Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Blogger Rahman Talib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger Rahman Talib. Papar semua catatan

Isnin, 2 November 2015

Perkasa Minta Selangor Kaji Iktiraf UEC

Kerajaan PR Selangor diminta mengkaji semula keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai sebahagian syarat untuk memasuki Universiti Selangor (Unisel).

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, pengiktirafan sedemikian dilihat tidak perlu diberikan oleh kerajaan negeri buat masa ini memandangkan sukatan pelajaran UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Pusat selain tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Beliau menegaskan, pihak­nya tidak menghalang usaha mahu memajukan bidang pendidikan untuk rakyat, namun perkara itu harus diselaraskan supaya selari dengan dasar pendidikan negara yang bermatlamatkan bukan hanya menyediakan keperluan tenaga manusia berilmu tetapi juga memastikan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum.

“Kita tertanya-tanya mengapa kerajaan negeri membuat pengumuman untuk mengiktiraf UEC sedangkan Kerajaan Pusat difahamkan tidak mengiktiraf sijil peperiksaan itu setakat ini.

“Apakah kerajaan negeri memikirkan soal politik atau menuruti pihak tertentu, khususnya DAP di sebalik keputusan tersebut? Seharusnya kerajaan negeri mengambil kira Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum memutuskan untuk mengiktiraf UEC agar tidak timbul percanggahan dalam sistem pendidikan negara.

“Malah, dalam soal pendidikan, kerajaan negeri sepatutnya lebih arif dalam soal itu yang mana ini merupakan Senarai Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan. Melihat keadaan ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba merobek Dasar Pendidikan Kebangsaan itu sendiri,” katanya.

Abu Bakar mengulas kenyataan Mohamed Azmin ketika membentangkan Bajet Selangor 2016 pada Jumaat lalu yang mengumumkan kerajaan negeri akan mengiktiraf sijil UEC mulai tahun depan sebagai sebahagian daripada syarat untuk melanjutkan pengajian di Unisel.

Menurut Mohamed Azmin, pengiktirafan itu dibuat bagi mengelak masalah penghijrahan rakyat berkemahiran tinggi ke luar negara yang semakin ketara, selain menyatakan sebanyak 3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan sijil UEC setiap tahun.

Bagaimanapun, pada 10 Jun lalu, Kementerian Pendidikan dilaporkan tidak mengiktiraf sijil UEC kerana Dong Zong tidak bersetuju dengan saranan kementerian itu supaya sukatan pelajaran sijil tersebut dipinda agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Khamis, 21 Mac 2013

Isu Sumpah Laknat Buat Pencacai Pembangkang Meroyan Gila


Mungkin kerana berang dengan soalan yang ditanya, seorang blogger pembangkang bertindak memaki hamun sekumpulan wartawan yang ingin meminta penjelasan lanjut dari bapa kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim. Ia ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Azlan minggu lalu, kononnya anaknya Saiful Bukhari telah dijadikan ‘alat’ orang-orang tertentu untuk menfitnah Anwar.


Melalui maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan, blogger pembangkang itu dikenali sebagai Rahman Talib @ Tulang Besi yang juga merupakan pengendali portal MalaysiaWaves bagi membela puak-puak ‘Anwarinas’ @ kumpulan Endorgan di dalam Pas.

Ekoran marah dengan tindakan wartawan yang membangkitkan isu sumpah laknat kepada Azlan itu, dia telah berjumpa dengan kumpulan wartawan terbabit sambil menjerit-menjerit memanggil petugas media tersebut sebagai ‘Melayu Bodoh’.
Yang menariknya, tindakan kurang matangnya itu, turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan petugas media yang cenderung kepada pembangkang. Maklumlah isu sumpah laknat ini sering menghantui Anwar, kerana sehingga kini dia masih gagal bersumpah untuk membersihkan dirinya dari pelbagai isu.

Jadi sudah pasti tindakan sekumpulan wartawan yang meminta Azlan membuat perkara yang sama mengundang kemarahaan mereka. Lebih mengelikan hati ialah, hujah yang digunakan kononnya sumpah laknat tidak ada di dalam Islam sedangkan sebelum ini dia juga turut mengunakan pendekatan untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang kononnya telah difitnah.

Kita tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai blogger upahan pakatan pembangkang ini, kerana sudah menjadi lumrah untuk pencacai mempertahankan ‘makluk’ yang bernama Anwar Ibrahim. Namun yang menariknya ialah, blogger tersebut sebelum ini pernah dikatakan antara 12 kumpulan bloggers ‘belaan’ yang menerima bayaran bulanan dari salah seorang pimpinan di dalam PKR. Tugas mereka mudah, fitnah dan maki semua pimpinan BN/UMNO dan di masa yang sama 'bela dan angkat' Anwar setinggi mungkin.

Cuma apa yang menjadi tanda tanya ialah, mengapa dia begitu takut dengan persoalan untuk meminta Azlan agar bersumpah laknat? Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan berani kerana benar, atau mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat?

Bukan apa, sebab ramai orang di luar sana yang masih tertanya-tanya dan sangsi dengan kenyataan bapa Saiful yang cuba ‘korner baring’. Tambahan pula sidang akhbar tersebut telah di atur oleh Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul. Jadi semua persoalan ini semakin menimbulkan keraguan dan tanda tanya yang perlu dijawab.

Sudahlah sidang akhbar tersebut diadakan dalam keadaan tergesa-gesa, dan yang peliknya Johari selaku penganjur pada hari itu, hanya menjemput sebilangan kecil media-media yang terpilih (pro pakatan pembangkang) sahaja. Sedangkan umum mengetahui pimpinan dalam pakatan pembangkang terlalu ‘gila glamour’ terutama dalam hal berkaitan media kerana kemaruk untuk mendapatkan publisiti.

Tambahan pula, mereka sedar dengan perangai Anwar yang sering tidak menentu dalam banyak perkara terutamanya dalam memilih calon PKR. Mana-mana pemimpin PKR yang dilihat tidak banyak membantu serta kurang membela Anwar, dikatakan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Ini kerana Anwar sedar mereka yang kurang memperlihatkan sifat fanatik terhadapnya, bakal menjadi liabiliti di dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri. Tambahan pula, sejarah telah membuktikan ramai dikalangan pimpinan dan wakil rakyat PKR yang telah melompat, kerana hilang kepercayaan kepada dirinya.

Jom sama-sama kita saksikan pencacai pembangkang yang meroyan berhubung isu sumpah laknat….