Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.
Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.
Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.
Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.
Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.
Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.
Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.
Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.
Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.
Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!
Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.
Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.
Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.
Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.
Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.
Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.
Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.
Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.
Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.
Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.
Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.
Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU-13 nanti.
Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.
Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.
Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Dato’ Seri Azizan Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dato’ Seri Azizan Razak. Papar semua catatan
Isnin, 25 Februari 2013
Pas Kedah Bergolak, BN Bakal Terajui Semula Negeri
Ahad, 24 Februari 2013
MB Kedah : Mahfudz Dalang Desak Azizan Undur
Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah. Mahfudz difahamkan ‘berkongsi’ dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri sekali gus.
Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul. Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur. Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah. Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.
Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai ‘peluang’ bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik. Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah ‘serik’ dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.
Apa yang menariknya dalam krisis Pas Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.
Malah, Pas membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.
Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi Pas. Yang menjadi masalah bagi Pas dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang ‘mesra’ UMNO/BN.
Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak Pas di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO. Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok. Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot. Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Osman Aroff. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.
Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati Pas Kedah.
Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh Pas dan disindir agar menyertai UMNO saja. Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.
Hakikatnya, kesebelas DUN Pas yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan negeri Kedah yang telah hancur. Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej Pas tulin, itu saja.
Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.
Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu. Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.
Mahfudz pula, mengeja perkataan ‘ekonomi’ pun belum tentu lagi mampu. Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri. Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.
Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu. Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur. Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.
Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah Pas, tak kira siapapun Menteri Besarnya. Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja.
Khamis, 21 Februari 2013
Kedah Sudah Hancur, PAS Sibuk Merebut Jawatan MB
Melihat dari keterdesakan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak sehingga mengugut kerajaan pusat agar memberikannya RM100 juta supaya menghentikan pembalakan tidak terkawal, kita dapat mengagak bahawa Kedah, pada hakikatnya telah hancur.
Sejak Pas menerajui Kedah, satu-satunya hasil yang mampu difikirkan oleh kepimpinan negeri tersebut adalah melalui balak yang meningkat secara drastik dari tahun ke setahun. Kini, hutan sudah hampir gondol dan balak juga sudah hampir pupus.
Satu lagi punca pergantungan Pas dari segi kewangan ialah Kulim Hi-Tech Park, iaitu taman teknologi tinggi bertaraf dunia yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dan berjaya membawa masuk sehingga RM24 billion pelaburan langsung asing sehingga tahun 2007.
Sejumlah RM10 billion lagi pelaburan langsung asing yang masuk pada tahun 2008 – 2011 iaitu setelah Pas mengambil alih Kedah, adalah lanjutan hasil usaha menarik pelaburan yang dilakukan oleh pengurusan terdahulu di bawah kerajaaan BN. Dan pada 2012, pelaburan langsung asing yang masuk ke Kedah hanyalah RM373.3 juta iaitu jatuh ke tangga ke 11 dari tangga ke 5 pada 2007 berbanding negeri lain.
Secara dasarnya, hanya dua projek inilah yang menjadi punca pendapatan Pas Kedah.
Bagi tahun ini, Kedah telah mensasarkan hasil sebanyak RM640 juta, termasuk dengan angan-angan menjual air mentah kepada Pulau Pinang. Namun, memandangkan negeri itu sudah buntu dalam mencari punca pendapatan, maka pastinya mustahil bagi Kedah untuk mencapai jumlah hasil seperti yang disasarkan.
Lebih-lebih lagi, apabila di masa yang sama, hutang negeri semakin meningkat sehingga 50% di bawah pemerintahan Pas. Setakat Disember 2011 sahaja, hutang awam Kedah berjumlah RM2.6 billion, hutang kampus induk KUIN ialah RM330 juta.
Nampaknya, jika dicongak secara umum, nampaknya, pendapatan dari pelaburan langsung asing hanya mampu membayar hutang KUIN sahaja.
Walaupun keadaan sudah terlalu genting atau nazak, kepimpinan Pas Kedah nampaknya masih di dalam keadaan ‘penafian’. Malah Azizan tidak segan silu mempertahankan pembalakan haramnya sebagai persediaan untuk ladang rakyat.
Alasannya, beliau tahu apa yang dilakukannya kerana beliau adalah anak petani.
Mengambil hujah Azizan sendiri, maka sahlah bahawa Azizan hanya layak menjadi petani, bukan Menteri Besar. Dan sahlah juga bahawa Dato’ Seri Najib sebagai anak Perdana Menteri tentulah lebih lagi layak sebagai Perdana Menteri.
Lebih malang bagi Kedah kerana bukan sahaja Menteri Besarnya tidak tahu apa-apa tetapi para pegawai kerajaan dan juga ahli politik parti memerintah juga sama saja.
Exco Kedah, si Phahrolrazi yang pernah mencabar Azizan secara terbuka, sekali lagi mengulangi sikap biadapnya dengan mencaci Azizan di media. Beliau menggelar Azizan dengan panggilan-panggilan yang hina termasuk ‘tiga silinder’ atau lembab. Semua rakyat Kedah tahu kisah Phahrolrazi gila kuasa dan bencikan Azizan sehingga tidak tertahan-tahan lagi. Malah, menurut mereka, jangankan Phahrolrazi, isterinya lebih lagi kaduknya sehingga mengalahkan Toh Puan Seri, isteri Azizan sendiri.
Tidak cukup dengan kegilaan Phahrolrazi, si Mahfudz tak lulus SRP juga turut berusaha merebut jawatan Menteri Besar. Walaupun ceramahnya begitu hambar termasuk di tempatnya sendiri, namun Mahfudz yang syok sendiri ini, membayangkan hadirin yang ramai sekali gus merasa yakin sendiri.
Maka ketiga-tiga pemimpin Pas ini pun sibuklah mengatur strategi, merancang taktik untuk menggapai mimpi menerajui negeri.
Dalam kesibukan itu, tiada seorang pun dari mereka, ataupun parti Pas, atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menunjukkan prihatin terhadap kedudukan kewangan Kedah yang begitu kronik. Semuanya mengambil sikap seolah-olah soal pendapatan dan hutang negeri merupakan masalah kecil, yang akan selesai sendiri.
Hakikatnya, jalan-jalan di Kedah tidak diselenggara. Pusat-pusat pelancongan kotor dan usang dengan kualiti perkhidmatan yang jauh terlalu amat rendah kerana dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman. Kebersihan restoran, tandas awam, landskap dan sebagainya diabaikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Anak-anak syarikat kerajaan negeri pula terus menjana kerugian akibat ketidaktelusan dan ketidakcekapan para pegawainya. Kontraktor-kontraktor berlesen dan berpengalaman gigit jari. Hanya peniaga pusat hiburan karaoke sahaja yang senyum sehingga menampakkan gigi.
Pendek kata, Kedah kini bagaikan sebuah negeri tanpa kerajaan. Mana-mana pegawai kerajaan atau ahli politik Pas yang cukup licik boleh saja menggunakan nama Menteri Besar dan mengaut sebanyak mana wang yang diinginkan.
Sedarkah rakyat Kedah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat langsung tidak pedulikan nasib mereka mahupun negeri itu? Sedarkah rakyat Kedah bahawa yang benar-benar bimbang, prihatin dan risaukan nasib mereka adalah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional?
Jumaat, 15 Februari 2013
Selepas Balak Licin, Mana Lagi Azizan Nak Tala?
Tidak ada apa yang mampu dilakukan selain menggeleng-gelengkan kepala melihat bagaimana kerajaan Pas Kedah memusnahkan negerinya sendiri.
Oleh itu, tidak hairan ramai yang mengesyaki bahawa Pas Kedah sememangnya tidak berniat atau tidak mengharapkan akan diberi mandate untuk mentadbir Kedah lebih dari sepenggal.
Mungkin kerana itulah dalam masa hampir 5 tahun ini, Pas Kedah telah mengaut sebanyak mungkin keuntungan dengan merebut serta mencipta apa saja peluang untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni masing-masing.
Bukit-bukit gondol akibat pembalakan tidak terkawal menjadi bukti bahawa Pas tidak pernah melihat ke hadapan, tetapi sekadar memikirkan keadaan semasa iaitu dalam masa sepenggal pemerintahan sahaja. Bagi Pas, apa yang berlaku selepas penggal ini bukan lagi masalah Pas, tetapi BN kerana apa yang penting, semua pemimpin dan kroni mereka telah pun kaya.
Mungkin, sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh exco-exco dan pegawai-pegawai di dalam pentadbiran negeri dan syarikat milik kerajaan negeri Kedah.
Tetapi, apa yang difikirkan oleh pemimpin tertinggi Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak mungkin berbeza. Kerana itu, Azizan nampaknya masih berminat untuk bertanding dan masih menunjukkan keinginan untuk menang dan terus memegang jawatannya. Beliau yang terkenal sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa nampaknya masih tidak sedar yang negerinya sedang musnah.
Sehingga ke hari ini, Azizan terus percaya kepada Rektor KUIN bahawa keadaan di KUIN adalah terkawal dan KUIN tidak punya masalah besar. Azizan juga percaya kepada Sanusi, Setiausaha Sulitnya, bahawa pembalakan di Kedah boleh dijustifikasi dan segala kritikan hanyalah mainan politik musuh sahaja. Dan Azizan juga percaya yang Phahrolrazi akan dapat memaksa Pulau Pinang membayar caj bekalan air seperti yang diumumkan dalam Bajet Kedah tempoh hari.
Malah, Azizan yakin Sobri, Presiden Kulim Hi-Tech Park mampu membawa masuk pelaburan asing tambahan ke Taman Teknologi tersebut tanpa sokongan dan bantuannya, sebagai Menteri Besar. Begitu juga dengan Bina Darul Aman mampu melaksanakan projek dengan baik serta telus. Bagi Azizan juga, segala kerugian dari projek Papua New Guinea, Langkawi, Aquakultur dan semua projek kerajaan negeri hanyalah masalah kecil dan tidak akan menjejaskan pentadbirannya.
Dengan bergantung seratus-peratus kepada laporan dari ‘orang-orang yang terpilih’ Azizan terus percaya kepada apa yang ingin dipercayainya sehinggakan dalam masa sepenggal ini, beliau langsung tidak pernah mengambil langkah untuk melawat atau meneliti sendiri segala permasalahan yang timbul. Biar riuh rendah orang bercakap tentang pembalakan Kedah, biar berjuta orang menunjuk perasaan, Azizan tidak teringin pun untuk melihat sendiri bukit-bukit yang gondol dan air tadahan yang tercemar.
Azizan tidak tahu bahawa sekiranya beliau masih terus memegang jawatan di penggal hadapan maka ketika itu barulah beliau akan sedar bahawa Kedah sudah tidak ada apa-apa lagi untuk ditadbir.
Azizan juga tidak tahu bahawa setelah segala exco, pegawai dan kroni mereka kenyang, Azizan akan dipertanggungjawabkan atas kerakusan mereka. Di waktu itu, mahu tidak mahu, Azizan wajib memikul tanggungjawab tersebut sebagai pemimpin tertinggi negeri kerana telah tidak mengambil tindakan untuk menghentikan segala kemusnahan, sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Di harap rakyat Kedah mula membuka mata dan bangkit melihat apa yang berlaku di keliling mereka. Sedangkan, satu-satunya sumber kewangan yang mampu difikirkan oleh kerajaan Pas Kedah adalah melalui pembalakan. Memandangkan semua hutan termasuk Hutan Simpan Kekal juga telah gondol dikerjakan dalam masa sepenggal sahaja, maka bagaimana lagi Azizan boleh menjana pendapatan pada penggal depan?
Balak bukannya boleh tumbuh dalam masa sebulan dua dan jika benar semua hutan itu akan diganti dengan ladang rakyat, ia juga bukan boleh menjana pendapatan dalam sekelip mata. Lebih dari itu, yakinkah kita bahawa ladang rakyat itu akan berjaya? Apakah wujud kertas-kerja yang berwibawa untuk memperlihatkan yang projek ladang rakyat itu benar-benar berbaloi berbanding balak yang ditebang, hutan yang dimusnahkan dan bencana yang mungkin diakibatkannya?
Sudah sampai masanya rakyat Kedah belajar memahami pentingnya memilih parti yang berkelayakan untuk memerintah dan bukannya parti yang hanya tahu berslogan.
Hari ini, kita telah melihat bukit-bukau termasuk hutan simpan kekal musnah. Esok, selepas semuanya licin, tidak mustahil kerajaan negeri akan mula menjual tanah kepada tauke-tauke Cina pula, termasuk dari Singapura, sepertimana yang berlaku di Kelantan selama ini.
Langgan:
Ulasan (Atom)



