Debat yang bermula jam 9 malam, menampilkan pemidato dari Pemuda Umno, Pemuda MIC, Patriot, Graduan Muda Selangor, Majlis Belia Selangor dan Serang sendiri, telah memukau kira-kira 300 orang anak muda pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India yang memenuhi tempat letak kereta di Jalan Suasa, Banting. Antara pemidato yang telah menyampaikan ucapannya adalah Zainuri Dato' Zakaria, Kajendran Doraisamy, Arman Azha Abu Hanifa, dan Budiman Mohd Zohdi.
Antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan perumahan untuk anak muda, penyelenggaraan jalanraya, sampah, kebajikan kaum India, semangat cintakan tanah air, Majlis Peguam dan hubungan antara kaum.
Penonton yang rata-ratanya merupakan anak muda, nyata faham dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Ianya semakin menambah semangat untuk mengambil semula pemerintahan negeri dari PR.
Siri 'Kembara Anak Muda' seterusnya akan diadakan di Parlimen Hulu Langat pada 18 Januari 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan