Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kuala Besut Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar, 55, meninggal dunia jam 10.18 pagi tadi.
Allahyarham yang dikejarkan ke Hospital Daerah Besut, Terengganu, Khamis lalu kerana kesukaran bernafas meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Menurut Che Ku Mustafa Che Ku Mat, allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru yang dihidapinya sejak 5 bulan lalu. Beliau merupakan Setiausaha Penyelaras Dun Kuala Besut memaklumkan bahawa jenazah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
PP: Bersedia untuk mengharungi Pilihanraya Kecil Pertama.
Nuffnang
Rabu, 26 Jun 2013
Ahad, 23 Jun 2013
IPU Muar 746 @RazaliIbrahim @KhaledNordin @MuhyiddinYassin @NajibRazak
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Muar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang www.doe.gov.my/apims/ jam 7 pagi ini
adalah 746.
Bacaan ini menunjukkan peningkatan yang luar biasa berbanding bacaan IPU 453 pada jam 4 petang semalam.
Bacaan IPU 746 ini mewajarkan pihak berkuasa membuat perisytiharan darurat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi daerah Muar dan kawasan sekitarnya.
Sabtu, 22 Jun 2013
Himpunan #Blackout #KL622 'Gagal' Menurut @khalidismath
Himpunan #Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok siang tadi 'GAGAL'. Ini kerana ia tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh salah seorang aktivisnya semalam.
Dalam twitternya semalam Khalid Mohd Ismath menyasarkan agar :
1. 3 buah trak Polis diterbalikkan.
2. 2 buah trak penyembur air (water cannon) ditumbangkan.
3. 3 buah bas Unit Simpanan Persekutuan dipunahkan.
Namun begitu, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tiada sebarang provokasi terhadap anggota keselamatan terutamanya Polis. Sepanjang perjalanan peserta himpunan menuju ke Padang Merbok juga lancar. Di Padang Merbok pula Polis dipuji melambung-lambung oleh Nurul Izzah kerana membantu melancarkan perhimpunan mereka (kononnya).
Namun begitu, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tiada sebarang provokasi terhadap anggota keselamatan terutamanya Polis. Sepanjang perjalanan peserta himpunan menuju ke Padang Merbok juga lancar. Di Padang Merbok pula Polis dipuji melambung-lambung oleh Nurul Izzah kerana membantu melancarkan perhimpunan mereka (kononnya).
Layanan terindah Peserta #Blackout505
Inilah antara sikap terpuji peserta himpunan Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok siang tadi.
Tontonlah dengan minda terbuka.
#Blackout505 #KL622 Tabung Plastik Kutipan Derma Dilancarkan
Dalam setiap perhimpunan, ceramah serta perjumpaan DAP/PAS/PKR acara kutipan derma sudah menjadi acara wajib. Tanpa kutipan derma umpama tidak sah acara yang dilangsungkan.
Hari ini, di Padang Merbok, untuk kesekian kalinya siri kutipan derma dilakukan lagi. Seperti biasa unit Amal Pas diberikan tanggungjawab membuat kutipan.
Alasan kutipan kali ini adalah bagi menampung kos Petisyen Pilihanraya.
#Blackout505 : Anda Dilarang Masuk
Satu kumpulan yang mendakwa penganjur bersama #Blackout505 dilarang ikut serta dalam perarakan menuju ke Padang Merbok di hadapan simpang Jalan Raja/Jalan Parlimen berhadapan Dataran Merdeka.
Mereka yang membawa bendera Malaysia (versi baru) & sepanduk merdeka 100% dan senada senadi dihalang oleh anggota Unit Amal Pas.
Khamis, 20 Jun 2013
Beranikah @AnwarIbrahim Hadir Pembukaan Parlimen?
“Jika benar
menolak keputusan Pilihanraya Umum ke 13, tidak perlu hadir ketika pembukaan
Parlimen pada 24 Jun kelak”.
Itulah
antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam majlis syarahan jamuan tengahari
yang bertajuk ‘PRU-13 Terima Keputusan Rakyat’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
sebentar tadi.
Majlis
syarahan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut
Perkembangan Minda (INMIND).
Beliau
menyatakan demikian kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mempertikaikan
ketelusan SPR dalam mengendalikan PRU-13 yang baru lalu. Terkini himpunan 'Blackout 505' akan dianjurkan pada 22 Jun di Padang Merbok Kuala Lumpur.
Wan Ahmad
turut menyatakan bahawa proses pilihanraya di Malaysia antara yang terbaik di
dunia apabila tiada satu borang pencalonan pun ditolak ketika penamaan calon pada
20 April lalu.
Sistem
pilihanraya di Malaysia yang berkonsepkan ‘Majoriti Mudah’ atau First Past The Post merupakan sistem
yang diamalkan di 66 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom,
India dan Nigeria.
Sistem
yang mengguna pakai pemilihan mengikut kawasan dibahagikan kepada Parlimen dan
Negeri (DUN). Rakyat sebagai pengundi berdaftar layak untuk memilih calon yang
mewakili parti. Kemenangan calon pula mengikut jumlah majoriti mudah melalui
peti undi. Manakala parti yang memenangi kerusi terbanyak layak membentuk
kerajaan.
Isnin, 10 Jun 2013
Forum Perdana Ehwal Islam Diraja
Disiarkan semula rakaman Forum Perdana Ehwal Islam Diraja yang disiarkan secara langsung di TV1 pada 6 Jun 2013. Rakaman ini dilakukan bersempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Isra' Mikraj.
Forum bertajuk 'Mendaulatkan Institusi DiRaja' dipengerusikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin. Manakala Ahli Panelnya terdiri daripada Ustaz Mohd Kazim Elias, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Forum perdana ini dilangsungkan di Dewan Santapan Istana Negara Jalan Duta Kuala Lumpur.
Ayuh tonton dengan minda terbuka dan semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
Forum bertajuk 'Mendaulatkan Institusi DiRaja' dipengerusikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin. Manakala Ahli Panelnya terdiri daripada Ustaz Mohd Kazim Elias, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Forum perdana ini dilangsungkan di Dewan Santapan Istana Negara Jalan Duta Kuala Lumpur.
Ayuh tonton dengan minda terbuka dan semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
Langgan:
Catatan (Atom)