Nuffnang

Jumaat, 27 Februari 2015

"Mahfuz" Kencing Wartawan Lagi?

HAMPIR 50 petugas media yang sejak pagi tadi berhimpun di ibu pejabat Parti Islam Semalaysia (PAS) berasa ‘tertipu’ selepas sidang media yang dikhabarkan bakal berlangsung di sini, didakwa sebagai palsu.

Menurut salah seorang pekerja yang ditemui di bangunan pejabat PAS, Saripuddin Mohd Yatim, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tidak memanggil mana-mana media untuk menghadiri sidang media, hari ini.

Menurutnya lagi, mesej daripada aplikasi Whatsapp itu adalah palsu dan khabar angin semata-mata.

Sidang media yang dijadualkan jam 11 pagi ini dikatakan bakal membawa ibu tertuduh kes pembunuhan Altantuya Sharibuu iaitu Sirul Azhar untuk menjawab segala persoalan berhubung isu anaknya yang kini ditahan di Australia.

Baca selanjutnya di sini

Isnin, 23 Februari 2015

Sirul Kencing Mahfuz?

Sidang media di Pejabat PAS Jalan Raja Laut yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi telah dibatalkan.

Pembatalan sidang media tersebut kerana Sirul Azhar gagal dihubungi bagi mengadakan 'tele-conferencing'-conferencing'' berkaitan kes Altantuya Shaaribuu.

Dato' Mahfuz menyatakan bahawa pada awalnya Sirul telah memberikan persetujuan bagi mengadakan 'tele-conferencing'' pada jam 11.44 pagi.

Namun begitu, setelah mencuba lebih 10 kali, Sirul tetap gagal dihubungi. Dato' Mahfuz terus menamatkan sidang media pada jam 12 tengahari.

Menjadi persoalan dikalangan petugas media yang membuat liputan, adakah Sirul Azhar telah 'kencing'' Mahfuz, atau Mahfuz pula telah 'kencing' petugas media.