Jenjarom - Hampir seminggu berlalu, sejak sidang media pertama yang berkaitan dengan
pengedaran buku latihan, majalah dan baik-pulih jalan di DUN Teluk Datuk, oleh
Yap Kon Min pada 26 Januari terhadap ADUN Telok Datuk, Philip Tan Choon Swee,
masih belum mendapat jawapan yang memuaskan.
Buku latihan sebanyak 13
ribu naskah yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah program
Hasil Negeri Untuk Rakyat pada tahun 2011 masih belum habis diedarkan kepada
pelajar sekolah terutamanya kepada keluarga yang berpendapatan rendah.
Sepatutnya dengan jumlah
sebanyak itu, pengedaran boleh dibuat hanya dalam masa yang singkat sahaja.
Kini setelah 2 tahun berlalu, masih ada lagi buku latihan yang belum diedarkan
kepada pelajar yang layak.
Malah Philip Tan telah
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada 30 Januari,
mendakwa sidang media yang diketuai oleh bekas ahli DAP Cawangan Serdang Baru
itu adalah fitnah semata-mata.
Philip juga telah menafikan
dakwaan yang dibuat oleh Yap dan sedang
menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang
dilemparkan kepadanya.
Hari ini pula (31
Januari) Yap bersama rakan-rakannya terus
membuat tekanan terhadap Philip Tan dengan mengadakan sidang media sekali lagi.
Mereka mendakwa ianya umpama sesi pertanyaan sebagai rakyat kepada pemimpin.
Yap merasa pelik
pertanyaan yang diajukan dibalas dengan laporan polis dan mereka pula yang
disiasat. Sedangkan Philip Tan yang sepatutnya disiasat atas dakwaan
penyelewengan yang dilakukan.
Persoalan besar yang
bermain di minda Yap bersama rakan-rakannya
adalah kenapa perlu buku latihan disimpan di pejabat Philip Tan dan tidak
diedarkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan