Hubungan PAS dengan PKR sudah mula gelora. Di Kedah ribut melanda khemah khemah PAS. Di Selangor, sejuknya bilik Exco Kerajaan Negeri Selangor sudah mulai dihirup dan dirasai oleh ADUN PAN.
Bila cakap sudah putus, bermakna sudah tiada hubungan lagi dengan PKR. Namun di Selangor, nampaknya masih ada "hubungan intim" antara PAS dan PKR. Bila hendak betul-betul putus?
Minggu lepas, Dewan Ulama PAS telah meluluskan usul untuk memutuskan 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan usul berkenaan diterima tanpa bahas.
Ia akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang akan bersidang secepat mungkin untuk merungkaikan kekusutan ahli-ahli berkaitan tahaluf berkenaan.
Meskipun usul berkenaan diluluskan oleh Dewan Ulama, namun ia tertakluk kepada keputusan MSU mengikut peruntukan perlembagaan PAS.
Memandangkan 21 PAS Kawasan telah mengusulnya dalam mesyuarat masing-masing selain Dewan Ulama PAS Pusat dan Pemuda PAS, maka tiada masalah bagi MSU untuk menerima keputusan yang dibuat itu.
Apatah lagi boleh dikatakan kebanyakan ahli jawatankuasa MSU sendiri adalah pemimpin PAS yang lantang bersuara mendesak supaya kerjasama dengan PKR itu segerw diputuskan.
Mereka termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Dalam hal ini juga, adalah perlu bagi ahli-ahli PAS mentaati keputusan yang dibuat kepemimpinan berhubung tahaluf siyasi dengan PKR terutama dalam keadaan di mana Pilihan Raya Umum (PRU) semakin dekat maka kesetiaan penuh kepada parti adalah dituntut.
Ia juga selaras dengan pendekatan yang diambil oleh Abdul Hadi yang dengan lantang menolak kerjasama dengan DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).
Abdul Hadi sendiri sebelum ini dalam nada keras menyifatkan dengan menyertai Pakatan Harapan, biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.
Malah kegagalan PKR untuk memberikan sokongan penuh kepada PAS ketika membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, turut menyumbang kepada keputusan untuk memutuskan kerjasama terbabit.
Selain itu, kenyataan pimpinan PKR sendiri yang celupar dan biadap terhadap PAS telah menunjukkan mereka tidak mempunyai sikap setiakawan, justeru apa perlunya PAS bersama mereka meskipun sudah bekerjasama dalam dua pilihan raya lalu.
Gelaran Tok Lebai misalnya oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akar umbi PAS kerana ia dianggap sebagai satu penghinaan kepada presiden mereka.
"Kalau boleh nak putus segera (dengan PKR) kerana dari segi berpolitik, menyinggung lawan adalah benda biasa tapi menyinggung dengan benda penghinaan pada tuan-tuan guru di sekitar kita terutama presiden kami (tidak boleh diterima)," demikian kata Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nik Mat ketika berucap pada Muktamar Dewan Ulama di Kedah, beberapa hari lalu.
Sejauh mana PAS benar benar berani mengotakan usul untuk putus dengan PKR ini? Sudah beberapa hari menang sebagai Naib Presiden PAS pun masih lagi menikmati gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR.
Bila Naib Presiden PAS ini hendak letak jawatan sebagai Exco? Atau menunggu keputusan Majlis Syura Ulama untuk keputusan akhir.
Hubungan PAS dengan PKR ini sudah jatuh hukum haram jika mengikut keputusan muktamar. Jika tidak putus juga dalam minggu ini, bermakna PAS hanya berkokok sahajalah di muktamar. Akhirnya tunduk juga pada PKR dan DAP.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Majlis Syura Ulama Pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Syura Ulama Pas. Papar semua catatan
Selasa, 2 Mei 2017
Ahad, 24 Februari 2013
Ku Li PM Jika PR Menang?
Anwar ditolak oleh Majlis Syura Pas bukan lagi merupakan desas-desus atau khabar angin yang digembar-gemburkan atas nama propaganda politik. Hakikatnya, Majlis Syura Pas kini benar-benar tegas enggan menerima Anwar sebagai Perdana Menteri kerana diselubungi masalah moral, LGBT, liberalisme dan pluralisme.
Penolakan itu diketuai sendiri oleh Hadi Awang, Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan beberapa lagi nama-nama penting dalam Majlis Syura.
Nama Hadi Awang dan Ku Li kemudiannya diumumkan sebagai calon Perdana Menteri.
Namun, Ku Li dilihat mempunyai lebih berpotensi kerana beliau mampu mengekalkan Kelantan, selain mempunyai imej yang lebih bersih dari Anwar. Ku Li juga diterima baik oleh orang Melayu, malah dilihat mampu melonjakkan sokongan Melayu terhadap Pas yang sudah berada di tahap tepu. Selain itu, Ku Li yang telah lama di dalam UMNO juga mempunyai imej lebih terbuka yang mana memudahkan penerimaan kaum bukan Melayu terhadapnya.
Atas faktor ini maka nama Hadi telah terpaksa dibelakangkan buat sementara waktu, terutamanya bagi mengelak sebarang masalah dengan DAP.
Strategi Pas ialah, Ku Li yang telah disahkan akan bertanding atas tiket UMNO di kawasan azalinya, Gua Musang, tidak akan dicabar, sebaliknya dibiarkan menang tanpa bertanding. Setelah menang, Ku Li kemudiannya akan mengumumkan keluar UMNO dan berkempen untuk Pakatan Rakyat sebagai calon PM.
Bagaimanapun, keputusan ini diambil oleh Pas secara sendirian, iaitu tanpa berbincang dengan PKR dan DAP kerana menganggap perbincangan mengenai calon PM dengan kedua-dua sekutu mereka itu sebagai sia-sia berdasarkan pengalaman di mana semua isu yang berbangkit, tidak akan sama sekali memihak kepada Pas. Selama ini juga, keputusan meletakkan Anwar sebagai PM tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui oleh Pas tetapi tetap dikira sebagai keputusan bersama atas dasar demokrasi 2-1.
Nampaknya, Pas sudah mula bangkit dan tidak sanggup lagi dipijak-pijak oleh DAP dan PKR. Majlis Syura melalui suara lantang Dato’ Haron Din, kini berusaha membuktikan bahawa mereka bukanlah sampah atau anjing kurap mahupun kuda tunggangan kepada sesiapa dan Pas tidak akan lagi bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan Melayu dan Islam, terutamanya isu Kalimah Allah.
Keputusan mengenai ‘Perdana Menteri PR’ ini disampaikan kepada Anwar dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din di pihak Pas serta Azmin, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan Anwar sendiri di pihak PKR. Anwar dilaporkan begitu berang, tetapi terpaksa menahan kemarahannya apabila diberitakan bahawa beliau ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Anwar yang tidak dapat menerima penolakan tersebut telah menemui Haron Din secara peribadi di rumah. Bagi mengelak desakan Anwar, Haron Din memberi alasan bahawa perlantikan Ku Li hanyalah bersifat transisi, iaitu sekadar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya sebelum menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.
Namun, pastinya Anwar lebih tahu apakah alasan itu logik atau tidak.
Keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini, bagaimanapun, masih bersifat ‘tergantung’. Ini kerana pihak yang terlibat, iaitu Ku Li sendiri, belum lagi bersuara dan kalaupun beliau bersuara kita belum tahu lagi apakah ia suara hati atau suara politik.
Dengan DAP tidak dilibatkan dalam perbincangan yang membawa kepada keputusan ini, tentulah lebih sukar lagi bagi Majlis Syura untuk memastikan rancangan mereka berjaya.
Apa yang pasti, Anwar benar-benar berang dan kemarahan tersebut telah dihamburkannya tanpa sembunyi-sembunyi lagi di dalam mesyuarat PKR. Dan pastinya, DAP lebih lagi berangnya kerana PAS jelas ‘tidak mendengar kata’.
Ini bukan kali pertama Pas membuat U-Turn ketika bersama Pakatan Rakyat. Pas telah beberapa kali U-turn dalam isu hudud, begitu juga dengan isu-isu arak, judi dan lain-lain. Isu Kalimah Allah ini juga belum pasti merupakan U-turn Pas yang terakhir. Pada tahun 2010, Pas bersuara senada dengan DAP tetapi pada 2012, Pas bermain irama berlainan pula.
Oleh itu, selagi Pas masih berangan untuk ke Putrajaya dan menduduki kuasa, apakah jaminan yang parti itu tidak akan membuat U-turn sekali lagi dan turut menyertai koir DAP menyanyikan lagu Kalimah Allah di dalam Injil demi mencapai cita-citanya?
Jika Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk kembali meletakkan agama mengatasi politik, maka ia adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Tetapi, kita masih tidak faham bagaimana sekumpulan Ulama boleh menggunakan strategi yang licik, tidak ikhlas, malah khianat kepada rakan sekutu sendiri dalam usaha untuk berkuasa.
Seharusnya, para Ulama membawa sikap tulus dalam berpolitik iaitu tanpa tipu helah atau muslihat serta menyatakan kebenaran secara konsisten, tidak kira sama ada sesama sendiri atau di depan rakan sekutu, di depan musuh atau di dalam media.
Lihat saja bagaimana para Ulama ini yang masih enggan mengambil risiko kehilangan peluang untuk menang PRU, maka mereka pun menghantar ‘bola’ ke kaki Ku Li. Tetapi dihalang oleh Anwar dan DAP. Justeru, apakah kesudahannya permainan para Ulama di dalam Majlis Syura ini?
Jelaslah bahawa PR sudah pun kehilangan arah sebelum Pilihanraya. Justeru, bagaimana kita boleh mengharap kepada parti yang kehilangan arah ini, untuk membawa kita ke mana-mana?
Sabtu, 23 Februari 2013
Telenovela ‘Kalimah Allah’: Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan
Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.
Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli Pas sahaja.
Tetapi, Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam Pas sahaja.
Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.
Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli Pas sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli Pas yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.
Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli Pas untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.
Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli Pas”.
Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan Pas akur kepada kehendak DAP.
Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal Pas dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR. Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan Pas kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.
Sedangkan Pas pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.
Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir Pas untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu. Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya. Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.
Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah Pas telah meninggalkan PR. Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup Pas ‘ceraikan’, tetapi Pas tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.
Ahad, 17 Februari 2013
Pakatan Rakyat Atau Majlis Syura, Mana Satu Keutamaan PAS?
Beria-ia benar Pas melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu
membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis
Syura Ulama Pas sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu
terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat
(PR) menang PRU 13.
Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak
campur tangan hal ehwal dalaman Pas khususnya membabitkan Majlis Syura
termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan Pas berada dalam
gabungan rapuh, PR.
Itu respons rasmi Pas terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh
yang bangkit menegaskan bahawa bakal Perdana Menteri (PM) dari PR tetap Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis
Syura Pas hanyalah spekulasi murahan sahaja.
Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama Pas di
mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. Pas sebenarnya sedang tersepit di
antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama Pas, mana satu yang
wajib menjadi keutamaan.
Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk
diputuskan sekiranya Pas memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar
perjuangannya yang asal.
Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya
memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon
rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN). Sepatutnya
tiada sebab untuk Pas membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama Pas juga tidak
layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.
Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis
Syura Ulama Pas malah sesetengah pemimpin Pas yang lain juga kurang bersetuju
dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru
sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk
melihat Presiden Pas, Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai
PM.
Namun demikian, pada siapa Pas mahu menipu, walhal umum mengetahui
status Pas dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan
jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP
yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.
Pas berlakon sehebat mana pun, hakikatnya Pas adalah sebahagian dari PR.
Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada Pas. Ke kanan PR
mengiring, ke kananlah Pas turut sama di badai ombak. Lainlah jika Pas yang
mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini
amat-amat mustahil berlaku.
Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa
bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka
wajiblah Pas patuh dan wala' pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau
tidak, Pas perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.
Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan
keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan Pas
sekalipun selepas itu Pas kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura
Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah
s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.
Itu sudah lebih dari cukup membuktikan Pas kekal sebagai balaci dan
Majlis Syura Ulama Pas pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk
bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong Pas dari menyedari
hakikat kedudukan sebenar Pas dalam PR.
Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan
pemimpin utama PR, pusing mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim
sahaja yang layak.
Baik Harun mahupun Pas sendiri buat apa nak peningkan kepala
marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada
gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik Pas selagi mana Pas kekal dalam PR.
Sekiranya Pas benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis
Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah
lama Pas keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura
Ulamanya.
Ahad, 10 Februari 2013
Sumpah Baiah Punca Nasharudin Tidak Keluar Pas
Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan Pas pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.
Ahli Parlimen Pas Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.
Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama Pas yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.
Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya Pas menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.
Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.
Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden Pas itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.
Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am Pas itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam Pas masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas.
Disebalik itu semua, bekas Timbalan Presiden Pas itu terus kekal dalam Pas. Tindakannya itu tidak sedikit menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam Pas sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?
Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat Pas wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian misalnya dengan bertindak keluar dari Pas, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.
Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat Pas kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin Pas sendiri.
Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan Pas hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi Pas selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah Pas sanggup memperalatkannya.
Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa & mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama Pas dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya.
Selasa, 5 Februari 2013
Kalimah Allah: Harun Taib Tanya Siapa Karpal, Karpal Jawab Apa Itu Majlis Syura?
Beberapa tahun lalu, isu Kalimah Allah dan terjemahan Injil ke Bahasa Melayu telah menjadi panas apabila pihak Kristian mendakwa kerajaan dengan sengaja menahan 30,000 Injil berbahasa Melayu di pelabuhan. Isu ini menggelegak terus ketika demam pilihanraya Sarawak di mana rekod peristiwa waktu itu jelas menunjukkan bagaimana Pas telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dan menghentam kerajaan kerana tidak menghayati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut oleh Islam.
Kenyataan pemimpin Pas di media serta laman-laman web rasmi mereka, termasuk media alternatif pro-pembangkang memaparkan segala-galanya iaitu bahawa Pas tidak ada masalah dengan injil berbahasa Melayu mahupun penggunaan nama Allah di dalamnya kononnya dengan syarat ia tidak disalahguna.
Perkataan ‘tidak disalahgunakan’ bagaimanapun, tidak pernah dijelaskan secara ilmiah dan terperinci termasuk contoh-contoh sebagaimana sepatutnya. Sedangkan, perkataan ini adalah terlalu umum dan mudah disalahtafsir atau disalahgunakan juga.
Justeru, atas kebebalan pemimpin Pas ini, maka Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan untuk ‘mengacah’ umat Islam dalam strateginya untuk memecahbelah dan menyemarakkan api perkauman dengan menimbulkan kembali isu ini dalam perutusan Hari Krismasnya Disember lepas.
Seperti yang dijangka Guan Eng, isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam dan berjaya memecahbelahkan Pas, sekali gus melemahkan Islam itu sendiri apabila Pas berada dalam keadaan tersepit ingin menjaga hati Kristian DAP demi menonjolkan sikap keterbukaan. Pas telah terpaksa menafikan mereka pernah menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain dan Hadi Awang pula secara langsung menuduh isu ini hanyalah ‘mainan politik UMNO’ demi untuk tidak menyinggung DAP.
Maka, kita lihat di dalam media-media sosial, penyokong-penyokong Pas pun tercungap-cungap cuba membela Guan Eng dan di masa yang sama membela putar-belit pemimpin mereka. Akibatnya, ramai di antara penyokong senyap mereka mula meragui ‘keIslaman’ Pas dan yang di atas pagar pula lari dari Pas.
Majlis Syura Pas terpaksa diheret untuk menyelematkan keadaan, dan akhirnya, para ‘Ulama’ Pas bersetuju bahawa apa yang terbaik bagi politik Pas ialah memperkukuhkan imej Islam dengan menentang apa yang diperjuangkan oleh Guan Eng melalui utusan Hari Krismasnya.
Malangnya, tiada siapa pun di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang pedulikan Majlis Syura. Keputusan Majlis Syura hanyalah tertakluk di dalam lingkungan ahli Pas, bukan DAP mahupun PKR atau rakyat yang di luar Pas. Ini bermakna, jika DAP ingin teruskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil, itu adalah hak DAP dan Pas dan Majlis Syuranya tidak berhak menghalang.
Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada Pas, terutama golongan Ulamanya di dalam Majlis Syura. Harun Taib, selaku Ketua Dewan Ulama dan juga Nik Aziz sendiri, yang merupakan Pengerusi Majlis Syura dilihat cuba menonjolkan ketegasan dengan ‘menempelak’ Karpal Singh. Karpal nampaknya telah diberi tugas khas berdepan dengan Pas setiap kali pertelingkahan berkaitan isu agama antara DAP-Pas berlaku.
Harun Taib bertanya, “Siapa Karpal ingin mempersoalkan Majlis Syura?”.
Nik Aziz berkata, “Itu Karpal punya pasal”.
Hadi berkata, “Perkara ini telah selesai, sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Syura”.
Tetapi, Karpal berkata, “ia belum selesai, kerana Majlis Syura tiada kuasa di peringkat Pakatan Rakyat.”
Anwar Ibrahim, selaku Ketua kepada Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib mahupun Lim Guan Eng dan PR keseluruhannya pula berkata, “keputusan terletak di tangan PR Pusat, bukan Majlis Syura mahupun Pas secara bersendirian”.
Lalu, apakah ertinya ini? Apakah PR meminta agar rakyat berfikir dan membuat definisi sendiri berkenaan keputusan PR mengenai isu Kalimah Allah di dalam Injil berbahasa Melayu?Apakah ini contoh cara pemerintahan PR sekiranya parti itu berkuasa? Iaitu masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri dan pilihan sendiri?
Percayalah bahawa isu ini akan berlarutan tanpa penyelesaian seperti juga isu Amanat Hadi yang terus menjadi sekam di dalam masyarakat Islam. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya hidup dalam keadaan tidak tenteram, tidak tahu benar atau salahnya tindakan mereka mengkafirkan sesama Islam, kalaupun tidak dalam keadaan berdosa kerana percaya mereka yang mengucap syahadah itu kafir dan wajar ditentang. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya terbunuh, ditanam tanpa dikafan kerana menentang perlembagaan ‘kafir’, sedangkan beliau sendiri berikrar untuk mempertahankan perlembagaan yang sama.
Bayangkanlah, jika soal hidup mati juga Hadi atau Pas sanggup permainkan, apatah lagi isu akidah, dan kalimah.
Mungkin bagi Pas, isu ini hanyalah sekadar isu ‘kalimah’ iaitu ‘perkataan’, atau ‘nama’, yang tidak membawa apa-apa unsur kerohanian atau kesucian, sepertimana Al-Quran hanyalah sebuah buku bagi puak-puak pluralisme, iaitu tidak ada beza dengan buku-buku lain.
Berpegang kepada pandangan ini, Pas akan terus bersandiwara membawa watak ‘Islam’ dengan melayan Karpal Singh bertekak demi memastikan undi umat Islam kekal di pihaknya.
Setelah undi dapat dipastikan maka, barulah Harun Taib akan bersedia membuat kenyataan yang lebih jelas yang mereka akur kepada DAP. Nik Aziz juga apatah lagi, kerana masih lagi terharu dengan kek harijadi yang dibelikan Karpal untuknya pada Hari Thaipusam yang lalu. Hadi pula, sejak dari awal lagi tidak menyalahkan DAP, tetapi UMNO, maka beliau tentu tiada masalah untuk melutut di kaki Karpal nanti.
Dalam kata lain, sekiranya PR menang dalam PRU ini, maka penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain oleh pihak lain selain Pas adalah dibenarkan, sepertimana yang disahkan oleh Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Ketika itu, kita mungkin boleh mendengar Harun Taib mengomel dan merungut serta penyokong-penyokong Pas pula mungkin bertindak membakar bendera DAP sebagai memastikan imej ‘Islam’ Pas tidak terkubur, namun, itu hanyalah sekadar ‘hiasan’ di dada akhbar semata-mata. Ia tidak akan didengar oleh Anwar dan juga DAP. Malah, silap-silap, akhbar itu akan diharamkan dan Harun Taib akan dipenjarakan kerana menghasut rakyat menentang kerajaan pimpinan Anwar.
Apapun, kita pasti Harun Taib atau mana-mana pemimpin Pas tiada masalah untuk melutut di kaki DAP seperti selalu kerana mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka lebih rela ke neraka daripada ke penjara.
Ahad, 3 Februari 2013
Hadi Perlu Dipecat Dari Majlis Syura
Langkah drastik Pas memecat keanggotaan bekas Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan Pas terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.
Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.
Manakala Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada Pas.
Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.
Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi Pas itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan Pas yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong Pas supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.
Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap Pas itu sendiri.
Namun segalanya sudah terlambat, Pas tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden Pas, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama Pas sengaja menempah keranda sendiri.
Sekarang kalangan ahli dan penyokong Pas tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am Pas yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi Pas itu terkecuali dari tindakan yang sama.
Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli Pas memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama Pas paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.
Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.
Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?
Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama Pas bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Pas.
Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama Pas. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?
Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli Pas pertikaikan, satu hakikat yang pasti Pas kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.
Nashruddin Bukan Lagi Ahli Pas : Majlis Syura Wajar DiBubar
Majlis Syura Ulama Pas pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.
Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama Pas adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin Pas. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.
Pas juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama ‘Islam’ yang ada pada parti Pas. Tanpa Majlis Syura, Islam Pas hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.
Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang ‘mengabaikan’ Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari Pas. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong Pas mencurigai tindakan pemecatan tersebut.
Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan Pas tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.
Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.
Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.
Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?
Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam. Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.
Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.
Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura?
Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna. Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan Pas sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz. Manakala, Pas pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.
Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja?
Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai. Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.
Langgan:
Ulasan (Atom)







