Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Sulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sulu. Papar semua catatan

Ahad, 31 Mac 2013

ESSZONE Kuburkan Agenda Anwar Cetus Keganasan Di Sabah


Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mac lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik.

Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Rasional menubuhkan ESSZONE  bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.

Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.

Di samping itu lima lagi balai polis akan dibina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di sepanjang pantai timur Sabah.

Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.

Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.

Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.

Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.

Kerjasama yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Sulu terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.

Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah terjamin.

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970-an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.

Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.

Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.

Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.

Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.

Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat?


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

Sabtu, 9 Mac 2013

Motif Serangan #LahatDatu Sabah, Untuk Pastikan BN Kalah


Kemelut berdarah yang sedang melanda Lahad Datu ketika ini telah mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pembangkang. Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas kerajaan BN/Umno khususnya Datuk Seri Najib bagi menambahkan sentimen kebencian rakyat yang telah ditanam sejak sekian lama.

Tidak cukup dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakan, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandirawa Umno, malah ada di kalangan penyokong mereka yang tergamak menghina wira negara yang terkorban dengan kata-kata kesat seperti mati katak, anjing kerajaan dan sebagainya.

Sebelum kita membuat pelbagai andaian berhubung tragedi ini, ada baiknya kita meneliti analisa yang dikeluarkan oleh pemerhati politik dalam dan luar negara berhubung isu ini. Mereka berpendapat tindakan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan perjumpaan bersama pemimpin utama Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari adalah bertujuan untuk mempengaruhi tentera kerajaan Sulu agar datang ke Sabah.

Analisa itu juga berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Reuters dan agensi perisikan tentera Filipina sebelum ini. Mereka antara lainnya mendakwa Anwar adalah merupakan dalang utama terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pencerobohan bersenjata.

Namun yang menjadi persoalan utama ialah, mengapakah Anwar tergamak melakukan pengkhianatan tersebut? Ini adalah disababkan kerana, menurut analisa tersebut, pakatan pembangkang tidak mempunyai keyakinan terhadap sokongan rakyat Sabah untuk menolak kerajaan BN/UMNO.

Dan sekiranya sokongan rakyat Sabah gagal diperolehi, ia sekaligus bakal menyebabkan impian Anwar untuk merampas Putrajaya hancur berkecai dan bakal menjadi mimpi ngeri buat dirinya. Oleh yang demikian strategi ‘matlamat menghalalkan cara’ perlu digunapakai dalam berdepan dengan dilema ini.

Secara keseluruhan Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen, dan pakatan pembangkang dikatakan hanya mampu mencapai kemenangan untuk kerusi Kota Kinabalu. Selebihnya masih lagi samar kerana beberapa faktor seperti jarak kawasan yang luas, pecahan pengundi dan sebagainya. Tanpa sebarang kepastian untuk menembusi kubu kuat BN/UMNO ini, sudah pasti Awar tidak berani untuk memperjudikan nasibnya.

Maka sesuatu perlu dilakukan agar huru-hara dapat tercetus di Sabah dan sekaligus memaksa pemerintah untuk mengadakan darurat. Sekiranya Sabah telah diletakkan di dalam keadaan darurat, ia sedikit sebanyak dapat menghalang negeri di Bawah Bayu itu dalam menghadapi proses pilihanraya umum.

Dengan cara itu, kerajaan BN/UMNO perlu menjalankan pilihanraya yang berasingan di Sabah sekaligus membolehkan Anwar untuk memberikan tumpuan dan fokus yang menyeluruh hanya di kerusi-kerusi yang boleh ditembusi dan memastikan BN kalah di dalam PRU13. Untuk mengelakkan dari menjadi tumpuan serangan, Anwar mengunakan isu pemberian kad pengenalan sabagai ‘escape point’ dalam perancanagn jahatnya itu.

Tidak ketinggalan juga, rakyat Sabah berketurunan Sulu pada ketika ini dianggarkan hampir 60 ribu orang. Oleh yang demikian, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara terhadap penceroboh bersenjata, sekaligus mampu mengundang simpati rakyat Sabah dan seterusnya marah dengan tindakan pemerintah.

Pendekatan serampang dua mata ini, dilihat akan mampu memberikan kekuatan sokongan terhadap Anwar dalam memastikan usaha untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Begitulah telitinya perancangan Anwar dalam  memastikan obejktifnya tercapai dan terlaksana.

Mendepani Tiga Cabaran Utama Di #LahadDatu


Semenjak tercetusnya krisis pencerobohan di Lahad Datu sehinggalah pertempuran demi pertempuran yang berlaku di sana, ada sahaja rintangan yang terpaksa diharungi oleh pasukan keselamatan kita.

Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran utama yang terpaksa kita hadapi sepanjang tempoh genting ini.

Pertamanya tentangan dari pengganas Sulu yang mahir dalam peperangan bercorak gerila dan mirip kelakuannya seperti komunis yang gemar menggunakan pendekatan ganas bermatlamat untuk menjatuhkan moral dan semangat tempur lawan mereka.

Ini jelas dapat dilihat selepas dua pertempuran awal yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan kita ada antaranya diseksa dan dizalimi, sementara yang lain ada yang dipenggal kepalanya.

Keadaan ini amat memilukan kaum keluarga perajurit yang terkorban dan sedikit mengganggu emosi anggota keselamatan yang lain, namun pengalaman berdepan dengan kekejaman komunis suatu ketika dulu mengajar kita erti keteguhan semangat dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Kedua, cabaran yang tidak kurang hebatnya datang dari media luar negara yang banyak menyiarkan maklumat propaganda menyebelahi kumpulan pengganas Sulu. Mereka bukan sahaja cuba membenarkan tuntutan hak milik ke atas Sabah, malah memanfaatkan media-media tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada di kalangan pengamal media elektronik dalam negara yang turut menjadi penyambung lidah kepada propaganda Jamalul Kiram dan kuncu-kuncunya sehingga menimbulkan keraguan segelintir khalayak terhadap kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani isu ini.

Ketiga, cabaran paling getir yang perlu dihadapi bila mana wujudnya segelintir rakyat kita yang langsung tidak memiliki semangat patriotik telah cuba memperlekehkan kesahihan peristiwa Lahad Datu yang digambarkan oleh mereka ini kononnya ia adalah sandiwara atau konspirasi yang di ada-adakan.

Selain itu, golongan yang tidak patriotik ini juga turut meremehkan nyawa anggota keselamatan kita yang telah terkorban di masa yang sama mereka juga mempersendakan kemampuan pasukan keselamatan kita untuk berdepan dengan tentangan pengganas Sulu.

Jika boleh mereka seperti mahu melihat lebih ramai anggota keselamatan kita mati di tangan musuh supaya bila ia berlaku demikian maka bolehlah dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan seterusnya menghasut khalayak membenci pimpinan negara kelak.

Lagak mereka seperti agen kepada pengganas Sulu walau hakikatnya mereka adalah penyokong pembangkang yang tersepit gara-gara permainan politik pemimpin mereka yang terbukti telah bersekongkol menjemput penceroboh melanggar Sabah.

Mungkin hanya bila ada kenalan atau ahli keluarga rapat mereka yang menjadi mangsa peluru pengganas Sulu barulah agaknya tika itu golongan tidak patriotik ini akan berhenti dari terus memperolokkan apa yang berlaku di bumi Sabah. Busuk benar hati golongan ini.

Pun begitu, mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia tetap tinggi semarak patriotiknya sentiasa mendukung perjuangan para pahlawan kita. Itu satu kebanggaan kerana dengan adanya sokongan padu rakyat ia mampu menyemarakkan lagi semangat juang anggota perajurit kita di medan perang.

Mendepani tiga cabaran besar ini sememangnya menuntut kesabaran dan semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia, doa pengharapan serta dukungan kata-kata semangat perlu diteruskan.

Perkhabaran terbaru menyatakan Jamalul Kiram III telah pun mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak berkuat kuasa 12.30 tengahari 7 Mac 2013. Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh Kerajaan Malaysia.

Perkembangan ini menunjukkan pengganas Sulu di Lahad Datu sedang terdesak selepas di asak teruk dari pelbagai penjuru, hanya perletakkan senjata mereka tanpa syarat sahaja yang memungkinkan krisis ini ditamatkan.

Justeru itu teguhkan keyakinan kita semua dan yakinlah para perajurit kita amat pantang untuk berundur atau beralah, selagi ada hayat dan selagi darah masih mengalir selagi itulah perjuangan mendaulatkan bumi bertuah ini mesti diteruskan.

Isnin, 4 Mac 2013

Anwar Dalang Pencerobohan Sabah Kerana Gilakan Kuasa #LahatDatu


Insiden pencerobohan oleh kira-kira 180 pemberontak Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan dua anggota keselamatan merupakan titik hitam di dalam sejarah Sabah.

Kumpulan penceroboh yang turut terdiri daripada 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar.

Walaupun tiga tempoh masa telah berlalu, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu dan menjadi pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III terus degil sehingga memaksa pihak keselamatan bertindak.

Selain dua anggota komando polis terbunuh, dan tiga cedera, 10 pengikut Sultan Sulu itu juga mati ditembak.

Malangnya dalam keadaan kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk mengelak pertempuran berdarah daripada berlaku serta menyelesaikan kemelut ini secara aman dan diplomatik, pembangkang pula cuba menangguk di air keruh.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh UMNO menjadi dalang di dalam insiden tersebut kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada masalah pendatang asing di Sabah.

Malah Tian Chua semakin celupar mulutnya apabila cubamengaitkan insiden Lahad Datu dengan insiden berdarah kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalek, Sauk pada tahun 2000 yang didakwanya didalangi UMNO.

Apabila mereka tidak mampu untuk menjawab dakwaan agensi berita asing bahawa pihak pembangkanglah yang menjadi dalang kepada pencerobohan itu, PKR dengan cepat-cepat menuding jari kepada UMNO tetapi fakta yang menjelas menunjukkan kepada jalan cerita yang berlainan.

Pertama, portal berita Philippine Daily Inquirer melaporkan pihak perisikan Filipina telah mengenalpasti tiga kumpulan yang mendalangi insiden pencerobohan itu yang mana salah satunya adalah pihak pembangkang dari Malaysia.

Portal itu turut melaporkan bahawaseorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang intim dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah.

Portal itu juga memetik sumber risikan kerajaan Filipina yang mengatakan pertemuan berkenaan telah diadakan pada November 2012.

Ekoran daripada perbincangan sulit itu Sultan Sulu Jamalul Kiram III telah mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo.

Siapakah yang telah mewakili pihak pembangkang dan isu apakah yang telah dibincangkan dengan Sultan Sulu hingga menyebabkan kumpulan bersenjata bertindak menceroboh Sabah?

Agensi perisikan Filipina memberi jawapan dengan mengatakan bekas Naib Presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan adalah pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertemuan sulit itu  Sultan Muidzullail T. Kiram, salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu.


Sekitar masa yang sama satu pertemuan lain telah diadakandengan Tian Chua diutus oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Nur Misuari, bekas pemimpin MNLF.

Kemungkinan besar kedua-dua perbincangan sulit itulah yang dirujuk oleh laporan portal Philippine Daily Enquirer yang menyatakan pihak pembangkang dari Malaysia memain peranan untuk mengapi-apikan kesultanan Sulu supaya menggunakan kekerasan berhubung isu tuntutannya ke atas Sabah.

Laporan agensi berita Reuters pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang mengatakan kehadiran kumpulan penceroboh itu di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang untuk berbincang mengenai isu tanah.

Dua hari selepas itu, akhbar Manila Times pula mendakwa Anwar sememangnya terbabit sebagai dalang dalam insiden tersebut apabila beliau dikatakan mencadang kepada Sultan Sulu bahawa Sabah akan diberi status autonomi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Tidak ada pilihan lain, Anwar terpaksa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Seperti biasa konco ketatnya, Azmin Ali dengan segera mempertahankan kewibawaan bosnya tetapi alasan yahng diberi amat dangkal sekali.

Amat kelakar sekali dakwaan Azmin yang mengatakan UMNO telah mengguna media Barat untuk memburuk-burukkan pembangkang kerana bukankah selama ini media asing yang memberi gelaran 'darling of the West' kepada Anwar.

Bukankah Anwar dan pembangkang yang sentiasa bercakap kepada media asing di luar negara memburuk-buruk serta memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan.

Bukankah juga Anwar sering mendapat jemputan media asing untuk ditemuranah dan ditonjolkan di kaca televisyen negara luar serta mengambil peluang itu untuk menunjukkan pembangkang ditindas di Malaysia dan kerajaan adalah zalim dan sebagainya?

Kali ini apabila pihak media asing menjalankan penyelidikan rapi dan mendapati Anwar serta pembangkang mendalangi insiden Lahad Datu, mengapa pula melenting dan meracau seperti orang gila?

Hakikatnya semakin hari semakin jelas peranan yang dimainkan oleh Anwar dari belakang tabir untuk memporak-perandakan negara hanya kerana kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pembangkang sanggup menjadikan Sabah sebagai dadu dalam percaturan politik kotornya demi untuk meraih kuasa.

Anwar kini bermain api yang amat merbahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara tetapi sesiapa yang suka bermain api akan selalu terbakar dirinya sendiri.