Bagaimanapun, pada 10 Jun lalu, Kementerian Pendidikan dilaporkan tidak mengiktiraf sijil UEC kerana Dong Zong tidak bersetuju dengan saranan kementerian itu supaya sukatan pelajaran sijil tersebut dipinda agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Isnin, 2 November 2015
Jumaat, 5 April 2013
Rasional Disebalik ‘#Manifesto Bukan Janji’ Pakatan Tentang Penurunan Harga Kereta
Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata. Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.
Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.
Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai, namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.
Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk syarikat pengeluar, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna.
Adalah penting untuk mengimbangi semua ini, kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia. Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.
Kesannya ialah ekonomi kita, kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis.
Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion. Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.
Menurut pakar ekonomi, apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai, kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara. Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan.
Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang. Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien, selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik.
Selain mengelakkan kesesakan jalan raya, kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar. Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan. Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.
Khamis, 4 April 2013
Pembangkang Guna Taktik Heret SPR Ke Mahkamah Pula
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), pembangkang menggunakan taktik untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), institusi yang mengurus serta mengendalikan proses pilihan raya di negara ini sejak era Merdeka.
Pembangkang menyerang SPR habis-habisan kerana mereka tahu jika institusi ini tidak ditewaskan maka harapan untuk ke Putrajaya tidak akan tercapai sama sekali.
Sejak PRU 2008, pembangkang menimbulkan banyak isu yang mempertikaikan kewibawaan SPR serta menuduh badan itu sebagai alat perkakas UMNO untuk terus memegang tampuk berkuasa di negara ini.
Hujah mereka adakah lemah dan penuh dengan kontradiksi.
Di satu pihak pembangkang mengkritik dan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas kepada SPR tetapi pada masa yang sama apabila keputusan mana-mana pilihan raya memihak serta dan memberi kemenangan kepada calon pembangkang, tidak pula kedengaran sepatah bangkangan pun dari pemimpin mereka.
Tidak pula pembangkang membantah keputusan PRU 2008 yang memberi mereka kemenangan di empat buah buah negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta mengekalkan kuasa di Kelantan.
Malah Pas sudah memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1990 tetapi tidak pula pembangkang mempertikaikan keputusan yang memenangkan parti itu.
Sejak Mac 2008, SPR mengendalikan sebanyak 16 pilihan raya kecil di seluruh negera samada disebabkan kematian atau perletakan jawatan wakil rakyat di kawasan terbabit.
Separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan semula dimenangi oleh parti-parti daripada Pakatan Rakyat manakala bakinya oleh BN.
Jika benar SPR sebuah badan yang menjadi 'cawangan' atau 'parti komponen' kepada BN sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut wajib dimenangi oleh BN sahaja tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Ini menunjukkan SPR berlaku adil dan melaksanakan pilihan raya secara telus dan professional sebagai mana yang diamanahkan semasa ia ditubuhkan.
Apa yang pembangkang mahu ialah supaya SPR mengikut selera politik PKR, Pas dan DAP dengan memihak dan memenangkan calon-calon mereka dalam pilihan raya.
Inilah sifat hipokrit yang dipamerkan oleh pemimpin PKR, Pas mahupun DAP selama ini.
Bagi mereka SPR perlu tunduk kepada segala tuntutan mereka sehingga seolah-olah badan itu dilihat perlu menurut semua perintah pembangkang.
Apabila SPR memberi alasan munasabah dan logik mengapa beberapa tuntutan pembangkang tidak boleh dipenuhi dari segi perundangan dan perlembagaan negara, mereka akan mengadakan demonstrasi seperti tiga siri himpinan Bersih sebelum ini.
Tujuan utamanya ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih rakyat dengan menggunakan agenda menuntut keadilan dalam proses pilihan raya.
Pembangkang hanya menggunakan alasan menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil untuk melindungi motif sebenar mereka iaitu untuk mencetuskan rusuhan jalanan dan keadaan huru hara di negara ini.
Apabila negara terjerumus dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan dan keganasan maka mudahlah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggunakan keadaan itu untuk meminta campur tangan asing.
Ini terbukti apabila Anwar dan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bersungguh-sungguh berkempen di Australia untuk meminta negara itu masuk campur sebagai pemantau PRU-13 tetapi permintaan mereka di tolak mentah-mentah.
Kini pembangkang menggunakan strategi mengheret SPR ke mahkamah untuk memaksa badan itu menyemak semula serta membersihkan senarai daftar pemilih di kawasan di mana mereka akan bertanding.
Kalau sebelum ini Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago gagal dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan mahkamah menyemak semula daftar pemilih yang diwartakan di kawasannya, terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pula mengambil tindakan yang sama.
Apa yang ingin mereka lakukan ialah mempertikaikan senarai pengundi berdaftar yang sudah pun diwartakan di semua kawasan parlimen di seluruh negara.
SPR telah memberi cukup masa dan peluang kepada semua parti politik malah mempamerkan senarai pengundi yang berdaftar di setiap kawasan bagi membuat sebarang bantahan sekiranya ada.
Namun dalam tempoh yang diberikan SPR, pembangkang tidak pun ambil kisah untuk menyemak serta membuat perbandingan dengan senarai yang mereka miliki.
Hanya setelah tempoh bantahan tamat dan pilihan raya semakin hampir, barulah pembangkang menimbulkan pelbagai isu berkenaan daftar pengundi semata-mata untuk menyerang SPR dan menuduh badan itu tidak adil dan menyeleweng.
PKR, Pas dan DAP mahu layanan istimewa daripada SPR bukan atas dasar keadilan atau ketelusan tetapi untuk menekan badan itu supaya menjadi hamba kepada pembangkang.
Mr Pindah Bernama Lim Kim Siang
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU-13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.
Sejak berkecimpung dalam dunia politik, pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.
Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya. Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.
Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.
Tika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati.
Justeru itu, memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah, ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.
Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.
Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN. Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.
Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang, nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.
Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik, tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim, ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.
Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik, sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.
Rabu, 3 April 2013
Enggan Iktiraf Kerajaan Sementara : Helah PR Untuk Mencetus Huru-Hara
Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis ‘pakar’. Dari ‘pakar’ agama, ‘pakar’ ekonomi sehinggalah ke ‘pakar’ peperangan. Malangnya, ‘pakar-pakar’ mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar.
Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari ‘pakar matematik’ yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km. Kenyataan ‘pakar’ tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit.
Kini, sekali lagi PR menampilkan ‘pakar’ iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara. Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.
Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR. Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar.
Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.
Sebenarnya, tidak ada istilah ‘kerajaan haram’ setelah DUN terbubar. Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara. Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat ‘Arab Spring’.
Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, ‘kerajaan sementara’ atau ‘caretake government’ adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law. Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel.
Justeru, istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.
Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas. Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?
Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap ‘tidak ada’ agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka? Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka, tentera dan polis semua ‘meletakkan senjata’, ‘rehatkan diri’ atau ‘keluar baris’ agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa?
Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma. Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting.
Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu.
Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain.
Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.
Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.
Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari ‘gusarkan’. Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab ‘kerajaan sementara’ diajar dahulu.
Kebebasan Media Ala Pakatan Pembangkang
Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.
Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.
Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.
Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.
Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).
Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.
Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?
Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?
Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.
Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.
Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.
Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?
Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?
Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.
Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.
Isnin, 1 April 2013
Taktik Terdesak PR : Guna Pengaruh Musuh Untuk Jatuhkan Musuh
Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.
Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.
Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas. Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.
Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.
Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.
Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu. Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.
Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13? Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.
Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.
Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang. Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.
Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.
Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.
Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali. Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.
Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali. Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun Pas yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka. Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.
Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR. Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?
Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.
13 Kejutan Yang Akan Anwar Ibrahim Lakukan Menjelang PRU-13
Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU-13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.
Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.
Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya, sandiwara satu keluarga.
Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.
Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.
Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.
Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.
Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.
Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.
Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.
Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.
Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.
Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.
Sabtu, 30 Mac 2013
Bukti PR Akan Bankrapkan Negara
Sorakan puak-puak Pakatan Rakyat terhadap kata-kata Tun Musa Hitam bahawa PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, masih lagi kedengaran. Bagi PR, kata-kata tersebut merupakan perangsang semangat setelah tidak mampu menepis fakta dan angka yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang menunjukkan Buku Jingga mereka akan membangkrapkan negara ini.
Manakala Manifesto baru PR pula dijangka akan menyebabkan defisit meningkat kepada 11.5% KDNK berbanding BN 4.0% dan hutang pula meningkat sehingga 62.1% KDNK berbanding BN 54.6%. Kenyataan ini dibuat setelah mengambilkira semua janji-janji manis yang ditabur PR dan digabungkan dengan angka-angka pendapatan serta perbelanjaan, termasuk anggaran potensi dan risiko keadaan semasa di dalam negeri dan juga global.
Dengan itu, kita menyimpulkan bahawa satu-satunya cara bagi PR untuk tidak membangkrapkan negara ialah dengan merombak semula Buku Jingga serta mengtongsampahkan terus manifesto mereka sekiranya mereka menang pilihanraya. Dalam ertikata lain, mengambil sikap 'cakap tidak serupa bikin' atau 'tidak menepati janji' atau lebih tepat 'berbohong'.
Ini tentunya bermakna mereka perlu merangka bajet yang baru tanpa berdasarkan apa yang diperkatakan atau dijanjikan mereka dahulu.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang bajet baru mereka ini akan menjamin pentadbiran ekonomi yang baik, apatah lagi dengan rekod ‘Perdana Menteri PR’ yang begitu corot dalam soal ekonomi.
Bagi melihatnya dengan lebih jelas, kita perlu merujuk kepada kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan BN iaitu 2003 – 2007 : Pada tahun 2003 kedudukan wang tunai Selangor berada pada RM325.38 juta, 2004 - RM427.64 juta, lalu meningkat lagi pada tahun 2006 kepada RM565.47 juta dan sehingga tahun 2007 wang tunai Selangor berjumlah RM738.05 juta.
Tetapi, pada tahun 2008, apabila PKR mengambil alih dan Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kedudukan kewangan negeri mencatatkan trend yang menurun seperti berikut : 2007 – RM776.44 juta, 2008 – RM733.64 juta, 2009 – RM617.20, lalu menjunam terus pada 2011 kepada RM390.89 juta.
Angka di atas adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor pada tahun yang berkenaan.
Jika ini belum cukup untuk membuktikan ketidak-cekapan Anwar Ibrahim dalam mentadbir ekonomi, maka kita wajar melihat prestasinya dalam menangani krisis kewangan ketika menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1997.
Di tangan Anwar, pasaran Bursa Malaysia dari Februari 1997 yang berada pada mata 1300 mata terus menjunam tanpa kawalan sehingga Julai 1998 Bursa Malaysia berada di paras terendah pernah direkodkan iaitu 261.33.
Apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998, dan Tun Mahathir mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, beliau telah bertindak merombak semula perancangan Anwar yang menggunapakai strategi IMF serta memperkenalkan strategi baru.
Hasilnya, pasaran Bursa Malaysia pantas mengalami pemulihan di mana pada penghujung September 1998 sejurus Anwar dipecat, pasaran mencatatkan mata peningkatan segera iaitu kepada 400 dan terus meningkat serta pulih perlahan-lahan di mana pada awal tahun 2000, pasaran bursa berada di paras 980.
Sebagai perbandingan lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada ketika krisis ekonomi berlaku iaitu pada tahun 17 September 2008. Beliau pada mulanya terpaksa bergelut dengan pasaran bursa menjunam sehingga pada penghujung tahun tersebut, mencatat paras serendah 801.27. Awal tahun 2009, beliau yang mungkin telah mendapatkan ‘momentum’, bertindak membentangkan bajet mini RM60 billion.
Keadaan tampak memberangsangkan sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009. Seterusnya, Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan yang agak konsisten sehinggalah di penghujung 2012, di mana ia berada di paras tertinggi ialah 1699.68.
Jelas, kepimpinan yang bijak mampu memulihkan keadaan walaupun ketika krisis dan ketika orang lain melihatnya sebagai mustahil. Tetapi kepimpinan yang tidak cekap seperti Anwar Ibrahim, hanya akan menambahkan krisis dan membawa negara ke arah kehancuran, iaitu miskin lalu bangkrap terus.
Bayangkan, jika Anwar Ibrahim yang mengambil-alih negara pada 2008, iaitu ketika krisis kewangan global, tidakkah beliau hanya akan membawa kita melalui jalan yang sama yang dibawanya ketika krisis 1997? Dan bayangkan jika beliau menang dalam pilihanraya kali ini dan menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau tidak akan membawa kita ke arah jalan yang sama yang dilalui oleh Selangor hari ini?
Bayangkan jika krisis ekonomi melanda lagi, apa akan jadi kepada Malaysia, kepada kita, jika negara berada di dalam tangan pemimpin yang tidak cekap dan buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim?
Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah graduan Pengajian Melayu, pendokong sastera yang mana cakap-cakapnya berbunga-bunga, penuh retorik dan mainan bahasa. Ini ertinya, Anwar bukan manusia yang dilahirkan dengan penguasaan otak kiri iaitu kecekapan menganalisa atau melihat logik matematik yang diperlukan untuk memahami ekonomi. Anwar adalah manusia yang dikuasai oleh bahagian otak sebelah kanan, iaitu seni, abstrak yang bebas mengenterpretasi sendiri dan lebih banyak dikuasai emosi.
Negara tentunya dalam bahaya jika seorang Perdana Menteri melihat angka seperti perkataan atau syair yang boleh disusun dan diubah-ubah sesuka hati. Dan itu belum lagi diambil kira risiko Anwar menyusun dan mengubah angka itu agar masuk ke akaunnya sendiri, dan akaun keluarganya, atau akaun Tuan-tuannya, anak-anak ikannya, gundik-gundiknya, rakan-rakannya dan mereka-mereka yang menyimpan semua bukti rahsia gelapnya.
Justeru, kata Tun Musa bahawa PR tidak akan membangkrapkan negara adalah kurang tepat. Yang tepatnya ialah, pemimpin PR tidak akan bangkrap, tetapi kemungkinan untuk mereka membangkrapkan negara amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan.
Ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dan diletakkan di atas bahu sesiapa sahaja. Ia memerlukan kebijaksanaan yang khusus yang manusia seperti Anwar tidak mungkin mampu memahaminya.
Sumber Dalaman PR Dedah Senarai Calon Parlimen
Senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.
Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.
Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.
"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?
"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.
Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.
Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.
Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.
Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.
Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini.
SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar
Selasa, 26 Mac 2013
Rakyat Perlu Tolak Manifesto PR, Kerana Ia #ManifestoBukanJanji!
Keghairahan pakatan pembangkang untuk membentangkan manifestonya dengan lebih awal, akhirnya memakan diri, ini kerana apabila dikaji satu persatu banyak kepincangan yang dapat dilihat kerana TERBUKTI ia dilakukan dengan secara tergesa-gesa.
Pada peringkat awalnya mereka merasakan ia merupakan satu strategi politik untuk memberikan tekanan kepada Barisan Nasional (BN), disamping untuk mengunakan isu “BN TIRU” terhadap kredibiliti kerajaan, andai wujud persamaan tawaran yang bakal ditawarkan kelak.
Akhirnya pada ketika ini, beban yang ingin diletakkan kepada kerajaan mula dirasai oleh pimpinan pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang merasakan strategi tersebut akhirnya telah memakan tuan. Nampaknya tekanan yang cuba diberikan dilihat, langsung tidak terkesan kepada parti pemerintah yang pada ketika ini sedang memberikan tumpuan khusus terhadap isu pencerobohan di Sabah.
Tambahan pula, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan perlu menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat khususnya masyarakat di Sabah terlebih dahulu. Tambahan pula tragedi tersebut melibatkan masalah kedaulatan dan maruah negara yang perlu dipandang serius.
Berbalik kepada manifesto pembangkang, hasil penelitian yang dilakukan cadangan mereka yang menawarkan ‘bulan dan bintang’ itu akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil pendapatan kira-kira RM393.7 juta yang melibatkan 207,207 pembayar cukai.
Tambahan pula, pendekatan mereka untuk mengurangkan beban cukai dan di masa yang sama memberikan bantuan tambahan, dilihat hanya bersifat populis. Ini kerana semua yang ditawarkan itu bukanlah satu janji yang dapat menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata merupakan satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi.
Ini kerana semua cadangan yang dibentangkan itu tidak mungkin akan dapat dilaksanakan kerana bakal menyebabkan negara menghadapi masalah pengaliran tunai. Lebih parah, cadangan ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan itu boleh menyebabkan negara berdepan dengan krisis kedudukan kewangan andai ia dilaksanakan.
Inilah hasil yang diterima, apabila melakukan kerja dalam keadaan yang tergopoh-gapah. Maka setelah menerima cadangan dari para penasihat ekonomi mereka, Anwar yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor sekali lagi terpaksa menguna-pakai pendekatan tawaran ‘kad kredit’ kepada rakyat sebagai jalan keluar.
Apa yang malangnya, ‘kad kredit’ yang ditawarkan hanya akan berfungsi apabila rakyat mendaftar sebagai ahli mana-mana parti di bawah pakatan pembangkang. Berbeza dengan kerajaan BN memberikan bantuan kepada SELURUH rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik.
Seolah-olah, sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, dia hanya ingin memberikan khidmat hanya kepada ahli parti PKR, Pas, DAP dan bukannya kepada keseluruhan rakyat. Jelas matlamat Anwar dan para pencacainya untuk ‘MEMBALAS DENDAM’ terhadap semua rakyat kecuali ahli yang berdaftar dibawah pakatan pembangkang.
Menurut pakar dan penganalisa ekonomi negara, ‘Manifesto Bukan Janji’ langsung tidak menjelaskan kaedah dan pendekatan yang akan digunakan bagi bagi mengantikan wang kerajaan sebanyak RM394 juta yang dikatakan hilang.
Kesimpulannya sebagai rakyat, kita seharusnya membuka mata dan bijak dalam menilai semua manifesto yang dikeluarkan oleh setiap parti politik yang akan bertanding, kerana adalah merupakan tanggungjawab kita bersama sebagai pengundi.
Hanya dengan penilaian yang menyeluruh akan membolehkan kita membuat perbandingan yang adil sama ada ia bakal membawa kebaikan atau sebaliknya kepada negara yang tercinta ini.
Dan yang paling penting, pilihlah manifesto yang berpegang kepada prinsip ‘JANJI DITEPATI’ dan bukannya sebuah ‘Manifesto Bukan Janji’ yang hanya ingin menipu dan mengkhayalkan rakyat dengan tawaran palsu.
Ahad, 24 Mac 2013
#ManifestoBukanJanji, PR Tabur Umpan Baru Buat Ibu Tunggal
Walaupun gagal untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat ketika kempen pilihanraya yang lalu, pakatan pembangkang kembali untuk menaburkan janji-janji baru bagi membodohkan rakyat khususnya di Selangor. Terbaru kerajaan pakatan di Selangor kembali menaburkan umpan lama dengan BERJANJI untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal sekiranya terus dipilih menerajui kepimpinan negeri.
Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat baru-baru ini, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
Walaupun secara zahirnya tawaran BARU yang diberikan itu sungguh manis, namun sekiranya diteliti semula semua janji-janji yang pernah diberikan ketika kempen pilihanraya 2008, nyata semua yang dikatakan itu adalah dusta dan pembohongan semata-mata.
Lebih mengecewakan, Rodziah sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu saman yang dikemukan oleh ibu-ibu tunggal Selangor mengatakan kumpulan tersebut hanya berlakon.
Ketika mengulas lanjut, dia turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan mereka sebagai hipokrit dan bermuka-muka kerana ingin memancing simpati untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Pada 22 November tahun lalu, Persatuan Ibu Tunggal Selangor, telah mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto ‘Barisan Alternatif’ 2008. Persatuan yang mewakili 2,020 ibu tunggal selaku plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua.
Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa, defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk mereka untuk memberi elaun elaun sebanyak RM100 sebulan kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. Namun apabila pakatan membentuk kerajaan negeri di Selangor, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji.
Manakala pada 12 Disember lalu, seramai 3,011 ibu tunggal, turut memfailkan tuntutan sama terhadap kerajaan negeri dan Abdul Khalid dengan menuntut tunggakan elaun ibu tunggal kira-kira RM16.26 juta.
Kerajaan negeri sebelum ini juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukan itu dengan alasan ‘MANIFESTO PAKATAN BUKAN JANJI’ namun telah ditolak oleh mahkamah.
Hakim Datuk Yaacob Md. Sam ketika membuat keputusan mengatakan sama ada janji atau manifesto, ia boleh dikuat kuasa sebagai satu kontrak dan mahkamah berpendapat isu tersebut melibatkan keperluan keterangan dan tafsiran undang-undang.
Mahkamah turut memutuskan janji-janji tersebut masih wujud dan berterusan untuk diterjemahkan sebagai polisi oleh pihak terpilih berdasarkan janji-janji tersebut yang mendorong dan memberikan keyakinan serta kepercayaan kepada pengundinya bagi bertindak ke atasnya.
Rabu, 20 Mac 2013
Tun Musa Hitam Balas Dendam Pada Tun Mahathir Dengan Buku Jingga?
Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program 'Bicara Minda - Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.
Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’.
Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.
Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain. Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.
Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain. Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.
Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.
Namun, itu dulu. Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.
Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman. Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.
Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu. Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu. Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu. Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.
Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini.
Justeru, tidak hairanlah mereka sering ‘dihalau’ keluar dari negara ini dan digelar pendatang.
Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang. Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini. Di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama.
Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja? Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka. Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang. Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.
Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.
Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita. Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya.
Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi ‘bekas’ rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia.
Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan.
Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.
Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain.
Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek ‘tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara’, menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut.
Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut.
Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi parah apabila Allah S.W.T. telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya. Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.
Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah S.W.T. lalu kecundang di tengah jalan. Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti.
Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.
Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain.
Perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir. Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Ku Li, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam.
Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR. Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.
Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara.
Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-Con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98. Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.
Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala Pas pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.
Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.
Ahad, 17 Mac 2013
#LahadDatu : Pendirian PR Bercelaru
Beberapa minggu lalu, negara dikejutkan dengan ancaman kumpulan yang merujuk kepada diri mereka sebagai tentera Sulu yang bertindak menuntut ‘bahagian’ yang dikatakan milik mereka, di bumi Sabah. Pencerobohan yang disangka kecil-kecilan ini kemudian ternyata lebih ‘complicated’ dari yang dijangka.
Risikan pihak Filipina sendiri telah mendedahkan penglibatan pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim dalam pencerobohan tersebut. Dalam sekelip mata, apa yang dirujuk sebagai ‘krisis sukar’ ini menjadi satu ‘insiden keganasan yang besar’, malah berpotensi untuk berlarutan menjadi ancaman gerila. Malah, apa yang dikatakan ‘tentera Sulu’ itu turut diragui kerana terdapat bukti jelas penglibatan MNLF yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar.
Rakyat Malaysia yang telah terlalu manja dibuai keamanan, bagaikan terpaku melihat seorang demi seorang anggota keselamatan kita diusung pulang. Bagaikan tidak percaya melihat kekejaman pengganas yang selama ini hanya didengari berlaku di negara orang.
Walaupun begitu, kesedihan kita nampaknya tidak dikongsi oleh pihak pembangkang. Tian Chua, Naib Presiden PKR secara langsung menghina wira-wira negara yang terkorban dengan menyifatkan keseluruhan insiden sebagai sandiwara UMNO.
Bertitik-tolak dari itu, anak-anak muda yang kosong jiwanya yang menjadi penyokong pembangkang juga turut ‘galak’ menghina dan memperlekehkan mereka yang terkorban. Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala membaca komen-komen mereka di laman sosial yang menyifatkan wira kita sebagai ‘mati katak’ dan menghamburkan berbagai-bagai kata-kata kesat.
Seolah-olah dirasuk, nyawa manusia dan kedaulatan negara tidak lagi membawa apa-apa erti kepada mereka. Mungkin kerana mereka benar-benar percaya kepada Tian Chua bahawa ini semua sandiwara UMNO.
Namun, untuk menyatakan mereka percaya kepada Tian Chua tidak patut juga memandangkan Tok Guru Nik Aziz ada mengutuskan takziah, dan turut menghormati wira-wira yang gugur. Jelas, Nik Aziz atau Pas tidak menganggap ianya sandiwara. Bagaimanapun tiada kenyataan mengecam pengganas Sulu yang dikeluarkan oleh Pas melainkan kritikan terhadap pasukan keselamatan negara.
Baru sehari dua lepas, DAP pula menggesa kerajaan untuk mengecam keganasan Sulu, walaupun di awal insiden, DAPlah yang begitu teruja ingin melihat pertumpahan darah dan memperlekeh pihak keselamatan kita sebagai lembab. Nampaknya, DAP juga tidak menganggapnya sandiwara.
Di kala DAP mendesak kerajaan mengecam pengganas Sulu, PKR pula tidak henti-henti mengecam pihak keselamatan, pertahanan dan kerajaan Malaysia. Langsung parti ini tidak ‘menjentik’ pihak Sulu. Walau apapun, tampak jelas dari kenyataan rasmi Anwar bahawa PKR juga tidak menganggapnya sandiwara.
Walaupun kenyataan ketiga-tiga parti seolah-oleh menunjukkan mereka tidak menganggap insiden Lahad Datu sebagai sandiwara, tetapi tidak seorang pun dari mereka menempelak Tian Chua!
Sikap dan tindakan mereka ini menjadikan penyokong-penyokong mereka terus bingung dan keliru. Justeru, kebanyakan penyokong mereka memilih untuk berpegang kepada kata-kata Tian Chua iaitu semuanya hanya sandiwara. Oleh itu, sehingga ke hari ini, kita masih lagi dapat melihat ramai dari penyokong Pas atau PKR yang beragama Islam terus menerus mengutuk dan mencerca jenazah wira-wira negara.
Apa yang berlaku ini adalah kerana tiadanya pendirian bersepadu dan kenyataan tegas di dalam PR mengenai isu Lahad Datu. Selagi tiada kenyataan dan kecaman rasmi dari PR mengenai keganasan puak Sulu, dan selagi Tian Chua tidak diambil tindakan oleh kepimpinan PKR dan PR, selagi itulah penyokong pembangkang akan keliru, sesat dan buntu, merapu-rapu mengutuk wira-wira yang pergi. Dan selagi itulah penyokong mereka akan menjadi manusia tidak patriotik dan tidak punya peri-kemanusiaan.
Kematian Bala Peringatan Tuhan Untuk Anwar
P. Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.
Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari. Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.
PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13. Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.
PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala. Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.
Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan. Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.
Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya. Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.
Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya. Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.
Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.
Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya. Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak? Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut. Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.
Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit. Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.
Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak. Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa. Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.
Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan. Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.
Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya? Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR? Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?
Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini. Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.
Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan. Zulkifli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar. Penipuan Suaram mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.
Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.
4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran? Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.
Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala. Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.
Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.
Ahad, 10 Mac 2013
Anwar Ugut Untuk Saman Semua Media
Tindakan biadap dan tidak professional Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang gagal mengawal perasaan marahnya ketika majlis sidang akhbar pagi tadi mengudang pelbagai tanda tanya. Anwar dilihat ‘naik angin’ dengan tindakan para wartawan yang meminta penjelasan beliau berhubung laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita luar negara seperti Reuters, Inquirer News, The Manila Times, ABN-News dan sebagainya. Stesyen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai laporan yang dikeluarkan oleh media asing itu, berhubung penglibatan Anwar dengan penceroboh bersenjata di Sabah. Media asing tersebut mendakwa menerima maklumat dari agensi perisikan tentera Filipina berhubung penglibatan Anwar yang dikatakan telah menjemput kumpulan tersebut ke Malaysia. Ekoran laporan tersebut, Anwar telah meminta agar pihak Utusan dan TV3 untuk mengemukan permohonan maaf secara terbuka atau berdepan dengan tindakan saman malu berjumlah RM2 juta. Memandangkan dakwaan tersebut adalah merupakan laporan dari media asing, maka Anwar ditanya apakah terhadap sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil seperti yang dilakukan terhadap Utusan dan TV3? Tidak berpuasa hati dengan soalan yang dikemukan itu, Anwar lantas menemplak wartawan tersebut dengan nada berbaur ugutan. “Utusan dan TV3 dah kena saman, (kalau) you ulang, saya saman you nanti” katanya. Tidak cukup dengan itu, Anwar jelas berbohong dengan mengatakan kononnya laporan yang dikemukan oleh media asing tersebut hanya mengatakan kemungkinan dia mengetahui mengenai perjumpaan Datuk Seri Najib dengan wakil Sultan Sulu. Sedangkan jika dilihat dengan teliti laporan tersebut, ia secara jelas mengatakan sebaliknya. Berikut adalah antara laporan yang dikeluarkan oleh media-media asing tersebut.Kumpulan ketiga yang didakwa terlibat adalah pembangkang dari Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin berlangsung sebelum Jun. Pegawai perisikan berkata salah satu ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan di Sabah – Inquirer News, 1 Mac 2013Jacinto also disturbingly writes that “The intrusion occurred just as former Malaysian leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, also Pakatan Rakyat de facto leader, proposed that Sabah be granted autonomy.” Anwar Ibrahim, a Rizalian scholar, is known as a stalwart against the ruling UMNO party-led coalition in Malaysia. Now we should not be involved in the domestic politics of Malaysia - The Manila Times, 16 Februari 2013.A Malaysian Opposition politician allied with Datuk Seri Anwar Ibrahim is believed to have met with the Sulu Sultan late last year and gave the Opposition’s support to the Kirams’ claim to Sabah, a Philippine intelligence source revealed. – ABN-News, 1 Mac 2013Persoalannya, mengapakah Anwar perlu marah sekiranya laporan tersebut tiada sebarang asas kebenaran? Sejurus selepas sidang akhbar tersebut, para wartawan yang hadir mempertikai kewajaran tindakan Anwar sebentar tadi. Apakah ini bentuk kebebasan media yang sering dilaung-laungkan oleh Anwar? Hanya dengan satu soalan mudah, dia bukan sahaja dilihat gagal untuk menjawab malah lebih teruk lagi, cuba mengugut pihak media dengan tindakan saman.
Sabtu, 9 Mac 2013
Suara Pakatan Rakyat Samakan Pejuang Negara Dengan Babi
Dasar BANGSAT!!!! Itulah perkataan pertama yang terungkap apabila melihat watak karikatur yang dipaparkan di dalam salah sebuah portal pembangkang. Ia mengambarkan watak anggota keselamatan seperti seekor babi sedang menembak kearah seorang lelaki yang memegang tasbih.
Signifikasi yang difahami melalui watak-watak di dalam karikatur tersebut ialah, kononnya para anggota keselamatan negara sedang berperang dengan warga Filipina berketurunun Sulu yang lemah, tanpa sebarang kelengkapan senjata.
Walaupun dari satu sudut, ia mempunyai kebenaran kerana memang tidak dinafikan pasukan keselamatan memang dilengkapi dengan senjata dan peralatan yang canggih. Namun itu bukan bermakna mereka itu tidak wajar untuk diperanggi, kerana masyarakat mengetahui sehingga kini tragedi berdarah ini telah mengorbankan 8 orang perwira negara.
Namun itu bukanlah persoalan utama yang ingin dibincangkan, kerana apa yang ingin dikatakan ialah mengenai kebiadapan melampau mereka dalam mencari simpati rakyat. Dimanakah kewajarannya untuk mereka memanipulasikan isu ini disaat seluruh masyarakat Malaysia sedang bersedih terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah?
Perasaan ini juga seolah tidak dapat dikawal, bercampur baur antara sebak dan sedih dengan marah dan benci terhadap puak-puak pembangkang atas sikap kurang ajar yang dipamerkan. Sifat perikemanusian seolah telah luput dan hilang dari jiwa mereka hanya kerana ingin memastikan kerajaan BN/Umno dapat ditumbangkan.
Betul, di dalam arena politik semua yang terlibat pasti mengharapkan kemenangan, namun ia sepatutnya tidak dilakukan dengan cara yang melampau dan melangkaui norma keberadaban seorang insan. Lantaran sikap rakus dan tamakkan kuasa itu, mereka seolah-olah telah terikut-ikut dengan fitrah binatang yang hidup tanpa sempadan dan batasan.
Ada perkara yang wajar dan boleh digunakan untuk kepentingan parti-parti politik, namun isu-isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara memerlukan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik agar bersatu hati. Sungguh menyedihkan, apabila melihat pimpinan pakatan pembangkang hanya memberikan perhatian kepada isu-isu populis yang dilihat boleh memberikan kelebihan kepada mereka.
Sebagai contoh, ketika peristiwa kematian pegawai politik kepada salah seorang Exco Selangor dari DAP suatu ketika dahulu, mereka bukan sahaja menuntut pembelaan. Malah ketika upacara pengkebumian dan majlis memperingati kematianya Anwar Ibrahim dan Nizar Jamaluddin adalah antara pemimpin politik yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Namun ketika 8 orang anggota keselamatan gugur untuk mempertahankan kedaulatan negara, mereka bukan sahaja tidak menghadirkan diri, malah ada dikalangan mereka yang sanggup menghina dan mencerca perwira negara ini. Lebih mengecewakan ada dikalangan penyokong mereka yang tergamak mengelarkan mereka yang gugur ini dengan pelbagai gelaran seperti anjing kerajaan, mati katak, padan muka dan sebagainya.
Di manakah solidariti, demonstrasi, Suruhanjaya Siasatan Diraja, solat hajat dan sebagainya seperti yang pernah dilakukan terhadap Beng Hock? Apakah nilai kematian 8 orang perwira negara ini masih tidak setanding kematian Beng Hock?
Bukanlah niat untuk membangkitkan isu-isu sentimen, namun kadangkala sikap berpolitik melampau yang cuba mereka terapkan ke dalam minda masyarakat ini perlu ditolak. Budaya politik ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini, bukanlah pendekatan atau budaya masyarakat di negara ini.
Malaysiakini sebagai contoh, seoalah-olah dengan sengaja ingin memperlekehkan kredibilti dan integriti pasukan keselamatan negara melalui laporan yang mengunakan tajuk berita kononnya tindakan ketenteraan Malaysia sebagai keterlaluan. Walaupun kandungan berita yang dilaporkan hanya merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan bangsa Sulu dari Filipina.
Namun tajuk berita yang digunakan itu jelas bertujuan untuk menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan pembaca. Tidak cukup dengan itu, mereka juga seolah-olah dengan sengaja menonjolkan laporan berita berkenaan insiden penunjuk perasaan membakar gambar Perdana Menteri.
Dari satu segi, portal tersebut cuba memperlihatkan kononnya mereka telus dalam menyampaikan laporan berita namun dari satu segi yang lain, mereka membawa satu agenda jahat secara berselindung. Bertindak atas kebebasan media tanpa disedari oleh pembaca, minda bawah sedar mereka sebenaranya telah ditanam untuk terpengaruh dengan ideologi membenci kerajaan dan pemimpin negara dalam apa jua keadaan.
Jumaat, 8 Mac 2013
Meraikan 5 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat
Pejam celik, pejam celik, sudah lima tahun rupanya Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna selama 5 tahun, rakyat diberikan peluang meneliti dan menilai kepimpinan PR dan membandingkannya dengan BN.
5 tahun rakyat dipertontonkan dengan sikap pemimpin PR selepas menjadi wakil rakyat berbanding sebelumnya. 5 tahun juga rakyat berpeluang melihat keadaan sekeliling mereka dan membandingkan dengan sebelumnya, dari segi pembangunan, persekitaran, kebajikan termasuk dari segi spiritual yang kononnya begitu penting bagi PR, atau lebih spesifik, Pas.
Pada waktu itu, kita menjangkakan robohnya kilang arak yang menjadi tonggak penentangan Pas terhadap UMNO.
Manakala surirumah pula menjangkakan elaun khas untuk menghargai khidmat dan jasa mereka, begitu juga golongan ibu tunggal dan warga emas. Ibubapa dengan anak kecil pula menjangkakan bantuan tunai bagi bayaran TASKA dan berbagai-bagai golongan lagi menjangkakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sepertimana yang tertulis dalam Manifesto PR yang diumumkan 5 tahun lalu.
Pendek kata, rakyat Selangor menjangkakan sebuah negeri yang hebat lagi ‘Islamik’ berdasarkan Manifesto serta Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada 2009 oleh kerajaan PR Selangor, dengan tarikan pelaburan berjumlah RM50 billion yang mampu mencipta 150,000 peluang pekerjaan.
Namun, tidak mungkin sesiapa dapat menafikan bahawa sekali pandang, tampak tiada banyak perbezaan di Selangor antara pemerintahan BN dan PR, selain pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan dan tanpa kawalan sejak 5 tahun lalu.
Lebih dari itu, kilang arak masih di situ dan golongan yang dijanjikan tunai juga langsung tidak menerima apa-apa.
Jika ada pun yang diterima mereka hanyalah BR1M, wang bantuan persekolahan RM100, PR1MA dan bermacam-macam lagi yang mana diberikan oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional dan bukannya kerajaan PR Selangor.
Pakej Rangsangan Ekonomi untuk menarik RM50 billion pelaburan yang dicanangkan, ternyata hanya satu lagi cakap kosong. Pakej tersebut kononnya merangkumi 6 projek utama iaitu Projek Pemulihan Sg. Klang, Pemulihan Projek Terbengkalai, Pembaharuan Bandar, Meningkatkan Hasil Padi, Meningkatkan Pengangkutan Awam dan Pengstukturan Perkhidmatan Air Selangor.
Namun, setelah 5 tahun berlalu, 120km Sg. Klang masih tiada peningkatan dan apa yang dikatakan pembaharuan bandar pula hanya menyaksikan pemaju semakin rakus mengaut untung sehingga mengakibatkan rakyat tempatan merasa terancam dan terpinggir. Yang selebihnya tidak perlulah dibincangkan lagi kerana kita semua sedia maklum yang tiadanya peningkatan apa-apa, selain dari peningkatan masalah air di sekitar Selangor.
Sebaliknya, RM50 billion pelaburan yang dijangka masuk ke Selangor, bukannya bertitik tolak dari projek yang disenaraikan oleh kerajaan PR Selangor tetapi daripada kerajaan persekutuan juga, iaitu kerajaan Barisan Nasional. Antaranya, RM7.4 bilion bagi pembinaan tiga hingga empat lebuhraya, dan projek My Rapid Transit (MRT) serta sambungan LRT. Bakinya adalah dari pelaburan langsung asing yang diterajui oleh MIDA atau kerajaan pusat.
Justeru, apakah yang akan diraikan oleh PR selama 5 tahun pemerintahan mereka? Kejayaan menambah rumah urut dan pusat maksiat? Kejayaan memurtadkan umat Islam? Kejayaan mengorek pasir secara besar-besaran? Atau kejayaan melanjutkan dan merumitkan masalah bekalan air?
Atau kegagalan menyelenggara sistem saliran agar selari dengan pembangunan yang pesat sehingga menyebabkan banjir di tempat-tempat yang tidak pernah banjir sebelum ini?
Hakikatnya, 5 tahun di bawah PR sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti tersebut tidak pernah berniat menepati janji, tidak tahu apa yang mereka katakan, dan tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat sebaliknya hanya mementingkan golongan peniaga dan keuntungan.
Selama 5 tahun juga, rakyat kini mampu membaca bahawa di dalam parti PR, yang memerintah tetap DAP, walaupun Menteri Besarnya dari PKR.
Langgan:
Catatan (Atom)



























.jpg)




.jpg)

