Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Khamis, 30 Januari 2014

@barisanasional (BN) Benci @anwaribrahim? @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Kata orang dulu-dulu; kalau kita menegur, marah, dan sentiasa menyebut-nyebut akan sesuatu perkara, itu bermaksud kita mengingati atau lebih tepat lagi kita menyayangi akan perkara tersebut. Sebaliknya, jika kita benci akan sesuatu perkara, kita tidak akan peduli malah akan memulaukan perkara tersebut.

Dewasa ini ramai yang tidak berkenan dengan tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ADUN N25 Kajang. PP pula tidak bermaksud untuk mengulasnya.

Namun begitu, lebih ramai lagi yang tidak berkenan, atau dengan kata lain membenci tindakan Datuk Seri AnWar Ibrahim memanipulasi segala ruang dan peluang bagi mencapai hasratnya untuk menakluk Putrajaya.

Sehinggakan ada beberapa teman memuat naik kenyataan di laman sosial yang kata-katanya seperti berikut "Tak dapat jadi PM, jadi MB pun jadilah". (Dialog yang diubah dari filem Seniman Bujang Lapok).

Persoalannya, adakah pemimpin, penyokong, individu dan pihak yang mesra BN benar-benar membenci AnWar Ibrahim? Kelihatannya tidak. Ini kerana, saban hari berbicara dan mengungkit-ungkit akan AnWar Ibrahim.

Pihak media yang mesra BN juga seolah-olah terhegeh-hegeh mengejar individu yang lebih dikenali sebagai AnWar Al-Juboori bagi melariskan berita yang disiarkan. Sidang media, walkabout, siri ceramah dan program yang dihadiri individu yang dihalang memasuki Jepun ini dipenuhi dengan pelbagai latar pengamal media. Seolah-olah AnWar Al-Juboori merupakan sumber berita utama kepada mereka.

Berbalik kepada kenyataan PP di atas, ternyata bahawa pemimpin BN, penyokong BN, pihak yang mesra BN, pengamal media, individu, dan rakyat Malaysia tidak membenci Datuk Seri AnWar Ibrahim. Malah menyayanginya dan mengharapkan supaya individu ini terus hidup dan tidak mati. Ini bagi kelangsungan hidup hampir 29 juta rakyat Malaysia yang menjadikan politik sebagai sumber pendapatan.

Namun begitu, jika benar benci akan Datuk Seri AnWar Ibrahim, saya menyeru semua pihak supaya memulaukan individu ini. Maksudnya, hentikan segala bicara dan liputan. Hentikan segalanya untuk satu tempoh tertentu. Mungkin sehari, seminggu, sebulan, setahun atau selama-lamanya.

Adakah mampu dilakukan? Jika jawapannya 'YA' memang jelas bahawa anda merupakan pihak yang bertindak seperti yang dikatakan. Tetapi, jika jawapannya 'TIDAK' amat jelas bahawa anda merupakan 'Penyokong Tegar' Datuk Seri AnWar Ibrahim.

PP sendiri menjadikan bahawa artikel ini merupakan yang terakhir menyebut nama Datuk Seri AnWar Ibrahim sehinggalah hari kematiannya.


Kepada pembaca blog PP ini hanya frasa ini ingin diungkapkan : 'tepuk dada tanya hati'.

Isnin, 20 Januari 2014

Parodi @anwaribrahim Meletup


Sejak dari malam tadi meletup di laman media sosial akan parodi berkaitan halangan masuk ke Jepun kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ianya lanjutan dari satu kemaskini status oleh DSAI sendiri.


Berikut parodinya :










Khamis, 16 Januari 2014

@Keadilan_Daily Mencari #Keldai Baharu


Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang giat mencari tenaga penggerak baharu yang terdiri dari Wartawan dan Pereka Grafik dalam misi mengembangkan lagi operasi Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan.

Pengembangan operasi ini dipercayai telah mendapat 'lampu hijau' dari Ketua Umum PKR. Beliau juga dipercayai telah menurunkan peruntukan yang cukup besar kepada operasi media menjelang Pilihanraya Umum ke 14.


Sehubungan dengan itu kepada para pembaca blog PP ini yang berhasrat untuk menjadi 'Keldai' baharu kepada AnWar Ibrahim, silakanlah hubungi nombor yang tertera di atas dan memohon jawatan yang ditawarkan.

Khamis, 20 Jun 2013

Beranikah @AnwarIbrahim Hadir Pembukaan Parlimen?

“Jika benar menolak keputusan Pilihanraya Umum ke 13, tidak perlu hadir ketika pembukaan Parlimen pada 24 Jun kelak”.

Itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam majlis syarahan jamuan tengahari yang bertajuk ‘PRU-13 Terima Keputusan Rakyat’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Majlis syarahan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Beliau menyatakan demikian kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mempertikaikan ketelusan SPR dalam mengendalikan PRU-13 yang baru lalu. Terkini himpunan 'Blackout 505' akan dianjurkan pada 22 Jun di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Wan Ahmad turut menyatakan bahawa proses pilihanraya di Malaysia antara yang terbaik di dunia apabila tiada satu borang pencalonan pun ditolak ketika penamaan calon pada 20 April lalu.

Sistem pilihanraya di Malaysia yang berkonsepkan ‘Majoriti Mudah’ atau First Past The Post merupakan sistem yang diamalkan di 66 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, India dan Nigeria.


Sistem yang mengguna pakai pemilihan mengikut kawasan dibahagikan kepada Parlimen dan Negeri (DUN). Rakyat sebagai pengundi berdaftar layak untuk memilih calon yang mewakili parti. Kemenangan calon pula mengikut jumlah majoriti mudah melalui peti undi. Manakala parti yang memenangi kerusi terbanyak layak membentuk kerajaan.

Jumaat, 19 April 2013

PapaGomo Tarik Diri Bertanding Di Permatang Pauh

Ternyata kepentingan parti melebihi kepentingan individu.

Bertitik tolak dari kenyataan ini PapaGomo mengesahkan telah menarik diri dari pencalonan di P044 Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Dr Mazlan yang mewakili Barisan Nasional.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh hanya bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Anwar Ibrahim dengan Dr Mazlan.

Kenyataan penuh PapaGomo sila Klik Sini

Isnin, 8 April 2013

Terkini! Papa Gomo Akan Lawan Anwar Ibrahim Di PRU13

Wan Mohd Azri yang didakwa sebagai pemilik akaun blog PapaGom.com akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU-13) tidak lama lagi. Beliau akan menentang di mana sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Kenyataan media Wan Mohd Azri dibacakan oleh Mohd Rafi Awang Kecik, Presiden Nadi Rakyat Malaysia, yang juga Wakil Calon.

Berikut Kenyataan Media Wan Mohd Azri

"Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir  lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Matlamat saya untuk pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik."

PKR Indera Mahkota Lumpuh, 300 Ahli Keluar Parti


Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang pada
ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari.

Sejak bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli - ahli PKR sewaktu pengumuman yang
dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini timbul pula masalah lain.

Jika sebelum ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kepimpinan Datuk Fauzi ditolak
kepimpinan Negeri apabila Azan Ismail meletakkan jawatan.

Kemudiannya, beberapa ahli PKR Paya Besar turut mengikut jejak langkah Azan dan
bertindak secara drastik untuk keluar dari parti tersebut.

Jelas, kepimpinan Datuk Fauzi bukan baru ini menjadi bahan pertikaian tetapi sejak awal
beliau melangkahkan kaki keluar dari UMNO lagi.

Ramai yang mempersoalkan, dimana kredibiliti Datuk fauzi sebagai seorang pemimpin?
Beliau bukan seorang Ketua Cabang. Bagaimana beliau boleh jadi Pengerusi Negeri?

Sewajarnya, sebagai seorang Ketua Umum, perkara sedemikian akan berada dalam
pertimbangan Datuk Seri Anwar. Namun malangnya, perkara tersebut tidak berlaku.

Suara ahli PKR diperingkat akar umbi seolah - olah telah dipinggirkan begitu sahaja. Malah,
sehingga ke hari ini, nama Datuk Fauzi masih disebut - sebut oleh Anwar.

Tidakkah itu bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lansung mendengar gerak nadi
orang bawahannya sendiri? Bagaimana mungkin beliau dapat memimpin Negara kelak?

Mungkin jelak dengan cara kepimpinan sedemikian membuatkan 300 orang ahli PKR
termasuk Timbalan Ketua Cabang bertindak keluar parti malam semalam.

Tindakan itu dilakukan sewaktu jamuan makan malam sempena Majlis Jalinan Kasih Kelab
Pembangunan India Kuantan Pahang bersama YAB Menteri Besar semalam.

Dalam Majlis tersebut, mereka juga turut membaca ikrar taat setia dan akan menyokong
Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi mereka, hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memperjuangkan hak serta
menjaga Kebajikan rakyat terutamanya kaum India diseluruh Negara.

Selain itu, mereka juga turut menempelak kepimpinan PKR yang jelas bukan sahaja tidak
mengendahkan mereka, malah turut tidak mengambil berat terhadap kaum tersebut.

Persoalannya sekarang, jika ahli sendiri pun PKR buat tak layan, apatah lagi dengan
kita orang biasa? Memang jelas perjuangan PKR bukan untuk memperjuangkan rakyat.
Sebaliknya untuk kepentingan diri mereka semata - mata!!!

Selasa, 2 April 2013

Najib Yakin Peroleh Majoriti 2/3


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.  Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.  Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Kenali Anwar Ibrahim, Manusia Pelbagai Wajah


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU-13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya. 

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

3 Sebab Sidek Baba Tinggalkan Anwar


Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.

Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat. Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian.

Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit : Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu.

Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.

Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.

Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.

Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.

Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat. 

Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.

Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.

Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang.

Isnin, 1 April 2013

Butiran 13 Kejutan Yang Bakal Anwar Ibrahim Lakukan Menjelang PRU-13















13 Kejutan Yang Akan Anwar Ibrahim Lakukan Menjelang PRU-13


Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU-13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.

Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.

Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya, sandiwara satu keluarga.

Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.

Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.

Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.

Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.

Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.

Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.

Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.

Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.

Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.

Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.

Sabtu, 30 Mac 2013

Bukti PR Akan Bankrapkan Negara


Sorakan puak-puak Pakatan Rakyat terhadap kata-kata Tun Musa Hitam bahawa PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, masih lagi kedengaran. Bagi PR, kata-kata tersebut merupakan perangsang semangat setelah tidak mampu menepis fakta dan angka yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang menunjukkan Buku Jingga mereka akan membangkrapkan negara ini.

Manakala Manifesto baru PR pula dijangka akan menyebabkan defisit meningkat kepada 11.5% KDNK berbanding BN 4.0% dan hutang pula meningkat sehingga 62.1% KDNK berbanding BN 54.6%. Kenyataan ini dibuat setelah mengambilkira semua janji-janji manis yang ditabur PR dan digabungkan dengan angka-angka pendapatan serta perbelanjaan, termasuk anggaran potensi dan risiko keadaan semasa di dalam negeri dan juga global.

Dengan itu, kita menyimpulkan bahawa satu-satunya cara bagi PR untuk tidak membangkrapkan negara ialah dengan merombak semula Buku Jingga serta mengtongsampahkan terus manifesto mereka sekiranya mereka menang pilihanraya. Dalam ertikata lain, mengambil sikap 'cakap tidak serupa bikin' atau 'tidak menepati janji' atau lebih tepat 'berbohong'.

Ini tentunya bermakna mereka perlu merangka bajet yang baru tanpa berdasarkan apa yang diperkatakan atau dijanjikan mereka dahulu.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang bajet baru mereka ini akan menjamin pentadbiran ekonomi yang baik, apatah lagi dengan rekod ‘Perdana Menteri PR’ yang begitu corot dalam soal ekonomi.

Bagi melihatnya dengan lebih jelas, kita perlu merujuk kepada kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan BN iaitu 2003 – 2007 : Pada tahun 2003 kedudukan wang tunai Selangor berada pada RM325.38 juta, 2004 - RM427.64 juta, lalu meningkat lagi pada tahun 2006 kepada RM565.47 juta dan sehingga tahun 2007 wang tunai Selangor berjumlah RM738.05 juta.

Tetapi, pada tahun 2008, apabila PKR mengambil alih dan Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kedudukan kewangan negeri mencatatkan trend yang menurun seperti berikut : 2007 – RM776.44 juta, 2008 – RM733.64 juta, 2009 – RM617.20, lalu menjunam terus pada 2011 kepada RM390.89 juta.

Angka di atas adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor pada tahun yang berkenaan.

Jika ini belum cukup untuk membuktikan ketidak-cekapan Anwar Ibrahim dalam mentadbir ekonomi, maka kita wajar melihat prestasinya dalam menangani krisis kewangan ketika menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1997.

Di tangan Anwar, pasaran Bursa Malaysia dari Februari 1997 yang berada pada mata 1300 mata terus menjunam tanpa kawalan sehingga Julai 1998 Bursa Malaysia berada di paras terendah pernah direkodkan iaitu 261.33.

Apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998, dan Tun Mahathir mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, beliau telah bertindak merombak semula perancangan Anwar yang menggunapakai strategi IMF serta memperkenalkan strategi baru.

Hasilnya, pasaran Bursa Malaysia pantas mengalami pemulihan di mana pada penghujung September 1998 sejurus Anwar dipecat, pasaran mencatatkan mata peningkatan segera iaitu kepada 400 dan terus meningkat serta pulih perlahan-lahan di mana pada awal tahun 2000, pasaran bursa berada di paras 980.

Sebagai perbandingan lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada ketika krisis ekonomi berlaku iaitu pada tahun 17 September 2008. Beliau pada mulanya terpaksa bergelut dengan pasaran bursa menjunam sehingga pada penghujung tahun tersebut, mencatat paras serendah 801.27. Awal tahun 2009, beliau yang mungkin telah mendapatkan ‘momentum’, bertindak membentangkan bajet mini RM60 billion.

Keadaan tampak memberangsangkan sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009. Seterusnya, Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan yang agak konsisten sehinggalah di penghujung 2012, di mana ia berada di paras tertinggi ialah 1699.68.

Jelas, kepimpinan yang bijak mampu memulihkan keadaan walaupun ketika krisis dan ketika orang lain melihatnya sebagai mustahil. Tetapi kepimpinan yang tidak cekap seperti Anwar Ibrahim, hanya akan menambahkan krisis dan membawa negara ke arah kehancuran, iaitu miskin lalu bangkrap terus.

Bayangkan, jika Anwar Ibrahim yang mengambil-alih negara pada 2008, iaitu ketika krisis kewangan global, tidakkah beliau hanya akan membawa kita melalui jalan yang sama yang dibawanya ketika krisis 1997? Dan bayangkan jika beliau menang dalam pilihanraya kali ini dan menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau tidak akan membawa kita ke arah jalan yang sama yang dilalui oleh Selangor hari ini?

Bayangkan jika krisis ekonomi melanda lagi, apa akan jadi kepada Malaysia, kepada kita, jika negara berada di dalam tangan pemimpin yang tidak cekap dan buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim?

Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah graduan Pengajian Melayu, pendokong sastera yang mana cakap-cakapnya berbunga-bunga, penuh retorik dan mainan bahasa. Ini ertinya, Anwar bukan manusia yang dilahirkan dengan penguasaan otak kiri iaitu kecekapan menganalisa atau melihat logik matematik yang diperlukan untuk memahami ekonomi. Anwar adalah manusia yang dikuasai oleh bahagian otak sebelah kanan, iaitu seni, abstrak yang bebas mengenterpretasi sendiri dan lebih banyak dikuasai emosi.

Negara tentunya dalam bahaya jika seorang Perdana Menteri melihat angka seperti perkataan atau syair yang boleh disusun dan diubah-ubah sesuka hati. Dan itu belum lagi diambil kira risiko Anwar menyusun dan mengubah angka itu agar masuk ke akaunnya sendiri, dan akaun keluarganya, atau akaun Tuan-tuannya, anak-anak ikannya, gundik-gundiknya, rakan-rakannya dan mereka-mereka yang menyimpan semua bukti rahsia gelapnya.

Justeru, kata Tun Musa bahawa PR tidak akan membangkrapkan negara adalah kurang tepat. Yang tepatnya ialah, pemimpin PR tidak akan bangkrap, tetapi kemungkinan untuk mereka membangkrapkan negara amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan.

Ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dan diletakkan di atas bahu sesiapa sahaja. Ia memerlukan kebijaksanaan yang khusus yang manusia seperti Anwar tidak mungkin mampu memahaminya.

Jumaat, 29 Mac 2013

Anwar Bukan Calon Yang Tepat Untuk PM - Tun Daim Zainuddin


Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin? Satu nama yang besar juga merupakan tokoh ekonomi negara, suatu ketika dahulu. Walaupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah berkali-kali cuba untuk menjejaskan imej dan kredibiliti beliau namun ternyata mantan Menteri Kewangan itu mempunyai khalayak penyokongnya yang tersendiri.

Malah sehingga kini, beliau dikatakan masih disegani oleh masyarakat dan pendapat yang diberikan sering dijadikan sumber rujukan. Malah Tun Daim juga terkenal dengan polisi ‘pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri’.

Atas faktor tersebut, maka bukanlah sesuatu yang mustahil apabila akhbar arus perdana New Sunday Times dan Berita Minggu telah menjemput beliau untuk membicarakan mengenai politik tanah air ketika ini, walaupun telah lama bersara sebagai ahli politik.

Di dalam wawancara tersebut, beliau telah melahirkan rasa bimbangnya tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Ini kerana menurut beliau, Ketua Umum PKR itu dipercayai akan mengucar-kacirkan negara. Ia berdasarkan kepada kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, apabila Tun Daim membayangkan kecenderungan Anwar untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah menurut beliau lagi, ia berdasarkan kepada sikap Anwar sendiri yang suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

“Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui revolusi sebaliknya menerusi peti undi,” jelas Tun Daim.

Ketika ditanya mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tokoh ekonomi itu menegaskan bahawa Najib adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri."

Khamis, 28 Mac 2013

Rafizi Gelabah Pada Sidang Akhbar Pertahankan Anwar


"Saya sudah melihat video itu, ianya spekulasi dan berniat jahat, dan tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Ianya hanya satu andaian, beliau (Anwar Ibrahim) seorang yang mesra dan peramah dan semua orang boleh bercakap dengan beliau."

Ungkapan kata di atas dilafazkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR pada 22 Mac 2013 yang dipetik dari laman MalaysiaDigest. 

Secara tersuratnya kenyataan itu bermaksud mempertahankan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tapi sedar tak sedar, ia seperti mengesahkan bahawa individu yang gaya cakapnya seperti seorang jantan gersang dalam video berdurasi 1.20 minit yang disiarkan oleh blogger PapaGomo sememangnya Anwar.

Ini sekaligus menafikan dakwaan penyokong pembangkang kononnya video itu telah disunting audionya (dubbing). Dengan pengakuan Rafizi ini berkemungkinan selepas ini para penyokong Anwar terpaksa mengolah alasan lain bagi menafikan video tersebut.

Bagaimana pun tulisan ini tidak berhasrat untuk membincangkan mengenai video itu tetapi lebih kepada mahu menarik perhatian pembaca untuk menganalisis sendiri tingkah laku Rafizi Ramli ketika sidang media tersebut.


Entah apa yang ditakutkan sangat olehnya apabila lebih banyak berdolak-dalik daripada menjadi secara berterus terangan soalan yang ditanyakan oleh wartawan ketika dalam Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR.

Soalan yang ditanyakan oleh wartawan AgendaDaily cukup mudah "kenapa Anwar berani saman PapaGomo dalam isu ini tetapi dalam isu cinadoll kenapa tidak saman PapaGomo Datuk Trio?."

Untuk menjawab soalan yang sebegitu mudah pun sampai menggelabah dibuatnya Rafizi, jauh melencong jawapannya sehingga bila diulangi lagi soalan tersebut Pengarah Strategik PKR itu bagaikan naik angin pula mengugut akan memanggil guard (pengawal keselamatan).

Tanya soalan yang tidak kena dengan jiwa raga pun terpaksa berhadapan dengan pengawal keselamatan, gelabah betul langsung tak sesuai dengan jawatan sebagai pengarah Strategik PKR. Entah apa yang mahu disoroknya tak tahulah sehingga pengawal keselamatan pun dilibatkan sama.
 
Sebelum ini di lokasi yang sama pada 4 Mac 2013 yang lalu, Anwar Ibrahim juga naik angin bagaikan kerbau jantan apabila memarahi wartawan yang bertanyakan soalan mengenai pencerobohan di Sabah sehingga ungkapan "U Ulang I Saman" menjadi viral dan popular di media maya.

Barangkali selepas ini ungkapan, "U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan" pula akan mengikut jejak langkah yang sama menjadi viral dan popular disebut ramai.

Sudah ketentuan Ilahi barangkali bila mana ramai pemimpin utama PKR terdiri dari kalangan individu yang gemar berdolak-dalik ketika bersoal jawab, divert sana sini. Cukup luar tabii dan unik sekali kaedah mereka berdepan dengan media. 

Agaknya inilah gambaran sebenar kebebasan bersuara yang bakal direalisasikan oleh PR sekiranya PRU-13 kelak mereka dapat membentuk Kerajaan.

Rabu, 27 Mac 2013

Chua Jui Meng Bakal Letak Jawatan Dalam PKR


Umum amat maklum yang Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sudah lama mengidam untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana ia dianggap sebagai kerusi selamat untuknya memandangkan lebih 50% pengundi di kawasan itu adalah keturunan Cina.

Lagi pun, sejak PRU-12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN, Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti. Atas faktor itu, maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.

Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.

Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR.

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan, buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.

Pada perkiraan Anwar, tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.

Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.

Berikutan pertelingkahan itu, Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng, tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu, tidak mustahil PRU-13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.

Rakyat Merana Pemimpin Pembangkang Lompat Kawasan


Pembangkang di negara ini tidak pernah terlintas di hati mereka untuk membela nasib rakyat jelata.

Mereka suka membuat janji-janji yang lebih manis daripada gula dan madu, dan apabila mereka berjaya mempengaruhi rakyat lalu diberi kepercayaan untuk memerintah, pembangkang selalu pula gagal menggotakan janji.

Rakyat kecewa tetapi lebih mengecewakan tempoh lima tahun memerintah yang diamanahkan disalahgunakan untuk mengukuhkan kuasa politik, menimbun kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.

Negeri yanbg ditadbir ketinggalan ke belakang dari segi pembangunan sosio-ekonomi kerana pembangkang sibuk berceramah ke sana ke sini siang dan malam tanpa menyedari tugas utama mereka ialah kepada rakyat bukannya mendendangkan lagu politik tanpa henti.

Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti.

Bukti pemimpin pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi ialah kegemaran mereka untuk melompat dari satu kawasan ke satu kawasan bagi kepentingan politik mereka bukannya rakyat.

Khabarnya di Permatang Pauh, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak tentu arah seperti cacing kepanasan kerana beliau mendapat tahu kerusi tradisinya tidak lagi selamat pada Pilihan Raya Umumn ke 13 nanti.

Walaupun sudah menyandang sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh sejak 1982 (kecuali dari tahun 1999-2008), Anwar sudah lagi peduli pengundi di kawasan itu yang setia bersamanya.

Yang lebih penting bagi Anwar ialah menyelamatkan karier politiknya bukan membela rakyat yang menyokong.

Alasan bodoh yang diberikan oleh seorang yang bergelar Ketua Pembangkang untuk menjustifikasi tindakan untuk bertanding samada di Perak atau Selangor adalah atas permintaan rakyat di kawasan terbabit!

Begitu juga dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur dan mahu bertanding di Gelang Patah, Johor pula.

Kit Siang lebih banyak melompat daripada Anwar bermula dari kawasan parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 kemudian berhijrah ke Kota Melaka pula lepas sepenggal.

Dari Melaka beliau bertanding pula di kerusi Petaling Jaya pada 1978 dan empat tahun kemudian balik ke Kota Melaka.

Oleh kerana terlalu yakin Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, Kit Siang lari ke Parlimen Tanjong pada 1986 dan akhirnya apabila partinya tewas dengan teruk, terus meloncat ke Ipoh Timur pada 2004.

Melihat kepada kronologi penghijrahan pemimpin pembangkang yang kerap bertukar kerusi, terbuktilah mereka hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk memajukan diri sendiri dalam politik.

Ini berlainan pula dengan wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang kekal di kawasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat tanpa henti sehinggalah mereka meninggal dunia atau bersara daripada politik atau tidak dicalonkan lagi.

Hakikatnya Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri BN bukannya seperti katak-katak pembangkang yang suka melompat ke sana ke sini asalkan ada kolam yang enak untuk mereka berenang.

Dalam pas ada juga pemimpin yang seperti kera melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain seperti Mat Sabu.

Pada mulanya beliau memenangi kerusi parlimen Nilam Puri, Kelantan walaupun berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dari Nilam Puri, Mat Sabu lari pula meninggalkan pengundinya di situ ke Kubang Kerian pada tahun 1999.

Kemudian beliau melompat pula ke kerusi Kuala Kedah dan menang tetapi seperti tupai yang pandai melompat akhirnya kecundang juga apabila bertukar angin ke kerusi Kuala Terengganu pada PRU ke 12.

Kini bekas wakil rakyat yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang itu mahu balik ke Kedah atau bertanding di Selangor pula.

Semua pemimpin pembangkang sudah tahu kerusi yang mereka tandingi dahulu sudah tidak selamat dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap BN yang amat mengkagumkan.

Sebab itu mereka kini bercemperai lari lintang pukang mencari kawasan selamat untuk berlindung daripada taufan BN yang bakal meranapkan pembangkang.

Malah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang kini mewakili parlimen Kubang Kerian sudah siap sedia untuk berhijrah ke Johor pula.

Kesimpulannya pemimpin pembangkang seperti Anwar, Kit Siang, Mat sabu dan Salahuddin hanya pentingkan periuk nasi politik mereka sahaja dan tidak peduli samada nasib pengundi atau rakyat di kawasan yang mereka wakili terbela atau tidak.

Bagi pembangkang yang penting, survival politik perlu diutamakan dan kepentingan peribadi wajib didahulukan.

Selasa, 26 Mac 2013

Anwar Akan Bertanding Di Kawasan Majoriti Cina?


Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrajaya.

Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja.

Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam urusan negara.

Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan bahawa ada Kuasa yang jauh lebih Besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak ‘bersesuaian’ dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat semulajadinya.

Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan ‘kesucian’nya.

Penolakan Pas terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari pemimpin Pas yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin Pas lain sudah tidak sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar.

Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.

Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti berikut : Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.

Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU.

Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari kawasan di mana pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana beliau sendiri keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh dilihat sendiri dalam wawancara beliau dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar, kaum Cina dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual atau biseksualnya.

Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih menaruh harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru, kemungkinan yang mereka memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi mereka ialah Pakatan Rakyat. Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya.

Namun, kita percaya, walaupun majoriti pengundi Ipoh Timur mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan orientasi seks wakil rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli tentang kredibiliti dan integriti wakilnya.

Tindakan ‘lari’ kawasan, sudah cukup untuk membuktikan yang wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan telah ditolak pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum ini.

Logik akal, sekiranya, rakyat kawasannya sendiri sudah menolaknya, sudah tentulah bodoh bagi rakyat kawasan lain pula untuk mengundinya. Mungkin lebih baik Anwar bertanding di Filipina saja, untung nasib dapat menggantikan Sultan Sulu tanpa bertanding.

Ahad, 24 Mac 2013

Wawancara Dengan Radio BFM: Anwar Mengaku Sukar Menjawab Orientasi Seksnya

Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke Youtube iaitu wawancara rangkaian radio BFM dengan Anwar Ibrahim pada 1 Mac 2013, menyaksikan bagaimana Anwar berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi jawapan kepada soalan mudah yang dikemukakan iaitu “apakah orientasi seks anda?”


Anwar jelas tidak mampu menjawab sama ada beliau lelaki normal iaitu heteroseksual (straight), atau homoseksual atau biseksual secara terus terang. Sebaliknya, beliau menjawab ala penglipur lara di mana kisah bermula apabila beliau telah difitnah oleh UMNO dan didakwa sebanyak dua kali tetapi ternyata tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya ke atas tuduhan itu. Sedangkan, hakikatnya, dalam kes pertama, ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau terlibat dalam aktiviti liwat tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan atas sebab mangsa tidak dapat mengingati tarikh dengan tepat.

Anwar kemudian memberitahu bahawa beliau seorang suami dan bapa kepada sebuah keluarga yang bahagia. Ini juga tidak boleh digunakan sebagai jawapan kerana dalam kebanyakan kes, seorang homoseksual turut mempunyai keluarga yang normal bagi menutup aktiviti songsang mereka.

Jelas sekali si-pengacara juga tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar dan meminta jawapan yang pasti.

Tetapi Anwar hanya menjawab yang ianya tidak relevan atas alasan kononnya isu tersebut berbangkit kerana propaganda politik UMNO. Tambahnya lagi, isu orientasi seks seseorang adalah soal peribadi dan jika ingin mendakwa seseorang atas tuduhan tersebut perlu ada bukti konkrit di mana dalam kesnya, tidak ada - kononnya.

Selain itu, apa yang lebih menarik ialah Anwar juga menegaskan yang beliau tidak mahu mendiskriminasikan golongan songsang. Nampaknya, sehingga ke akhirnya, selama lebih 2 minit menunggu jawapan untuk soalan mudah itu, si pengacara tetap tidak mendapat jawapan yang pasti dari Anwar.

Bagaimanapun, Anwar di akhirnya, telah membuat pengakuan bahawa bahawa soalan yang dikemukakan adalah sukar untuk dijawab.

Ini tentulah pelik sekali kerana jika diikuti dari mula, soalan-soalan yang dikemukakan adalah biasa-biasa sahaja iaitu tentang pencerobohan Lahad Datu, isu kad pengenalan di Sabah, isu DEB dan isu homoseksual. Tiada satu pun isu yang memerlukan analisis, kajian, angka atau fakta tepat kerana ia hanya menyentuh secara umum – sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh Anwar, iaitu menjawab secara umum tanpa kupasan atau perbincangan terperinci.

Secara dasarnya, semuanya merupakan isu yang sedang berbangkit dan menjadi topik perbincangan politik semasa yang mana seorang yang terlibat secara langsung dalam isu-isu tersebut, seperti Anwar, seharusnya merasa selesa membincangkannya kerana mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya.

Apatah lagi soalan berkenaan orientasi seksnya sendiri. Mana-mana lelaki Muslim yang normal pasti tersentak dan tercabar untuk mengesahkan secara jelas dan pasti bahawa beliau berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak mungkin mengamalkan seks songsang.

Namun, itulah hakikatnya iaitu Anwar tidak mampu menjawab dengan baik serta menganggap soalan-soalan yang dikemukakan sebagai sukar walaupun di permulaan wawancara menegaskan yang beliau merupakan pelajar lepasan menengah yang cemerlang dan berjaya masuk ke Universiti bukan kerana kuota yang diperuntukkan oleh DEB.

Entahlah, mungkin Anwar bercakap benar mengenai kelayakannya, tetapi apa yang kita tahu, trend di zaman itu, mereka yang memasuki bidang sastera atau pengajian Melayu seperti Anwar, adalah kerana keputusan HSC mereka  tidak cukup baik untuk melayakkan diri ke bidang lain. Dalam ertikata lain, antara yang tercorot. Malah, kita juga tahu bahawa di Universiti, Anwar hanya lulus cukup-cukup makan, itupun setelah beberapa kali mengulang.

Justeru, tidak hairanlah jika Anwar si-pelajar corot ini, mendapati soalan-soalan biasa tadi sebagai sukar.

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia sanggup menerima seorang yang tidak mampu menjawab soalan mudah dengan baik, sebagai Perdana Menteri? Mampukah beliau mentadbir dan menangani masalah negara dengan hanya bercakap berbelit-belit dan berpusing-pusing keliling? Sanggupkah kita, umat Islam sekalian, mengangkat seorang Perdana Menteri yang ‘kurang pasti’ dan ‘tidak suka’ dengan ajaran Islam yang menyatakan amalan LGBT itu berdosa besar, haram dan dilaknat?

Sah! Keganasan Lahad Datu Angkara MNLF


Benarlah kata orang, bahawa untuk menilai seseorang kita perlu melihat kepada rakan-rakannya. Maka, tidak hairanlah apabila Nur Misuari, Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro merujuk kepada Anwar Ibrahim sebagai ‘sahabat lama’  kerana ternyata mereka mempunyai perwatakan yang sama iaitu suka berbohong.

Di awal kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu, dan ketika rakyat Malaysia masih terpinga-pinga, media Filipina dan agensi berita antarabangsa pantas melaporkan sumber risikan yang menunjuk kepada pembangkang Malaysia, sebagai dalangnya. Bertitik-tolak dari itu, kita menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim yang telah terasa cili begitu ‘bersungguh-sungguh’ menafikan laporan tersebut sehingga membawa kepada ‘parody’ “You ulang, I saman” yang menjadi popular di laman-laman sosial.

Pendedahan tersebut dikuatkan dengan laporan risikan termasuk gambar yang menunjukkan Anwar telah membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari beberapa kali.

Untuk itu, Anwar menjelaskan bahawa pendedahan itu tidak wajar dianggap bukti kerana bukan MNLF yang menceroboh Lahad Datu tetapi ‘tentera Sulu’. Tidak lama kemudian, Nur Misuari sendiri membuat kenyataan  menawarkan bantuan untuk membantu kerajaan Malaysia berunding dengan pihak Sulu dan ditolak oleh Malaysia.

Namun, perkembangan seterusnya telah membuktikan bahawa kedua-dua sahabat lama ini telah berbohong apabila ramai di antara pengganas yang ditangkap atau terbunuh telah dikenalpasti sebagai anggota MNLF. Sebenarnya, siapapun mereka tiada bezanya iaitu pengganas kejam yang ingin merampas negeri Sabah.

Dan kini kita melihat bagaimana Nur Misuari menyerlahkan warnanya yang sebenar apabila menuduh Malaysia sebagai memperalatkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), menjadi penghalang kepada usaha penyatuan bangsa Moro serta tuntutan kemerdekaan wilayah selatan Filipina. Beliau juga turut menuduh Malaysia sebagai telah menjajah Sabah dan Sarawak.

Beliau seterusnya mencabar Malaysia membuktikan hak ke atas kedua negeri itu melalui dokumen undang-undang.

Justeru, siapakah sebenarnya yang menuntut Sabah? Pihak Sulu atau MNLF? Kenapa Nur Misuari berbohong pada mulanya? Apakah cakap seorang pembohong dan pengganas kejam yang tidak bertamadun perlu dilayan secara diplomasi?

Seharusnya, Nur Misuari bersyukur kerana atas usaha Malaysia akhirnya 15 juta penduduk Islam di selatan Filipina kini mampu merasai keamanan dan mendapat hak ke atas bumi yang mereka pijak dan usahakan selama ini iaitu sejak penjajahan Sepanyol pada kurun ke-17. Perjanjian Damai tersebut telah memastikan tiada pihak yang teraniaya dan atau dipinggirkan tanpa menafikan terus kuasa kerajaan Filipina. 10 prinsip utama telah digariskan dengan intipati penting iaitu mengiktiraf Bangsamoro serta mewujudkan entiti autonomi politik di Mindanao yang membolehkan Bangsamoro mentadbir sendiri melalui sistem demokrasi dengan menggunapakai Undang-undang Asas Bangsamoro seiring dengan undang-undang negeri.

Jelaslah bahawa Nur Misuari tidak suka kepada keamanan. Maka tidak hairanlah beliau mengkritik perjanjian tersebut dan terus mengasak untuk menimbulkan huru-hara di mana saja peluang yang ada. Dan Sabah adalah peluang yang terbaik baginya.

Perjanjian British North Borneo 22 Januari 1878, menjelaskan dengan terperinci penyerahan oleh Sultan Sulu iaitu Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon, wilayah dan jajahan di Borneo daripada Sg. Pandassan di pantai barat sehingga ke pantai timur Sibuko di selatan  termasuk negeri-negeri seperti Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang dan semua jajahan dan negeri di selatannya bersempadan dengan Teluk Farvel sehingga Sungai Sibuko dan juga semua pulau-pulau di tiga marina di sepanjang pantai dengan harga RM5,000 setahun, kini ditambah menjadi RM5,300 .

Pada 22 Januari 1978, Sultan Sulu telah melepaskan kuasanya ke atas wilayah dan jajahan seperti yang tersebut di atas secara rasmi. Pada 22 April 1903, satu lagi dokumen telah ditandatangani bagi menambahkan beberapa lagi wilayah yang telah tidak disebut atau tertinggal di dalam perjanjian terdahulu.

Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963, dengan persetujuan rakyatnya, maka Malaysia meneruskan pembayaran wang ‘pajakan’ terhadap Sultan Sulu sepertimana yang termeterai dalam perjanjian-perjanjian dahulu.

Justeru, bagi Nur Misuari untuk bersuara bagi pihak Sulu dilihat sebagai sikap seorang yang gila kuasa. Dengan percanggahan kenyataan dari pihak Sulu ditambah dengan kekeliruan mengenai waris sebenar kesultanan tersebut maka, apa yang dituntut atau disuarakan oleh Nur Misuari tidak membawa apa-apa makna kerana beliau bercakap tanpa asas dan tanpa hak yang pasti.

Apatah lagi dengan terbuktinya kewujudan tangan-tangan asing yang menaja keganasan yang dibawa oleh Nur Misuari ke Sabah. Ini menunjukkan bahawa tuntutan yang dibuat adalah tidak ikhlas dan mempunyai tujuan yang jauh lebih besar dari sekadar ingin merampas kembali Sabah.

Malaysia tidak sebodoh itu untuk melihat semua ini sebagai agenda sempit sepasukan pengganas MNLF. Tetapi, kita dapat membaca akan agenda kuasa asing untuk menguasai rantau ini melalui pihak pembangkang sama ada di Filipina mahupun di Malaysia.

Jika benar, demokrasi yang dijulang maka, pihak yang menaja Nur Misuari pastinya bukanlah pihak yang layak bercakap tentang demokrasi. Dan pihak mana lagi yang mempunyai begitu banyak dana untuk dilabur dan dilebur begitu saja demi cita-cita untuk menakluk dunia, jika bukan pihak yang mempunyai kaitan dengan kuasa besar dunia?

Oleh itu, kesimpulan yang kita dapati dari episod Lahad Datu ini ialah Nur Misuari adalah alat Amerika, seperti juga sahabatnya, Anwar Ibrahim.