Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Yap Kon Min. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yap Kon Min. Papar semua catatan

Khamis, 31 Januari 2013

Samseng Bermaharajalela Di Kuala Langat?


Jenjarom – Sidang media yang diadakan di sebuah restoran di sini gempar kerana salah seorang yang dijadualkan membuat pendedahan ekslusif berkaitan ADUN Teluk Datuk, Philip Tan Choon Swee tidak muncul-muncul.

Sidang media yang dijadualkan bermula jam 6 petang terpaksa ditangguhkan bagi mengesan individu yang didakwa bekas orang kanan Philip Tan.

Akhirnya, setelah menanti setengah jam, sidang media diteruskan tanpa kehadiran individu yang dikenali sebagai Ooi, yang merupakan bekas Setiausaha JKKK Kampung Jenjarom.

Yap Kon Min, yang mengetuai sidang media tersebut menyatakan bahawa Ooi telah menerima ugutan dari pihak yang tidak dikenali, dipercayai samseng, supaya tidak hadir dalam sidang media tersebut dan membuat sebarang kenyataan.

Ooi telah menghantar SMS dalam bahasa Mandarin kepada Yap yang berbunyi ‘Saya telah mendapat tekanan dari luar dan mungkin tidak hadir sidang media yang diaturkan’.

Ternyata kebijaksanaan berpolitik di Malaysia terutamanya dari kalangan parti pembangkang masih belum boleh dibanggakan. Ugut mengugut masih berleluasa. Teguran dianggap ancaman. Adakah PR bakal menjadi pilihan kita di PRU-13 kelak?

Buku Latihan Panaskan Philip Tan Choon Swee


Jenjarom - Hampir seminggu berlalu, sejak sidang media pertama yang berkaitan dengan pengedaran buku latihan, majalah dan baik-pulih jalan di DUN Teluk Datuk, oleh Yap Kon Min pada 26 Januari terhadap ADUN Telok Datuk, Philip Tan Choon Swee, masih belum mendapat jawapan yang memuaskan.

Buku latihan sebanyak 13 ribu naskah yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah program Hasil Negeri Untuk Rakyat pada tahun 2011 masih belum habis diedarkan kepada pelajar sekolah terutamanya kepada keluarga yang berpendapatan rendah.

Sepatutnya dengan jumlah sebanyak itu, pengedaran boleh dibuat hanya dalam masa yang singkat sahaja. Kini setelah 2 tahun berlalu, masih ada lagi buku latihan yang belum diedarkan kepada pelajar yang layak.

Malah Philip Tan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada 30 Januari, mendakwa sidang media yang diketuai oleh bekas ahli DAP Cawangan Serdang Baru itu adalah fitnah semata-mata.

Philip juga telah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Yap dan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Hari ini pula (31 Januari) Yap bersama rakan-rakannya terus membuat tekanan terhadap Philip Tan dengan mengadakan sidang media sekali lagi. Mereka mendakwa ianya umpama sesi pertanyaan sebagai rakyat kepada pemimpin.
Yap merasa pelik pertanyaan yang diajukan dibalas dengan laporan polis dan mereka pula yang disiasat. Sedangkan Philip Tan yang sepatutnya disiasat atas dakwaan penyelewengan yang dilakukan.

Persoalan besar yang bermain di minda Yap bersama rakan-rakannya adalah kenapa perlu buku latihan disimpan di pejabat Philip Tan dan tidak diedarkan?