Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal (PI Bala) yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas disebabkan serangan penyakit jantung, pastinya akan kekal diingati ramai kerana mencipta rekod membuat dua akuan bersumpah (SD) yang berbeza untuk satu isu yang sama.
PR tentunya sedikit sebanyak mempunyai saham dalam menyebabkan kematian PI Bala kerana masih mendesak penyiasat persendirian itu berkempen untuk mereka di Damansara sekalipun mengetahui PI Bala belum sihat sepenuhnya selepas terjatuh ketika berceramah untuk PR di Kota Bharu.
Ia satu bentuk kezaliman, tapi bagi PR soal kesihatan PI Bala yang kurang baik tentunya bukan perkiraan mereka, yang penting ialah memanipulasi sepenuhnya mendiang untuk kepentingan politik supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.
Lagi pun sejarah hitam PI Bala yang pernah menggelapkan wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shariibuu selain mempunyai rekod buruk terlibat dalam penculikan semasa berkhidmat dengan PDRM, tentunya memaksa PR bertegas memaksa PI Bala memenuhi setiap aktiviti ceramah mereka.
Dalam pada itu, PI Bala juga akan diingati kerana tindakannya bersumpah dengan kitab Hindu, Bhagawad Gita sebaik tiba di KLIA dari persembunyian hampir 5 tahun di luar negara, yang menurutnya bertujuan untuk membuktikan SD2 adalah pengakuan palsu manakala SD1 adalah yang sebenar-benarnya.
Ini bermakna dalam tempoh hampir 5 tahun lalu sehingga saat kematiannya, PI Bala telah tiga kali flip flop dalam melakukan sumpah, ini menimbulkan andaian berkemungkinan besar sampai ajalnya disebabkan dimakan sumpah.
Tidak ada agama dalam dunia ini yang membenarkan penganutnya bermain-main dengan sumpah, malah dalam Islam sendiri amat menegah umatnya bersumpah palsu apatah lagi dua tiga kali mengangkat sumpah dengan isi pengakuan yang berbeza-beza.
Malah orang yang gemar bermain-main dengan sumpah dan tidak tetap pendiriannya juga sukar untuk mendapat kepercayaan ramai. Tak mustahil saban hari mendapat celaan dan disumpah seranah pula oleh anggota masyarakat.
Mungkin andaian PI Bala dimakan sumpah tidak betul, tapi satu kenyataan yang pasti roh Altantuya yang dikatakan sedang melindungi PI Bala hanyalah ilusi atau pun sebenarnya sengaja mungkir janji dek kerana amarahnya yang masih menyala terhadap PI Bala barangkali.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Razak Baginda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Razak Baginda. Papar semua catatan
Khamis, 21 Mac 2013
Bala Mati Di Makan Sumpah
Ahad, 17 Mac 2013
Kematian Bala Peringatan Tuhan Untuk Anwar
P. Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.
Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari. Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.
PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13. Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.
PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala. Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.
Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan. Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.
Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya. Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.
Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya. Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.
Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.
Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya. Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak? Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut. Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.
Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit. Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.
Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak. Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa. Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.
Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan. Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.
Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya? Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR? Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?
Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini. Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.
Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan. Zulkifli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar. Penipuan Suaram mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.
Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.
4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran? Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.
Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala. Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.
Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.
Selasa, 26 Februari 2013
Mana Bala Sorok Duit Altantuya Yang Di Curi?
PRU-13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.
Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.
Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.
Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?
Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.
Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.
Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.
Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.
Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.
Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.
Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.
Ahad, 17 Februari 2013
Deepak Atau Razak Baginda Yang Mati Pucuk?
Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.
Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.
Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk, dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung.
Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.
Maksud tersirat melalui dakwaan terbaru Deepak itu jelas menghala ke arah membantu jentera propaganda PR yang masih cuba membina persepsi bahawa anak yang berada dalam kandungan Altantuya semasa wanita itu dibunuh ada kaitan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Orang lain yang sedap-sedap, tak pasal-pasal PM pula yang kena getah nangkanya. Walhal hakikatnya PM langsung tidak mengenali siapa Altantunya, malah Dato' Seri Najib sendiri sudah beberapa kali mengangkat sumpah di dalam masjid dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya.
Dalam Islam sumpah sedemikian sah di sisi syarak dan sekiranya sumpah itu adalah palsu tentunya dalam jangka waktu seawal 40 hari atau dua bulan ataupun selewat-lewatnya satu tahun laknat daripada Allah s.w.t pastinya telah menimpa PM.
Dalam versi yang lain pula, isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur difitnah kononnya telah terlibat secara langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya sementara satu versi lagi mendakwa Datin Seri Rosmah turut berada lokasi pembunuhan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam untuk menyaksikan sendiri Altantuya diletupkan dengan bom C4.
Sedangkan ketika kejadian berlaku, Datin Seri Rosmah berda di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Lumpur, sama sekali bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh PR dan jentera propaganda mereka.
Hakikatnya, pembunuh sebenar sudah pun dikenal pasti dan kedua-dua suspek pula disahkan telah bertindak di luar batasan apabila berlaku salah faham dengan arahan Razak Baginda. Tiada kaitan dengan PM malah tiada kaitan langsung dengan Datin Seri Rosmah.
Sebaliknya bekas pemimpin PKR yang juga adalah bekas peguam Anwar Ibrahim yakni Zulkifli Noordin pernah mendedahkan yang Ketua Umum PKR itu pernah meminta tertuduh iaitu Sirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa Dato' Seri Najib yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya.
Jelas sekali kemunculan terbaru Deepak dengan versi terkini berkaitan isu Altantuya sebenarnya hanyalah garapan semula kisah sensasi itu untuk dimanipulasikan sempena PRU 13 yan kian hampir.
Bezanya cubaan terbaru ini hanya menyebabkan khalayak umum semakin sangsi dengan kredibiliti Deepak yang sebelum nya sudah tercalar berikutan terdedah konspirasinya dengan beberapa pemimpin PKR untuk memfitnah PM.
Lebih menambah kesangsian umum apabila Deepak dengan agak yakin bercerita mengenai kegagalan fungsi yang kononnya dialami Razak Baginda. Fakta klinikal menunjukkan jarang benar seseorang lelaki sanggup berkongsi rahsia kegagalan fungsi kemaluannya dengan orang lain.
Biasanya hanya isteri, rakan seksualnya (gay? pelacur? kekasih gelap?) dan yang pastinya doktor pakar sahaja yang mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mati pucuk atau sebaliknya.
Deepak bukannya isteri Razak Baginda, bukan juga teman wanita Razak malah bukan juga doktor pakar kepada Razak Baginda. Atau sebenarnya, Deepak adalah rakan seksual gay kepada Razak Baginda disebabkan itu Deepak dapat mengetahui sama ada kemaluan Razak Baginda mati pucuk atau tidak.
Atau sebenarnya Deepak yang menghadapi masalah mati pucuk memandangkan statusnya yang terus membujang hingga kini, sedangkan Razak Baginda dan isterinya sudah sah memiliki seorang anak hasil dari perkahwinan mereka.
Persoalan ini menanti jawapan dari Deepak dan kita harap jentera propaganda PR tidak sampai kepeningan untuk mencari alasan lain atau mencipta versi terbaru pula kelak.
Apapun, dalam bak mencipta kisah fiksyen, fitnah adu domba dan cerita sensasi tak menjejak bumi nyata memang diakui kelebihan PR, tapi kot iya pun fikirlah logiknya juga, memanjang saja versi bercanggah satu sama lain.
Langgan:
Ulasan (Atom)



