Jenjarom –
Sidang media yang diadakan di sebuah restoran di sini gempar kerana salah
seorang yang dijadualkan membuat pendedahan ekslusif berkaitan ADUN Teluk
Datuk, Philip Tan Choon Swee tidak muncul-muncul.
Sidang media yang
dijadualkan bermula jam 6 petang terpaksa ditangguhkan bagi mengesan individu
yang didakwa bekas orang kanan Philip Tan.
Akhirnya, setelah menanti
setengah jam, sidang media diteruskan tanpa kehadiran individu yang dikenali
sebagai Ooi, yang merupakan bekas Setiausaha JKKK Kampung Jenjarom.
Yap Kon Min, yang
mengetuai sidang media tersebut menyatakan bahawa Ooi telah menerima ugutan
dari pihak yang tidak dikenali, dipercayai samseng, supaya tidak hadir dalam
sidang media tersebut dan membuat sebarang kenyataan.
Ooi telah menghantar SMS
dalam bahasa Mandarin kepada Yap yang berbunyi
‘Saya telah mendapat tekanan dari luar dan mungkin tidak hadir sidang media
yang diaturkan’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan