Nuffnang

Isnin, 10 Jun 2013

Forum Perdana Ehwal Islam Diraja

Disiarkan semula rakaman Forum Perdana Ehwal Islam Diraja yang disiarkan secara langsung di TV1 pada 6 Jun 2013. Rakaman ini dilakukan bersempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Isra' Mikraj.

Forum bertajuk 'Mendaulatkan Institusi DiRaja' dipengerusikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin. Manakala Ahli Panelnya terdiri daripada Ustaz Mohd Kazim Elias, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Forum perdana ini dilangsungkan di Dewan Santapan Istana Negara Jalan Duta Kuala Lumpur.

Ayuh tonton dengan minda terbuka dan semoga kita mendapat manfaat daripadanya.