Akhirnya Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah bersuara setelah sekian lama beliau berdiam diri, setelah sekian lama Deepak Jaikishan menyerang dengan segala macam fitnah samada khas ditujukan pada beliau ataupun DS Rosmah Mansor maupun pemimpin BN.
Kisahnya bermula dari Raja Ropiaah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor dikatakan terlibat dalam urusniaga bersama Deepak membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Raja Ropiaah.
Projek tersebut adalah penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).
Entah di mana silapnya tiba-tiba Deepak mula menyerang Raja Ropiaah dan juga mengaitkan nama isteri Perdana Menteri bersama dalam isu ini. Malah ada sumber mengatakan bukan Deepak yang kaitkan tapi ada "suara bisikan ghaib" yang menokok tambah agar nama DS Rosmah diselitkan sekali dalam cerita perbalahan antara Deepak dan Raja Ropiaah.
Cerita rekaan yang mengaitkan nama DS Rosmah ini timbul kerana tukang provokasi nampak ianya amat mudah untuk kenakan DS Rosmah kerana DS Rosmah mempunyai hubungan baik dengan semua peringkat kepimpinan Wanita UMNO Malaysia dan negeri.
Kini, Raja Ropiaah mula membuka mulut bercerita bahawa beliau mempunyai rahsia besar mengenai Deepak. Rahsia yang berkait dengan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dan Deepak. Rahsia perjanjian perniagaan dan usahasama mereka selama ini.
Raja Ropiaah bakal dedahkan perkara sebenar yang Deepak sengaja sembunyikan agar menampakkan beliau, Deepak teraniaya.
Dengan sinis Raja Ropiaah bagitahu bahawa beliau akan dedahkan rahsia Deepak dalam masa terdekat.
PP pernah menulisnya di sini dan di sini.
Dipetik dari sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan