Nuffnang

Isnin, 29 April 2013

Video #PRU-13 : Tun Dr Mahathir Di Putrajaya

27 April lalu, Putrajaya dilanda Gelombang Biru dengan kehadiran seorang pemimpin ulung yang pernah memerintah negara selama 22 tahun.

Kehadiran Tun Dr Mahathir ke tapak ceramah sempena Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) di Precint 9, Putrajaya disambut meriah oleh ribuan hadirin yang majoritinya adalah penduduk tempatan.

Kepada yang belum berkesempatan untuk menonton ceramah oleh Tun, PP pautkan videonya di bawah.



Sabtu, 27 April 2013

Siaran Langsung Ucapan Tun Dr Mahathir.



Saya percaya ramai yang sedia maklum ketika ini Tun Dr Mahathir berada di Putrajaya dalam siri kempen Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13).

Namun begitu bukan semua yang berpeluang ke Putrajaya.

Saya sediakan pautan untuk menonton siaran langsung ucapan Tun.

Selamat menonton di Sini

Jumaat, 26 April 2013

Video #PRU13 : Pesanan Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib & Teluk Datuk



Telah 2 video saya siarkan untuk tatapan bersama. Video pertama adalah Kapt (B) Sharuddin Omar, calon Ahli Parlimen Kuala Langat. Manakala video kedua adalah Cikgu Zurihan Yusop, calon Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang.

Kali ini saya siarkan pula video pesanan dari Haji Hasiman Sidom, calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib dan Tan Cheng Kai, calon ADUN Teluk Datuk.

Ayuh kita tonton dengan minda terbuka.






Rabu, 24 April 2013

Video #PRU13 : Pesanan Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang

Semalam telah saya muat-naik rakaman video pesanan Calon Ahli Parlimen P112 Kuala Langat.

Hari ini pula saya siarkan kepada anda rakaman video dari Calon N51 Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Cikgu Zurihan Yusop.

Cikgu Zurihan sebelum ini bertugas sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya Kuala Langat, telah mengambil pencen awal bagi membolehkan beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) ini.

Beliau juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat sejak 2 penggal lalu bermula tahun 2004 hingga kini.

Di PRU-13 ini Cikgu Zurihan akan menentang penyandang kerusi DUN Sijangkang yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.



Sudah Ada Yang Bermain Dengan Api

Foto : Khairul Azran Hussein
Kena Bom Lagi!!!

Ternyata perang Pilihanraya Umum Ke-13 telah bermula. Pada jam 10.00 malam tadi lokasi ceramah di Nibong Tebal Pulau Pinang dilempar bom sehingga mengakibatkan seorang mengalami kecederaan.

Awal pagi ini pula, Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN), Parit 9, Sungai Leman di Sekinchan dilempar bom api pada jam 4.00 pagi.

Berikut adalah laopran dari Utusan Online.


SUNGAI BESAR 24 April - Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman di sini nyaris hangus dijilat api setelah dilempar bom petrol dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk kampung yang kemudiannya bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP) setelah melihat api mula menyambar kain rentang BN.
Pengerusi JKKKP Parit 9, Sungai Leman, Zulkefli Hassan berkata, kebakaran itu berjaya dipadam oleh para petugas parti sekali gus dapat menyelamatkan bilik gerakan itu daripada hangus.
Premis tersebut merupakan sebuah balai raya yang berusia lebih 30 tahun itu.
Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekinchan awal pagi ini.


PP : Jangan suka bermain api, kelak membakar diri. Api : kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.


Selasa, 23 April 2013

Pesanan Calon Ahli Parlimen Kuala Langat

Seperti yang kita sedia maklum, gendang Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) telah mula dipalu sejak seminggu yang lalu bermula dengan pembubaran Parlimen, dan penamaan calon.

Parti-parti bertanding sudah mula berkempen bagi memenangkan calon. Tidak terkecuali Barisan Nasional yang menampilkan 3 muka baru di Kuala Langat.

Sebagai membuka minda pengundi di Kuala Langat, kita tonton wawancara bersama Calon Ahli Parlimen P112 Kuala Langat, Kapten (B) Sharuddin Omar.



Jumaat, 19 April 2013

PapaGomo Tarik Diri Bertanding Di Permatang Pauh

Ternyata kepentingan parti melebihi kepentingan individu.

Bertitik tolak dari kenyataan ini PapaGomo mengesahkan telah menarik diri dari pencalonan di P044 Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Dr Mazlan yang mewakili Barisan Nasional.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh hanya bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Anwar Ibrahim dengan Dr Mazlan.

Kenyataan penuh PapaGomo sila Klik Sini

Penjenamaan BN di media sosial lebih berkesan daripada PR

Lebih 2.9 juta pengundi baharu atau sekitar 22 peratus daripada 13.3 juta pengundi berdaftar di negara ini mempunyai peranan yang besar untuk menentukan landskap politik negara pada pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berkata, pengundi-pengundi baharu tersebut boleh menjadi petunjuk awal untuk pembentukan kerajaan selepas ini. Malah kebanyakan pengundi baharu itu merupakan pengundi muda dan mereka amat dekat dengan media sosial seperti twitter, blog, dan facebook.

Atas faktor itu, Barisan Nasional (BN) telah melangkah ke hadapan dengan mengubah trend kempen selari dengan kehendak semasa. Malah penjenamaan BN di media sosial dilihat lebih berjaya berbanding Pakatan Rakyat (PR) kerana BN dilihat lebih teratur mempunyai langkah penjenamaan yang khusus.

Pemerhati politik Profesor Madya Dr James Gomez dari School of International Studies, UUM mendapati penjenamaan BN & PM Najib Razak di media sosial lebih ketara jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang sehingga kini tidak ada apa-apa penjenamaan yang khusus.

Dominasi BN di alam maya kali ini lebih ketara jika di banding dengan PRU12 dan ini mampu membawa kesan positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan BN. Pemimpin-pemimpin BN lebih menerajui jumlah followers & likes sama ada di Facebook mahupun Twitter.

Beliau berkata PR ketinggalan sebanyak dua minggu untuk mengatasi BN memandangkan kempen akan bermula dalam tempoh tersebut bagi negara menghadapi PRU 13.

BN jelasnya kini sangat berbeza kerana sehingga April 2013, BN mempunyai imej yang sangat kukuh di media sosial dengan pengikut "like" di Facebook berjumlah 1,580,00, sedangkan Nik Aziz sekadar 889,000; Anwar Ibrahim 480,000 dan Lim Kit Siang hanya 120, 000. Gabungan ketiga-tiga mereka masih lagi jauh ketinggalan sebanyak 80,000 "likes" di belakang Najib.

Bagi laman Twitter pula, jumlah pengikut adalah; BN 24,000, PKR 27,000; DAP 27,000 PAS 1200 and PR 1,900.

Pengikut peribadi Najib pula 1,460,000 dan Pakatan Anwar Ibrahim 267,000, Nik Aziz 94,000 dan Lim Kit Siang 89,000. Gabungan ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu juga gagal menyaingi Najib.

PR pula jelasnya gagal memaparkan penjenamaan gabungan berkenaan melalui ikon antara pemimpin mereka.

Beliau turut menjelaskan, walaupun sokongan di Facebook tidak boleh dijadikan kayu pengukur, ia adalah nilai penjenamaan yang perlu diambil kira memandangkan PRU 2008 menunjukkan media sosial memainkan peranan penting.

Khamis, 18 April 2013

Anwar Ibrahim Sakit Perut

Kesetiaan rakyat Kuala Langat menanti kehadiran Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Demi Rakyat di padang awam Telok Panglima Garang, Kuala Langat malam ini telah diperlekehkan.

Sebahagian rakyat yang setia menanti sejak jam 8.30 malam kempunan setelah Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR memaklumkan Anwar tidak dapat hadir kerana ada tugas lain yang lebih penting.

Dari risikan yang dijalankan, Anwar sebenarnya tidak berpuas hati dengan kehadiran penonton. Hanya kira-kira 1,000 orang sahaja yang memenuhi padang yang mampu memuatkan seramai 10,000 orang.

Ceramah yang dianjurkan oleh PKR Cabang Kuala Langat, hanya menampilkan Hasnul Baharuddin, calon ADUN Morib, Dr Ahmad Yunus Hairi, Calon Adun Sijangkang, dan Abdullah Sani calon Ahli Parlimen Kuala Langat, selain Zuraida sendiri.

Sementara itu, ketika Abdullah Sani menyampaikan ceramahnya sekumpulan penyokong PKR telah menyatakan protes atas pencalonannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat buat penggal kedua. Abdullah pula dalam reaksinya menghalau mereka yang mengganggu ceramahnya.

Rabu, 10 April 2013

#PRU13 : Penamaan Calon 20 April 2013, Mengundi 5 Mei 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRU13 ialah pada 20 April 2013. Manakala tarikh mengundi adalah dua minggu dari tarikh penamaan calon. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 5 May 2013.

Rakyat Malaysia diseru agar menggunakan hak masing-masing dengan betul. Ini kerana sebarang kesilapan memilih parti-parti politik menyebabkan rakyat perlu menunggu 5 tahun lagi untuk membetulkan kesilapan.

Rakyat juga perlu berfikir dengan bijak dalam berdepan dengan isu-isu semasa yang dicanang dalam media sama ada media elektronik, cetak atau media sosial.

Jangan menggadaikan masa depan negara dan keluarga dan ada sikap 'try and error' dalam membuat keputusan. Pilihan anda akan menentukan sama ada negara akan terus maju atau mundur setapak kebelakang.

Dipetik dari sini

Isnin, 8 April 2013

#ManifestoBN Adalah Akujanji Bukannya Janji Palsu


Pelancaran Manifesto BN, 'Menepati Janji Membawa Harapan' di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 sesungguhnya amat meriah apabila ia tidak hanya dihadiri ahlinya tetapi turut berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga hadirin melimpah ke luar stadium.

Suasana sekitar perkarangan dan di luar stadium agak sesak di mana jumlah hadirin lebih besar berbanding mereka yang berpeluang masuk ke dalam stadium. Mujurlah ada beberapa skrin besar yang disediakan penganjur membolehkan khalayak di luar mengikuti perkembangannya, jika tidak tentu ramai yang merungut dan kecewa dibuatnya.

Manifesto BN yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak itu antaranya menggariskan 150 komitmen termasuk 17 perkara utama meliputi pelbagai bidang ekonomi, agama, pendidikan, kemasyarakatan, keselamatan dan pelbagai lagi keutamaan demi rakyat dan negara.

Ia boleh disifatkan sebagai yang terbaik di antara yang terbaik, satu komitmen yang realistik dan berpijak di bumi nyata.
 
Bagaimana pun, sambutan luar biasa dan cukup hangat ini agak di luar jangkaan pihak penganjur, tapi di masa yang sama agak menguja dan menyemarakkan semangat kerana ia adalah satu petanda yang menggambarkan keyakinan umum kepada BN.

Senario ini berlaku tentu sekali berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan kuat rakyat kepada prestasi BN yang sudah terbukti sedari dulu lagi sentiasa berusaha menepati janji dan sudah terserlah jasa bakti serta kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara.

Ini jauh berbeza dengan pelancaran manifesto PR di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 25 Februari 2013 yang lalu di mana anggaran kehadiran hanya sekitar 1,000 orang sahaja, menunjukkan kurangnya kepercayaan penyokong PR dan orang ramai terhadap manifesto PR.

Mana nak ada sambutan hangat dari rakyat bila mana pada pandangan PR, manifesto bukannya satu perjanjian sebaliknya sekadar janji kosong dan umpan politik yang ditaburi kemudian dimungkiri. Sebab itu bila sebut saja istilah 'Janji Dicapati' ramai yang akan terbayang wajah-wajah munafik pemimpin PR.

Sebaliknya Manifesto BN jelas sekali menarik perhatian rakyat kerana bak kata PM, ia adalah satu dokumen akujanji BN kepada rakyat, maknanya ia satu perkara yang serius yang mesti ditunaikan.

Ia manifestasi kesungguhan pemimpin BN yang pasti akan dilaksanakan dan bukannya janji palsu atau dilakukan secara semberono tanpa kajian teliti. Setiap yang diungkapkan oleh PM dan dinukilkan dalam Manifesto BN ia adalah akujanji yang realistik yang akan ditepati.

Justeru itu, memanglah wajar pada PRU13 yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi, rakyat Malaysia membulatkan tekad untuk memastikan BN terus kekal menguasai Kerajaan Pusat dan kembali mengurus tadbir beberapa Kerajaan Negeri yang sebelum ini jatuh ke tangan munafik PR.

Terkini! Papa Gomo Akan Lawan Anwar Ibrahim Di PRU13

Wan Mohd Azri yang didakwa sebagai pemilik akaun blog PapaGom.com akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU-13) tidak lama lagi. Beliau akan menentang di mana sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Kenyataan media Wan Mohd Azri dibacakan oleh Mohd Rafi Awang Kecik, Presiden Nadi Rakyat Malaysia, yang juga Wakil Calon.

Berikut Kenyataan Media Wan Mohd Azri

"Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir  lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Matlamat saya untuk pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik."

PKR Indera Mahkota Lumpuh, 300 Ahli Keluar Parti


Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang pada
ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari.

Sejak bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli - ahli PKR sewaktu pengumuman yang
dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini timbul pula masalah lain.

Jika sebelum ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kepimpinan Datuk Fauzi ditolak
kepimpinan Negeri apabila Azan Ismail meletakkan jawatan.

Kemudiannya, beberapa ahli PKR Paya Besar turut mengikut jejak langkah Azan dan
bertindak secara drastik untuk keluar dari parti tersebut.

Jelas, kepimpinan Datuk Fauzi bukan baru ini menjadi bahan pertikaian tetapi sejak awal
beliau melangkahkan kaki keluar dari UMNO lagi.

Ramai yang mempersoalkan, dimana kredibiliti Datuk fauzi sebagai seorang pemimpin?
Beliau bukan seorang Ketua Cabang. Bagaimana beliau boleh jadi Pengerusi Negeri?

Sewajarnya, sebagai seorang Ketua Umum, perkara sedemikian akan berada dalam
pertimbangan Datuk Seri Anwar. Namun malangnya, perkara tersebut tidak berlaku.

Suara ahli PKR diperingkat akar umbi seolah - olah telah dipinggirkan begitu sahaja. Malah,
sehingga ke hari ini, nama Datuk Fauzi masih disebut - sebut oleh Anwar.

Tidakkah itu bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lansung mendengar gerak nadi
orang bawahannya sendiri? Bagaimana mungkin beliau dapat memimpin Negara kelak?

Mungkin jelak dengan cara kepimpinan sedemikian membuatkan 300 orang ahli PKR
termasuk Timbalan Ketua Cabang bertindak keluar parti malam semalam.

Tindakan itu dilakukan sewaktu jamuan makan malam sempena Majlis Jalinan Kasih Kelab
Pembangunan India Kuantan Pahang bersama YAB Menteri Besar semalam.

Dalam Majlis tersebut, mereka juga turut membaca ikrar taat setia dan akan menyokong
Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi mereka, hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memperjuangkan hak serta
menjaga Kebajikan rakyat terutamanya kaum India diseluruh Negara.

Selain itu, mereka juga turut menempelak kepimpinan PKR yang jelas bukan sahaja tidak
mengendahkan mereka, malah turut tidak mengambil berat terhadap kaum tersebut.

Persoalannya sekarang, jika ahli sendiri pun PKR buat tak layan, apatah lagi dengan
kita orang biasa? Memang jelas perjuangan PKR bukan untuk memperjuangkan rakyat.
Sebaliknya untuk kepentingan diri mereka semata - mata!!!

BR1M Akan Dinaikkan Sehingga RM1,200


Pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai kesediaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM1,200 untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sesungguhnya paling menarik perhatian ramai.

Ia satu berita gembira di luar jangkaan yang amat dialu-alukan, selain itu orang muda yang belum berumah tangga juga mendapat manfaatnya apabila insentif BR1M untuk golongan bujang turut dinaikkan dari RM250 kepada RM600, membuktikan betapa prihatinnya Kerajaan BN.

Di lihat dari respons hadirin yang berada di dalam dan luar Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 semasa pelancaran Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" itu, ternyata rakyat agak teruja dengan pengumuman tersebut.

Suasana sebegini jika dilihat oleh pemimpin PR tentu sekali mengundang gundah dalam hati, sementelah lagi sejak BR1M diperkenalkan pada 2011 diikuti dengan BR1M 2.0 pada 2012, sudah acap kali PR cuba mempersendakan insentif tersebut.

Pemimpin PR pernah menganggap penerima bantuan BR1M ibarat anak ayam dan lembu yang diumpankan dengan makanan, malah lebih teruk dari itu rakyat yang mendapat manfaat BR1M disamakan seperti penagih candu. Demikian hinanya martabat rakyat di mata pemimpin PR.

Mungkin dari aspek politik, PR merasakan penghinaan sebegini perlu untuk mengurangkan rasa terima kasih rakyat kepada BN, tapi hakikatnya kritikan yang tidak bertamadun sedemikian hanya mengundang amarah khalayak kepada PR.

Insentif BR1M bernilai RM1,200 dan RM600 ini mungkin dilihat kecil amaunnya oleh sesetengah pihak khususnya dari kalangan pemimpin dan penyokong PR, namun bagi rakyat yang menerimanya ia adalah satu pemberian penuh bermakna yang amat bermanfaat untuk mereka.

Sebab itu ramai hadirin yang mengikuti majlis pelancaran Manifesto BN itu secara spontan menadah tangan tanda kesyukuran malah ramai juga yang melonjak kegembiraan melaungkan ucapan terima kasih kepada PM sambil menyatakan sokongan padu kepada BN.

Senario ini tidak wujud semasa pelancaran manifesto PR pada 25 Februari 2013 yang lalu di SACC Shah Alam yang serba suram dan hambar, kerana janji yang ditaburi lebih banyak menimbulkan keraguan dan kesangsian ramai.

Berbeza sekali suasananya semasa pelancaran Manifesto BN yang mendapat sambutan hangat dan dihadiri puluhan ribu ahli, penyokong BN serta rakyat jelata yang setia hingga akhir majlis. Ini pun sudah cukup untuk menggambarkan tahap keyakinan umum yang tinggi kepada BN berbanding PR.

Rakyat tahu kenaikan insentif BR1M seperti dinukilkan dalam Manifesto BN itu merupakan satu akujanji yang ikhlas, realistik dan sudah pasti akan ditunaikan kerana terbukti sedari dulu lagi Kerajaan BN sememangnya menepati janji.

Ahad, 7 April 2013

17 Janji Terbaik Dalam #ManifestoBN


Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam. Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan. Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan. Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong. Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu. Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan. Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.

Antara janji-janji BN ialah: 

1.    Menangani Kos Sara Hidup

2.    Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.    Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.    Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.    Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.    Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.    Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.    Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.    Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi

Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M. Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini.

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti. Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti. Kita pasti dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji.

Gambar Sekitar Pelancaran #ManifestoBN

Kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang bersama-sama di Stadium Putra Bukit Jalil, PP paparkan gambar sekitar pelancaran ManifestoBN oleh Dato' Sri Najib Tun Razak.


















#ManifestoBN! 150 Akujanji Untuk Rakyat

Sebentar tadi di Stadium Putra Bukit Jalil, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak membentangkan Manifesto Barisan Nasional yang lebih bersifat sebuah “Akujanji” bertemakan “Rakyat Didahulukan”.

Pengerusi Barisan Nasional, Mohd Najib Tun Razak mengetuai 14 parti komponen membentangkan Manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke 13.

Najib menegaskan manifesto ini adalah akujanji Barisan Nasional untuk dilaksanakan dalam lima tahun akan datang.

Barisan Nasional berjanji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13. 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Menurut Najib, beliau lebih selesa memanggil manifesto ini sebagai “akujanji” kerana pembangkang mengamalkan “Manifesto Bukan Janji” sedangkan Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan “Janji Ditepati”.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia dan ianya merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Berikut antara ciri-ciri utama yang terkandung didalam “Akujanji Rakyat Didahulukan”;

1. Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

2. BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

3. Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

4. Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

5. Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

6. 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

7. Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

8. Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

9. Membina Lebuh raya Pan Borneo.

10. Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

11. Sekolah satu sesi diperluaskan.

12. Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

13. Transformasi sekolah vokasional.

14. 4,000 anggota Polis setiap tahun.

15. Penggunaan SafeCam.

16. Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.


Akujanji Rakyat Didahulukan yang penuh : Klik Sini

Sabtu, 6 April 2013

Pelancaran Manifesto BN #PRU13 Di Bukit Jalil - Himpunan Janji 1Malaysia


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini.

Malah ketika mengulas sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.

"Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, In Syaa Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

"Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan  masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional," katanya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Berbanding pakatan pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.

“Ini berbeza  dengan kerajaan pakatan pembangkang, walaupun mereka juga mempunyai manifesto namun manifesto mereka hanya sebuah janji populis, janji bulan dan bintang tetapi apabila tiba masa rakyat menuntut janji-janji tersebut maka mereka mengatakan manifesto bukan janji,” menurut salah seorang rakyat Selangor sebelum ini.

Manakala Februari lalu, pakatan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim telah mengumumkan manifesto pilihan raya mereka. 

Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan. BN memberi ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.

Maka semua masyarakat tanpa mengira kaum di jemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan.

Selain itu, manifesto BN kali ini dikatakan akan bersesuaian dengan slogan yang diangkat selama ini oleh parti itu.

"Kita hendak manifesto kita dihayati, difahami dan dihayati oleh rakyat sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan BN, sebab kita sudah buktikan dalam empat tahun ini apabila kita janji, kita sudah tunjukkan komitmen kita.

"Saya percaya manifesto kita itu nanti adalah lambang janji baru kita kepada rakyat," katanya.

Jumaat, 5 April 2013

Ahli Keluar, SWP Bakal Terbubar


Tindakan lebih 360 orang ahli mengikuti jejak langkah Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Tonny Muari yang bertindak keluar parti bakal mengkuburkan parti itu tidak lama lagi.

Parti yang mendakwa 'mesra BN' itu semakin tenat dengan perkembangan terbaru sekaligus bakal meranapkan impian SWP untuk bertanding di enam kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sejak penubuhannya, SWP sudah kelihatan terdesak dalam usahanya mahu diterima rakyat di negeri itu di mana ianya dapat dilihat menerusi tindakan mereka menggunakan nama PM dan Ketua Menteri Sarawak dalam semua majlis mereka.

Tindakan mereka itu telah dibidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, SWP tidak boleh mendakwa mereka parti mesra BN, apa lagi ia secara terbuka mengumumkan akan meletakkan calon menentang BN di kawasan PRS.

Malah Pengerusi Barisan Nasional itu turut meminta supaya rakyat Sarawak hanya memberi sokongan kepada calon BN dan bukan mana-mana calon yang mendakwa 'mesra BN' tapi bertanding menentang calon BN.

Tambah menarik Penasihat SWP, Datuk Sng Chee Hua yang juga merupakan salah seorang hartawan di Sarawak, pernah dikatakan sebagai individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun dakwaan tersebut segera dinafikan olehnya.

Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.

Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak.

SWP yang diterajui bekas ADUN Pelagus selama dua penggal dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien, dilihat semakin tertekan dengan perkembangan mutakhir ini.

Larry Sng telah dipecat daripada PRS pada 2007 berhubung pertikaian kepimpinan dengan Presiden Tan Sri Dr. James Jemut Masing.

SWP bukan sahaja membuat 'masalah' dengan BN tapi juga dengan parti pembangkang yang lain. Mengambil contoh senario di parlimen Sri Aman, SWP cuba meletakkan calon di mana kerusi tersebut turut diintai oleh DAP dan PKR.

Jika parti tempatan SWP yang merupakan parti tempatan juga akan berkubur, apatah lagi dengan parti pembangkang semenanjung yang cuba bertapak di Sarawak.

Rasional Disebalik ‘#Manifesto Bukan Janji’ Pakatan Tentang Penurunan Harga Kereta


Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata. Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.

Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.

Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai, namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.

Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk syarikat pengeluar, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna.

Adalah penting untuk mengimbangi semua ini, kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia. Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.

Kesannya ialah ekonomi kita, kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis.

Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion. Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.

Menurut pakar ekonomi, apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai, kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara. Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan.

Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang. Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien, selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik.

Selain mengelakkan kesesakan jalan raya, kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar. Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan. Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.


23 Tahun Di Tadbir Pas, Kelantan Terjerumus Ke Lembah Maksiat


Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.

Malah slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini.

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.

Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus.

Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).

Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Oleh yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.

Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.

Maka sudah tiba masanya untuk BN/UMNO mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.

Kesimpulannya, kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang dijanjikan 17 Tahun yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’

Sekadar ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan?

Khamis, 4 April 2013

Pulau Pinang Semakin Menjunam Di Bawah Lim Guan Eng & DAP


Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosio-ekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinag pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh. Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang Guna Taktik Heret SPR Ke Mahkamah Pula


Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), pembangkang menggunakan taktik untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), institusi yang mengurus serta mengendalikan proses pilihan raya di negara ini sejak era Merdeka.

Pembangkang menyerang SPR habis-habisan kerana mereka tahu jika institusi ini tidak ditewaskan maka harapan untuk ke Putrajaya tidak akan tercapai sama sekali.

Sejak PRU 2008, pembangkang menimbulkan banyak isu yang mempertikaikan kewibawaan SPR serta menuduh badan itu sebagai alat perkakas UMNO untuk terus memegang tampuk berkuasa di negara ini.

Hujah mereka adakah lemah dan penuh dengan kontradiksi.

Di satu pihak pembangkang mengkritik dan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas kepada SPR tetapi pada masa yang sama apabila keputusan mana-mana pilihan raya memihak serta dan memberi kemenangan kepada calon pembangkang, tidak pula kedengaran sepatah bangkangan pun dari pemimpin mereka.

Tidak pula pembangkang membantah keputusan PRU 2008 yang memberi mereka kemenangan di empat buah buah negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta mengekalkan kuasa di Kelantan.

Malah Pas sudah memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1990 tetapi tidak pula pembangkang mempertikaikan keputusan yang memenangkan parti itu.

Sejak Mac 2008, SPR mengendalikan sebanyak 16 pilihan raya kecil di seluruh negera samada disebabkan kematian atau perletakan jawatan wakil rakyat di kawasan terbabit.

Separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan semula dimenangi oleh parti-parti daripada Pakatan Rakyat manakala bakinya oleh BN.

Jika benar SPR sebuah badan yang menjadi 'cawangan' atau 'parti komponen' kepada BN sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut wajib dimenangi oleh BN sahaja tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Ini menunjukkan SPR berlaku adil dan melaksanakan pilihan raya secara telus dan professional sebagai mana yang diamanahkan semasa ia ditubuhkan.

Apa yang pembangkang mahu ialah supaya SPR mengikut selera politik PKR, Pas dan DAP dengan memihak dan memenangkan calon-calon mereka dalam pilihan raya.

Inilah sifat hipokrit yang dipamerkan oleh pemimpin PKR, Pas mahupun DAP selama ini.

Bagi mereka SPR perlu tunduk kepada segala tuntutan mereka sehingga seolah-olah badan itu dilihat perlu menurut semua perintah pembangkang.

Apabila SPR memberi alasan munasabah dan logik mengapa beberapa tuntutan pembangkang tidak boleh dipenuhi dari segi perundangan dan perlembagaan negara, mereka akan mengadakan demonstrasi seperti tiga siri himpinan Bersih sebelum ini.

Tujuan utamanya ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih rakyat dengan menggunakan agenda menuntut keadilan dalam proses pilihan raya.

Pembangkang hanya menggunakan alasan menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil untuk melindungi motif sebenar mereka iaitu untuk mencetuskan rusuhan jalanan dan keadaan huru hara di negara ini.

Apabila negara terjerumus dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan dan keganasan maka mudahlah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggunakan keadaan itu untuk meminta campur tangan asing.

Ini terbukti apabila Anwar dan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bersungguh-sungguh berkempen di Australia untuk meminta negara itu masuk campur sebagai pemantau PRU-13 tetapi permintaan mereka di tolak mentah-mentah.

Kini pembangkang menggunakan strategi mengheret SPR ke mahkamah untuk memaksa badan itu menyemak semula serta membersihkan senarai daftar pemilih di kawasan di mana mereka akan bertanding.

Kalau sebelum ini Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago gagal dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan mahkamah menyemak semula daftar pemilih yang diwartakan di kawasannya, terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pula mengambil tindakan yang sama.

Apa yang ingin mereka lakukan ialah mempertikaikan senarai pengundi berdaftar yang sudah pun diwartakan di semua kawasan parlimen di seluruh negara.

SPR telah memberi cukup masa dan peluang kepada semua parti politik malah mempamerkan senarai pengundi yang berdaftar di setiap kawasan bagi membuat sebarang bantahan sekiranya ada.

Namun dalam tempoh yang diberikan SPR, pembangkang tidak pun ambil kisah untuk menyemak serta membuat perbandingan dengan senarai yang mereka miliki.

Hanya setelah tempoh bantahan tamat dan pilihan raya semakin hampir, barulah pembangkang menimbulkan pelbagai isu berkenaan daftar pengundi semata-mata untuk menyerang SPR dan menuduh badan itu tidak adil dan menyeleweng.

PKR, Pas dan DAP mahu layanan istimewa daripada SPR bukan atas dasar keadilan atau ketelusan tetapi untuk menekan badan itu supaya menjadi hamba kepada pembangkang.

Mr Pindah Bernama Lim Kim Siang


Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU-13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.

Sejak berkecimpung dalam dunia politik, pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya. Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.

Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Tika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati.

Justeru itu, memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah, ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.

Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.

Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN. Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.

Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang, nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.

Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik, tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim, ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.

Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik, sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.

Rabu, 3 April 2013

Enggan Iktiraf Kerajaan Sementara : Helah PR Untuk Mencetus Huru-Hara


Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis ‘pakar’. Dari ‘pakar’ agama, ‘pakar’ ekonomi sehinggalah ke ‘pakar’ peperangan. Malangnya, ‘pakar-pakar’ mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar.

Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari ‘pakar matematik’ yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km. Kenyataan ‘pakar’ tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit.

Kini, sekali lagi PR menampilkan ‘pakar’ iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara. Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.

Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR. Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar.

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.

Sebenarnya, tidak ada istilah ‘kerajaan haram’ setelah DUN terbubar. Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara. Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat ‘Arab Spring’.

Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, ‘kerajaan sementara’ atau ‘caretake government’ adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law. Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel.

Justeru, istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.

Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas. Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?

Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap ‘tidak ada’ agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka? Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka, tentera dan polis semua ‘meletakkan senjata’, ‘rehatkan diri’ atau ‘keluar baris’ agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa?

Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma. Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting.

Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu.

Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain.

Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.

Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.

Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari ‘gusarkan’. Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab ‘kerajaan sementara’ diajar dahulu.