Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label #Blackout505. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #Blackout505. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2013

Himpunan #Blackout #KL622 'Gagal' Menurut @khalidismath



Himpunan #Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok siang tadi 'GAGAL'. Ini kerana ia tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh salah seorang aktivisnya semalam.

Dalam twitternya semalam Khalid Mohd Ismath menyasarkan agar :

1. 3 buah trak Polis diterbalikkan.
2. 2 buah trak penyembur air (water cannon) ditumbangkan.
3. 3 buah bas Unit Simpanan Persekutuan dipunahkan.

Namun begitu, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tiada sebarang provokasi terhadap anggota keselamatan terutamanya Polis. Sepanjang perjalanan peserta himpunan menuju ke Padang Merbok juga lancar. Di Padang Merbok pula Polis dipuji melambung-lambung oleh Nurul Izzah kerana membantu melancarkan perhimpunan mereka (kononnya).

Layanan terindah Peserta #Blackout505



Inilah antara sikap terpuji peserta himpunan Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok siang tadi.

Tontonlah dengan minda terbuka.

#Blackout505 #KL622 Tabung Plastik Kutipan Derma Dilancarkan

Dalam setiap perhimpunan, ceramah serta perjumpaan DAP/PAS/PKR acara kutipan derma sudah menjadi acara wajib. Tanpa kutipan derma umpama tidak sah acara yang dilangsungkan.
Hari ini, di Padang Merbok, untuk kesekian kalinya siri kutipan derma dilakukan lagi. Seperti biasa unit Amal Pas diberikan tanggungjawab membuat kutipan.
Alasan kutipan kali ini adalah bagi menampung kos Petisyen Pilihanraya.

#Blackout505 : Anda Dilarang Masuk

Satu kumpulan yang mendakwa penganjur bersama #Blackout505 dilarang ikut serta dalam perarakan menuju ke Padang Merbok di hadapan simpang Jalan Raja/Jalan Parlimen berhadapan Dataran Merdeka.
Mereka yang membawa bendera Malaysia (versi baru) & sepanduk merdeka 100% dan senada senadi dihalang oleh anggota Unit Amal Pas.