Nuffnang

Ahad, 31 Mac 2013

#TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di 4 Negeri


Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.

Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.

Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)
Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud:
“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)
Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.
“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).
Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin. Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat. Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka. Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali). Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti. Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.

ESSZONE Kuburkan Agenda Anwar Cetus Keganasan Di Sabah


Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mac lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik.

Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Rasional menubuhkan ESSZONE  bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.

Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.

Di samping itu lima lagi balai polis akan dibina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di sepanjang pantai timur Sabah.

Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.

Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.

Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.

Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.

Kerjasama yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Sulu terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.

Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah terjamin.

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970-an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.

Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.

Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.

Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.

Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.

Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat?


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

Sabtu, 30 Mac 2013

Jason Teoh Bakal Bunuh Kit Siang Di Gelang Patah


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan.

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.

Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. 

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU-13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.

Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen Gelang Patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi.

Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.
 
Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan.

Bukti PR Akan Bankrapkan Negara


Sorakan puak-puak Pakatan Rakyat terhadap kata-kata Tun Musa Hitam bahawa PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, masih lagi kedengaran. Bagi PR, kata-kata tersebut merupakan perangsang semangat setelah tidak mampu menepis fakta dan angka yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang menunjukkan Buku Jingga mereka akan membangkrapkan negara ini.

Manakala Manifesto baru PR pula dijangka akan menyebabkan defisit meningkat kepada 11.5% KDNK berbanding BN 4.0% dan hutang pula meningkat sehingga 62.1% KDNK berbanding BN 54.6%. Kenyataan ini dibuat setelah mengambilkira semua janji-janji manis yang ditabur PR dan digabungkan dengan angka-angka pendapatan serta perbelanjaan, termasuk anggaran potensi dan risiko keadaan semasa di dalam negeri dan juga global.

Dengan itu, kita menyimpulkan bahawa satu-satunya cara bagi PR untuk tidak membangkrapkan negara ialah dengan merombak semula Buku Jingga serta mengtongsampahkan terus manifesto mereka sekiranya mereka menang pilihanraya. Dalam ertikata lain, mengambil sikap 'cakap tidak serupa bikin' atau 'tidak menepati janji' atau lebih tepat 'berbohong'.

Ini tentunya bermakna mereka perlu merangka bajet yang baru tanpa berdasarkan apa yang diperkatakan atau dijanjikan mereka dahulu.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang bajet baru mereka ini akan menjamin pentadbiran ekonomi yang baik, apatah lagi dengan rekod ‘Perdana Menteri PR’ yang begitu corot dalam soal ekonomi.

Bagi melihatnya dengan lebih jelas, kita perlu merujuk kepada kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan BN iaitu 2003 – 2007 : Pada tahun 2003 kedudukan wang tunai Selangor berada pada RM325.38 juta, 2004 - RM427.64 juta, lalu meningkat lagi pada tahun 2006 kepada RM565.47 juta dan sehingga tahun 2007 wang tunai Selangor berjumlah RM738.05 juta.

Tetapi, pada tahun 2008, apabila PKR mengambil alih dan Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kedudukan kewangan negeri mencatatkan trend yang menurun seperti berikut : 2007 – RM776.44 juta, 2008 – RM733.64 juta, 2009 – RM617.20, lalu menjunam terus pada 2011 kepada RM390.89 juta.

Angka di atas adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor pada tahun yang berkenaan.

Jika ini belum cukup untuk membuktikan ketidak-cekapan Anwar Ibrahim dalam mentadbir ekonomi, maka kita wajar melihat prestasinya dalam menangani krisis kewangan ketika menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1997.

Di tangan Anwar, pasaran Bursa Malaysia dari Februari 1997 yang berada pada mata 1300 mata terus menjunam tanpa kawalan sehingga Julai 1998 Bursa Malaysia berada di paras terendah pernah direkodkan iaitu 261.33.

Apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998, dan Tun Mahathir mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, beliau telah bertindak merombak semula perancangan Anwar yang menggunapakai strategi IMF serta memperkenalkan strategi baru.

Hasilnya, pasaran Bursa Malaysia pantas mengalami pemulihan di mana pada penghujung September 1998 sejurus Anwar dipecat, pasaran mencatatkan mata peningkatan segera iaitu kepada 400 dan terus meningkat serta pulih perlahan-lahan di mana pada awal tahun 2000, pasaran bursa berada di paras 980.

Sebagai perbandingan lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada ketika krisis ekonomi berlaku iaitu pada tahun 17 September 2008. Beliau pada mulanya terpaksa bergelut dengan pasaran bursa menjunam sehingga pada penghujung tahun tersebut, mencatat paras serendah 801.27. Awal tahun 2009, beliau yang mungkin telah mendapatkan ‘momentum’, bertindak membentangkan bajet mini RM60 billion.

Keadaan tampak memberangsangkan sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009. Seterusnya, Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan yang agak konsisten sehinggalah di penghujung 2012, di mana ia berada di paras tertinggi ialah 1699.68.

Jelas, kepimpinan yang bijak mampu memulihkan keadaan walaupun ketika krisis dan ketika orang lain melihatnya sebagai mustahil. Tetapi kepimpinan yang tidak cekap seperti Anwar Ibrahim, hanya akan menambahkan krisis dan membawa negara ke arah kehancuran, iaitu miskin lalu bangkrap terus.

Bayangkan, jika Anwar Ibrahim yang mengambil-alih negara pada 2008, iaitu ketika krisis kewangan global, tidakkah beliau hanya akan membawa kita melalui jalan yang sama yang dibawanya ketika krisis 1997? Dan bayangkan jika beliau menang dalam pilihanraya kali ini dan menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau tidak akan membawa kita ke arah jalan yang sama yang dilalui oleh Selangor hari ini?

Bayangkan jika krisis ekonomi melanda lagi, apa akan jadi kepada Malaysia, kepada kita, jika negara berada di dalam tangan pemimpin yang tidak cekap dan buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim?

Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah graduan Pengajian Melayu, pendokong sastera yang mana cakap-cakapnya berbunga-bunga, penuh retorik dan mainan bahasa. Ini ertinya, Anwar bukan manusia yang dilahirkan dengan penguasaan otak kiri iaitu kecekapan menganalisa atau melihat logik matematik yang diperlukan untuk memahami ekonomi. Anwar adalah manusia yang dikuasai oleh bahagian otak sebelah kanan, iaitu seni, abstrak yang bebas mengenterpretasi sendiri dan lebih banyak dikuasai emosi.

Negara tentunya dalam bahaya jika seorang Perdana Menteri melihat angka seperti perkataan atau syair yang boleh disusun dan diubah-ubah sesuka hati. Dan itu belum lagi diambil kira risiko Anwar menyusun dan mengubah angka itu agar masuk ke akaunnya sendiri, dan akaun keluarganya, atau akaun Tuan-tuannya, anak-anak ikannya, gundik-gundiknya, rakan-rakannya dan mereka-mereka yang menyimpan semua bukti rahsia gelapnya.

Justeru, kata Tun Musa bahawa PR tidak akan membangkrapkan negara adalah kurang tepat. Yang tepatnya ialah, pemimpin PR tidak akan bangkrap, tetapi kemungkinan untuk mereka membangkrapkan negara amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan.

Ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dan diletakkan di atas bahu sesiapa sahaja. Ia memerlukan kebijaksanaan yang khusus yang manusia seperti Anwar tidak mungkin mampu memahaminya.

Sumber Dalaman PR Dedah Senarai Calon Parlimen


Senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini.

SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail 
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

Jumaat, 29 Mac 2013

Anwar Bukan Calon Yang Tepat Untuk PM - Tun Daim Zainuddin


Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin? Satu nama yang besar juga merupakan tokoh ekonomi negara, suatu ketika dahulu. Walaupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah berkali-kali cuba untuk menjejaskan imej dan kredibiliti beliau namun ternyata mantan Menteri Kewangan itu mempunyai khalayak penyokongnya yang tersendiri.

Malah sehingga kini, beliau dikatakan masih disegani oleh masyarakat dan pendapat yang diberikan sering dijadikan sumber rujukan. Malah Tun Daim juga terkenal dengan polisi ‘pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri’.

Atas faktor tersebut, maka bukanlah sesuatu yang mustahil apabila akhbar arus perdana New Sunday Times dan Berita Minggu telah menjemput beliau untuk membicarakan mengenai politik tanah air ketika ini, walaupun telah lama bersara sebagai ahli politik.

Di dalam wawancara tersebut, beliau telah melahirkan rasa bimbangnya tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Ini kerana menurut beliau, Ketua Umum PKR itu dipercayai akan mengucar-kacirkan negara. Ia berdasarkan kepada kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, apabila Tun Daim membayangkan kecenderungan Anwar untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah menurut beliau lagi, ia berdasarkan kepada sikap Anwar sendiri yang suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

“Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui revolusi sebaliknya menerusi peti undi,” jelas Tun Daim.

Ketika ditanya mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tokoh ekonomi itu menegaskan bahawa Najib adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri."

Adakah DAP Akan Diharamkan?


"Kami rela disiasat dan ini merupakan komplot politik untuk mengharamkan DAP. Jika simbol roket (DAP) diharamkan, mungkin calon terpaksa memilih alternatif lain sebagai anggota bebas, atau pakai simbol Pas dan PKR."

Kenyataan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2013 di atas seakan cuba memberi gambaran dan persepsi negatif kononnya siasatan yang sedang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) tika ini bertujuan untuk mengharamkan DAP.

Walhal kebenarannya, siasatan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) dilakukan setelah mengambil kira aduan yang dibuat oleh ahli seumur hidup DAP iaitu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass.

Selain David, seorang lagi ahli parti yang turut melaporkan kepincangan dalam pemilihan CEC DAP yang berlangsung Disember tahun lepas kepada ROS ialah Mahendran Krishnan, Setiausaha untuk cawangan yang sama.

Kedua-dua mereka bukannya ahli UMNO atau mana-mana komponen BN, bukan juga baru sehari dua menjadi ahli DAP tetapi sudah bertahun-tahun bergelumang jatuh bangun dalam parti paling rasis atas dunia itu. 

Laporan dan aduan oleh pemimpin Cawangan DAP Cawangan Ladang Paroi itu hanyalah rentetan daripada ketidakpuasan hati mereka dengan perjalanan pemilihan DAP setelah calon yang gagal iaitu Zairil Khir Johari Abdullah (Christopher Ross Lim) tiba-tiba sahaja diubah kedudukannya menjadi ahli CEC yang kononnya dipilih. 

Soal komplot atau konspirasi politik sebenarnya langsung tidak wujud, malah kemungkinan DAP akan digantung atau diharamkan juga tidak timbul memandangkan sehingga sekarang siasatan belum pun selesai sebaliknya tergantung disebabkan keengganan pemimpin DAP memberi kerjasama.

Pengerusi ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sehari dua lepas menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran menyiasat kes ini berikutan tindakan seorang pemimpin tertinggi DAP sering memberi alasan ketiadaan masa bila mana di minta memberi keterangan.

Dengan keadaan demikian, mana mungkin ROS telah membuat keputusan, kecuali hakikat sebenarnya Kit Siang sengaja memainkan isu yang tidak wujud semata-mata untuk memancing simpati umum sambil menimbulkan persepsi salah terhadap kredibiliti ROS.

Setakat yang diketahui umum hanya dua parti yang pernah dibatalkan pendaftarannya iaitu UMNO pada tahun 1988 diikuti SNAP pada tahun 2002 dan kedua-duanya komponen BN. Ini jelas membuktikan ROS atau pihak yang lebih tinggi misalnya Mahkamah bukannya alat kepada Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Justeru itu, Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP tidaklah perlu takut akan bayang-bayang sendiri. Jika DAP merasakan pemilihan CEC tempohari telus dan adil tanpa penyelewengan, mengapa tidak segera memberi kerjasama menjayakan siasatan ROS supaya ahli-ahli DAP tidak dibelenggu tanda tanya.

Ini tidak, belum apa-apa Kit Siang dah memulakan propaganda kosong menyalahkan orang lain semata-mata untuk mengelakkan pandangan serong terhadap parti pimpinannya yang bermasalah. Sendiri menari tunggang terbalik disalahkan lantai yang terjongkang jongkit.

Rakyat Pulau Pinang Bangkit Menentang Pentadbiran Lim Guan Eng #SavePenang #UbahPenang #TolakDAP


Kebangkitan rakyat Pulau Pinang yang bangkit menentang pentadbiran Lim Guan Eng pasti akan membuka mata rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata pemimpin ‘Ultra-Kiasu’ dari DAP itu yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.

Ini kerana saban hari semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang telah mula sedar, bangkit mengadakan bantahan terhadap kepimpinan mereka. Terdahulu sekumpulan belia Pulau Pinang yang terdiri dari kaum Cina dan India telah berhimpun dan berarak bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan kerajaan negeri untuk membina projek terowong mega dasar laut.

Baru-baru ini, dianggarkan hampir 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai ‘Himpunan Penyatuan Rakyat’ yang membantah pentadbiran Guan Eng yang dilihat GAGAL membela nasib rakyat yang semakin tersepit sejak lima tahun lalu.

Persoalan yang bermain diminda rakyat Penang ketika ini ialah, kenapa perlu bina terowong baru sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua masih lagi belum beroperasi? Apakah ini satu cara untuk kayakan krooni-kroni DAP Penang?

Tambah menghairankan ialah, DAP yang selama ini berpegang kepada idealism ‘sekular’ masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka.

Ia secara tidak langsung membuktikan persepsi rakyat yang merasakan wujud kegiatan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut. Malah majoriti rakyat merasakan projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan, kerana pada ketika ini rakyat di Pulau Mutiara itu amat memerlukan rumah kos rendah.

Ditambah dengan kesesakan trafik yang macam gamps!, kerajaan negeri sepatutnya tidak kalut untuk membina ‘tunnel’. Mereka sepatutnya selesaikan dahulu masalah-masalah utama yang mencengkam denyut nadi rakyat sekiranya benar-benar ingin mencontohi pemerintahan khalifah Islam.

Ini tidak, baru sepenggal menerajui kepimpinan negeri, mereka pakat kalut membuat projek mega yang dilihat bakal menggangu pelabuhan dan bentuk geografi bahagian pulau tersebut yang dikhuatiri boleh menenggelamkan negeri tersebut.

Yang lebih menarik, ketika Anwar pakat sibuk ceramah di setiap pelosok negara untuk memansuhkan tol, DAP selaku sekutu akrab membuat keputusan untuk mengenakan tol bagi projek terowong mega dasar laut itu. Malah ketika ditanya berhubung isu tol tersebut, Guan Eng dengan nada ‘selamba badak’ menyalahkan kerajaan persekutuan.

Sungguh pelik dan menghairankan. Mereka yang memutuskan untuk membuat projek mega, dan mereka juga yang memutuskan untuk mengenakan bayaran tol tetapi kerajaan BN/UMNO yang dipersalahkan.

Inilah yang dinamakan sandiwara pakatan pembangkang yang hidup atas dasar pembohongan dan penipuan. Walaupun semakin ramai yang telah sedar, namun masih ada dikalangan pencacai yang enggan menerima fakta dan hakikat sebenar.

Oleh yang demikian, jangan terperanjat sekiranya suatu ketika nanti, pakatan pembangkang pimpinan Anwar mengatakan 1 + 1 bersamaan dengan 4, akan ada dikalangan pencacai yang akan berdiri dan mengatakan ia betul. Ini kerana walaupun sedar jawapan yang diberikan itu adalah salah, namun disebabkan taksub, mereka terpaksa menerima penipuan dan pembohongan itu sebagai fakta sebenar.

Kepada rakyat Pulau Pinang, bersatulah untuk #SavePenang #UbahPenang dan #TolakDAP.

Khamis, 28 Mac 2013

Rafizi Gelabah Pada Sidang Akhbar Pertahankan Anwar


"Saya sudah melihat video itu, ianya spekulasi dan berniat jahat, dan tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Ianya hanya satu andaian, beliau (Anwar Ibrahim) seorang yang mesra dan peramah dan semua orang boleh bercakap dengan beliau."

Ungkapan kata di atas dilafazkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR pada 22 Mac 2013 yang dipetik dari laman MalaysiaDigest. 

Secara tersuratnya kenyataan itu bermaksud mempertahankan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tapi sedar tak sedar, ia seperti mengesahkan bahawa individu yang gaya cakapnya seperti seorang jantan gersang dalam video berdurasi 1.20 minit yang disiarkan oleh blogger PapaGomo sememangnya Anwar.

Ini sekaligus menafikan dakwaan penyokong pembangkang kononnya video itu telah disunting audionya (dubbing). Dengan pengakuan Rafizi ini berkemungkinan selepas ini para penyokong Anwar terpaksa mengolah alasan lain bagi menafikan video tersebut.

Bagaimana pun tulisan ini tidak berhasrat untuk membincangkan mengenai video itu tetapi lebih kepada mahu menarik perhatian pembaca untuk menganalisis sendiri tingkah laku Rafizi Ramli ketika sidang media tersebut.


Entah apa yang ditakutkan sangat olehnya apabila lebih banyak berdolak-dalik daripada menjadi secara berterus terangan soalan yang ditanyakan oleh wartawan ketika dalam Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR.

Soalan yang ditanyakan oleh wartawan AgendaDaily cukup mudah "kenapa Anwar berani saman PapaGomo dalam isu ini tetapi dalam isu cinadoll kenapa tidak saman PapaGomo Datuk Trio?."

Untuk menjawab soalan yang sebegitu mudah pun sampai menggelabah dibuatnya Rafizi, jauh melencong jawapannya sehingga bila diulangi lagi soalan tersebut Pengarah Strategik PKR itu bagaikan naik angin pula mengugut akan memanggil guard (pengawal keselamatan).

Tanya soalan yang tidak kena dengan jiwa raga pun terpaksa berhadapan dengan pengawal keselamatan, gelabah betul langsung tak sesuai dengan jawatan sebagai pengarah Strategik PKR. Entah apa yang mahu disoroknya tak tahulah sehingga pengawal keselamatan pun dilibatkan sama.
 
Sebelum ini di lokasi yang sama pada 4 Mac 2013 yang lalu, Anwar Ibrahim juga naik angin bagaikan kerbau jantan apabila memarahi wartawan yang bertanyakan soalan mengenai pencerobohan di Sabah sehingga ungkapan "U Ulang I Saman" menjadi viral dan popular di media maya.

Barangkali selepas ini ungkapan, "U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan" pula akan mengikut jejak langkah yang sama menjadi viral dan popular disebut ramai.

Sudah ketentuan Ilahi barangkali bila mana ramai pemimpin utama PKR terdiri dari kalangan individu yang gemar berdolak-dalik ketika bersoal jawab, divert sana sini. Cukup luar tabii dan unik sekali kaedah mereka berdepan dengan media. 

Agaknya inilah gambaran sebenar kebebasan bersuara yang bakal direalisasikan oleh PR sekiranya PRU-13 kelak mereka dapat membentuk Kerajaan.

PAS Kelantan Alat Kapitalis Tindas Rakyat Miskin


Sejak beberapa tahun lepas bagaikan sudah menjadi pemandangan biasa di Kelantan apabila sering kali wujud protes dan bantahan rakyatnya terhadap kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan hak milik tanah di negeri ini.

Terbaru di Gua Musang, sekumpulan lebih 300 orang rakyat marhaen dari Kampung Sungai Badong, Kuala Betis bangkit memprotes tindakan Kerajaan Pas Kelantan merampas tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun lalu untuk diberikan kepada syarikat swasta.

Sukar untuk mereka terima hakikat bagaimana mungkin tanah seluas 378.8 hektar yang telah mereka usahakan sekian lama dengan tanaman getah, kelapa sawit dan lain-lain tanaman tiba-tiba sahaja bertukar hak milik sejak 5 bulan lalu.

Segala wang ringgit berupa duit deposit, cukai dan premium tanah yang saban tahun dilangsaikan kepada Pejabat Tanah bagaikan menjadi debu, sia-sia sebegitu sahaja tanpa sebarang makna.

Apa yang berlaku pada mereka hanyalah secebis kisah daripada pelbagai kes penindasan lain yang sedang dan telah dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Penindasan dan kezaliman sebegini memperlihatkan Pas bagaikan alat kapitalis yang menindas rakyat miskin untuk menjaga kepentingan orang lain.

Dulu sewaktu Pas memerintah pada dekad 1960-an hingga pertengahan 1970-an, rakyat Kelantan pernah menangis keluar air mata darah bila mana kehilangan hak ke atas lebih 300,000 ekar tanah di Hulu Kelantan selepas tanah itu dipajakkan kepada syarikat dari Singapura.

Adakah pajakan tanah seluas mata memandang itu menguntungkan rakyat atau negeri? Tidak sama sekali, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kapitalis dan segelintir pemimpin parti, manakala rakyat hanya mampu memandang sayu melihat tanah yang dipijak telah menjadi milik orang.
 
Tidak cukup dengan sejarah hitam itu, kini melalui idea projek Ladang Rakyat yang kononnya bertujuan untuk membasmi masalah kemiskinan, lebih 80,000 ekar tanah lagi dipajakkan yang hasilnya hanya sedikit untuk kantung Kerajaan Negeri manakala rakyat marhaen pula hanya melopong termangu sendirian.

Hak milik pajakan tanah yang serba luas dari Kuala Krai, Gua Musang hingga ke Jeli itu berserta hasil kekayaan kayu kayannya tetap juga hanya berlegar di kalangan segelintir pihak terutama mengenyangkan tauke-tauke balak yang merupakan kroni yang rapat dengan Pas.

Lebih menyakitkan hati kebanyakan pemimpin Pas di Kelantan termasuklah anak pinak mereka yang tiada kaitan dengan Ladang Rakyat pun boleh juga memiliki tanah di sekitar kawasan itu. Sedangkan rakyat yang bersengkang mata mengusahakan tanah demi mencari sesuap nasi dinafikan haknya.

Malah orang luar seperti pemimpin DAP bersaudara dari Perak, iaitu Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga sebegitu mudah memiliki hak milik tanah yang keluasannya mencecah 10,000 ekar hampir sebesar Putrajaya dengan pajakan sehingga tahun 2092, melalui pengambilan sebuah syarikat swasta.

Rakyat negeri sendiri termasuk golongan miskin yang sudah berpuluh tahun meneroka tanah membanting tulang demi mencari nafkah untuk keluarga, terkebil-kebil melihat tanah sendiri kini menjadi milik orang.

Apabila di sana sini rakyat bangkit memperjuangkan hak mereka dan mempertikaikan kenapa tanah milik mereka jatuh ke tangan lain, pemimpin Pas Kelantan lebih banyak bersilat lidah tanpa berusaha mengenal pasti punca berlakunya penindasan sebegini.

Pemimpin Pas merasakan kepentingan golongan kapitalis jauh lebih utama berbanding rintihan rakyat marhaen yang tertindas hanya mampu memprotes dan membantah.

Namun tanah itu maruah, bila mana ia dirampas atau dipindah milik tanpa pengetahuan mereka, siapa yang tidak marah? Amarah yang sekian lama membebani hati nurani rakyat tiba saatnya pasti meletup jua, tika itu agaknya baru Pas mahu sedar tinggi rendah langit dari bumi.

Rahim Thamby Chik Dedahkan Cubaan Pujuk Eskay


Mungkin kerana tidak tahan dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan, mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik Saban sekali lagi tampil membuat kenyataan. Beliau mendedahkan wujud usaha yang dijalankan oleh wakil pakatan pembangkang untuk membeli Dato Shazryl Eskay Abdullah salah seorang daripada 'Trio Datuk T' untuk membuat pusingan-U dalam kes video ‘China Doll’.

Menurut Tan Sri Rahim, ekoran pendedahan rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tidak berapa lama dahulu, Datuk Shazryl telah diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang oleh pihak tertentu agar mengubah pendiriannya.

Tan Sri Rahim turut menegaskan, beliau (Datuk Shazryl) telah ditawarkan dengan wang yang ‘TIADA HAD JUMLAHNYA’ sebagai pampasan sekiranya bersetuju untuk menandatangani satu dokumen berkanun yang telah disiapkan.

Sungguh hebat, pendekatan yang diguna pakai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim ini yang suatu ketika dahulu diangkat sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’. Motifnya hanya satu iaitu terus menipu rakyat Malaysia agar terpedaya dengan lakonannya semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Lepas berjaya beli bapa Saiful Bukhari, Pakatan cuba keluarkan wang lagi untuk beli Dato’ Eskay. Namun disebabkan ahli perniagaan itu mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi, ‘tawaran wang tanpa had’ itu tidak mampu untuk membeli dirinya. Ini kerana, bukan calang-calang orang yang dapat menolak tawaran seperti itu.

Hanya disebabkan wang seorang bapa tergamak untuk mengkhianati anaknya sendiri apabila sanggup menjual maruah dirinya sekaligus menjadi pencacai dan alat kepada politik jijik pakatan pembangkang.

Sekiranya Datuk Eskay bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Anwar, maka sudah pasti dokumen tersebut akan digunakan sebagai modal kempen baru puak-puak pencacai untuk menyalahkan UMNO.

Tambah menarik, modus operandi mengeluarkan dokumen berkanun yang telah disiapkan itu seakan-akan sama dengan tindakan PI Bala yang sebelum ini turut mengeluarkan surat akuan bersumpah. Dengan hanya bermodalkan RM2 akuan bersumpah itu terus dikatakan sebagai bukti untuk memfitnah dan mengaitkan pemimpin negara.

Begitu juga yang terjadi terhadap kes liwat Saiful Bukhari, kenyataan bapanya yang telah dibeli terus dijadikan asas untuk menolak dakwaan liwat berbandingkan kenyataan mangsa yang disertakan dengan lafaz sumpah.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin sebelum ini yang mengatakan antara strategi Anwar untuk menghilangkan keyakinan rakyat ialah, mengunakan umpan dengan seribu satu tawaran bagi mempengaruhi mereka yang rapat dengan sesuatu kes itu agar tampil membuat kenyataan.

Dengan kenyataan itu, para pancacai Anwar akan mengunakan semua peluang dan ruang untuk menarik simpati rakyat, kononnya makhluk jijik bernama Anwar Ibrahim telah difitnah.

Rabu, 27 Mac 2013

Chua Jui Meng Bakal Letak Jawatan Dalam PKR


Umum amat maklum yang Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sudah lama mengidam untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana ia dianggap sebagai kerusi selamat untuknya memandangkan lebih 50% pengundi di kawasan itu adalah keturunan Cina.

Lagi pun, sejak PRU-12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN, Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti. Atas faktor itu, maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.

Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.

Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR.

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan, buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.

Pada perkiraan Anwar, tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.

Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.

Berikutan pertelingkahan itu, Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng, tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu, tidak mustahil PRU-13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.

Rakyat Merana Pemimpin Pembangkang Lompat Kawasan


Pembangkang di negara ini tidak pernah terlintas di hati mereka untuk membela nasib rakyat jelata.

Mereka suka membuat janji-janji yang lebih manis daripada gula dan madu, dan apabila mereka berjaya mempengaruhi rakyat lalu diberi kepercayaan untuk memerintah, pembangkang selalu pula gagal menggotakan janji.

Rakyat kecewa tetapi lebih mengecewakan tempoh lima tahun memerintah yang diamanahkan disalahgunakan untuk mengukuhkan kuasa politik, menimbun kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.

Negeri yanbg ditadbir ketinggalan ke belakang dari segi pembangunan sosio-ekonomi kerana pembangkang sibuk berceramah ke sana ke sini siang dan malam tanpa menyedari tugas utama mereka ialah kepada rakyat bukannya mendendangkan lagu politik tanpa henti.

Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti.

Bukti pemimpin pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi ialah kegemaran mereka untuk melompat dari satu kawasan ke satu kawasan bagi kepentingan politik mereka bukannya rakyat.

Khabarnya di Permatang Pauh, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak tentu arah seperti cacing kepanasan kerana beliau mendapat tahu kerusi tradisinya tidak lagi selamat pada Pilihan Raya Umumn ke 13 nanti.

Walaupun sudah menyandang sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh sejak 1982 (kecuali dari tahun 1999-2008), Anwar sudah lagi peduli pengundi di kawasan itu yang setia bersamanya.

Yang lebih penting bagi Anwar ialah menyelamatkan karier politiknya bukan membela rakyat yang menyokong.

Alasan bodoh yang diberikan oleh seorang yang bergelar Ketua Pembangkang untuk menjustifikasi tindakan untuk bertanding samada di Perak atau Selangor adalah atas permintaan rakyat di kawasan terbabit!

Begitu juga dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur dan mahu bertanding di Gelang Patah, Johor pula.

Kit Siang lebih banyak melompat daripada Anwar bermula dari kawasan parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 kemudian berhijrah ke Kota Melaka pula lepas sepenggal.

Dari Melaka beliau bertanding pula di kerusi Petaling Jaya pada 1978 dan empat tahun kemudian balik ke Kota Melaka.

Oleh kerana terlalu yakin Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, Kit Siang lari ke Parlimen Tanjong pada 1986 dan akhirnya apabila partinya tewas dengan teruk, terus meloncat ke Ipoh Timur pada 2004.

Melihat kepada kronologi penghijrahan pemimpin pembangkang yang kerap bertukar kerusi, terbuktilah mereka hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk memajukan diri sendiri dalam politik.

Ini berlainan pula dengan wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang kekal di kawasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat tanpa henti sehinggalah mereka meninggal dunia atau bersara daripada politik atau tidak dicalonkan lagi.

Hakikatnya Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri BN bukannya seperti katak-katak pembangkang yang suka melompat ke sana ke sini asalkan ada kolam yang enak untuk mereka berenang.

Dalam pas ada juga pemimpin yang seperti kera melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain seperti Mat Sabu.

Pada mulanya beliau memenangi kerusi parlimen Nilam Puri, Kelantan walaupun berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dari Nilam Puri, Mat Sabu lari pula meninggalkan pengundinya di situ ke Kubang Kerian pada tahun 1999.

Kemudian beliau melompat pula ke kerusi Kuala Kedah dan menang tetapi seperti tupai yang pandai melompat akhirnya kecundang juga apabila bertukar angin ke kerusi Kuala Terengganu pada PRU ke 12.

Kini bekas wakil rakyat yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang itu mahu balik ke Kedah atau bertanding di Selangor pula.

Semua pemimpin pembangkang sudah tahu kerusi yang mereka tandingi dahulu sudah tidak selamat dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap BN yang amat mengkagumkan.

Sebab itu mereka kini bercemperai lari lintang pukang mencari kawasan selamat untuk berlindung daripada taufan BN yang bakal meranapkan pembangkang.

Malah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang kini mewakili parlimen Kubang Kerian sudah siap sedia untuk berhijrah ke Johor pula.

Kesimpulannya pemimpin pembangkang seperti Anwar, Kit Siang, Mat sabu dan Salahuddin hanya pentingkan periuk nasi politik mereka sahaja dan tidak peduli samada nasib pengundi atau rakyat di kawasan yang mereka wakili terbela atau tidak.

Bagi pembangkang yang penting, survival politik perlu diutamakan dan kepentingan peribadi wajib didahulukan.

Sekali Lagi Nurul Izzah Hina Pasukan Polis


Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!!! Itulah antara perumpamaan yang sering digunakan oleh masyarakat kita, bagi mengambarkan persamaan sifat dan perwatakan antara seorang bapa dan anak. Contohnya sekiranya bapanya merupakan seorang penipu, penyamun, penyangak, peliwat, penzina dan sebagainya (tidak ditujukan kepada sesiapa) sedikit sebanyak perangai buruknya itu akan diwariskan kepada anaknya.

Dan ternyata perumpamaan itu amat tepat dan sesuai sekiranya dibuat perbandingan antara sifat Anwar dengan anak kesayangannya itu. Ini kerana acapkali dua beranak ini dilihat mencabuli hak dan kebebasan bersuara yang diberikan dengan mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina.

Sebagai salah seorang Naib Presiden di dalam sebuah parti ‘Anak Beranak’ yang dikenali sebagai PKR, Nurul Izzah ketika menyampaikan ceramah baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan sikap kurang ajar.

Berucap di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah pada 20 Mac yang lalu, Nurul Izzah mengatakan bahawa polis di negara tidak mempunyai kerja lain selain mengintip para pimpinan pakatan pembangkang.

Atau dalam bahasa mudah, dia mengatakan bahawa pencerobohon bersenjata yang diketui oleh Kiram di Sabah adalah disebabkan kerana pasukan polis terlalu sibuk menghabiskan masa untuk mengintip pergerakan Anwar sehingga gagal menjaga perairan negara.

Tak habis-habis mereka di kalangan pembangkang khususnya PKR cuba menarik perhatian rakyat dari terus memberikan perhatian dan simpati terhadap tragedi berdarah yang telah mengorbankan 10 orang perwira negara itu.

Sandiwara, konspirasi, kematian polis dan tentera di Sabah tidak syahid dan berbagai-bagai lagi kenyataan bodah lagi biadap telah dikeluarkan mereka, yang bertujuan untuk menghina dan merosakkan intergriti pasukan beruniform itu.

Namun, apabila menyedari ketelanjuran yang telah dilakukan itu, dia dengan pantas menafikan, kononnya kenyataan itu telah diputar belitkan oleh media. Sedangkan semua mereka yang hadir pada program ceramah itu, mendengar jelas setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.

Nampaknya, perangai seorang 'penipu' dan suka memutar belitkan fakta ini sudah menjadi kebiasaan dan sebati dengan dirinya. Contohnya, tentu ramai yang masih ingat kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, yang suatu ketika dahulu mahu agar rakyat negara ini diberikan hak kebebasan dalam memilih agama dan tidak terkecuali kepada bangsa Melayu dan mereka yang telah beragama Islam.

Apabila ia mendapat bantahan dari majoriti rakyat, dia segera menyalahkan media dan UMNO yang kononnya cuba memfitnah dirinya. Sedangkan apabila diteliti semula rekod rakaman kenyataan tersebut, ia jelas membuktikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud menyokong ideologi ‘Pluralisme’ (kesamarataan dalam agama).

Inilah yang dikatakan perangai yang saling tidak tumpah dengan bapanya yang sering meletakkan kesalahan kepada media yang hanya melaporkan berita berdasarkan konsep jurnalisme ‘5W-1H’ (who, what, where, when, whay dan how). 

Namun apabila satu-satu laporan berita yang dikeluarkan oleh wartawan tersebut tidak menepati citarasa dan kehendak mereka, istilah saman akan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengugut para petugas media.

Strategi mereka mudah, iaitu menakut-nakutkan para wartawan agar mengambil jalan selamat dengan tidak membuat sebarang laporan. Maka dengan itu, pendekatan pakatan pembangkang untuk terus memperbodohkan masyarakat dengan isu fitnah apabila berceramah akan tercapai.

Kesimpulannya, apabila tiada sebarang laporan berita yang dikeluarkan, Anwar dan para pencacainya akan mengatakan, UMNO/BN telah mencabuli hak kebebasan media dengan tidak memberikan sebarang liputan berkenaan program pembangkang.

Namun di masa yang sama, apabila para wartawan cuba melakukan tugas selari dengan prinsip dalam menunaikan tanggungjawab dan hak masyarakat untuk mengetahui kebenaran, mereka akan diugut dengan tindakan undang-undang.

Sungguh pelik ‘Hak Kebebasan Media’ yang ingin diperjuangankan oleh pakatan pembangkang ini. Semoga rakyat yang bijak di negara ini dapat menilai agenda buruk dan songsang yang cuba diterapkan oleh pakatan pembangkang.

Selasa, 26 Mac 2013

#LahatDatu #OpsDaulat : Saya Dibayar


Pengakuan salah seorang pengganas Hooland Kalbi yang ditangkap ketika #OpsDaulat baru-baru ini pasti mengemparkan seluruh rakyat, apabila ketika prosiding pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia telah dibayar oleh seseorang untuk bertindak di Sabah.

Hooland merupakan antara lapan warga Filipina yang dituduh menjadi anggota kumpulan pengganas, berkata sedemikian di hadapan Hakim P. Ravinthran. Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Manakala Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Secara rasionalnya, semua pengganas yang ditangkap itu perlu dibicarakan atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agung. Dengan itu, sekiranya mereka didapati bersalah mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada semua yang didakwa itu.

Ia bertujuan untuk memberi amaran dan pengajaran kepada rakan-rakan mereka khususnya warga Filipina yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Sultan Sulu (walaupun tidak diiktiraf) mengunakan pendekatan yang sama bagi merampas kedaulatan Sabah dari Malaysia.

Malah dengan kenyataan Hooland itu, pastinya akan membuatkan ‘orang-orang tertentu’ panas punggung dan tidak senang duduk, kerana kenyataan tersebut dilihat selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina sebelum ini.

Mereka sebelum ini melaporkan, menurut sumber perisikan tentera dan kenyataan pegawai tertinggi Filipina yang mengatakan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu telah dibiayai dan di dalangi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ialah, sepanjang episod tragedi berdarah ini berlangsung boleh dikatakan majoriti pimpinan pembangkang seolah mengambil pendekatan lepas tangan.

Malah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan itu, terus marah sambil mengugut akan mengemukakan saman sekiranya mengulangi soalan tersebut.

‘You ulang, I saman’ adalah merupakan ungkapan beliau bagi mematikan persoalan itu dari terus dibangkitkan.

Lebih pelik lagi, apabila dia seakan gugup dan secara jelas menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang terbukti bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, cuba memberi peluang dengan membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan konflik ini secara baik. Namun tindakan para pengganas yang memulakan serangan telah memaksa pihak keselamatan negara membalas serangan tersebut seterusnya melancarkan #OpsDaulat.

Pihak berkuasa juga digesa untuk segera menjalankan siasatan secara menyeluruh agar mereka yang dikatakan sebagai dalang itu turut dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tindakan yang tegas perlu diambil baik terhadap warga asing mahupun rakyat negara ini. Ia bagi mengelakkan sebarang percubaan yang ingin dilakuakn untuk mencetuskan huru-hara semata-mata untuk memperjuangkan ideologi politik songsang orang-orang tertentu.

Kepada pengkhianat negara, tunggu! Masanya akan tiba, untuk kamu diseret sama ke muka pengadilan.

Anwar Akan Bertanding Di Kawasan Majoriti Cina?


Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrajaya.

Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja.

Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam urusan negara.

Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan bahawa ada Kuasa yang jauh lebih Besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak ‘bersesuaian’ dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat semulajadinya.

Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan ‘kesucian’nya.

Penolakan Pas terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari pemimpin Pas yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin Pas lain sudah tidak sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar.

Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.

Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti berikut : Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.

Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU.

Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari kawasan di mana pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana beliau sendiri keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh dilihat sendiri dalam wawancara beliau dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar, kaum Cina dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual atau biseksualnya.

Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih menaruh harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru, kemungkinan yang mereka memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi mereka ialah Pakatan Rakyat. Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya.

Namun, kita percaya, walaupun majoriti pengundi Ipoh Timur mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan orientasi seks wakil rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli tentang kredibiliti dan integriti wakilnya.

Tindakan ‘lari’ kawasan, sudah cukup untuk membuktikan yang wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan telah ditolak pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum ini.

Logik akal, sekiranya, rakyat kawasannya sendiri sudah menolaknya, sudah tentulah bodoh bagi rakyat kawasan lain pula untuk mengundinya. Mungkin lebih baik Anwar bertanding di Filipina saja, untung nasib dapat menggantikan Sultan Sulu tanpa bertanding.

Rakyat Perlu Tolak Manifesto PR, Kerana Ia #ManifestoBukanJanji!


Keghairahan pakatan pembangkang untuk membentangkan manifestonya dengan lebih awal, akhirnya memakan diri, ini kerana apabila dikaji satu persatu banyak kepincangan yang dapat dilihat kerana TERBUKTI ia dilakukan dengan secara tergesa-gesa.

Pada peringkat awalnya mereka merasakan ia merupakan satu strategi politik untuk memberikan tekanan kepada Barisan Nasional (BN), disamping untuk mengunakan isu “BN TIRU” terhadap kredibiliti kerajaan, andai wujud persamaan tawaran yang bakal ditawarkan kelak.

Akhirnya pada ketika ini, beban yang ingin diletakkan kepada kerajaan mula dirasai oleh pimpinan pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang merasakan strategi tersebut akhirnya telah memakan tuan. Nampaknya tekanan yang cuba diberikan dilihat, langsung tidak terkesan kepada parti pemerintah yang pada ketika ini sedang memberikan tumpuan khusus terhadap isu pencerobohan di Sabah.

Tambahan pula, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan perlu menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat khususnya masyarakat di Sabah terlebih dahulu. Tambahan pula tragedi tersebut melibatkan masalah kedaulatan dan maruah negara yang perlu dipandang serius.

Berbalik kepada manifesto pembangkang, hasil penelitian yang dilakukan cadangan mereka yang menawarkan ‘bulan dan bintang’ itu akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil pendapatan kira-kira RM393.7 juta yang melibatkan 207,207 pembayar cukai.

Tambahan pula, pendekatan mereka untuk mengurangkan beban cukai dan di masa yang sama memberikan bantuan tambahan, dilihat hanya bersifat populis. Ini kerana semua yang ditawarkan itu bukanlah satu janji yang dapat menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata merupakan satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi.

Ini kerana semua cadangan yang dibentangkan itu tidak mungkin akan dapat dilaksanakan kerana bakal menyebabkan negara menghadapi masalah pengaliran tunai. Lebih parah, cadangan ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan itu boleh menyebabkan negara berdepan dengan krisis kedudukan kewangan andai ia dilaksanakan.

Inilah hasil yang diterima, apabila melakukan kerja dalam keadaan yang tergopoh-gapah. Maka setelah menerima cadangan dari para penasihat ekonomi mereka, Anwar yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor sekali lagi terpaksa menguna-pakai pendekatan tawaran ‘kad kredit’ kepada rakyat sebagai jalan keluar.

Apa yang malangnya, ‘kad kredit’ yang ditawarkan hanya akan berfungsi apabila rakyat mendaftar sebagai ahli mana-mana parti di bawah pakatan pembangkang. Berbeza dengan kerajaan BN memberikan bantuan kepada SELURUH rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik.

Seolah-olah, sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, dia hanya ingin memberikan khidmat hanya kepada ahli parti PKR, Pas, DAP dan bukannya kepada keseluruhan rakyat. Jelas matlamat Anwar dan para pencacainya untuk ‘MEMBALAS DENDAM’ terhadap semua rakyat kecuali ahli yang berdaftar dibawah pakatan pembangkang.

Menurut pakar dan penganalisa ekonomi negara, ‘Manifesto Bukan Janji’ langsung tidak menjelaskan kaedah dan pendekatan yang akan digunakan bagi bagi mengantikan wang kerajaan sebanyak RM394 juta yang dikatakan hilang.

Kesimpulannya sebagai rakyat, kita seharusnya membuka mata dan bijak dalam menilai semua manifesto yang dikeluarkan oleh setiap parti politik yang akan bertanding, kerana adalah merupakan tanggungjawab kita bersama sebagai pengundi.

Hanya dengan penilaian yang menyeluruh akan membolehkan kita membuat perbandingan yang adil sama ada ia bakal membawa kebaikan atau sebaliknya kepada negara yang tercinta ini.

Dan yang paling penting, pilihlah manifesto yang berpegang kepada prinsip ‘JANJI DITEPATI’ dan bukannya sebuah ‘Manifesto Bukan Janji’ yang hanya ingin menipu dan mengkhayalkan rakyat dengan tawaran palsu.

Isnin, 25 Mac 2013

Penceroboh Sabah Cuba Ulang Sejarah


Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro. Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan tersebut, hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.

Lebih menarik lagi, apabila Aquino turut mengatakan tindakan bodoh Jamalul Kiram III ini adalah merupakan satu pengulangan sejarah. Mengikut fakta ketika zaman bekas Presiden, Ferdinand Marcos, beliau turut pernah melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

Menurut maklumat yang diperolehi pembunuhan tersebut merupakan satu perancangan jahat Marcos untuk menyerang dan merampas Sabah dari Malaysia. Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 semakin menaikkan kemarahannya yang menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu.

Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan mengganggu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Dengan keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia memperolehi kemerdekaan dan konfrontasi antara Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.

Maka satu operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka” telah tubuhkan dengan fasa pertama mereka telah melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun. Rekrutmen baru tersebut pada awalnya dilatih dalam perang hutan di Camp Sophia dalam pulau kecil Simunul di Tawi-Tawi yang akhirnya dihantar ke Pulau Corregidor untuk latihan militari lebih lanjut.

Pada awalnya mereka diberitahu bahwa mereka sedang menjalani latihan ketenteraan yang mencakupi perang hutan dan sebagai pasukan penerjun payung udara untuk berperang melawan pemberontak komunis.

Namun keengganan para pemuda tersebut untuk berperang dengan saudara se-Islam di Sabah apabila mengetahui tujuan asal misi tersebut, ialah "Penyerangan Sabah" seramai 28 dari 300 orang rekrut telah dibunuh secara kejam. Seterusnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 kesemua mereka telah dibunuh secara beramai-ramai.

Aquino melalui kenyataan semalam turut mengatakan di sebalik tragedi itu, mereka yang melakukan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, GAGAL untuk belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang.

Malah beliau turut mengkritik tindakan Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu, namun langsung tidak mempunyai perasaan untuk menjaga keselamatan dan nyawa para pengikutnya. Presiden Filipina itu turut mengulangi gesaan sebelum ini yang meminta Azzumudie dan para pengikutnya untuk berundur dan pulang kerana pengunaan keganasan tidak akan memberikan sebarang hasil.

#JanjiDitepati, NKRA Kerajaan Berjaya Lepasi Sasaran


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 sudah pastinya akan membuatkan jauh di sudut hati para pencacai pakatan haram mengangkat tangan tabik hormat kepada kerajaan BN/UMNO. Malah pembentangan laporan tersebut sepatutnya berjaya membuka mata dan hati mereka sekiranya mengambil pendekatan berlapang dada dan menilai semula antara fakta dan penipuan.
Ia susulan kejayaan kesemua NKRA kerajaan yang berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini. Malah setiap baris ayat yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam, adalah merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah mengotakan segala janji kepada rakyat.

Ia selari dengan tema kerajaan 'Janji Ditepati' sekaligus menepati slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Berbeza dengan pembangkang melalui 'Manifesto bukan Janji' yang hanya mampu memberikan impian ‘bulan dan bintang’ namun apabila sampai masanya memungkiri janji tersebut ibarat melepaskan batu ditangga.
Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 semalam membuktikan transformasi dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah berjaya menunjukkan keberhasilan. Semua maklumat dikaji, dikumpul dan kemudiannya dibentangkan kepada seluruh rakyat bagi menunjukan ketelusan kerajaan dalam memberikan fakta yang benar dan sahih.

Lebih menarik lagi ialah, ketika pakatan pembangkang yang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang dikatakan terlalu  boros berbelanja semata-mata untuk meraih undi pendapatan negara (GNI) masih berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 49% sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun ekonomi dunia berada dalam kegawatan, namun pertumbuhan negara sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012.

Tambah membanggakan, kadar kemiskinan negara juga menunjukan indeks penurunan dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Malam kadar inflasi negara juga turut kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013.

Bukan setakat itu sahaja, sepanjang menerajui pentadbiran negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 438,000 peluang pekerjaan dari 2011-2012. Malah seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.

Walaupun pakatan pembangkan sering mengatakan, kononnya kerajaan BN/UMNO rasuah, tidak selamat dan sebagainya, namun mengikut indeks kadar jenayah yang dikeluarkan telah menunjukkan kadar penurunan sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. Malah Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International juga menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 dengan seramai 1,172 pesalah rasuah telah disiarkan dalam laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Secara keseluruhan pembangkang hanya mampu melemparkan pelbagai dakwaan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, namun hakikat sebenarnya semuanya langsung tidak mempunyai asas.

Dengan data-data yang dibentangkan semalam turut membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas ingin menawarkan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Sandiwara Tian Chua Memakan Diri


Jenuh berpencak silat nampaknya pembangkang cuba menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa parti pembangkang tidak sensitif dan tidak patriotik.

Entah kenapa susah benar bagi pembangkang untuk mengaku bahawa Tian Chua telah keterlaluan, tersalah langkah dan celupar. Sedangkan lebih mudah untuk mereka menempelak Tian Chua dan memohon maaf dari rakyat dan keluarga wira-wira yang terkorban, bagi pihak parti mereka. Tentu dengan cara ini, rakyat akan lebih menghormati mereka sekali gus menyukarkan BN untuk mencari kelemahan mereka.

Tindakan pembangkang untuk membela Tian Chua membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya berkongsi sikap yang sama dengan Tian Chua iaitu tidak sensitif dan tidak patriotik. Bagi pembangkang, nyawa manusia tiada harga dan kedaulatan negara adalah perkara remeh.

Justeru, tidak guna mereka menuding jari keliling, sedangkan kata-kata Tian Chua yang biadap itu disiarkan oleh media rasmi mereka sendiri iaitu Keadilandaily. Jika Tian Chua ingin membela diri, beliau harus terlebih dahulu mendakwa laporan media itu yang disiarkan pada 1 Mac 2013 mengenai kenyataannya, sebagai tidak benar sama sekali. Lebih elok jika beliau menyaman sahaja Keadilandaily. Tetapi Tian Chua enggan, sekali gus menunjukkan yang beliau teguh mempertahankan kenyataannya.

Antara petikan kenyataan Tian Chua yang membawa kepada pendakwaan menghina pasukan keselamatan ialah:   

“pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.” dan
“Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.” serta
“Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat”
Sebaliknya, pembangkang memilih untuk menangani isu ini dengan menuduh kononnya pendakwaan terhadap Tian Chua adalah usaha UMNO untuk mengalihkan isu Sabah. Sedangkan sebelum itu, Tian Chua juga menuduh yang UMNO cuba menutup apa yang berlaku di Sabah. Untuk itu, kita merasakan bahawa tidak perlulah UMNO membela diri dalam hal ini tetapi biarlah pembangkang dan Tian Chua sahaja yang terkinja-kinja meroyan mengatur langkah sumbang dan lintang pukang. Ini kerana, rakyat sedia maklum bahawa media-media rasmi kerajaan memberi tumpuan penuh dan liputan berterusan dan besar-besaran mengenai keadaan di Sabah. Jika benar tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba mengalih isu, tentulah kita tidak akan dapat membaca dan mendengar perkembangan di sana melalui media kerajaan. Malah, rakyat juga sedia maklum bahawa pembangkang juga yang paling teruja dan seronok sekali apabila Sabah diceroboh. Bagaikan pasukan sorak, pembangkang mendesak kerajaan agar mengeluarkan arahan bunuh sahaja sambil mengutuk tindakan diplomasi sebagai lembab. Tetapi, apabila media asing menghebahkan pembabitan pembangkang dalam insiden tersebut tiba-tiba saja sorakan mereka menjadi pudar. Malah, apabila ada pasukan keselamatan kita yang terbunuh, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara kerajaan pula. Kononnya untuk menutup isu kad pengenalan. Nyatalah bahawa hanya orang yang benar-benar taksub dan buta tuli sahaja yang tidak mampu melihat segala kecelaruan pembangkang. Hakikatnya, pencerobohan Lahad Datu telah mengganggu fokus kerajaan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, selain membantutkan Barisan Nasional untuk menggerakkan kerja-kerja awal bagi menghadapi Pilihanraya. Pendekata, ia tidak memberi keuntungan atau kelebihan dari segi apa jua kepada pihak kerajaan atau BN dan kerana itulah pembangkang merupakan yang paling seronok, teruja, gembira dan seolah-olah meraikan pula pencerobohan tersebut pada mulanya. Namun, siapa sangka apa yang pembangkang rancangkan untuk memberi imbuhan kepada mereka, kini memakan diri. Malah, menjadi semakin parah akibat keceluparan Tian Chua menayangkan sikap tidak berhati perut mereka secara terbuka. Sebenarnya, kita tidak perlu berfikir jauh untuk mencari logik dalam kejadian ini. Fikirlah sendiri, yang manakah yang lebih masuk akal antara dua senario ini:
1. Pihak yang sedang berkuasa dengan momentum sokongan yang semakin memberangsangkan mengarahkan sandiwara berdarah yang mampu membuka ruang untuk dikritik,
ATAU
2. Pihak yang tergila-gilakan kuasa yang semakin kehilangan sokongan mengarahkan sandiwara berdarah dengan harapan untuk melemahkan kerajaan atau mungkin menjatuhkan terus kerajaan tanpa perlu melalui pilihanraya?
Malah, kita juga boleh menyaksikan sendiri bagaimana pihak yang tergila-gilakan kuasa itu langsung tidak sensitif dan langsung tidak punya semangat patriotik. Tetapi, jika ini belum cukup kuat untuk membuktikan pendalangan pembangkang dan pengkhianatan Tian Chua, maka kenyataan Majlis Peguam, iaitu antara rangkaian penyamaran pembangkang, yang ingin membela pengganas Sulu, wajar dijadikan noktah terhadap sokongan kepada pembangkang.

Ahad, 24 Mac 2013

Bela Pengganas: Majlis Peguam Buat Kerja Gila


Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.

Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit telah mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.

Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.

Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.

Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.

Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas.

Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia. 

Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu?

Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan.

Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.

Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling.

Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban.

Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.

Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka, cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya sahaja.

#ManifestoBukanJanji, PR Tabur Umpan Baru Buat Ibu Tunggal


Walaupun gagal untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat ketika kempen pilihanraya yang lalu, pakatan pembangkang kembali untuk menaburkan janji-janji baru bagi membodohkan rakyat khususnya di Selangor. Terbaru kerajaan pakatan di Selangor kembali menaburkan umpan lama dengan BERJANJI untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal sekiranya terus dipilih menerajui kepimpinan negeri.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat baru-baru ini, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Walaupun secara zahirnya tawaran BARU yang diberikan itu sungguh manis, namun sekiranya diteliti semula semua janji-janji yang pernah diberikan ketika kempen pilihanraya 2008, nyata semua yang dikatakan itu adalah dusta dan pembohongan semata-mata.

Lebih mengecewakan, Rodziah sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu saman yang dikemukan oleh ibu-ibu tunggal Selangor mengatakan kumpulan tersebut hanya berlakon. 

Ketika mengulas lanjut, dia turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan mereka sebagai hipokrit dan bermuka-muka kerana ingin memancing simpati untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Pada 22 November tahun lalu, Persatuan Ibu Tunggal Selangor, telah mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto ‘Barisan Alternatif’ 2008. Persatuan yang mewakili 2,020 ibu tunggal selaku plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua.

Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa, defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk mereka untuk memberi elaun elaun sebanyak RM100 sebulan kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. Namun apabila pakatan membentuk kerajaan negeri di Selangor, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji.

Manakala pada 12 Disember lalu, seramai 3,011 ibu tunggal, turut memfailkan tuntutan sama terhadap kerajaan negeri dan Abdul Khalid dengan menuntut tunggakan elaun ibu tunggal kira-kira RM16.26 juta.

Kerajaan negeri sebelum ini juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukan itu dengan alasan ‘MANIFESTO PAKATAN BUKAN JANJI’ namun telah ditolak oleh mahkamah.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam ketika membuat keputusan mengatakan sama ada janji atau manifesto, ia boleh dikuat kuasa sebagai satu kontrak dan mahkamah berpendapat isu tersebut melibatkan keperluan keterangan dan tafsiran undang-undang.

Mahkamah turut memutuskan janji-janji tersebut masih wujud dan berterusan untuk diterjemahkan sebagai polisi oleh pihak terpilih berdasarkan janji-janji tersebut yang mendorong dan memberikan keyakinan serta kepercayaan kepada pengundinya bagi bertindak ke atasnya.