Nuffnang

Rabu, 17 Mei 2017

Akhirnya David Teo Mendapat



Dato' David Teo, sebuah nama yang cukup gah dalam arena perfileman tanah air. 

Biarpun berketurunan Cina, beliau selesa menghasilkan karya dalam bahasa Melayu.

Oleh kerana pengalaman yang luas dalam arena perfileman tanah air, beliau telah diundang ke 'Dialog Transformasi Nasional 2050 Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni' di Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Keceluparan David Teo yang sebelum ini hanya dinikmati melalui medium pro-pembangkang diperlihatkan melalui Dialog TN50 di hadapan Perdana Menteri.



Beruntunglah adanya Mat Over yang diketahui umum cukup tegar menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Dengan beraninya beliau tampil memberikan 'Buah Seni' kepada David Teo.

Memang Perdana Menteri tergamam, sehinggakan Dato'  Rosyam Nor yang menjadi moderator terpaksa beberapa kali meminta maaf kepada Perdana Menteri.

Iktibarnya, masuk rumah orang biar beradab. Kalau biadab memang mendapat.

Tahniah dan terima kasih Mat Over!

Abdul Hadi Berjaya Jalani Pembedahan Jantung

Institut Jantung Negara,
16 Mei 2017.


YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Dato' Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

Pada masa ini Dato' Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung.

48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi.

Awal pagi tadi, Dato Seri Abdul Hadi telah menjalani pembedahan jantung selama 3 jam dilakukan oleh panel doktor yang diketuai oleh:

Dato' Seri Dr Mohd Azhari Yakub - Perunding Kanan dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IJN,

Dato' Sri Dr Jeffrey Jeswant Dillon - Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan Dato' Dr Suhaini Kadiman - Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.

Para doktor merasa gembira dengan prosedur yang berlangsung seperti yang dijangkakan dan setakat ini parameter penting menunjukkan beliau stabil dan (doktor) telah menasihatkan supaya Dato' Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat.

Sabtu, 6 Mei 2017

Mustafa Ali Tiada Dalam Struktur, Tiga Pesuruhjaya PAS Negeri Ditukar

PAS Pusat menggugurkan Dato' Mustafa Ali daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya PAS dan menggantikannya dengan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dr Ahmad Samsuri adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Beliau dalam pada itu mengumumkan Mustafa dilantik menjadi penasihat kepada Hadi.

“Beliau (Mustafa) akan menasihatkan parti apabila diperlukan selain berperanan sebagai penasihat kepada Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut sebulat suara melantik Razman Zakaria sebagai Bendahari PAS menggantikan Mohamad Noor Mohamad.

Katanya, seramai tiga Pesuruhjaya PAS Negeri juga ditukar iaitu Terengganu, Selangor dan Johor.

“Dato' Husin Awang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu menggantikan Saiful Bahri Mamat, Sallehen Mukhyi menggantikan Dato' Iskandar Abdul Samad di Selangor dan Abdullah Hussin pula menggantikan Dato' Dr Mahfodz Mohamed sebagai Pesuruhjaya PAS Johor,” katanya.

Dalam masa sama, Takiyuddin turut memberitahu, Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan menguruskan hal ehwal parti di luar negara termasuk menjaga kebajikan ahli-ahli.

Manakala tiga Naib Presiden PAS iaitu Idris Ahmad, Iskandar dan Dato' Nik Mohd Amar Abdullah pula bertanggungjawab menjaga beberapa negeri yang dibahagikan kepada tiga zon.

Katanya, Idris akan menjaga Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala Iskandar di Zon Selatan (Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka) seterusnya Zon Timur (Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak) pula di bawah tanggungjawab Mohd Amar.

Berikut merupakan senarai AJK PAS Pusat yang diumumkan oleh parti itu.

Setiausaha Agung: YB Dato' Takiyuddin Hassan
Bendahari: Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi Mat Som


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Lantikan):
1. Mohd Sanusi Md Nor
2. YB Saiful Bahri Mamat
3. Mohamad Husain
4. YB Dr Mohd Khalid Kassim
5. Zainal Abidin Kidam
6. Dato' Dr Abdul Hakeem Johari
7. Wan Rohimi Wan Daud


Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri:
1. Perlis: YB Mohd Shukri Ramli
2. Kedah: Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
3. Perak: Razman Zakaria
4. Pulau Pinang: Muhammad Fauzi Yusoff
5. Selangor: YB Sallehen Mukhyi
6. Negeri Sembilan: Mustaffa Daharun
7. Melaka: Kamaruddin Sidek
8. Johor: YB Abdullah Hussin
9. Pahang: YB Rosli Abdul Jabar
10. Terengganu: Dato' Husin Awang
11. Kelantan: YAB Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob
12. Wilayah Persekutuan: Mohamad Noor Mohamad
13. Sabah: Paumin @ Aminuddin Aling
14. Sarawak: Jofri Jaraiee

Selasa, 2 Mei 2017

Hubungan Dengan PKR Akan Diputuskan Oleh Majlis Syura Ulama PAS

Hubungan PAS dengan PKR sudah mula gelora. Di Kedah ribut melanda khemah khemah PAS. Di Selangor, sejuknya bilik Exco Kerajaan Negeri Selangor sudah mulai dihirup dan dirasai oleh ADUN PAN.

Bila cakap sudah putus, bermakna sudah tiada hubungan lagi dengan PKR. Namun di Selangor, nampaknya masih ada "hubungan intim" antara PAS dan PKR. Bila hendak betul-betul putus?

Minggu lepas, Dewan Ulama PAS telah meluluskan usul untuk memutuskan 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan usul berkenaan diterima tanpa bahas.

Ia akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang akan bersidang secepat mungkin untuk merungkaikan kekusutan ahli-ahli berkaitan tahaluf berkenaan.

Meskipun usul berkenaan diluluskan oleh Dewan Ulama, namun ia tertakluk kepada keputusan MSU mengikut peruntukan perlembagaan PAS.

Memandangkan 21 PAS Kawasan telah mengusulnya dalam mesyuarat masing-masing selain Dewan Ulama PAS Pusat dan Pemuda PAS, maka tiada masalah bagi MSU untuk menerima keputusan yang dibuat itu.

Apatah lagi boleh dikatakan kebanyakan ahli jawatankuasa MSU sendiri adalah pemimpin PAS yang lantang bersuara mendesak supaya kerjasama dengan PKR itu segerw diputuskan.

Mereka termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,  Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam hal ini juga, adalah perlu bagi ahli-ahli PAS mentaati keputusan yang dibuat kepemimpinan berhubung tahaluf siyasi dengan PKR terutama dalam keadaan di mana Pilihan Raya Umum (PRU) semakin dekat maka kesetiaan penuh kepada parti adalah dituntut.

Ia juga selaras dengan pendekatan yang diambil oleh Abdul Hadi  yang dengan lantang menolak kerjasama dengan DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Abdul Hadi sendiri sebelum ini dalam nada keras menyifatkan dengan menyertai Pakatan Harapan, biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.

Malah kegagalan PKR untuk memberikan sokongan penuh kepada PAS ketika membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, turut menyumbang kepada keputusan untuk memutuskan kerjasama terbabit.

Selain itu, kenyataan pimpinan PKR sendiri yang celupar dan biadap terhadap PAS telah menunjukkan mereka tidak mempunyai sikap setiakawan, justeru apa perlunya PAS bersama mereka meskipun sudah bekerjasama dalam dua pilihan raya lalu.

Gelaran Tok Lebai misalnya oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akar umbi PAS kerana ia dianggap sebagai satu penghinaan kepada presiden mereka.

"Kalau boleh nak putus segera (dengan PKR) kerana dari segi berpolitik, menyinggung lawan adalah benda biasa tapi menyinggung dengan benda penghinaan pada tuan-tuan guru di sekitar kita terutama presiden kami (tidak boleh diterima)," demikian kata Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nik Mat ketika berucap pada Muktamar Dewan Ulama di Kedah, beberapa hari lalu.

Sejauh mana PAS benar benar berani mengotakan usul untuk putus dengan PKR ini? Sudah beberapa hari menang sebagai Naib Presiden PAS pun masih lagi menikmati gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR.

Bila Naib Presiden PAS ini hendak letak jawatan sebagai Exco?  Atau menunggu keputusan Majlis Syura Ulama untuk keputusan akhir.

Hubungan PAS dengan PKR ini sudah jatuh hukum haram jika mengikut keputusan muktamar. Jika tidak putus juga dalam minggu ini, bermakna PAS hanya berkokok sahajalah di muktamar. Akhirnya tunduk juga pada PKR dan DAP.

Keputusan penuh pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 2017




*PENGERUSI TETAP*
1) Hj Hussin Ismail - (MTB - Menang Tanpa Bertanding)


*TIMBALAN PENGERUSI TETAP*
1) Ust Kamal Shaari (MTB)



*PRESIDEN*
1) YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang (MTB)


*TIMBALAN PRESIDEN*
1) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (MTB)


*NAIB PRESIDEN (3)*
1) *YB Ust Idris Ahmad - 1062*
2) *YB Dato' Mohd Amar Abdullah - 950*
3) *YB Dato' Ir Iskandar Abdul Samad - 703*
4) YB Ust Nasruddin Hassan - 478


*AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) AJK*
1) *YB Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz - 1005*
2) *YB Dato' Dr Mohd Fadzli Hassan - 1001*
3) *Dr Riduan Mohd Noor - 970*
4) *YB Dato' Mohd Nassuruddin Daud - 970*
5) *YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - 932*
6) *Dr Najihatussolehah Ahmad - 887*
7) *Dr Mohd Zuhdi Marzuki - 878*
8) *YB Dr Halimah Ali - 872*
9) *YB Ust Sallehen Mukhyi - 848*
10) *Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi - 797*
11) *Dr Rosni Adam - 752*
12) *Hj Razman Zakaria - 730*
13) *Dr Azman Ibrahim - 730*
14) *Ust Mokhtar Senik - 724*
15) *Kamaruzzaman Mohamad - 715*
16) *YB Ust Abdullah Hussin - 666*
17) *Ust Misbahul Munir Masduki - 639*
18) *ir Muhtar Suhaili - 618*
19) YB Ust Ahmad Yahya - 612
20) Hj Mohamad Sanusi Md Nor - 606
21) Ust Zaharuddin Muhammad - 583
22) ust Norazli Musa - 565
23) Hj Mohamad Noor Mohamad - 559
24) Yb Ust Saiful Bahri Mamat - 556
25) Dr Mohd Fuad Salleh - 496
26) Prof Dr Zainal Abidin Kidam - 450