Nuffnang

Rabu, 9 Januari 2013

Selangor Abaikan Anak Muda

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor yang diteraju Pakatan Rakyat (PR) didakwa meminggirkan anak muda dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga menyebabkan golongan ini terpinggir dan ketinggalan.

Antara aduan yang sering diterima oleh Sekretariat Anak Muda Selangor (Serang) adalah berkaitan isu perumahan, peluang pekerajaan, pembangunan belia dan peluang perniagaan.

Sehubungan itu Pengerusi Serang, Budiman Mohd Zohdi berkata, pihaknya akan mendampingi anak-anak muda negeri ini supaya lebih dekat kepada Barisan Nasional (BN).

“Pemimpin muda di negeri Selangor berpeluang untuk memperjelaskan agenda Barisan Nasional (BN) Selangor dan peranan anak muda kepada negara bagi mewujudkan semangat muhibbah yang bersatu padu yakni menjadi teras kepada kemakmuran ekonomi, politik dan kegemilangan negeri Selangor,” katanya pada pelancaran Kembara Anak Muda Sayangi Selangor.

Beliau menjelaskan: “Kembara ini bertujuan membentuk jaringan di antara pemimpin muda dan anak muda di negeri Selangor bagi merealisasikan agenda ’Sayangi Selangor, Yakini BN’ berteraskan semangat 1Malaysia”.

Budiman menambah, aduan anak-anak muda terbabit diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional Selangor (Pakar) yang berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang tidak menitikberatkan golongan ini dalam pentadbiran.

Katanya, program kembara tersebut akan menjelajah seluruh pelusuk negeri setiap hari Jumaat bermula jam 9 malam sehingga Pilihanraya Umum ke-13.

Kembara ini mendapat kerjasama Patriot Selangor, Majlis Belia Selangor, Graduan Muda Selangor, Pemuda Umno, Pemuda BN dan Puteri Umno Selangor.

Destinasi pertama kembara adalah di tempat letak kereta Jalan Suasa di Banting pada 11 Januari ini.

Tiada ulasan: