Institut Jantung Negara,
16 Mei 2017.
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Dato' Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.
Pada masa ini Dato' Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung.
48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi.
Awal pagi tadi, Dato Seri Abdul Hadi telah menjalani pembedahan jantung selama 3 jam dilakukan oleh panel doktor yang diketuai oleh:
Dato' Seri Dr Mohd Azhari Yakub - Perunding Kanan dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IJN,
Dato' Sri Dr Jeffrey Jeswant Dillon - Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan Dato' Dr Suhaini Kadiman - Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.
Para doktor merasa gembira dengan prosedur yang berlangsung seperti yang dijangkakan dan setakat ini parameter penting menunjukkan beliau stabil dan (doktor) telah menasihatkan supaya Dato' Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Hj Abdul Hadi Awang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hj Abdul Hadi Awang. Papar semua catatan
Rabu, 17 Mei 2017
Ahad, 24 Februari 2013
Ku Li PM Jika PR Menang?
Anwar ditolak oleh Majlis Syura Pas bukan lagi merupakan desas-desus atau khabar angin yang digembar-gemburkan atas nama propaganda politik. Hakikatnya, Majlis Syura Pas kini benar-benar tegas enggan menerima Anwar sebagai Perdana Menteri kerana diselubungi masalah moral, LGBT, liberalisme dan pluralisme.
Penolakan itu diketuai sendiri oleh Hadi Awang, Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan beberapa lagi nama-nama penting dalam Majlis Syura.
Nama Hadi Awang dan Ku Li kemudiannya diumumkan sebagai calon Perdana Menteri.
Namun, Ku Li dilihat mempunyai lebih berpotensi kerana beliau mampu mengekalkan Kelantan, selain mempunyai imej yang lebih bersih dari Anwar. Ku Li juga diterima baik oleh orang Melayu, malah dilihat mampu melonjakkan sokongan Melayu terhadap Pas yang sudah berada di tahap tepu. Selain itu, Ku Li yang telah lama di dalam UMNO juga mempunyai imej lebih terbuka yang mana memudahkan penerimaan kaum bukan Melayu terhadapnya.
Atas faktor ini maka nama Hadi telah terpaksa dibelakangkan buat sementara waktu, terutamanya bagi mengelak sebarang masalah dengan DAP.
Strategi Pas ialah, Ku Li yang telah disahkan akan bertanding atas tiket UMNO di kawasan azalinya, Gua Musang, tidak akan dicabar, sebaliknya dibiarkan menang tanpa bertanding. Setelah menang, Ku Li kemudiannya akan mengumumkan keluar UMNO dan berkempen untuk Pakatan Rakyat sebagai calon PM.
Bagaimanapun, keputusan ini diambil oleh Pas secara sendirian, iaitu tanpa berbincang dengan PKR dan DAP kerana menganggap perbincangan mengenai calon PM dengan kedua-dua sekutu mereka itu sebagai sia-sia berdasarkan pengalaman di mana semua isu yang berbangkit, tidak akan sama sekali memihak kepada Pas. Selama ini juga, keputusan meletakkan Anwar sebagai PM tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui oleh Pas tetapi tetap dikira sebagai keputusan bersama atas dasar demokrasi 2-1.
Nampaknya, Pas sudah mula bangkit dan tidak sanggup lagi dipijak-pijak oleh DAP dan PKR. Majlis Syura melalui suara lantang Dato’ Haron Din, kini berusaha membuktikan bahawa mereka bukanlah sampah atau anjing kurap mahupun kuda tunggangan kepada sesiapa dan Pas tidak akan lagi bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan Melayu dan Islam, terutamanya isu Kalimah Allah.
Keputusan mengenai ‘Perdana Menteri PR’ ini disampaikan kepada Anwar dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din di pihak Pas serta Azmin, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan Anwar sendiri di pihak PKR. Anwar dilaporkan begitu berang, tetapi terpaksa menahan kemarahannya apabila diberitakan bahawa beliau ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Anwar yang tidak dapat menerima penolakan tersebut telah menemui Haron Din secara peribadi di rumah. Bagi mengelak desakan Anwar, Haron Din memberi alasan bahawa perlantikan Ku Li hanyalah bersifat transisi, iaitu sekadar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya sebelum menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.
Namun, pastinya Anwar lebih tahu apakah alasan itu logik atau tidak.
Keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini, bagaimanapun, masih bersifat ‘tergantung’. Ini kerana pihak yang terlibat, iaitu Ku Li sendiri, belum lagi bersuara dan kalaupun beliau bersuara kita belum tahu lagi apakah ia suara hati atau suara politik.
Dengan DAP tidak dilibatkan dalam perbincangan yang membawa kepada keputusan ini, tentulah lebih sukar lagi bagi Majlis Syura untuk memastikan rancangan mereka berjaya.
Apa yang pasti, Anwar benar-benar berang dan kemarahan tersebut telah dihamburkannya tanpa sembunyi-sembunyi lagi di dalam mesyuarat PKR. Dan pastinya, DAP lebih lagi berangnya kerana PAS jelas ‘tidak mendengar kata’.
Ini bukan kali pertama Pas membuat U-Turn ketika bersama Pakatan Rakyat. Pas telah beberapa kali U-turn dalam isu hudud, begitu juga dengan isu-isu arak, judi dan lain-lain. Isu Kalimah Allah ini juga belum pasti merupakan U-turn Pas yang terakhir. Pada tahun 2010, Pas bersuara senada dengan DAP tetapi pada 2012, Pas bermain irama berlainan pula.
Oleh itu, selagi Pas masih berangan untuk ke Putrajaya dan menduduki kuasa, apakah jaminan yang parti itu tidak akan membuat U-turn sekali lagi dan turut menyertai koir DAP menyanyikan lagu Kalimah Allah di dalam Injil demi mencapai cita-citanya?
Jika Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk kembali meletakkan agama mengatasi politik, maka ia adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Tetapi, kita masih tidak faham bagaimana sekumpulan Ulama boleh menggunakan strategi yang licik, tidak ikhlas, malah khianat kepada rakan sekutu sendiri dalam usaha untuk berkuasa.
Seharusnya, para Ulama membawa sikap tulus dalam berpolitik iaitu tanpa tipu helah atau muslihat serta menyatakan kebenaran secara konsisten, tidak kira sama ada sesama sendiri atau di depan rakan sekutu, di depan musuh atau di dalam media.
Lihat saja bagaimana para Ulama ini yang masih enggan mengambil risiko kehilangan peluang untuk menang PRU, maka mereka pun menghantar ‘bola’ ke kaki Ku Li. Tetapi dihalang oleh Anwar dan DAP. Justeru, apakah kesudahannya permainan para Ulama di dalam Majlis Syura ini?
Jelaslah bahawa PR sudah pun kehilangan arah sebelum Pilihanraya. Justeru, bagaimana kita boleh mengharap kepada parti yang kehilangan arah ini, untuk membawa kita ke mana-mana?
Selasa, 19 Februari 2013
Hadi, Nik Aziz Tak Guna! - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.
Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.
PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.
Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar apabila PAS sering mengkritik perbuatan beliau.
Jadi, Anwar sedar bahawa beliau perlu menolak PAS ke belakang, memastikan bahawa penduduk Sabah percaya bahawa PAS tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Pakatan Rakyat. Anwar perlu meyakinkan penduduk Sabah bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah simbol semata-mata dan mereka tidak tahu apa-apa tentang kalimah Allah.
Kami setuju dengan Anwar bahawa Hadi dan Nik Aziz tidak tahu akan Islam dan hampir segalanya. Bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau adalah lebih 'Islam' berbanding kedua-dua pemimpin PAS tersebut adalah 'lawak'.
Jika Nik Aziz dan Hadi Awang benar-benar tahu tentang Islam, mereka tidak akan bermain politik - memecah-belah umat Islam dan membantu musuh-musuh Islam. dan jika Anwar adalah lebih baik berbanding mereka, Anwar tidak akan mengadakan hubungan sulit sesuka hati beliau. Dan yang penting, Anwar tidak akan mengakui bahawa Wolfowitz, salah seorang individu yang memecah-belahkan umat Islam, sebagai sahabat baik beliau.
Persoalannya di sini, apakah agaknya reaksi Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap perkara ini? Mungkin mereka akan menidakkan video ini dan berkata bahawa video ini telah di-edit.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan di mana penyokong-penyokong akan mempertahankan Anwar dan menuduh UMNO.
Dari situ, Anwar percaya bahawa beliau boleh berkata apa sahaja terhadap pemimpin-pemimpin PAS, kerana beliau percaya bahawa,"Pemimpin-pemimpin PAS tidak guna, dan jika anda berada dalam Pakatan Rakyat, anda boleh katakan apa sahaja tentang mereka, termasuklah yang yang berkaitan dengan Islam, mereka tidak kisah. Pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah jika mereka dilayan seperti sampah, mereka tidak akan melawan, kerana mereka tidak tahu apa-apa dan tidak ada nilai!"
Jika Anwar salah, mengapa kita masih tidak menerima sebarang respon dari Tok Guru dan Tuan Guru?
Ahad, 17 Februari 2013
Pakatan Rakyat Atau Majlis Syura, Mana Satu Keutamaan PAS?
Beria-ia benar Pas melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu
membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis
Syura Ulama Pas sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu
terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat
(PR) menang PRU 13.
Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak
campur tangan hal ehwal dalaman Pas khususnya membabitkan Majlis Syura
termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan Pas berada dalam
gabungan rapuh, PR.
Itu respons rasmi Pas terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh
yang bangkit menegaskan bahawa bakal Perdana Menteri (PM) dari PR tetap Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis
Syura Pas hanyalah spekulasi murahan sahaja.
Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama Pas di
mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. Pas sebenarnya sedang tersepit di
antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama Pas, mana satu yang
wajib menjadi keutamaan.
Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk
diputuskan sekiranya Pas memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar
perjuangannya yang asal.
Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya
memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon
rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN). Sepatutnya
tiada sebab untuk Pas membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama Pas juga tidak
layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.
Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis
Syura Ulama Pas malah sesetengah pemimpin Pas yang lain juga kurang bersetuju
dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru
sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk
melihat Presiden Pas, Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai
PM.
Namun demikian, pada siapa Pas mahu menipu, walhal umum mengetahui
status Pas dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan
jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP
yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.
Pas berlakon sehebat mana pun, hakikatnya Pas adalah sebahagian dari PR.
Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada Pas. Ke kanan PR
mengiring, ke kananlah Pas turut sama di badai ombak. Lainlah jika Pas yang
mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini
amat-amat mustahil berlaku.
Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa
bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka
wajiblah Pas patuh dan wala' pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau
tidak, Pas perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.
Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan
keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan Pas
sekalipun selepas itu Pas kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura
Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah
s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.
Itu sudah lebih dari cukup membuktikan Pas kekal sebagai balaci dan
Majlis Syura Ulama Pas pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk
bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong Pas dari menyedari
hakikat kedudukan sebenar Pas dalam PR.
Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan
pemimpin utama PR, pusing mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim
sahaja yang layak.
Baik Harun mahupun Pas sendiri buat apa nak peningkan kepala
marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada
gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik Pas selagi mana Pas kekal dalam PR.
Sekiranya Pas benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis
Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah
lama Pas keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura
Ulamanya.
Langgan:
Ulasan (Atom)



