Pencerobohan oleh pengganas Sulu yang berlaku di Sabah khususnya di Lahad Datu sememangnya mengejutkan ramai pihak, tapi peliknya disebalik apa yang berlaku, ia seperti tidak mengejutkan langsung bagi Anwar Ibrahim.
Sekelumit cemuhan atau kemarahan ke atas pengganas Sulu langsung tak kedengaran dari mulut Ketua Umum PKR itu, malah dalam blog peribadinya juga hanya kata-kata kritikan dan pertikaian ke atas kepimpinan negara saja yang ada.
Balik-balik Anwar hanya mengulangi pertikaiannya terhadap pemimpin negara yang hala tujunya jelas untuk menimbulkan kesangsian ramai terhadap pucuk pimpinan negara, seperti tanpa sedar memperlihatkan tangannya sedang memainkan wayang kulit dari sebalik tabir.
Malah Anwar juga seperti sudah mengetahui akan berlaku sesuatu yang tidak diingini di Sabah bila mana kerap menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" dalam video kompilasi boleh ditonton di beberapa channel Youtube.
Beberapa ceramah yang dihadirinya sejak beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku hinggalah tarikh 14 Februari 2013 dalam video itu, jelas kedengaran Anwar mengajak pendengar ceramahnya menyanyikan lagu itu bersamanya.
Anwar seperti yang kita ketahui sememangnya pernah membincangkan perihal autonomi Sabah malah pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari membincangkan isu tersebut termasuklah mengenai tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri itu.
Dan ia terbukti benar sebagaimana disahkan oleh beberapa media Filipina dan Reuters, yang hingga kini tiada penafian jelas dari Anwar sendiri.
Selain itu, sekutu utama Anwar di Sabah iaitu, Jeffrey Kitingan juga pernah bertemu dengan waris individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan lama sebelum ini Jeffrey pernah di tahan atas dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Biasanya orang yang sedang kegembiraan atau terlalu kemaruk sakan, menjadi kelazimannya bercakap merapu atau menyanyi sesatu lagu yang mempunyai maksud tersirat sesuai dengan nalurinya.
Sedang rakyat Sabah menanti penuh debaran bila isu ini akan berakhir, Anwar pula seperti bergembira meraikannya sambil berdondang sayang di atas pentas ceramah melagukan nyanyian seperti sengaja memperlekehkan rakyat Sabah dan pengorbanan anggota keselamatan.
Jika nyanyian itu satu kebetulan, maknanya Anwar sengaja buat tidak endah dan langsung tidak bersimpati dengan ketakutan yang dialami rakyat Sabah kerana pencerobohan yang berlaku sejak 9 Februari 2013 mustahil tidak sampai ke pengetahuan Anwar.
Nuffnang
Isnin, 11 Mac 2013
@anwaribrahim Bergembira Saat Sabah Di Ceroboh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan