Nuffnang

Selasa, 5 Februari 2013

Anwar Panik Pengundi Muda Pilih Najib


Jika pembangkang sering mendabik dada bahawa mereka mendapat sokongan padu pengundi muda terutama daripada golongan mahasiswa, mungkin fantasi ini perlu dilihat semula berdasarkan realiti semasa dan fakta.

Fantasi dan impian adalah sesuatu yang enak dinikmati hanya sewaktu berada dalam alam mimpi sahaja!

Beberapa kajian menunjukkan Barisan Nasional akan kembali dipilih sebagai Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.

Terkini kajian berkaitan pandangan politik mahasiswa di tiga universiti awam meletakkan Datuk Seri Najib  lebih popular berbanding Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) ke atas 3,015 responden antara 9 hingga 12 Disember tahun lalu, mendapati 67.4 peratus siswa menyokong Perdana Menteri berbanding 52.2 peratus kepada Anwar. 

Presiden Pas Abdul Hadi Awang pula mendapat 33.1 peratus, manakala Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tercorot dengan hanya 15 peratus.

Kajian tersebut membabitkan pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Jika hasil bancian dipecahkan pula antara negeri di bawah BN dan Pakatan Rakyat, nyata sekali Datuk Seri Najib amat popular sekali di kalangan siswa Kelantan dengan 60.8 peratus, diikuti Pulau Pinang (55 peratus), Kedah (68.3 peratus), Selangor (54 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (61.6 peratus).

Angka yang diperolehi memberi bayangan jelas kemungkinan besar BN akan menawan semula Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah sementara Sabah serta Sarawak tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.

Maka unjuran pembangkang bahawa mereka akan berarak ke Putrajaya nampaknya hanya satu mainan fatamorgana yang menipu diri mereka sendiri.

Mahasiswa memilih Datuk Seri Najib disebabkan beliau menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya seperti mana yang digariskan di kajian tersebut.

Ini termasuk kualiti kemampuan mentadbir negara, keadilan dan kesaksamaan, bersih dan bebas dari sebarang isu, menepati janji, kebolehupayaan dan mendampingi rakyat.

Perbezaan sifat-sifat ini antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah seperti langit dan bumi.

Melihat kepada karektor dan peribadi kedua individu ini pun sudah cukup menyakinkan rakyat siapa sebenarnya pilihan mereka.

Datuk Seri Najib adalah seorang yang bersifat lemah lembut sama seperti  ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein.

Sesiapa sahaja yang pernah bekerja atau bersama Perdana Menteri akan mendapati watak keperibadian beliau yang amat mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat - dari golongan bangsawan hinggalah kumpulan marhaen.

Dengan lirik wajah yang sentiasa tersenyum dan merendah diri, Datuk Seri Najib adalah idola di hati rakyat.

Bagaimana pula dengan Anwar? Sesiapa juga yang pernah berdamping atau berkerja dengan beliau akan mendapati dua watak yang berbeza antara kehidupan peribadi dan politik.

Di luar dan di depan rakyat, Anwar menonjolkan sifat-sifat Islamik dan warak berlatarbelakangkan sejarahnya sebagai bekas Presiden ABIM.

Ceramah-ceramahnya juga tidak kering dengan selitan ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan mutiara hadis.

Beliau juga gemar dilihat sebagai intelektual Islam berfikiran liberal yang memetik kata-kata enak pujangga dari karya-karya agung penulis Barat.

Namun disisi peribadinya, lain pula ceritanya.

Anwar adalah seorang yang bengis, pemarah, suka mengherdik apatah lagi seorang yang pendendam.

Lihat bagaimana beliau melayan wartawan dari media arus perdana yang mengajukan soalan-soalan panas dan reaksi Anwar terhadapnya.

Petugas media seringkali dilabel malah dimaki hamun sebagai anjing BN, alat UMNO, budak suruhan kerajaan dan sebagainya - hamburan kata-kata kesat penuh dengan kehinaan yang tidak akan keluar daripada mulut seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berakhlak mulia.

Peribadi Anwar juga sering dikaitkan dengan pelbagai skandal seks jijik daripada yang melibat pelacur Cina hinggalah kepada lelaki jambu!

Sebab itulah mahasiswa dari kalangan kalangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kelantan dan Pulau Pinang memilih Datuk Seri Najib kerana mereka sedar dan mampu membuat analisis siapa Perdana Menteri dan siapa pula Ketua Pembangkang.

Dalam erti kata yang lain pengundi muda sudahpun membuat pilihan mereka antara yang mana satu permata manikam dan yang mana satu kaca murahan.

Tiada ulasan: