Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.
Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.
Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.
Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.
Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.
Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.
Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.
Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.
Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4.
PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.
Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran.
PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Deepak Jaikishan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Deepak Jaikishan. Papar semua catatan
Khamis, 28 Februari 2013
Bala Kembali Untuk Tipu Rakyat
Roh Altantuya Menangis Difitnah Deepak
Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ramai dengan dakwaan bahawa Abdul Razak Baginda sebenarnya seorang lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
Hebat tak hebat si penjual karpet ini mengalahkan doktor pakar sakit tuan, sampaikan rahsia peribadi yang serba sulit lagi mengaibkan seperti masalah mati pucuk seorang lelaki lain pun dia boleh ketahui.
Tapi Deepak terlupa satu perkara hakiki, Razak Baginda sudah terbukti kejantanannya kerana memiliki seorang anak, Roweena hasil hubungan perkongsian hidup dengan isterinya yang sah bernama Mazlinda Makhzan yang sehingga kini masih kekal bersama.
Sebetulnya, tujuan Deepak merekayasa fitnah sedemikian matlamatnya hanya satu - untuk meyakinkan khalayak bahawa ketika Altantuya Shariibuu di bunuh, model dari Mongolia itu sedang berbadan dua dan bayi yang di kandungnya itu pula bukan anak Razak Baginda.
Agaknya bergegar tempat persemadian Altantuya tika ini gara-gara rekayasa terbaru ini, tak pasal-pasal roh Altantuya meraung dan menangis kerana menjadi mangsa fitnah Deepak dan PR yang memanipulasi peristiwa tragis yang menimpanya demi kepentingan politik.
Deepak sebenarnya dalam usaha mengikut skrip garapan PR, cuba menonjolkan keselarasan cerita supaya selari dengan fitnah Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menghebohkan kononnya Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan sedang mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan mereka berdua.
Dengan demikian, PR mengharapkan fakta sebenar kes yang menyebut bahawa Altantuya adalah kekasih gelap Razak Baginda akan dilupakan oleh khalayak, sebaliknya rakyat diharapkan akan meyakini dengan fitnah rekayasa mereka kononnya Altantuya mati dibunuh ketika sedang mengandung semata-mata untuk menyembunyikan hubungan sulit PM dengan wanita itu.
Sebelum ini PR pernah menyebarkan gambar superimposed kononnya sebagai gambaran bahawa Najib pernah makan semeja bersama Razak baginda dan Altantuya. Mereka juga pernah membuat spekulasi kematian Altantuya disebabkan urus niaga pembelian kapal selam Scorpeane, semata-mata untuk tambah sensasi dan perencah dalam fitnah sensasi ini.
Kesungguhan PR mengadu domba dan memprogandakan kisah fiksyen ini memang tampak jelas sekali niat jahatnya, tanpa mempedulikan kemungkinan tika ini roh si mati sedang merintih menangis minta jangan diganggu lagi.
Hakikatnya PM langsung tidak bersangkut paut dengan kisah rekayasa penuh fiksyen garapan PR mahupun Deepak. Kenal pun tidak, mana mungkin Altantuya tiba-tiba sedang mengandungkan anak Najib? Jadi logik rekayasa PR kononnya Altantuya di bunuh ketika mengandungkan anak Najib tentulah sukar di terima akal.
Kebenarannya, Altantuya dan Razak Baginda memang benar saling mengenali, malah sudah acap kali Razak memberi wang ringgit bagi memenuhi tuntutan teman wanitanya itu. Itu benar dan terbukti faktanya. Jadinya, jika benar Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan, maka anak itu bukan anak Najib sebaliknya anak Razak Baginda atau lelaki lain.
Malah tuduhan liar pembangkang yang menyebut kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya juga langsung tidak boleh diterima kala. Kononnya Datin Seri Rosmah sama-sama memanjat bukit jauh ke dalam hutan semata-mata untuk membunuh Altantuya.
Walhal realitinya mana mungkin untuk Datin Seri Rosmah berada di tempat kejadian sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sedang melayani anak-anak yatim di Kuala Lumpur. Manakala PM pula menyertai rakyat berbuka puasa di Kedah.
Itu sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membongkar fitnah dan penipuan PR serta Deepak. Rekayasa ini memang menarik kalau dibaca sebagai novel fiksyen tapi bila tidak berpijak di bumi nyata dengan isi berterabur dan bercanggah, orang ramai pun bosan jadinya.
Selasa, 19 Februari 2013
Mengapa Deepak Masih Bujang?
Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.
Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.
Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.
Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.
Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM?
Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.
Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.
Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion.
Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.
Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun.
Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang.
Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.
Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.
Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.
Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang.
Isnin, 18 Februari 2013
Raja Ropiaah Ada Rahsia Besar Pasal Deepak
Akhirnya Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah bersuara setelah sekian lama beliau berdiam diri, setelah sekian lama Deepak Jaikishan menyerang dengan segala macam fitnah samada khas ditujukan pada beliau ataupun DS Rosmah Mansor maupun pemimpin BN.
Kisahnya bermula dari Raja Ropiaah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor dikatakan terlibat dalam urusniaga bersama Deepak membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Raja Ropiaah.
Projek tersebut adalah penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).
Entah di mana silapnya tiba-tiba Deepak mula menyerang Raja Ropiaah dan juga mengaitkan nama isteri Perdana Menteri bersama dalam isu ini. Malah ada sumber mengatakan bukan Deepak yang kaitkan tapi ada "suara bisikan ghaib" yang menokok tambah agar nama DS Rosmah diselitkan sekali dalam cerita perbalahan antara Deepak dan Raja Ropiaah.
Cerita rekaan yang mengaitkan nama DS Rosmah ini timbul kerana tukang provokasi nampak ianya amat mudah untuk kenakan DS Rosmah kerana DS Rosmah mempunyai hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan Wanita UMNO Malaysia dan negeri.
Kini, Raja Ropiaah mula membuka mulut bercerita bahawa beliau mempunyai rahsia besar mengenai Deepak. Rahsia yang berkait dengan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dan Deepak. Rahsia perjanjian perniagaan dan usahasama mereka selama ini.
Raja Ropiaah bakal dedahkan perkara sebenar yang Deepak sengaja sembunyikan agar menampakkan beliau, Deepak teraniaya.
Dengan sinis Raja Ropiaah bagitahu bahawa beliau akan dedahkan rahsia Deepak dalam masa terdekat.
PP pernah menulisnya di sini dan di sini.
Dipetik dari sini.
Kisahnya bermula dari Raja Ropiaah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor dikatakan terlibat dalam urusniaga bersama Deepak membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Raja Ropiaah.
Projek tersebut adalah penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).
Entah di mana silapnya tiba-tiba Deepak mula menyerang Raja Ropiaah dan juga mengaitkan nama isteri Perdana Menteri bersama dalam isu ini. Malah ada sumber mengatakan bukan Deepak yang kaitkan tapi ada "suara bisikan ghaib" yang menokok tambah agar nama DS Rosmah diselitkan sekali dalam cerita perbalahan antara Deepak dan Raja Ropiaah.
Cerita rekaan yang mengaitkan nama DS Rosmah ini timbul kerana tukang provokasi nampak ianya amat mudah untuk kenakan DS Rosmah kerana DS Rosmah mempunyai hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan Wanita UMNO Malaysia dan negeri.
Kini, Raja Ropiaah mula membuka mulut bercerita bahawa beliau mempunyai rahsia besar mengenai Deepak. Rahsia yang berkait dengan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dan Deepak. Rahsia perjanjian perniagaan dan usahasama mereka selama ini.
Raja Ropiaah bakal dedahkan perkara sebenar yang Deepak sengaja sembunyikan agar menampakkan beliau, Deepak teraniaya.
Dengan sinis Raja Ropiaah bagitahu bahawa beliau akan dedahkan rahsia Deepak dalam masa terdekat.
PP pernah menulisnya di sini dan di sini.
Dipetik dari sini.
Ahad, 17 Februari 2013
Deepak Atau Razak Baginda Yang Mati Pucuk?
Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.
Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.
Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk, dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung.
Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.
Maksud tersirat melalui dakwaan terbaru Deepak itu jelas menghala ke arah membantu jentera propaganda PR yang masih cuba membina persepsi bahawa anak yang berada dalam kandungan Altantuya semasa wanita itu dibunuh ada kaitan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Orang lain yang sedap-sedap, tak pasal-pasal PM pula yang kena getah nangkanya. Walhal hakikatnya PM langsung tidak mengenali siapa Altantunya, malah Dato' Seri Najib sendiri sudah beberapa kali mengangkat sumpah di dalam masjid dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya.
Dalam Islam sumpah sedemikian sah di sisi syarak dan sekiranya sumpah itu adalah palsu tentunya dalam jangka waktu seawal 40 hari atau dua bulan ataupun selewat-lewatnya satu tahun laknat daripada Allah s.w.t pastinya telah menimpa PM.
Dalam versi yang lain pula, isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur difitnah kononnya telah terlibat secara langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya sementara satu versi lagi mendakwa Datin Seri Rosmah turut berada lokasi pembunuhan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam untuk menyaksikan sendiri Altantuya diletupkan dengan bom C4.
Sedangkan ketika kejadian berlaku, Datin Seri Rosmah berda di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kuala Lumpur, sama sekali bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh PR dan jentera propaganda mereka.
Hakikatnya, pembunuh sebenar sudah pun dikenal pasti dan kedua-dua suspek pula disahkan telah bertindak di luar batasan apabila berlaku salah faham dengan arahan Razak Baginda. Tiada kaitan dengan PM malah tiada kaitan langsung dengan Datin Seri Rosmah.
Sebaliknya bekas pemimpin PKR yang juga adalah bekas peguam Anwar Ibrahim yakni Zulkifli Noordin pernah mendedahkan yang Ketua Umum PKR itu pernah meminta tertuduh iaitu Sirul dan Azilah membuat pengakuan palsu bahawa Dato' Seri Najib yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan Altantuya.
Jelas sekali kemunculan terbaru Deepak dengan versi terkini berkaitan isu Altantuya sebenarnya hanyalah garapan semula kisah sensasi itu untuk dimanipulasikan sempena PRU 13 yan kian hampir.
Bezanya cubaan terbaru ini hanya menyebabkan khalayak umum semakin sangsi dengan kredibiliti Deepak yang sebelum nya sudah tercalar berikutan terdedah konspirasinya dengan beberapa pemimpin PKR untuk memfitnah PM.
Lebih menambah kesangsian umum apabila Deepak dengan agak yakin bercerita mengenai kegagalan fungsi yang kononnya dialami Razak Baginda. Fakta klinikal menunjukkan jarang benar seseorang lelaki sanggup berkongsi rahsia kegagalan fungsi kemaluannya dengan orang lain.
Biasanya hanya isteri, rakan seksualnya (gay? pelacur? kekasih gelap?) dan yang pastinya doktor pakar sahaja yang mengetahui sama ada seseorang lelaki itu mati pucuk atau sebaliknya.
Deepak bukannya isteri Razak Baginda, bukan juga teman wanita Razak malah bukan juga doktor pakar kepada Razak Baginda. Atau sebenarnya, Deepak adalah rakan seksual gay kepada Razak Baginda disebabkan itu Deepak dapat mengetahui sama ada kemaluan Razak Baginda mati pucuk atau tidak.
Atau sebenarnya Deepak yang menghadapi masalah mati pucuk memandangkan statusnya yang terus membujang hingga kini, sedangkan Razak Baginda dan isterinya sudah sah memiliki seorang anak hasil dari perkahwinan mereka.
Persoalan ini menanti jawapan dari Deepak dan kita harap jentera propaganda PR tidak sampai kepeningan untuk mencari alasan lain atau mencipta versi terbaru pula kelak.
Apapun, dalam bak mencipta kisah fiksyen, fitnah adu domba dan cerita sensasi tak menjejak bumi nyata memang diakui kelebihan PR, tapi kot iya pun fikirlah logiknya juga, memanjang saja versi bercanggah satu sama lain.
Sabtu, 16 Februari 2013
Deepak Akhirnya Menceritakan 'Hal Sebenar' Tetapi Masih Kabur
Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti' apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung.Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada TPM.Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada TPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan. Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala.Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju.Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa? Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'.Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya.Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato’ Seri Najib sedang memegang jawatan TPM?Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh' (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh.Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian. Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang.Selain itu, terdapat gambar yang di 'super-imposed' bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya.Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas TPM.Rakyat sudah penat atas segala U-Turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini.Kita pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-Turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk Suaram dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur.Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak.Suaram kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan Suaram yang gagal.Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan.Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato’ Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Zulkifli pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut.Zulkifli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh.Satu perkara yang menghairankan, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut!Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, Suaram melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka?
Langgan:
Catatan (Atom)





