Nuffnang
Ahad, 10 Mac 2013
Pengodam Web Agensi Kerajaan Ditangkap Polis
Kuala Lumpur – Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman.
“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.
Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.
“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah meng-upload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah Timbalan Ketua Polis tersebut.
Wanita itu telah ditahan di lokasi kediaman beliau.
Seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro mendedahkan kegiatan Sofea ini.
“Sofea sememangnya dikenali di kalangan komuniti penggodam tempatan, kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, selagi tidak dibendung dia akan meneruskan perbuatannya,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, hampir kesemua laman web agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh dan ini amat membimbangkan memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.
Baca seterusnya di sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan