Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Kristian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kristian. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

Anwar Dapat Gelaran 'Huguan Siou Malaysia' Kerana Mesra Kristian


Memahami kemaruknya Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka beliau tak habis-habis dikaitkan oleh oleh orang-orang sekelilingnya dengan berbagai gelaran sanjungan, mungkin untuk memujuk hatinya. Antaranya, ‘Sivaji the Boss’ dan ‘Anugerah Tuhan’.

Selain itu, Anwar juga gemar menyamakan dirinya sendiri dengan tokoh-tokoh hebat seperti Mandela, Ghandi, Suu Kyi dan lain-lain. Semua ini menggambarkan keinginan yang amat sangat untuk disanjung-sanjung dan dipuja-puja.

Baru-baru ini, dengan tidak semena-mena, dalam kemaruk Anwar untuk berkuasa, PKR Ranau, Sabah pula telah bertindak membodeknya secara keterlaluan dengan memberikan gelaran ‘Huguan Siou Malaysia’. Sedangkan Huguan Siou adalah gelaran tertinggi bagi masyarakat Kadazandusun sahaja.

Gelaran Huguan Siou telah diberikan kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan ianya bersifat seumur hidup. Gelaran Huguan Siou hanya boleh dianugerahkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazanduzun Sabah iaitu sebuah pertubuhan bukan politik yang merangkumi 40 etnik di Sabah.

Gelaran ini adalah satu anugerah khas tertinggi bagi kaum Kadazandusun dan tertakluk di bawah Kuasa Tertinggi Koisaan di mana sekiranya terdapat kekosongan bagi kedudukan tersebut, maka Sidang Delegasi Luarbiasa akan diadakan untuk membincangkannya.

Namun, dalam keadaan di mana tiada yang dirasakan layak untuk memegang gelaran tersebut maka ia akan dibiarkan kosong sehinggalah pertubuhan ini menemui seorang yang layak.

Begitulah tingginya kedudukan Huguan Siou bagi kaum Kadazandusun di mana ia melangkaui anugerah kehormat biasa kerana ia bersifat ‘suci’ atau dalam darjat yang paling tinggi dan tersendiri mengatasi anugerah-anugerah kehormat yang lain.

Dengan itu, adalah merupakan sesuatu yang janggal, pelik, malah penghinaan terhadap kaum Kadazandusun sekiranya mana-mana pihak dengan sengaja mengada-adakan gelaran ‘Huguan Siou Malaysia’.

Maka tidak hairanlah apabila Anwar menerima kritikan, kutukan dan kecaman hebat dari kaum Kadazandusun apabila gelaran tersebut diberikan kepadanya oleh puak-puak PKR Ranau.

Seperti yang kita tahu, kaum Kadazandusun, majoritinya beragama Kristian, bermazhab Katholik dengan segelintirnya Protestan. Hanya sedikit yang beragama Islam.

Oleh itu, sekiranya benar yang gelaran Huguan Siou Malaysia tersebut diberi kepada Anwar dengan restu kaum Kadazandusun sepertimana yang ditegaskan oleh pihak Anwar, maka sudah tentu ia membawa makna yang lebih dari sekadar sokongan kepada parti PKR.

Kita sedia maklum akan sokongan Anwar terhadap usaha-usaha penyebaran Kristian, termasuk pemurtadan umat Islam oleh pendakwah Kristian. Ini terbukti apabila Anwar menyokong penggunaan nama Allah dalam kitab Injil dan Anwar juga, melalui Khalid Ibrahim dan Khalid Samad telah menyokong gereja yang memurtadkan umat Islam.
Malah, Anwar juga telah berkali-kali dikesan menyatakan secara jelas akan pegangannya terhadap pluralisme agama. Ini dilakukannya dalam ucapan-ucapannya di luar negara dengan menyamakan semua agama sebagai sama.

Lebih dari itu, dengan mengikat kerjasama dengan DAP yang memperjuangkan penghapusan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi negara’, maka seharusnya pendirian Anwar mengenai agama sudah tidak perlu dipersoalkan lagi.

Justeru, kita tidak terkejut jika benar pihak Kadazandusun sendiri yang merestui gelaran Huguan Siou ke atas Anwar. Pihak ini tentunya yang akan mendapat banyak faedah dari kedudukan tertinggi Anwar di dalam puak mereka dan seterusnya di dalam negara.

Bukan kita tidak tahu bahawa golongan Kristian di Malaysia ini gemar melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan dan pendirian Kristian di negara majoriti Kristian sendiri. Antaranya, mereka gemar menyebar dakwah melalui tipu muslihat dan manipulasi seperti injil dalam Bahasa Melayu dan penggunaan nama Allah sebagai mengganti nama Tuhan Kristian. Sedangkan tindakan ini ditentang oleh Kristian di negara lain.

Selain itu, Kristian di Malaysia juga mengambil sikap terbuka terhadap LGBT sedangkan Kristian di negara lain mengutuknya. Kerana itu, ada yang merujuk kepada mereka sebagai Kristian yang bermazhab Malaysia.

Ada semacam kecenderungan bagi para penganut Kristian mazhab Malaysia, terutamanya penyokong DAP, untuk meletakkan diri mereka lebih tinggi dari segala-galanya.

Kerana itu, kita merasakan bahawa tidak mustahil puak Kristian ini telah meletakkan kepentingan kaum, budaya, adat dan kepercayaan Kadazandusun sebagai lebih rendah dari kepentingan ‘Kristian mazhab Malaysia’ itu sendiri. Hanya dengan alasan ini sahajalah maka mereka akan sanggup merendahkan atau menghina gelaran Huguan Siou itu dengan memberikannya kepada Anwar Ibrahim yang langsung tidak menepati syarat-syarat gelaran tersebut.

Jika ini benar, maka wajarkah umat Islam penyokong Anwar untuk turut meraikan gelaran Huguan Siou yang diterima Anwar?

Ahad, 3 Februari 2013

Organisasi Kristian Bantah Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible

Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.

Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy).

Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.

Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?
Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP. Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada Pas.
Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri. 
Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.
Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.
Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.

Isnin, 28 Januari 2013

Pembangkang Mahu Ibrahim Ali Dipenjarakan Kerana Pertahan Islam



Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.

Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.

Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.

Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.

Persoalannya kenapa selepas PRU-12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?

Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama? 

Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak.

Ahad, 27 Januari 2013

Guan Eng Harus Dipersalahkan Jika Kitab Bible Dibakar



Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.

Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang. Dasar hipokrit betul.

Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang, lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka.

Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama.

PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible, pelik bin ajaib betul. Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya.

Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya, lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah s.w.t untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012, perkara sebegini tidak akan timbul langsung.

Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat.

Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah s.w.t kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.

Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.

Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya, bukan begitu?

Selasa, 8 Januari 2013

Kristian Malaysia Gembira PAS Sokong Kalimah Allah

Dr Paul Tan Chee Ing

Bishop Katholik, Dr Paul Tan Chee Ing dan ramai penganut Kristian yang lain mempunyai asas kukuh untuk bergembira dan berasa lega bila mana Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memberi jaminan bahawa parti itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T. oleh orang bukan Islam.

Lebih-lebih lagi jaminan oleh Mat Sabu itu timbul tepat pada masanya selepas beberapa pemimpin PAS yang lain cuba bersandiwara dengan mempertikaikan pengunaan kalimah Allah S.W.T. untuk kegunaan Kristian khususnya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," demikian kata Bishop Kristian itu, merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah S.W.T. bagi merujuk pada Tuhan Jesus.

Pada 15 Mei 2010, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah S.W.T. demi mencapai kepentingan politik mereka termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS, Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.

Pun begitu, pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah S.W.T. untuk apa tujuan sekalipun.

Kira-kira seminggu lepas, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman telah tampil menegaskan kalimah Allah hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Ketiga-ketiga mereka sepakat perkataan GOD di dalam kitab Bible Inggeris hanya sesuai diterjemahkan kepada kata ganti nama TUHAN untuk kitab Bible versi Bahasa Melayu dan bukannya kalimah Allah sebagaimana dituntut oleh paderi dan gereja Kristian.

Namun dengan penegasan terbaru oleh Mat Sabu bermakna sia-sialah usaha segelintir pimpinan PAS ini dalam cubaan mereka untuk menonjolkan kejaguhan demi mempertahankan kalimah suci Allah S.W.T. daripada agama lain.

Dengan percanggahan terbuka yang sedang membelenggu PAS tika ini, ramai pemimpin PAS yang lain terpinga-pinga bengong sendirian manakala penyokong PAS diperingkat akar umbi pula sekejap angguk sekejap geleng tanpa mengetahui ke mana hala sebenar yang nak dituju.

Yang pastinya dengan kecelaruan yang timbul ini, para penganut Kristian dan DAP sendiri sudah boleh mendabik dada dan berbangga kerana hasil keampuhan kerjasama mereka, sekali lagi PAS berjaya ditundukkan.