Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Hulu Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hulu Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 16 Januari 2014

Blogger @omakkau Bakal Disaman


Kisah kelancangan blogger pro Pakatan Rosak (PR), Omak Kau, bakal menemui noktahnya. Fitnah yang disebarkan bakal memakan diri.

Petang tadi individu yang difitnah dan didedahkan gambarnya sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Hulu Selangor telah membuat laporan Polis akan artikel yang telah disiarkan di blog Omak Kau.


Dalam masa yang sama individu yang berjawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu juga sedang dalam proses mengemukakan saman terhadap Omak Kau.

Ini bukan main-main. Ini betul-betul.

Rabu, 15 Januari 2014

Blogger @omakkau Semakin Biul

Setelah mengeluarkan artikel fitnah terhadap salah seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang didakwa sebagai ahli Pemuda UMNO Hulu Selangor pagi tadi, blogger Omak Kau telah membuat artikel baru sebentar tadi dengan mendakwa gambar yang baru dipaparkan merupakan wajah sebenar Setiausaha Pemuda Hulu Selangor.

Manakala artikel disebelah pagi telahpun dipadam. 


Ini menunjukkan bahawa blogger pro Pakatan Rosak ini telah kecut perut apabila tembelangnya telah pecah akibat tindakan terburu-buru sehingga mengakibatkan tuan punya badan yang difitnah sedang bersiap-siap untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger yang baru keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah ini.

Sebagai peringatan terakhir, hentikanlah kerja fitnah memfitnah ni. Hidup kita ni pun bukannya lama sangat.

Blogger @omakkau Jolok Sarang Tebuan

Fitnah merupakan makanan asasi Pakatan Rosak (PR) yang disuap ke mulut pengikutnya saban hari. 'Tiada hari tanpa Fitnah' merupakan slogan yang ditanamkan kepada setiap tentera maya.

Terbaharu, seorang pemimpin UMNO telah difitnah oleh blogger omakkau yang menyatakan bahawa individu yang didedahkan gambarnya merupakan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor yang telah menumbuk YB P Kamalanathan.

Berikut merupakan pautan kepada laman blog tersebut : http://omakkau.blogspot.com/2014/01/inilah-wajah-orang-kuat-pemuda-umno.html?m=1

Individu yang didedahkan gambarnya itu bukanlah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor, apatahlagi sebagai pemimpin di Bahagian tersebut.

Beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian di salah sebuah Bahagian di selatan negeri Selangor. Siapa beliau... PP akan maklumkan di artikel akan datang.

Kepada blogger Omak Kau... Bersedialah untuk menyedari bahawa langit itu tinggi atau rendah.