Nuffnang

Ahad, 10 Februari 2013

Sumpah Baiah Punca Nasharudin Tidak Keluar Pas


Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan Pas pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen Pas Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama Pas yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO. 

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya Pas menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden Pas itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am Pas itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam Pas masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden Pas itu terus kekal dalam Pas. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam Pas sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat Pas wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari Pas, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.

Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat Pas kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin Pas sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan Pas hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi Pas selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah Pas sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama Pas dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UG?

Benar kata2 UMNO dan Nasha?


kisah silang PAS diperkudakan oleh UMNO ......


The Barisan Nasional (BN), which replaced the Alliance, was formally registered in 1974. However, Umno’s promise of non-interference in Kelantan was not observed for long.


Participation in the BN coalition appeared to benefit PAS leaders more at the federal than at the state level as Umno-PAS rivalries intensified in Kelantan, leading eventually to PAS’s decision to remove the incumbent Mentri Besar Mohamed Nasir for defying party instructions in 1977.

Tanpa Nama berkata...

exPM husien onn kata sebab2 PAS tak leh bersatu dgn UBN:

"Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional."