Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Khamis, 30 Januari 2014

@barisanasional (BN) Benci @anwaribrahim? @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Kata orang dulu-dulu; kalau kita menegur, marah, dan sentiasa menyebut-nyebut akan sesuatu perkara, itu bermaksud kita mengingati atau lebih tepat lagi kita menyayangi akan perkara tersebut. Sebaliknya, jika kita benci akan sesuatu perkara, kita tidak akan peduli malah akan memulaukan perkara tersebut.

Dewasa ini ramai yang tidak berkenan dengan tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ADUN N25 Kajang. PP pula tidak bermaksud untuk mengulasnya.

Namun begitu, lebih ramai lagi yang tidak berkenan, atau dengan kata lain membenci tindakan Datuk Seri AnWar Ibrahim memanipulasi segala ruang dan peluang bagi mencapai hasratnya untuk menakluk Putrajaya.

Sehinggakan ada beberapa teman memuat naik kenyataan di laman sosial yang kata-katanya seperti berikut "Tak dapat jadi PM, jadi MB pun jadilah". (Dialog yang diubah dari filem Seniman Bujang Lapok).

Persoalannya, adakah pemimpin, penyokong, individu dan pihak yang mesra BN benar-benar membenci AnWar Ibrahim? Kelihatannya tidak. Ini kerana, saban hari berbicara dan mengungkit-ungkit akan AnWar Ibrahim.

Pihak media yang mesra BN juga seolah-olah terhegeh-hegeh mengejar individu yang lebih dikenali sebagai AnWar Al-Juboori bagi melariskan berita yang disiarkan. Sidang media, walkabout, siri ceramah dan program yang dihadiri individu yang dihalang memasuki Jepun ini dipenuhi dengan pelbagai latar pengamal media. Seolah-olah AnWar Al-Juboori merupakan sumber berita utama kepada mereka.

Berbalik kepada kenyataan PP di atas, ternyata bahawa pemimpin BN, penyokong BN, pihak yang mesra BN, pengamal media, individu, dan rakyat Malaysia tidak membenci Datuk Seri AnWar Ibrahim. Malah menyayanginya dan mengharapkan supaya individu ini terus hidup dan tidak mati. Ini bagi kelangsungan hidup hampir 29 juta rakyat Malaysia yang menjadikan politik sebagai sumber pendapatan.

Namun begitu, jika benar benci akan Datuk Seri AnWar Ibrahim, saya menyeru semua pihak supaya memulaukan individu ini. Maksudnya, hentikan segala bicara dan liputan. Hentikan segalanya untuk satu tempoh tertentu. Mungkin sehari, seminggu, sebulan, setahun atau selama-lamanya.

Adakah mampu dilakukan? Jika jawapannya 'YA' memang jelas bahawa anda merupakan pihak yang bertindak seperti yang dikatakan. Tetapi, jika jawapannya 'TIDAK' amat jelas bahawa anda merupakan 'Penyokong Tegar' Datuk Seri AnWar Ibrahim.

PP sendiri menjadikan bahawa artikel ini merupakan yang terakhir menyebut nama Datuk Seri AnWar Ibrahim sehinggalah hari kematiannya.


Kepada pembaca blog PP ini hanya frasa ini ingin diungkapkan : 'tepuk dada tanya hati'.

Sabtu, 18 Januari 2014

Selangor Syurga Judi Haram

Amat memalukan apabila HavocScope, sebuah badan penyelidikan pasaran gelap dunia telah melaporkan bahawa Selangor merupakan lubuk perjudian haram terbanyak di Malaysia dan menyumbangkan sejumlah USD 779.25 Juta nilai industri ini.

Angka ini juga meletakkan Malaysia tempat ke-40 nilai pasaran gelap mengikut negara. Sedih apabila difikirkan bahawa dahulunya semasa BN memerintah negeri ini, PAS sering kali menyerang mengatakan bahawa pemerintahan BN ini tidak mengikut hukum Islam. Terdapat kilang arak, penjualan arak di kawasan orang Melayu dan sebagainya.

Apabila mereka pula yang mendapat kuasa, lebih teruk negeri Selangor ini dijadikan mereka. Seolah-olah PAS ini akur dengan apa sahaja yang dicadangkan oleh DAP dan PKR. PAS tunduk dengan setunduk-tunduknya.

Seterusnya baca di sini.

Jumaat, 12 Julai 2013

#PRKKualaBesut : Pertandingan 2 Penjuru

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Haji A. Rahim bin Jusoh telah mengesahkan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas) dalam Pilihan Raya Kecil N01 Kuala Besut.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37 akan ditentang Azlan @ Endut Yusof, 48 dari Pas.

Pilihan Raya Kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar, 55 pada 26 Jun 2013 yang lalu.

Pengundian awal akan dilakukan pada 20 Julai 2013, manakala pengundian biasa akan dilakukan pada 24 Julai 2013.

Seramai 17,683 pemilih berdaftar akan membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil ini.

Selasa, 9 Julai 2013

Tengku Zaihan Calon BN Kuala Besut

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.

Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.

“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.

Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut,” katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus.

Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.

Sumber

Isnin, 8 April 2013

#ManifestoBN Adalah Akujanji Bukannya Janji Palsu


Pelancaran Manifesto BN, 'Menepati Janji Membawa Harapan' di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 sesungguhnya amat meriah apabila ia tidak hanya dihadiri ahlinya tetapi turut berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga hadirin melimpah ke luar stadium.

Suasana sekitar perkarangan dan di luar stadium agak sesak di mana jumlah hadirin lebih besar berbanding mereka yang berpeluang masuk ke dalam stadium. Mujurlah ada beberapa skrin besar yang disediakan penganjur membolehkan khalayak di luar mengikuti perkembangannya, jika tidak tentu ramai yang merungut dan kecewa dibuatnya.

Manifesto BN yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak itu antaranya menggariskan 150 komitmen termasuk 17 perkara utama meliputi pelbagai bidang ekonomi, agama, pendidikan, kemasyarakatan, keselamatan dan pelbagai lagi keutamaan demi rakyat dan negara.

Ia boleh disifatkan sebagai yang terbaik di antara yang terbaik, satu komitmen yang realistik dan berpijak di bumi nyata.
 
Bagaimana pun, sambutan luar biasa dan cukup hangat ini agak di luar jangkaan pihak penganjur, tapi di masa yang sama agak menguja dan menyemarakkan semangat kerana ia adalah satu petanda yang menggambarkan keyakinan umum kepada BN.

Senario ini berlaku tentu sekali berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan kuat rakyat kepada prestasi BN yang sudah terbukti sedari dulu lagi sentiasa berusaha menepati janji dan sudah terserlah jasa bakti serta kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara.

Ini jauh berbeza dengan pelancaran manifesto PR di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 25 Februari 2013 yang lalu di mana anggaran kehadiran hanya sekitar 1,000 orang sahaja, menunjukkan kurangnya kepercayaan penyokong PR dan orang ramai terhadap manifesto PR.

Mana nak ada sambutan hangat dari rakyat bila mana pada pandangan PR, manifesto bukannya satu perjanjian sebaliknya sekadar janji kosong dan umpan politik yang ditaburi kemudian dimungkiri. Sebab itu bila sebut saja istilah 'Janji Dicapati' ramai yang akan terbayang wajah-wajah munafik pemimpin PR.

Sebaliknya Manifesto BN jelas sekali menarik perhatian rakyat kerana bak kata PM, ia adalah satu dokumen akujanji BN kepada rakyat, maknanya ia satu perkara yang serius yang mesti ditunaikan.

Ia manifestasi kesungguhan pemimpin BN yang pasti akan dilaksanakan dan bukannya janji palsu atau dilakukan secara semberono tanpa kajian teliti. Setiap yang diungkapkan oleh PM dan dinukilkan dalam Manifesto BN ia adalah akujanji yang realistik yang akan ditepati.

Justeru itu, memanglah wajar pada PRU13 yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi, rakyat Malaysia membulatkan tekad untuk memastikan BN terus kekal menguasai Kerajaan Pusat dan kembali mengurus tadbir beberapa Kerajaan Negeri yang sebelum ini jatuh ke tangan munafik PR.

BR1M Akan Dinaikkan Sehingga RM1,200


Pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai kesediaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM1,200 untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sesungguhnya paling menarik perhatian ramai.

Ia satu berita gembira di luar jangkaan yang amat dialu-alukan, selain itu orang muda yang belum berumah tangga juga mendapat manfaatnya apabila insentif BR1M untuk golongan bujang turut dinaikkan dari RM250 kepada RM600, membuktikan betapa prihatinnya Kerajaan BN.

Di lihat dari respons hadirin yang berada di dalam dan luar Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 semasa pelancaran Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" itu, ternyata rakyat agak teruja dengan pengumuman tersebut.

Suasana sebegini jika dilihat oleh pemimpin PR tentu sekali mengundang gundah dalam hati, sementelah lagi sejak BR1M diperkenalkan pada 2011 diikuti dengan BR1M 2.0 pada 2012, sudah acap kali PR cuba mempersendakan insentif tersebut.

Pemimpin PR pernah menganggap penerima bantuan BR1M ibarat anak ayam dan lembu yang diumpankan dengan makanan, malah lebih teruk dari itu rakyat yang mendapat manfaat BR1M disamakan seperti penagih candu. Demikian hinanya martabat rakyat di mata pemimpin PR.

Mungkin dari aspek politik, PR merasakan penghinaan sebegini perlu untuk mengurangkan rasa terima kasih rakyat kepada BN, tapi hakikatnya kritikan yang tidak bertamadun sedemikian hanya mengundang amarah khalayak kepada PR.

Insentif BR1M bernilai RM1,200 dan RM600 ini mungkin dilihat kecil amaunnya oleh sesetengah pihak khususnya dari kalangan pemimpin dan penyokong PR, namun bagi rakyat yang menerimanya ia adalah satu pemberian penuh bermakna yang amat bermanfaat untuk mereka.

Sebab itu ramai hadirin yang mengikuti majlis pelancaran Manifesto BN itu secara spontan menadah tangan tanda kesyukuran malah ramai juga yang melonjak kegembiraan melaungkan ucapan terima kasih kepada PM sambil menyatakan sokongan padu kepada BN.

Senario ini tidak wujud semasa pelancaran manifesto PR pada 25 Februari 2013 yang lalu di SACC Shah Alam yang serba suram dan hambar, kerana janji yang ditaburi lebih banyak menimbulkan keraguan dan kesangsian ramai.

Berbeza sekali suasananya semasa pelancaran Manifesto BN yang mendapat sambutan hangat dan dihadiri puluhan ribu ahli, penyokong BN serta rakyat jelata yang setia hingga akhir majlis. Ini pun sudah cukup untuk menggambarkan tahap keyakinan umum yang tinggi kepada BN berbanding PR.

Rakyat tahu kenaikan insentif BR1M seperti dinukilkan dalam Manifesto BN itu merupakan satu akujanji yang ikhlas, realistik dan sudah pasti akan ditunaikan kerana terbukti sedari dulu lagi Kerajaan BN sememangnya menepati janji.

Ahad, 7 April 2013

17 Janji Terbaik Dalam #ManifestoBN


Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam. Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan. Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan. Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong. Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu. Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan. Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.

Antara janji-janji BN ialah: 

1.    Menangani Kos Sara Hidup

2.    Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.    Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.    Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.    Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.    Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.    Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.    Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.    Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi

Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M. Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini.

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti. Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti. Kita pasti dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji.

#ManifestoBN! 150 Akujanji Untuk Rakyat

Sebentar tadi di Stadium Putra Bukit Jalil, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak membentangkan Manifesto Barisan Nasional yang lebih bersifat sebuah “Akujanji” bertemakan “Rakyat Didahulukan”.

Pengerusi Barisan Nasional, Mohd Najib Tun Razak mengetuai 14 parti komponen membentangkan Manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke 13.

Najib menegaskan manifesto ini adalah akujanji Barisan Nasional untuk dilaksanakan dalam lima tahun akan datang.

Barisan Nasional berjanji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13. 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Menurut Najib, beliau lebih selesa memanggil manifesto ini sebagai “akujanji” kerana pembangkang mengamalkan “Manifesto Bukan Janji” sedangkan Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan “Janji Ditepati”.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia dan ianya merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Berikut antara ciri-ciri utama yang terkandung didalam “Akujanji Rakyat Didahulukan”;

1. Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

2. BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

3. Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

4. Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

5. Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

6. 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

7. Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

8. Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

9. Membina Lebuh raya Pan Borneo.

10. Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

11. Sekolah satu sesi diperluaskan.

12. Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

13. Transformasi sekolah vokasional.

14. 4,000 anggota Polis setiap tahun.

15. Penggunaan SafeCam.

16. Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.


Akujanji Rakyat Didahulukan yang penuh : Klik Sini

Sabtu, 6 April 2013

Pelancaran Manifesto BN #PRU13 Di Bukit Jalil - Himpunan Janji 1Malaysia


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini.

Malah ketika mengulas sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.

"Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, In Syaa Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

"Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan  masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional," katanya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Berbanding pakatan pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.

“Ini berbeza  dengan kerajaan pakatan pembangkang, walaupun mereka juga mempunyai manifesto namun manifesto mereka hanya sebuah janji populis, janji bulan dan bintang tetapi apabila tiba masa rakyat menuntut janji-janji tersebut maka mereka mengatakan manifesto bukan janji,” menurut salah seorang rakyat Selangor sebelum ini.

Manakala Februari lalu, pakatan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim telah mengumumkan manifesto pilihan raya mereka. 

Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan. BN memberi ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.

Maka semua masyarakat tanpa mengira kaum di jemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan.

Selain itu, manifesto BN kali ini dikatakan akan bersesuaian dengan slogan yang diangkat selama ini oleh parti itu.

"Kita hendak manifesto kita dihayati, difahami dan dihayati oleh rakyat sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan BN, sebab kita sudah buktikan dalam empat tahun ini apabila kita janji, kita sudah tunjukkan komitmen kita.

"Saya percaya manifesto kita itu nanti adalah lambang janji baru kita kepada rakyat," katanya.

Jumaat, 5 April 2013

Ahli Keluar, SWP Bakal Terbubar


Tindakan lebih 360 orang ahli mengikuti jejak langkah Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Tonny Muari yang bertindak keluar parti bakal mengkuburkan parti itu tidak lama lagi.

Parti yang mendakwa 'mesra BN' itu semakin tenat dengan perkembangan terbaru sekaligus bakal meranapkan impian SWP untuk bertanding di enam kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sejak penubuhannya, SWP sudah kelihatan terdesak dalam usahanya mahu diterima rakyat di negeri itu di mana ianya dapat dilihat menerusi tindakan mereka menggunakan nama PM dan Ketua Menteri Sarawak dalam semua majlis mereka.

Tindakan mereka itu telah dibidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, SWP tidak boleh mendakwa mereka parti mesra BN, apa lagi ia secara terbuka mengumumkan akan meletakkan calon menentang BN di kawasan PRS.

Malah Pengerusi Barisan Nasional itu turut meminta supaya rakyat Sarawak hanya memberi sokongan kepada calon BN dan bukan mana-mana calon yang mendakwa 'mesra BN' tapi bertanding menentang calon BN.

Tambah menarik Penasihat SWP, Datuk Sng Chee Hua yang juga merupakan salah seorang hartawan di Sarawak, pernah dikatakan sebagai individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun dakwaan tersebut segera dinafikan olehnya.

Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.

Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak.

SWP yang diterajui bekas ADUN Pelagus selama dua penggal dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien, dilihat semakin tertekan dengan perkembangan mutakhir ini.

Larry Sng telah dipecat daripada PRS pada 2007 berhubung pertikaian kepimpinan dengan Presiden Tan Sri Dr. James Jemut Masing.

SWP bukan sahaja membuat 'masalah' dengan BN tapi juga dengan parti pembangkang yang lain. Mengambil contoh senario di parlimen Sri Aman, SWP cuba meletakkan calon di mana kerusi tersebut turut diintai oleh DAP dan PKR.

Jika parti tempatan SWP yang merupakan parti tempatan juga akan berkubur, apatah lagi dengan parti pembangkang semenanjung yang cuba bertapak di Sarawak.

Isnin, 1 April 2013

Taktik Terdesak PR : Guna Pengaruh Musuh Untuk Jatuhkan Musuh


Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.

Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.

Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas. Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.

Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.

Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.

Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu. Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.

Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13? Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.

Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.

Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang. Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.

Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.

Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali. Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.

Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali. Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun Pas yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka. Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.

Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR. Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?

Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.

Jumaat, 1 Mac 2013

Masa Untuk Orang Cina Beralih Kepada BN


Tsunami politik yang melanda negara semasa PRU-12 2008 memang diakui besar impaknya sehingga mengakibatkan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya hilang serentak penguasaan di lima buah negeri - Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Serentak dengan itu juga BN kehilangan majoriti dua pertiga manakala undi popular yang menyebelahi BN hanya kira-kira 51% sahaja dari keseluruhan jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Disingkap kembali keadaan serba mengejutkan tika itu memang menyebabkan ramai pemimpin BN terbeliak biji mata sukar mempercayainya. Kiranya SPR selaku pengendali pilihanraya benar-benar bias menyebelahi BN sebagaimana tohmahan oleh pemimpin PR, tentunya keadaan sedemikian tidak berlaku.

Mujurlah di sebalik kejutan tsunami itu tidak menyebabkan pemimpin BN patah semangat, masing-masing cuba berlapang dada bermuhasabah diri dan ternyata langkah itu tepat dalam membantu BN membuat anjakan paradigma.

Kini senario telah banyak berubah terutama sekali semenjak peralihan kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak. Satu demi satu transformasi dilakukan manakala segala kelemahan lalu diperbaiki dan diperbetulkan.

Lantaran itu, tidak menghairankan apabila ramai penganalisis politik serta ekonomi dalam dan luar negara menjangkakan PRU-13 kelak sudah pasti menjadi milik BN termasuklah mempunyai peluang cerah untuk BN menguasai kembali negeri-negeri yang kini dijajah oleh PR.

Biduk sudah berlalu, kiambang bertaut semula apabila trend mutakhir ini jelas menunjukkan majoriti pengundi orang Melayu Islam dan India sudah kembali mendukung perjuangan BN. Demikian halnya dengan kaum Bumiputera Bukan Melayu sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak juga semakin solid bersama BN.

Mereka sedar, undi protes yang dilakukan semasa PRU-12 dulu yang membolehkan PR memerintah di beberapa negeri jelas sekali tidak layak dijadikan contoh ikutan. Lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

PAS yang menjadi harapan PR untuk meraih sebanyak mungkin undi Melayu Islam kini semakin kehilangan sokongan. PKR pula hanya didukung segelitir sahaja pengundi Melayu Islam manakala masyarakat India juga semakin menjauhkan diri dari parti kroni anak beranak itu.

Angan-angan PR untuk memegang tampuk pemerintahan negara dan menambah koleksi pemerintahan di negeri lain semakin kelam. Semakin jauh panggang dari api.

Persoalan sekarang ke arah mana haluan pengundi Cina menjelang PRU-13 nanti? Adakah mereka akan beralih semula kepada BN seperti mana rakan-rakan lain dari kalangan masyarakat Melayu dan India yang majoritinya sudah nekad mengundi BN?

Dilihat dari perkembangan terkini memang sudah wujud sedikit sebanyak peralihan sokongan pengundi Cina dari PR kepada BN, namun masih dilihat belum cukup besar. Barangkali sebahagian besar yang lain masih teruja dengan janji manis PR, ada kemungkinan.

Atau mungkinkah para pengundi keturunan Cina sudah nekad untuk mengiakan segala propaganda PR bahawa masyarakat Cina akan terus utuh dengan pendirian untuk cuba merealisasikan hasrat PR menjajah Putrajaya? Malang sekali jika benar demikian.

Menurut kajian badan pemikir Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), jika pengundi Cina solid menyokong PR maka senario selepas PRU-13 ialah Kerajaan Pusat dikuasai sepenuhnya orang Melayu, India & Bumiputera lain, manakala DAP yang disokong pengundi Cina kekal sebagai pembangkang.

Jika senario itu menjadi realiti, masyarakat Cina diambang kerugian kerana wakilnya dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN kelak semakin mengecil. Bila itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan?

Justeru itu, para pengundi dari kalangan masyarakat Cina perlu berfikir sedalam-dalamnya kerana waktu sudah semakin suntuk. Kini masanya untuk mereka beramai-ramai beralih arah dengan kembali menyokong BN yang tentunya memberi manfaat untuk kebaikan bersama.

Khamis, 28 Februari 2013

ASLI Ramal BN Terus Berkuasa


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang adalah yang paling sengit dalam sejarah dengan kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

Namun demikian, rata-rata kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang disokong oleh senario semasa jelas menunjukkan BN akan kekal berkuasa di samping menawan semula beberapa negeri yang sebelumnya jatuh ke tangan PR.
 
Terbaru, badan pemikir bukan kerajaan, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) turut meramalkan PRU-13 akan menyaksikan BN kembali menerajui Kerajaan Pusat berikutan kembalinya sokongan kuat majoriti pengundi Melayu Islam ke pangkuan BN.

Hasil kedapatan dari kajian ASLI itu hampir sama dengan laporan kajian oleh Economist Intelligence Unit (EIU), badan pemikir terkenal di London yang baru-baru ini turut meramalkan BN akan muncul sebagai juara dalam PRU-13.

Dalam pada itu, ASLI melalui laporan analisisnya menjangkakan sekurang-kurangnya 123 hingga 135 kerusi Parlimen sudah pasti menjadi milik BN, manakala Kedah dan Selangor juga akan turut dikuasai BN. 

Jika kena gaya percaturannya, angka tersebut akan melonjak mencecah 150 kerusi Parlimen bergantung pada keupayaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memikat lebih ramai pengundi India di samping mengembalikan kepercayaan sebahagian besar pengundi Cina yang berada atas pagar untuk mengundi BN.

Di Sarawak juga ASLI menjangkakan parti komponen utama BN Negeri iaitu PBB yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi menang di semua kerusi yang dipertandingkan, sementara di Sabah pula BN akan terus menjadi Kerajaan Negeri.

Menurut badan pemikir itu lagi senario di Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada PR, bagaimana pun Pulau Pinang berkemungkinan masih berpeluang dikuasai BN seandainya UMNO berupaya meraih sokongan mantap dari pengundi Melayu Islam.

Kecuali Kelantan, hampir semua yang dijangkakan oleh ASLI ada banyak persamaan dengan kajian intensif terkini yang dilakukan oleh BN di semua peringkat cuma sedikit sebanyak ada perbezaan dari segi jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN di peringkat Parlimen.

Berdasarkan kajian intensif  BN itu, pada PRU-13 nanti BN dijangkakan menang di 160 kerusi Parlimen manakala di Kelantan akan menyaksikan peralihan Kerajaan Negeri dengan jangkaan minima 25 kerusi DUN pasti milik UMNO, manakala Pas pula hanya selesa di 17 kerusi yang lain. Baki 3 kerusi DUN lagi bergantung pada strategi saat akhir kedua-dua pihak.

Pastinya semua kenyataan ini agak pahit untuk diterima PR, namun tidaklah sepahit mana jika mereka menyedari kejayaan PR dalam PRU 12 2008 dulu hakikatnya adalah hasil sumbangan undi protes oleh sejumlah besar pengundi-pengundi BN.

Walau apa pun, para pemimpin BN dan jenteranya tetap tidak boleh mengambil mudah dengan trend semasa yang semakin memihak kepada BN sekarang. Senario boleh berubah sekiranya sesaat sahaja BN terleka, justeru itu terus gandakan usaha supaya matlamat kemenangan dua pertiga dapat direalisasikan.

Isnin, 25 Februari 2013

BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi


Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, ditambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan menelan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN. Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain.

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan. Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara.

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU-2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku.

Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti. Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13. Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya.

Khamis, 7 Februari 2013

Azhar Idrus Bakal Sokong BN?



Kemunculan personaliti agama yang sedang meningkat popular, Ustaz Azhar Idrus dalam Wacana Perdana di Stadium Darul Makmur, Pahang beberapa hari lepas pada pandangan ramai pemerhati politik ia adalah satu perkembangan menarik untuk dikupas dari pelbagai sudut.

Umum mengetahui selama ini Azhar Idrus dilihat dekat dengan Pas seumpama jinak-jinak burung merpati di masa yang sama cukup kritis dengan Kerajaan Pusat khasnya UMNO.

Lantaran itu tidaklah pelik bila mana para penyokong PR khususnya Pas ghairah cuba mengambil kredit berikutan kebanjiran orang ramai mengikuti program dakwah keagamaan itu dengan mempropagandakannya sebagai petanda 'sokongan rakyat' kepada PR.

Namun disebalik keghairahan tersebut, hakikatnya kesediaan Kerajaan Pahang yang diterajui Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob meluluskan kegunaan Stadium Darul Makmur untuk menjayakan program wacana itu membuktikan keterbukaan BN dalam memperkasakan program bercorak dakwah.

Sudah menjadi polisi BN apa sahaja program keagamaan selagi ianya dilaksanakan dengan tulus ikhlas tanpa doktrin kepartian, maka segalanya lancar tanpa halangan.

Bagaimanapun bila mana wacana yang disertai Azhar Idrus itu turut mendapat liputan Buletin Utama TV3, sesetengah pemimpin dan penyokong PR bagaikan terhidu sesuatu yang tidak kena. 'Bagaikan ada udang disebalik mi', kata mereka.
Kenyataan Azhar Idrus sebagaimana dipetik oleh Buletin Utama TV3, "sangat-sangat saya sokonglah, kerajaan mana sekalipun buat benda-benda gini untuk anak-anak muda khususnya," dilihat oleh sebahagian pemerhati seakan ada maksud tersirat untuk ditafsirkan. Dari kenyataannya itu ia menggambarkan sokongan terbuka Azhar Idrus dengan dukungan yang diberikan oleh Kerajaan Pahang dalam menjayakan program keagamaan, sesuatu yang jauh berbeza dengan layanan Kerajaan Pas Kelantan yang mengharamkan kuliah agama oleh Azhar Idrus di mana-mana Masjid dan Surau di negeri itu. Lebih menarik lagi kemunculan tiba-tiba Azhar Idrus dalam wacana yang disokong oleh Kerajaan BN Pahang itu bagaikan memberi jawapan kenapa beliau gagal muncul di malam pra Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tempohari. Barangkali polemik kalimah Allah s.w.t telah merubah corak pandangan Azhar Idrus terhadap Pas dan PR selanjutnya kini dilihat seperti bakal menyokong BN, ada kemungkinannya jika diambil kira kegagalannya menyertai malam pra HKR di padang Kelab Sultan Sulaiman.

Isnin, 4 Februari 2013

Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Dari segi rekod PRU-12 2008, memang benarlah PRU-13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU-13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU-11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).

Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula. Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008.

Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Dato' Seri Najib, BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu.

Malah dari segi populariti diantara Dato' Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi, ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.

Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden Pas, Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja. Dengan kata lain, responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.

Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini, lagilah tak termampu menandingi rekod kerjabuat Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.

Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.

Apapun, yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas, pro BN mahupun oleh PR sendiri, satu kesimpulan yang sama diperolehi - BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.

Sabtu, 26 Januari 2013

Kajian UMCEDEL: Kenapa Cina Lebih Suka Anwar Jadi PM?



Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden. Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 - 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.  

Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi. Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.  

Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka. Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan  sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama.  

Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.   

Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman. Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.  

Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya. Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat.  

Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.  

Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu. Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.  

Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu. PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP. Itu saja.  

Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan.  

Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam. Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka. Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang.  

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja.  

Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.   

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya. Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.  

Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.