Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.
Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.
Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.
Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).
Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?
Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?
Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.
Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.
Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.
Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Sultan Jamalul Kiram III. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan Jamalul Kiram III. Papar semua catatan
Ahad, 31 Mac 2013
Kenapa Jamalul Kiram Lantik Paderi Jadi Penasihat?
Selasa, 12 Mac 2013
Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III
Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.
Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.
Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.
Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.
Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.
Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.
Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.
Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).
Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.
Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.
Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.
Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.
Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.
Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.
Pengganas Sulu Amal Ilmu Hitam #LahatDatu
Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.
Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.
MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.
Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.
Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.
Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.
Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.
Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.
Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.
Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.
Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.
Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran.
Sabtu, 9 Mac 2013
Mendepani Tiga Cabaran Utama Di #LahadDatu
Semenjak tercetusnya krisis pencerobohan di Lahad Datu sehinggalah pertempuran demi pertempuran yang berlaku di sana, ada sahaja rintangan yang terpaksa diharungi oleh pasukan keselamatan kita.
Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran utama yang terpaksa kita hadapi sepanjang tempoh genting ini.
Pertamanya tentangan dari pengganas Sulu yang mahir dalam peperangan bercorak gerila dan mirip kelakuannya seperti komunis yang gemar menggunakan pendekatan ganas bermatlamat untuk menjatuhkan moral dan semangat tempur lawan mereka.
Ini jelas dapat dilihat selepas dua pertempuran awal yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan kita ada antaranya diseksa dan dizalimi, sementara yang lain ada yang dipenggal kepalanya.
Keadaan ini amat memilukan kaum keluarga perajurit yang terkorban dan sedikit mengganggu emosi anggota keselamatan yang lain, namun pengalaman berdepan dengan kekejaman komunis suatu ketika dulu mengajar kita erti keteguhan semangat dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Kedua, cabaran yang tidak kurang hebatnya datang dari media luar negara yang banyak menyiarkan maklumat propaganda menyebelahi kumpulan pengganas Sulu. Mereka bukan sahaja cuba membenarkan tuntutan hak milik ke atas Sabah, malah memanfaatkan media-media tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada di kalangan pengamal media elektronik dalam negara yang turut menjadi penyambung lidah kepada propaganda Jamalul Kiram dan kuncu-kuncunya sehingga menimbulkan keraguan segelintir khalayak terhadap kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani isu ini.
Ketiga, cabaran paling getir yang perlu dihadapi bila mana wujudnya segelintir rakyat kita yang langsung tidak memiliki semangat patriotik telah cuba memperlekehkan kesahihan peristiwa Lahad Datu yang digambarkan oleh mereka ini kononnya ia adalah sandiwara atau konspirasi yang di ada-adakan.
Selain itu, golongan yang tidak patriotik ini juga turut meremehkan nyawa anggota keselamatan kita yang telah terkorban di masa yang sama mereka juga mempersendakan kemampuan pasukan keselamatan kita untuk berdepan dengan tentangan pengganas Sulu.
Jika boleh mereka seperti mahu melihat lebih ramai anggota keselamatan kita mati di tangan musuh supaya bila ia berlaku demikian maka bolehlah dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan seterusnya menghasut khalayak membenci pimpinan negara kelak.
Lagak mereka seperti agen kepada pengganas Sulu walau hakikatnya mereka adalah penyokong pembangkang yang tersepit gara-gara permainan politik pemimpin mereka yang terbukti telah bersekongkol menjemput penceroboh melanggar Sabah.
Mungkin hanya bila ada kenalan atau ahli keluarga rapat mereka yang menjadi mangsa peluru pengganas Sulu barulah agaknya tika itu golongan tidak patriotik ini akan berhenti dari terus memperolokkan apa yang berlaku di bumi Sabah. Busuk benar hati golongan ini.
Pun begitu, mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia tetap tinggi semarak patriotiknya sentiasa mendukung perjuangan para pahlawan kita. Itu satu kebanggaan kerana dengan adanya sokongan padu rakyat ia mampu menyemarakkan lagi semangat juang anggota perajurit kita di medan perang.
Mendepani tiga cabaran besar ini sememangnya menuntut kesabaran dan semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia, doa pengharapan serta dukungan kata-kata semangat perlu diteruskan.
Perkhabaran terbaru menyatakan Jamalul Kiram III telah pun mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak berkuat kuasa 12.30 tengahari 7 Mac 2013. Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh Kerajaan Malaysia.
Perkembangan ini menunjukkan pengganas Sulu di Lahad Datu sedang terdesak selepas di asak teruk dari pelbagai penjuru, hanya perletakkan senjata mereka tanpa syarat sahaja yang memungkinkan krisis ini ditamatkan.
Justeru itu teguhkan keyakinan kita semua dan yakinlah para perajurit kita amat pantang untuk berundur atau beralah, selagi ada hayat dan selagi darah masih mengalir selagi itulah perjuangan mendaulatkan bumi bertuah ini mesti diteruskan.
Isnin, 4 Mac 2013
Anwar Dalang Pencerobohan Sabah Kerana Gilakan Kuasa #LahatDatu
Insiden pencerobohan oleh kira-kira 180 pemberontak Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan dua anggota keselamatan merupakan titik hitam di dalam sejarah Sabah.
Kumpulan penceroboh yang turut terdiri daripada 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar.
Walaupun tiga tempoh masa telah berlalu, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu dan menjadi pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III terus degil sehingga memaksa pihak keselamatan bertindak.
Selain dua anggota komando polis terbunuh, dan tiga cedera, 10 pengikut Sultan Sulu itu juga mati ditembak.
Malangnya dalam keadaan kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk mengelak pertempuran berdarah daripada berlaku serta menyelesaikan kemelut ini secara aman dan diplomatik, pembangkang pula cuba menangguk di air keruh.
Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh UMNO menjadi dalang di dalam insiden tersebut kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada masalah pendatang asing di Sabah.
Malah Tian Chua semakin celupar mulutnya apabila cubamengaitkan insiden Lahad Datu dengan insiden berdarah kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalek, Sauk pada tahun 2000 yang didakwanya didalangi UMNO.
Apabila mereka tidak mampu untuk menjawab dakwaan agensi berita asing bahawa pihak pembangkanglah yang menjadi dalang kepada pencerobohan itu, PKR dengan cepat-cepat menuding jari kepada UMNO tetapi fakta yang menjelas menunjukkan kepada jalan cerita yang berlainan.
Pertama, portal berita Philippine Daily Inquirer melaporkan pihak perisikan Filipina telah mengenalpasti tiga kumpulan yang mendalangi insiden pencerobohan itu yang mana salah satunya adalah pihak pembangkang dari Malaysia.
Portal itu turut melaporkan bahawaseorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang intim dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah.
Portal itu juga memetik sumber risikan kerajaan Filipina yang mengatakan pertemuan berkenaan telah diadakan pada November 2012.
Ekoran daripada perbincangan sulit itu Sultan Sulu Jamalul Kiram III telah mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo.
Siapakah yang telah mewakili pihak pembangkang dan isu apakah yang telah dibincangkan dengan Sultan Sulu hingga menyebabkan kumpulan bersenjata bertindak menceroboh Sabah?
Agensi perisikan Filipina memberi jawapan dengan mengatakan bekas Naib Presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan adalah pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertemuan sulit itu Sultan Muidzullail T. Kiram, salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu.
Sekitar masa yang sama satu pertemuan lain telah diadakandengan Tian Chua diutus oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Nur Misuari, bekas pemimpin MNLF.
Kemungkinan besar kedua-dua perbincangan sulit itulah yang dirujuk oleh laporan portal Philippine Daily Enquirer yang menyatakan pihak pembangkang dari Malaysia memain peranan untuk mengapi-apikan kesultanan Sulu supaya menggunakan kekerasan berhubung isu tuntutannya ke atas Sabah.
Laporan agensi berita Reuters pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang mengatakan kehadiran kumpulan penceroboh itu di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang untuk berbincang mengenai isu tanah.
Dua hari selepas itu, akhbar Manila Times pula mendakwa Anwar sememangnya terbabit sebagai dalang dalam insiden tersebut apabila beliau dikatakan mencadang kepada Sultan Sulu bahawa Sabah akan diberi status autonomi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.
Tidak ada pilihan lain, Anwar terpaksa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
Seperti biasa konco ketatnya, Azmin Ali dengan segera mempertahankan kewibawaan bosnya tetapi alasan yahng diberi amat dangkal sekali.
Amat kelakar sekali dakwaan Azmin yang mengatakan UMNO telah mengguna media Barat untuk memburuk-burukkan pembangkang kerana bukankah selama ini media asing yang memberi gelaran 'darling of the West' kepada Anwar.
Bukankah Anwar dan pembangkang yang sentiasa bercakap kepada media asing di luar negara memburuk-buruk serta memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan.
Bukankah juga Anwar sering mendapat jemputan media asing untuk ditemuranah dan ditonjolkan di kaca televisyen negara luar serta mengambil peluang itu untuk menunjukkan pembangkang ditindas di Malaysia dan kerajaan adalah zalim dan sebagainya?
Kali ini apabila pihak media asing menjalankan penyelidikan rapi dan mendapati Anwar serta pembangkang mendalangi insiden Lahad Datu, mengapa pula melenting dan meracau seperti orang gila?
Hakikatnya semakin hari semakin jelas peranan yang dimainkan oleh Anwar dari belakang tabir untuk memporak-perandakan negara hanya kerana kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Pembangkang sanggup menjadikan Sabah sebagai dadu dalam percaturan politik kotornya demi untuk meraih kuasa.
Anwar kini bermain api yang amat merbahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara tetapi sesiapa yang suka bermain api akan selalu terbakar dirinya sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)



.jpg)

