Nuffnang

Khamis, 16 Januari 2014

Blogger @omakkau Bakal Disaman


Kisah kelancangan blogger pro Pakatan Rosak (PR), Omak Kau, bakal menemui noktahnya. Fitnah yang disebarkan bakal memakan diri.

Petang tadi individu yang difitnah dan didedahkan gambarnya sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Hulu Selangor telah membuat laporan Polis akan artikel yang telah disiarkan di blog Omak Kau.


Dalam masa yang sama individu yang berjawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu juga sedang dalam proses mengemukakan saman terhadap Omak Kau.

Ini bukan main-main. Ini betul-betul.

@Keadilan_Daily Mencari #Keldai Baharu


Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang giat mencari tenaga penggerak baharu yang terdiri dari Wartawan dan Pereka Grafik dalam misi mengembangkan lagi operasi Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan.

Pengembangan operasi ini dipercayai telah mendapat 'lampu hijau' dari Ketua Umum PKR. Beliau juga dipercayai telah menurunkan peruntukan yang cukup besar kepada operasi media menjelang Pilihanraya Umum ke 14.


Sehubungan dengan itu kepada para pembaca blog PP ini yang berhasrat untuk menjadi 'Keldai' baharu kepada AnWar Ibrahim, silakanlah hubungi nombor yang tertera di atas dan memohon jawatan yang ditawarkan.

Rabu, 15 Januari 2014

Blogger @omakkau Semakin Biul

Setelah mengeluarkan artikel fitnah terhadap salah seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang didakwa sebagai ahli Pemuda UMNO Hulu Selangor pagi tadi, blogger Omak Kau telah membuat artikel baru sebentar tadi dengan mendakwa gambar yang baru dipaparkan merupakan wajah sebenar Setiausaha Pemuda Hulu Selangor.

Manakala artikel disebelah pagi telahpun dipadam. 


Ini menunjukkan bahawa blogger pro Pakatan Rosak ini telah kecut perut apabila tembelangnya telah pecah akibat tindakan terburu-buru sehingga mengakibatkan tuan punya badan yang difitnah sedang bersiap-siap untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger yang baru keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah ini.

Sebagai peringatan terakhir, hentikanlah kerja fitnah memfitnah ni. Hidup kita ni pun bukannya lama sangat.

Blogger @omakkau Jolok Sarang Tebuan

Fitnah merupakan makanan asasi Pakatan Rosak (PR) yang disuap ke mulut pengikutnya saban hari. 'Tiada hari tanpa Fitnah' merupakan slogan yang ditanamkan kepada setiap tentera maya.

Terbaharu, seorang pemimpin UMNO telah difitnah oleh blogger omakkau yang menyatakan bahawa individu yang didedahkan gambarnya merupakan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor yang telah menumbuk YB P Kamalanathan.

Berikut merupakan pautan kepada laman blog tersebut : http://omakkau.blogspot.com/2014/01/inilah-wajah-orang-kuat-pemuda-umno.html?m=1

Individu yang didedahkan gambarnya itu bukanlah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor, apatahlagi sebagai pemimpin di Bahagian tersebut.

Beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian di salah sebuah Bahagian di selatan negeri Selangor. Siapa beliau... PP akan maklumkan di artikel akan datang.

Kepada blogger Omak Kau... Bersedialah untuk menyedari bahawa langit itu tinggi atau rendah.

Selasa, 3 September 2013

Tanda Putera

Syukur...

Filem 'Tanda Putera' arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba telah mula ditayangkan bermula 29 Ogos lalu. Kepada yang telah menonton filem tersebut, tahniah diucapkan. Kepada yang belum menonton, silalah menonton dengan mata dan hati terbuka.

PP bersyukur telah dapat menonton filem 'Tanda Putera' sebanyak 2 kali sebelum kelulusan diberikan oleh kerajaan untuk tayangan kepada umum. Suka PP menyatakan bahawa filem ini jatuh hukum 'Wajib Tonton' terutamanya kepada ummat Melayu.

Namun begitu sebelum menonton filem 'Tanda Putera' mari kita tonton filem '1957 : Hati Malaya'. 'Tanda Putera' boleh dikatakan berkesinambungan dari filem '1957 : Hati Malaya'

Di bawah ini PP pautkan filem '1957 : Hati Malaya' untuk tontonan bersama.