Nuffnang

Sabtu, 16 Februari 2013

Deepak Akhirnya Menceritakan 'Hal Sebenar' Tetapi Masih Kabur


Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti' apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung.
Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada TPM.
Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada TPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan. Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala.
Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju.
Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa? Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'.
Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya.
Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato’ Seri Najib sedang memegang jawatan TPM?
Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh' (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh.
Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian. Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang.
Selain itu, terdapat gambar yang di 'super-imposed' bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.
Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya.
Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas TPM.
Rakyat sudah penat atas segala U-Turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini.
Kita pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-Turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk Suaram dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur.
Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak.
Suaram kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan Suaram yang gagal.
Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan.
Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato’ Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Zulkifli pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut.
Zulkifli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh.
Satu perkara yang menghairankan, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut!
Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, Suaram melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka?

Tiada ulasan: