Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Lim Kit Siang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lim Kit Siang. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2015

PAN Balaci DAP

Analisis dari Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada bulan Mac lalu yang menjangkakan PAS akan berpecah ternyata benar pada hari ini.

Ianya bermula dengan penubuhan PasMa yang pada awalnya bergerak sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), yang nyata dan jelas untuk merebut tampuk kepimpinan PAS dalam Muktamar PAS 2015.

Malangnya, dengan izin Allah SWT Kumpulan 18 (G-18) yang dikepalai oleh Mat Sabu gagal untuk merampas takhta pentadbiran PAS dari Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Lantaran dari itu G-18 yang nyata dan jelas ditaja oleh DAP berusaha menubuhkan sebuah parti baharu sebagai platform bagi memenuhi nafsu serakah mereka.

Maka, lahirlah Parti Amanah Negara (PAN) yang asalnya merupakan Parti Pekerja Malaysia yang menyerah diri kepada Mat Sabu. Tercapai juga impian Mat Sabu untuk menjadi pemimpin parti.

DAP amat gembira dengan kelahiran PAN. Matlamat mereka untuk memecah belahkan Melayu-Islam telah memasuki fasa baharu apabila PAS sudah tidak mahu mengikut telunjuk DAP.

PAS pula menuntut wakil rakyat PAN yang memenangi pilihanraya atas tiket mereka segera meletakkan jawatan seperti terkandung dalam Bai'ah yang dilafazkan sebelum bertanding dalam PRU-13.

PAN secara jelas menolak agenda penubuhan Negara Islam dan mengangkat Hudud sebagai asas perundangan Negara.

DAP menjadi kiblat mereka kerana segala kehendak DAP wajib diikuti. DAP 'berjaya' menggunakan PAN untuk memecah belahkan Melayu-Islam.

Dengan lahirnya Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PAN, PKR dan DAP, hala tuju mereka semakin hilang arah. PKR mahukan PAS dalam PH tetapi DAP enggan menerima PAS.

PAN dan PH merupakan perkahwinan mutaah yang direstui oleh DAP melalui Lim Kit Siang, diwalikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bakal melahirkan generasi yang carca marba.

Khamis, 4 April 2013

Mr Pindah Bernama Lim Kim Siang


Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU-13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.

Sejak berkecimpung dalam dunia politik, pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya. Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.

Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Tika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati.

Justeru itu, memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah, ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.

Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.

Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN. Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.

Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang, nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.

Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik, tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim, ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.

Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik, sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.

Rabu, 3 April 2013

Demokrasi Ala DAP: 753 Perwakilan Dinafikan Hak Mengundi


DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan. Itu hakikat yang sering terjadi.

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja.

Sabtu, 30 Mac 2013

Jason Teoh Bakal Bunuh Kit Siang Di Gelang Patah


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan.

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.

Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. 

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU-13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.

Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen Gelang Patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi.

Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.
 
Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan.

Jumaat, 29 Mac 2013

Adakah DAP Akan Diharamkan?


"Kami rela disiasat dan ini merupakan komplot politik untuk mengharamkan DAP. Jika simbol roket (DAP) diharamkan, mungkin calon terpaksa memilih alternatif lain sebagai anggota bebas, atau pakai simbol Pas dan PKR."

Kenyataan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2013 di atas seakan cuba memberi gambaran dan persepsi negatif kononnya siasatan yang sedang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) tika ini bertujuan untuk mengharamkan DAP.

Walhal kebenarannya, siasatan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) dilakukan setelah mengambil kira aduan yang dibuat oleh ahli seumur hidup DAP iaitu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass.

Selain David, seorang lagi ahli parti yang turut melaporkan kepincangan dalam pemilihan CEC DAP yang berlangsung Disember tahun lepas kepada ROS ialah Mahendran Krishnan, Setiausaha untuk cawangan yang sama.

Kedua-dua mereka bukannya ahli UMNO atau mana-mana komponen BN, bukan juga baru sehari dua menjadi ahli DAP tetapi sudah bertahun-tahun bergelumang jatuh bangun dalam parti paling rasis atas dunia itu. 

Laporan dan aduan oleh pemimpin Cawangan DAP Cawangan Ladang Paroi itu hanyalah rentetan daripada ketidakpuasan hati mereka dengan perjalanan pemilihan DAP setelah calon yang gagal iaitu Zairil Khir Johari Abdullah (Christopher Ross Lim) tiba-tiba sahaja diubah kedudukannya menjadi ahli CEC yang kononnya dipilih. 

Soal komplot atau konspirasi politik sebenarnya langsung tidak wujud, malah kemungkinan DAP akan digantung atau diharamkan juga tidak timbul memandangkan sehingga sekarang siasatan belum pun selesai sebaliknya tergantung disebabkan keengganan pemimpin DAP memberi kerjasama.

Pengerusi ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sehari dua lepas menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran menyiasat kes ini berikutan tindakan seorang pemimpin tertinggi DAP sering memberi alasan ketiadaan masa bila mana di minta memberi keterangan.

Dengan keadaan demikian, mana mungkin ROS telah membuat keputusan, kecuali hakikat sebenarnya Kit Siang sengaja memainkan isu yang tidak wujud semata-mata untuk memancing simpati umum sambil menimbulkan persepsi salah terhadap kredibiliti ROS.

Setakat yang diketahui umum hanya dua parti yang pernah dibatalkan pendaftarannya iaitu UMNO pada tahun 1988 diikuti SNAP pada tahun 2002 dan kedua-duanya komponen BN. Ini jelas membuktikan ROS atau pihak yang lebih tinggi misalnya Mahkamah bukannya alat kepada Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Justeru itu, Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP tidaklah perlu takut akan bayang-bayang sendiri. Jika DAP merasakan pemilihan CEC tempohari telus dan adil tanpa penyelewengan, mengapa tidak segera memberi kerjasama menjayakan siasatan ROS supaya ahli-ahli DAP tidak dibelenggu tanda tanya.

Ini tidak, belum apa-apa Kit Siang dah memulakan propaganda kosong menyalahkan orang lain semata-mata untuk mengelakkan pandangan serong terhadap parti pimpinannya yang bermasalah. Sendiri menari tunggang terbalik disalahkan lantai yang terjongkang jongkit.

Rabu, 27 Mac 2013

Chua Jui Meng Bakal Letak Jawatan Dalam PKR


Umum amat maklum yang Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sudah lama mengidam untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana ia dianggap sebagai kerusi selamat untuknya memandangkan lebih 50% pengundi di kawasan itu adalah keturunan Cina.

Lagi pun, sejak PRU-12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN, Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti. Atas faktor itu, maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.

Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.

Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR.

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan, buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.

Pada perkiraan Anwar, tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.

Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.

Berikutan pertelingkahan itu, Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng, tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu, tidak mustahil PRU-13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.

Selasa, 19 Mac 2013

Kit Siang Perlu Gesa Kerajaan Negeri Pakatan Bubar DUN


Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah, pencacai pakatan pembangkang cuba menjadi pakar perlembagaan pula  apabila Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).
 
Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan sudah genap lima tahun.   Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan.  
 
Entah macamana Kit Siang boleh bermimpi ingin menjadi pemimpin negara jika tidak mampu memahami perlembagaan dan undang-undang mengenai pilihanraya? Patutlah pemilihan CEC DAP juga haru biru jadinya, rupa-rupanya memang mereka ini ‘lembab’ sedikit otaknya.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum - kecuali jika dibubarkan lebih awal.  

Dan untuk rekod, kali terakhir pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008, apabila kerajaan pemerintah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008. 

Sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti membentuk kerajaan, sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28 April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas.

Telah tertulis juga bahawa Pilihanraya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut. Peruntukkan yang serupa juga terkandung di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, bagaimana pula Kit Siang boleh menuduh pemerintahan BN sekarang sebagai tidak sah? Takkanlah Kit Siang terlalu gilakan kuasa sehingga tidak boleh mengira hari?

Kanak-kanak sekolah Tahun Dua juga sudah tentu boleh mengira bahawa parlimen akan terbubar sendiri pada 28 April 2013, dan bahawa isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan pembohongan oleh orang yang tidak tahu mengira tetapi gila kuasa.

Bagaimanapun, sekiranya pencacai pembangkang mengunapakai ‘kefahaman’ mereka dalam isu ini, iaitu kerajaan mempunyai tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pilihanraya umum untuk membubarkan parlimen, maka mereka wajar membubarkan segera DUN-DUN di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Tindakan ini pasti dilihat sebagai ‘menghormati’ Kit Siang yang secara tidak langsung menyatakan bahawa Azizan, Nik Aziz, Khalid Ibrahim dan Guan Eng bukan lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sah dan perlu segera meletakkan jawatan berdasarkan analoginya mengenai perlembagaan negara mengenai pilihanraya.