Nuffnang

Rabu, 24 April 2013

Sudah Ada Yang Bermain Dengan Api

Foto : Khairul Azran Hussein
Kena Bom Lagi!!!

Ternyata perang Pilihanraya Umum Ke-13 telah bermula. Pada jam 10.00 malam tadi lokasi ceramah di Nibong Tebal Pulau Pinang dilempar bom sehingga mengakibatkan seorang mengalami kecederaan.

Awal pagi ini pula, Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN), Parit 9, Sungai Leman di Sekinchan dilempar bom api pada jam 4.00 pagi.

Berikut adalah laopran dari Utusan Online.


SUNGAI BESAR 24 April - Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman di sini nyaris hangus dijilat api setelah dilempar bom petrol dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk kampung yang kemudiannya bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP) setelah melihat api mula menyambar kain rentang BN.
Pengerusi JKKKP Parit 9, Sungai Leman, Zulkefli Hassan berkata, kebakaran itu berjaya dipadam oleh para petugas parti sekali gus dapat menyelamatkan bilik gerakan itu daripada hangus.
Premis tersebut merupakan sebuah balai raya yang berusia lebih 30 tahun itu.
Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekinchan awal pagi ini.


PP : Jangan suka bermain api, kelak membakar diri. Api : kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melampauu ! semakin melampauu !!

Tanpa Nama berkata...

Sebab ramai bekas polis kata Kesalahan semasa Piliharaya kes selalu NFA kes tutup NO CASE..so ini yg buat meka semakin berani..Do Pilis dan Peguam Negara jgn tidor..