Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Perkasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkasa. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2015

Perkasa Minta Selangor Kaji Iktiraf UEC

Kerajaan PR Selangor diminta mengkaji semula keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai sebahagian syarat untuk memasuki Universiti Selangor (Unisel).

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, pengiktirafan sedemikian dilihat tidak perlu diberikan oleh kerajaan negeri buat masa ini memandangkan sukatan pelajaran UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Pusat selain tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Beliau menegaskan, pihak­nya tidak menghalang usaha mahu memajukan bidang pendidikan untuk rakyat, namun perkara itu harus diselaraskan supaya selari dengan dasar pendidikan negara yang bermatlamatkan bukan hanya menyediakan keperluan tenaga manusia berilmu tetapi juga memastikan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum.

“Kita tertanya-tanya mengapa kerajaan negeri membuat pengumuman untuk mengiktiraf UEC sedangkan Kerajaan Pusat difahamkan tidak mengiktiraf sijil peperiksaan itu setakat ini.

“Apakah kerajaan negeri memikirkan soal politik atau menuruti pihak tertentu, khususnya DAP di sebalik keputusan tersebut? Seharusnya kerajaan negeri mengambil kira Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum memutuskan untuk mengiktiraf UEC agar tidak timbul percanggahan dalam sistem pendidikan negara.

“Malah, dalam soal pendidikan, kerajaan negeri sepatutnya lebih arif dalam soal itu yang mana ini merupakan Senarai Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan. Melihat keadaan ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba merobek Dasar Pendidikan Kebangsaan itu sendiri,” katanya.

Abu Bakar mengulas kenyataan Mohamed Azmin ketika membentangkan Bajet Selangor 2016 pada Jumaat lalu yang mengumumkan kerajaan negeri akan mengiktiraf sijil UEC mulai tahun depan sebagai sebahagian daripada syarat untuk melanjutkan pengajian di Unisel.

Menurut Mohamed Azmin, pengiktirafan itu dibuat bagi mengelak masalah penghijrahan rakyat berkemahiran tinggi ke luar negara yang semakin ketara, selain menyatakan sebanyak 3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan sijil UEC setiap tahun.

Bagaimanapun, pada 10 Jun lalu, Kementerian Pendidikan dilaporkan tidak mengiktiraf sijil UEC kerana Dong Zong tidak bersetuju dengan saranan kementerian itu supaya sukatan pelajaran sijil tersebut dipinda agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Rabu, 20 Mac 2013

Hayat Pas Kelantan Kini Di Hujung Tanduk


Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO Perkasa yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong Pas di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya.

Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan, mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin Pas Kelantan.

Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong Pas sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan Pas Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang.

Kempen propaganda Pas Kelantan beberapa hari sebelum itu yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selaku tetamu di majlis tersebut tidak akan dapat menarik perhatian ramai, nyata gagal sama sekali. Lain yang mereka harapkan, lain pula yang terjadi.

Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai, jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada Pas memerintah negeri.

Baru-baru ini pula, sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan Pas Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP.

Beberapa hari selepas itu, hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur, Shah Alam, Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa, terutama selepas Pas menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008.

Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari Pas, gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran Pas.

Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong Pas veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO tika ini.

PRU-13 yang mendatang ini bakal meletakkan Pas semakin terperosok jauh ke hujung tanduk, malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti Pas akan cedera teruk tertusuk tanduk, jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya.

Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala Pas hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO, tidak syak lagi PRU-13 adalah PRU terakhir untuk Pas sebagai Kerajaan Kelantan. Insya-Allah.

Isnin, 28 Januari 2013

Pembangkang Mahu Ibrahim Ali Dipenjarakan Kerana Pertahan Islam



Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.

Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.

Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.

Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.

Persoalannya kenapa selepas PRU-12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?

Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama? 

Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak.