Nuffnang

Khamis, 21 Februari 2013

Menara Berkembar Petronas, Bukan Satu Tapi Dua


Ramai yang tidak mengetahui Petronas banyak menghabiskan wang pendapatannya dengan membayar sewa pejabat. Merata-rata bangunan sekitar Kuala Lumpur dan serata negara terpaksa di sewa oleh Petronas.

Membayar sewa untuk pejabat dan kakitangan sudah ‘cause a dentin Petronas pocket. Saya juga tidak mahu cerita dari sudut teknikal sangat itu semua orang boleh mencari sendiri kalau rajin, kalau tidak melayan facebook sahaja dalam internet.

Saya lebih berminat dari sudut hasil kerja Pemimpin Melayu. Hasil peluh dan akalnya, nilaikan dari kerjanya dan bukan ceramah dan kata-katanya. Dari sudut emosi keberhasilan akal pemimpin melayu yang beragama Islam ini. Itulah sudut yang saya minat nak dikhabarkan.

Ketika syarikat mengurus keranda cina pun sudah miliki bangunan sendiri dan syarikat buat serbuk kari sudah ada menara sendiri, mana mungkin Petronas tidak miliki satu bangunan untuk menempatkan kakitangan dan perkakas pejabatnya, tentulah jengkel, betul tak?

Kebetulan pula negara diperintah oleh Perdana Menteri yang kuat bekerja yang memperkenalkan ‘Punch Card’ macam lagu Allahyarham Sudirman yang pagi-pagi lagi dia sudah terpacak di pejabat kerana ghairah mahu bekerja. Tentu lah PM ini mahu Petronas ada bangunan sendiri demi nak menjimatkan kos penyewaan.

Untuk pengetahuan rakyat, PM ini juga yang memperkenalkan ‘name tag’ supaya kakitangan kerajaan bekerja dengan nama terpampang di dada supaya orang lain boleh kenal, kalau minum teh lama-lama pun orang boleh sebut namanya di kantin. Dan kalau malas dan lembab di kaunter rakyat boleh sebut namanya. Kalau mintak duit bawah meja lagilah senang rakyat sebut namanya. Jadi terpaksalah kakitangan kerajaan bawa pulang gaji halal kerja ikut waktu dan tidak ponteng.

Berbalik kepada kisah Menara Berkembar ini, pendapat PM jika boleh bina satu penempatan syarikat minyak ini tentu lagi mudah dan menjimatkan dari sudut pentadbiran. Despatch pun tidak perlulah keliling kota sebab unit dan division sudah ada dalam satu bangunan, tambah ianya ‘add value’ kepada nilai syarikat Petronas.

Motif bangunan ini pula pada mulanya diilham dan dilakarkan dengan motif Islam yang awalnya dicoreng di atas kerta tisu sahaja sebelum diserah kepada arkitek. PM ini berkelulusan perubatan tapi mahu tahu banyak perkara dalam bidang lain, maka dirujuknya sana dan sini bertanya pendapat. Maka akhirnya berbentuklah ia seperti kubah tinggi.

Pada mulanya bangunan ini mahu sepenuhnya dihadapkan tepat kearah Kiblat, tetapi atas sebab masalah tanah mendap dan teknikal lain maka terpaksa di merengkan sikit.

Asalnya tanah ini ada lah kawasan lumba kuda. Setiap hari Sabtu dan Ahad penuh dan sesaklah dengan kaki kuda. Kini Sabtu dan Ahad penuh dengan bas dan kereta serta pelancong. Itu juga transformasi.

Kerana kebijaksanaan pencipta dan pengarahnya iaitu Tun Mahathir sendiri, kontraktor untuk 2 bangunan ini dipilih dari dua negara yang sememang nya tidak boleh kalah antara satu sama lain. Maka sikap tidak mahu tewas kepada pihak lagi satu, maka berlumba-lumbalah mereka berkerja untuk menyiapkan bangunan yang telah diperuntukan untuk syarikat masing-masing ini. Cabarannya ialah jika kontraktor salah satu bangunan ini sampai dahulu ke tingkat yang ada ‘skybridge’ maka kontraktor itu dikira lebih bagus.

Tahulah perangai orang Korea dan Jepun. Manalah Korea mahu kalah dengan Jepun dan sebaliknya. Macam main bola, biar kalah kepada Papua New Guinea asal jangan kalah kepada negara musuh tradisi.

Maka kepala kontraktor Jepun mengintai Korea, Kepala kontraktor Korea mengintai Jepun masing masing dengan teropong nya. Jika satu berhenti maka yang satu lagi baru mahu berhenti. Jika hujan selalunya berhenti kerana faktor simen. Maka akan dibuat kerja lain pula atas sebab tidak mahu rugi waktu.

Hebatnya pemimpin Melayu ini ialah dia boleh gunakan emosi 2 bangsa ini untuk percepatkan siap bangunannya, no delay and no fuss. Seperti Putrajaya pemimpin Islam ini akan tetap selitkan Masjid di dalam projeknya, tidaklah beliau melaung-laungkan Islam dari sudut emosi atau slogan, bahkan mempraktikkannya dalam tindak tanduk, Masjid As-Syakirin juga wujud bersama bangunan gah ini. Seusia dengan menara kembar ini. Kira yang tinggi jadi lambang kewujudan Petronas yang rendah lambang akur kehebatan Allah.

Selain menjadi bangunan yang menempatkan kakitangan Petronas, ia juga kini menjadi alamat syarikat ternama. Di suatu waktu dahulu heboh tersebar cerita kononnya seorang ulama besar dipanggil untuk memindahkan bunian dari kawasan pembinaan ini, dikhabarkan juga bas terpaksa disewa. Terfikir juga jika sudah bunian perlu apa dengan bas? Tapi itu cuma cerita besar di waktu pembinaan bangunan ini, kesahihannya tidak ada siapa yang berani mengesahkan.

Antara simbolik bangunan ini ialah setiap pelancong dari luar negara terpaksa mendonggak ke atas melihat bangunan ini, ianya seolah-olah memberi tabik melihat keatas, ‘look up’ dan bukan ‘look down’ kepada bangsa Melayu ini. 

Kini berbas-bas pelancong datang dan paling ramai di sebelah Desa Kudalari untuk bergambar. Malah di depan simpang jalan P Ramlee / Yap Kwan Seng pun terbaring terduduk pelancong mahu mengambil gambar.

Ketika disoal oleh wartawan asing apa pendapat dan perasaannya tentang bangunan menara berkembar akan jadi kedua tertinggi kerana bangunan Taipei 101 akan menjadi tertinggi selepas ini? Jawap Tun Mahathir dengan senyum sinis “You must remember we built two tower at one time” dan yang faham akan senyum. Bermakna jika kami tumpu kepada paling tinggi kami tidak buat 2 tapi satu. Dan itu bukan matlamatnya, ia lebih kepada kegunaannya dan bukan kepada logo dan simbolnya.

Bangunan yang menelan kos hampir RM1.5 billion kini sudah menjadi aset yang bernilai RM3 Billion lebih. Jika rasa ianya membazir, juallah dan ambillah wang masuk kantung Petronas kembali.

Dipetik dari Sini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat Bernas...I LIKE!

Tanpa Nama berkata...

Ayahanda Mahathir have golden touch. Apa disentuh semua menjadi.