Nuffnang

Rabu, 2 Januari 2013

Sambutan Tahun Baru Diteruskan Walaupun Tanpa Kebenaran

Sambutan Tahun Baru 2013 dan Program Jelajah Skuad Sukarelawan 1Malaysia (1M4U) oleh Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kuala Langat diteruskan walaupun tidak mendapat kebenaran Majlis Daerah Kuala Langat. Perkara itu dijelaskan oleh Pengerusi MAYC, Rozana Kamaruzzaman yang memberitahu, permohonan awal pihaknya mengadakan sambutan di AIM Point Sungai Emas Banting ditolak atas alas an tiada permit hiburan. “YDP MDKL (Mohd Azhar Mohamed Ali) memaklumkan bahawa penganjur tiada permit hiburan untuk mengadakan persembahan hiburan. Biarpun kami bersetuju membatalkan persembahan dari artis jemputan beliau tetap berkeras untuk menghalang program yang kami rancangkan ini kerana telah menerima aduan dan desakan dari Ahli Majlis,” katanya. Beliau memberitahu, pada peringkat awal program tersebut menjemput beberapa artis seperti G-Mie Screen dan Yantzen untuk memeriahkan sambutan bersama-sama penduduk sekitar daerah Kuala Langat. Tambahnya: “YDP MDKL memaklumkan bahawa penganjur tiada permit hiburan untuk mengadakan persembahan hiburan. Biarpun kami bersetuju membatalkan persembahan dari artis jemputan beliau tetap berkeras untuk menghalang program yang kami rancangkan ini kerana telah menerima aduan dan desakan dari Ahli Majlis”. Program yang dianjurkan oleh MAYC Kuala Langat dan mendapat kerjasama penuh dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri KDN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Rakan Cop dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). Antara acara yang dilangsungkan adalah pertandingan akhir Senamrobik Malam, Tarian Sewang, Silambam dan Autoshow selain menanti detik jam 12
tengah malam.

Tiada ulasan: