Nuffnang

Rabu, 15 Januari 2014

Blogger @omakkau Jolok Sarang Tebuan

Fitnah merupakan makanan asasi Pakatan Rosak (PR) yang disuap ke mulut pengikutnya saban hari. 'Tiada hari tanpa Fitnah' merupakan slogan yang ditanamkan kepada setiap tentera maya.

Terbaharu, seorang pemimpin UMNO telah difitnah oleh blogger omakkau yang menyatakan bahawa individu yang didedahkan gambarnya merupakan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor yang telah menumbuk YB P Kamalanathan.

Berikut merupakan pautan kepada laman blog tersebut : http://omakkau.blogspot.com/2014/01/inilah-wajah-orang-kuat-pemuda-umno.html?m=1

Individu yang didedahkan gambarnya itu bukanlah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor, apatahlagi sebagai pemimpin di Bahagian tersebut.

Beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian di salah sebuah Bahagian di selatan negeri Selangor. Siapa beliau... PP akan maklumkan di artikel akan datang.

Kepada blogger Omak Kau... Bersedialah untuk menyedari bahawa langit itu tinggi atau rendah.

Tiada ulasan: