Nuffnang

Sabtu, 31 Oktober 2015

Harga Petrol Dan Diesel Bulan November Kekal

Harga petrol mulai 1 November 2015 tidak berubah. Harga Ron95 RM2.05, Ron97 RM2.45 dan Diesel 1.90 seliter. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan apungan terurus dalam menentukan harga bahan api runcit berasaskan harga minyak mentah dunia.

Ini  akan memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk menikmati harga minyak yang lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa.

Kerajaan akan memutuskan harga petrol dan diesel menerusi apungan terurus, berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kadar mata wang, serupa sistem yang digunakan untuk menentukan harga RON97 sejak Julai 2010.

Menerusi sistem itu, kerajaan akan mengira harga purata bagi bulan tertentu dan menetapkan harga untuk bulan berikutannya.

Jumaat, 30 Oktober 2015

PRU-14: PAS VS DAP Di 8 Kerusi DUN

DAP mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu, kata setiausaha publisitinya Tony Pua.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Kerusi-kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang, yang mana tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor,”

Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan AMANAH.

PAS tidak bergabung dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan masih bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

DAP dan PAS sebelum ini bersekutu dalam Pakatan Harapan tetapi hubungan itu tidak dapat kekal lama setelah perbalahan berterusan, terutamanya dalam isu langkah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Khamis, 29 Oktober 2015

Najib Maafkan Nizar Lambai

Dato' Sri Najib Tun Razak hari ini menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Najib berbuat demikian melalui kemaskini status terkini di akaun Facebook milik beliau.

Betapa besar jiwa seorang pemimpin yang sanggup menerima permohonan maaf dari seorang yang individu yang nyata dan jelas telah melemparkan fitnah 3 tahun lalu.

Semoga Nizar mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan tidak mengulangi kesilapan yang sar ini. 

Bertenang... Belum Muktamad Vape Haram - Timbalan Menteri Kesihatan

Penggunaan ataupun penjualan 'vape' atau rokok elektronik tidak dihalang hingga keputusan muktamad mengenainya diputuskan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata masih terlalu awal untuk memutuskan apa juga tindakan sewajarnya ke atas alat gantian tembakau terbabit.

"Kita sedang mengkaji kaedah terbaik termasuk mewujudkan satu akta baharu membabitkan pengawalan vape, shisha dan tembakau.

"Jika nak mengharamkan atau membenarkan... ia masih terlalu awal untuk diputuskan secara undang-undang maka aktiviti penjualan atau pengguna vape tidak dihalang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan kementeriannya yang mahu mengharamkan alat gantian tembakau terbabit atas faktor kesihatan.

Rabu, 28 Oktober 2015

Nizar Lambai Mengaku Fitnah PM

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin @ Nizar Lambai dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah beliau tiga tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohammad Nizar pada surat bertarikh 22 Oktoberlalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Mohammad Nizar dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara jam 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012.

Selasa, 27 Oktober 2015

PAN Balaci DAP

Analisis dari Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada bulan Mac lalu yang menjangkakan PAS akan berpecah ternyata benar pada hari ini.

Ianya bermula dengan penubuhan PasMa yang pada awalnya bergerak sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), yang nyata dan jelas untuk merebut tampuk kepimpinan PAS dalam Muktamar PAS 2015.

Malangnya, dengan izin Allah SWT Kumpulan 18 (G-18) yang dikepalai oleh Mat Sabu gagal untuk merampas takhta pentadbiran PAS dari Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Lantaran dari itu G-18 yang nyata dan jelas ditaja oleh DAP berusaha menubuhkan sebuah parti baharu sebagai platform bagi memenuhi nafsu serakah mereka.

Maka, lahirlah Parti Amanah Negara (PAN) yang asalnya merupakan Parti Pekerja Malaysia yang menyerah diri kepada Mat Sabu. Tercapai juga impian Mat Sabu untuk menjadi pemimpin parti.

DAP amat gembira dengan kelahiran PAN. Matlamat mereka untuk memecah belahkan Melayu-Islam telah memasuki fasa baharu apabila PAS sudah tidak mahu mengikut telunjuk DAP.

PAS pula menuntut wakil rakyat PAN yang memenangi pilihanraya atas tiket mereka segera meletakkan jawatan seperti terkandung dalam Bai'ah yang dilafazkan sebelum bertanding dalam PRU-13.

PAN secara jelas menolak agenda penubuhan Negara Islam dan mengangkat Hudud sebagai asas perundangan Negara.

DAP menjadi kiblat mereka kerana segala kehendak DAP wajib diikuti. DAP 'berjaya' menggunakan PAN untuk memecah belahkan Melayu-Islam.

Dengan lahirnya Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PAN, PKR dan DAP, hala tuju mereka semakin hilang arah. PKR mahukan PAS dalam PH tetapi DAP enggan menerima PAS.

PAN dan PH merupakan perkahwinan mutaah yang direstui oleh DAP melalui Lim Kit Siang, diwalikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bakal melahirkan generasi yang carca marba.