Nuffnang

Isnin, 4 Februari 2013

Bekalan Air Tabika Kemas Angsana USJ 1 Dipotong


SUBANG JAYA - Seramai 100 orang kanak-kanak tabika di sini menjadi mangsa terbaru kerakusan Kerajaan Negeri Selangor.

Perkhidmatan air ke Tabika Kemas Angsana USJ 1, Subang Jaya telah dipotong sebentar tadi oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akibat tidak tidak menjelaskan bil tertunggak berjumlah RM430.16.

Bil air Tabika Kemas yang menumpang di dewan masyarakat sejak penubuhannya itu didaftarkan atas nama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Sebelum Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor pada tahun 2008, bil air Tabika Kemas Angsana USJ 1 didaftarkan atas nama Persatuan Penduduk Angsana.
“Setelah penama akaun bertukar dari nama persatuan penduduk kepada MPSJ, terlalu banyak masalah yang timbul. Bil yang dikeluarkan oleh Syabas sering tidak dibayar oleh MPSJ sehingga notis pemotongan dikeluarkan oleh Syabas” luah Azmy Awang.

Beliau yang juga Pengerusi Tabika meminta masalah ini segera diselesaikan untuk kemudahan dan keselesaan pelajar dan kakitangan tabika tersebut.

Tiada ulasan: