Nuffnang

Selasa, 27 Oktober 2015

PAN Balaci DAP

Analisis dari Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada bulan Mac lalu yang menjangkakan PAS akan berpecah ternyata benar pada hari ini.

Ianya bermula dengan penubuhan PasMa yang pada awalnya bergerak sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), yang nyata dan jelas untuk merebut tampuk kepimpinan PAS dalam Muktamar PAS 2015.

Malangnya, dengan izin Allah SWT Kumpulan 18 (G-18) yang dikepalai oleh Mat Sabu gagal untuk merampas takhta pentadbiran PAS dari Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Lantaran dari itu G-18 yang nyata dan jelas ditaja oleh DAP berusaha menubuhkan sebuah parti baharu sebagai platform bagi memenuhi nafsu serakah mereka.

Maka, lahirlah Parti Amanah Negara (PAN) yang asalnya merupakan Parti Pekerja Malaysia yang menyerah diri kepada Mat Sabu. Tercapai juga impian Mat Sabu untuk menjadi pemimpin parti.

DAP amat gembira dengan kelahiran PAN. Matlamat mereka untuk memecah belahkan Melayu-Islam telah memasuki fasa baharu apabila PAS sudah tidak mahu mengikut telunjuk DAP.

PAS pula menuntut wakil rakyat PAN yang memenangi pilihanraya atas tiket mereka segera meletakkan jawatan seperti terkandung dalam Bai'ah yang dilafazkan sebelum bertanding dalam PRU-13.

PAN secara jelas menolak agenda penubuhan Negara Islam dan mengangkat Hudud sebagai asas perundangan Negara.

DAP menjadi kiblat mereka kerana segala kehendak DAP wajib diikuti. DAP 'berjaya' menggunakan PAN untuk memecah belahkan Melayu-Islam.

Dengan lahirnya Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PAN, PKR dan DAP, hala tuju mereka semakin hilang arah. PKR mahukan PAS dalam PH tetapi DAP enggan menerima PAS.

PAN dan PH merupakan perkahwinan mutaah yang direstui oleh DAP melalui Lim Kit Siang, diwalikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bakal melahirkan generasi yang carca marba.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pas teruskan perjuangan islam...ranjau duri adat berjuang... wlau seribu parti menerjah pas tetap dgn prinsip Islam.