Nuffnang

Selasa, 19 Mac 2013

Samseng Sudah Mula Berkuasa?


Niat murni ahli Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Rambai, Kuala Langat yang menegur sekumpulan mat motor agar tidak membuat bising pada malam semalam ternyata tidak dipedulikan.

Mereka yang pada mulanya sedang memasang poster di perkarangan rumah salah seorang ahli UMNO, telah diserang dengan menggunakan besi dan kayu pada jam 11.30 malam.

Penyerang dipercayai didalangi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang di kawasan tersebut. Mungkinkah ini permulaan kepada serangan yang lebih besar kepada sukarelawan BN/UMNO?

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Jarom.



Diharap semua pihak dapat memastikan bahawa Malaysia terus aman tanpa sebarang persengketaan. Jangan sampai nanti menang jadi arang, kalah jadi abu.


Tiada ulasan: