Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim. Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR. Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya. Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful. Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T. Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam? Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam."Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat".Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya. Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan." Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan. Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah S.W.T akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun. Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul. Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah S.W.T. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah. Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya. Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Saiful Bukhari Azlan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saiful Bukhari Azlan. Papar semua catatan
Isnin, 18 Mac 2013
Menanti Anwar Melakukan Sumpah Laknat
Isnin, 11 Mac 2013
Kisah Seorang Bapak Yang Tiba-Tiba Tidak Percaya Sumpah Laknat Anaknya Sendiri...
Selepas mahkamah memutuskan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Saiful kerana masalah teknikal pada Januari 2011, Azlan Lazim (ayah Saiful) datang berjumpa seorang pemimpin UMNO dan menyatakan kekesalan beliau terhadap keputusan Mahkamah.
Pada pertemuan itu beliau menyatakan tentang masa depan dia dan anaknya berikutan keputusan itu. Beliau mengadu tidak ada kerja dan tidak ada wang. Beliau meminta seorang pemimpin Umno itu dapatkan RM5 juta untuknya.
Dalam tempoh itu sehinggalah ke penghujung tahun 2012 Azlan berjumpa ramai pemimpin UMNO untuk mendapatkan RM5 juta. Namun beliau gagal sehinggalah beliau ada mengeluarkan ungkapan akan pergi kepada Anwar jika tuntutannya tidak dipenuhi....! Ugutan itu tidak dipedulikan oleh orang-orang Umno....
Perkara berkenaan sampai ke pengetahuan Johari Abdul wakil rakyat PKR. Bermula saat itu dia mula mencari jalan bagaimana boleh berjumpa ayah Saiful. Akhirnya dia berjaya....
Perkara berkenaan dibawa ke pengetahuan Azmin Ali. Peringkat awal mereka membiarkan dulu dengan niat untuk menguji sejauh mana kebenaran atau keikhlasan Azlan.
Dalam tempoh ujian tersebut mereka meminta Azlan menghubungi mana-mana orang UMNO yang beliau pernah minta RM5 juta agar meminta RM1 juta. Tuntutan dikurang sebanyak RM4 juta dengan harapan ada orang-orang UMNO akan memberinya kerana jumlah telah banyak dikurangkan.
Namun orang-orang UMNO yang dihubungi Azlan masih gagal memberinya RM1 juta. Di sini Allah telah menyelamat dan melindungi UMNO. Jika ditakdirkan ada orang-orang UMNO yang memberi Azlan RM1 juta ketika itu maka akan gegak gempitalah satu negara bahawa UMNO merasuah ayah Saiful untuk menutup mulutnya daripada menceritakan kebenaran kes liwat yang dihadapi anaknya.
Permintaan RM1 juta itu adalah perangkap yang dipasang oleh ayah Saiful seperti yang dirancang oleh Azmin dan Johari Abdul. Azlan juga diminta untuk memujuk Saiful agar membuat pusingan U bersama dengannya. Namun Azlan gagal dan bergaduh dengan Saiful sehingga keluar dari rumah yang didiaminya bersama Saiful.
Namun begitu Azlan diminta oleh Azmin dan Johari agar tidak putus asa dan terus memujuk Saiful. Hubungan Azlan dengan Saiful kembali pulih. Tetapi usahanya masih lagi terbantut.
Sehinggalah muncul cerita penglibatan Anwar dalam insiden di Lahad Datu seperti yang dilaporkan oleh pihak perisikan Filipina membuatkan Anwar mula gelabah dan kelam kabut kerana pekungnya telah pecah.
Lalu untuk menutup isu berkenaan Azlan diminta muncul dalam keadaan tergesa-gesa dan masih lagi tidak bersiap sedia serta tanpa Saiful bersamanya.
Atas sebab itulah sidang media Azlan diadakan secara tertutup di sebuah kondominium yang ada kaitan dengan Azmin Ali di Ampang, dan hanya wartawan terpilih pro-Pembangkang sahaja yang dijemput.
Azlan dijanjikan RM5 juta dan turut diberi keyakinan bahawa Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13 nanti. Bayaran RM5 juta itu dibahagikan kepada 3 fasa. Setiap fasa pula terbahagi kepada beberapa bahagian.
Baca seterusnya di sini
Sabtu, 9 Mac 2013
Video Sidang Media Saiful Bukhari Azlan
Rakaman Video Sidang Media Saiful Bukhari Azlan menjawab tuduhan ayahnya, Azlan Mohd Lazim pada 8 Mac 2013.
Jumaat, 8 Mac 2013
Kenyataan Media Saiful Bukhari Azlan
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5 tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
5. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
6. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH S.W.T. Yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.
8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
9. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar bin Ibrahim ini.
10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)
2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5 tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
5. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
6. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH S.W.T. Yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.
8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
9. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar bin Ibrahim ini.
10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)
Azlan Tidak Nafi Saiful Diliwat
Tidak mampu menepis isu pencerobohan pengganas Sulu, pihak Pakatan Rakyat pastinya mengharapkan kenyataan ‘U-Turn’ bapa Saiful Bukhari, iaitu Azlan Mohd Lazim, akan dapat menyelamatkan sedikit kredibiliti Anwar yang sudah hancur lebur.
Kenyataan melalui sidang media itu berbunyi, “Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya." Dengan itu, beliau ingin memohon maaf dari Anwar secara terbuka dan juga secara bersemuka.
Menurut Azlan, tuduhan liwat terhadap Anwar oleh anaknya, adalah konspirasi politik. Beliau juga secara langsung menuduh pemimpin negara dengan menyatakan, "Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang oleh pegawai khas pemimpin kanan negara”. Beliau juga menyatakan yang beliau turut terlibat dalam fitnah tersebut dengan ‘membaca skrip’ yang disediakan atas alasan ‘sayang kepada anak’. Bagaimanapun, Azlan tidak pula menafikan secara nyata yang Saiful telah diliwat Anwar. Menurut Azlan, ‘U-Turn’ ini dibuat kerana merasa tidak tenang setelah ‘MENGUMPUL MAKLUMAT’ dan MAKLUMAN dari orang ramai tetapi mengaku bahawa beliau tidak pernah berbincang dengan pihak pemerintah. Kata Azlan, semuanya dirancang oleh dan melalui seorang pegawai khas. Jika benar, segala kenyataan Azlan ini, kita tertanya-tanya, entah apa yang difikirkan oleh Azlan ketika beliau ‘membaca skrip’ untuk ‘memfitnah Anwar’ dan entah apa yang dirasainya ketika duduk bersila di sebelah Saiful yang melafazkan sumpah mubahalah di dalam masjid. Perlu diingatkan bahawa Saiful telah bersumpah laknat di mana jika beliau telah tidak berkata benar maka sumpah tersebut akan memakan dirinya selama 7 keturunan. Lebih dahsyat lagi, Saiful juga telah bersumpah di hadapan Kaabah di Tanah Suci Mekah. Maka dengan itu, kita tidak terkejut apabila Saiful langsung tidak berganjak dan pantas menangkis kenyataan bapanya seperti yang tersebar luas di laman sosial dan media alternatif sekarang:'bapak diperguna.sy tetap istiqamah.Tdk sesekali berganjak.Tgh fikir tindakan balas, selanjutnya, sy tak mahu melatah.Salam buat rakan2 lain..' - Saiful BukhariBapa Saiful yang diketahui umum adalah penyokong Anwar tegar sebelum ini. Beliau mengenali Anwar secara peribadi dan turut berada bersama Anwar di Masjid Negara ketika Reformasi. Mendapat berita yang anaknya bekerja dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kebanggaan buatnya. Malah, pada awalnya, beliau juga sukar menerima cerita Saiful diliwat Anwar tetapi akur dengan tangisan anaknya serta rangkaian kejadian dan bukti berkaitan. Beliau merupakan antara yang paling kecewa apabila anaknya kalah dalam perbicaraan dan beberapa kali membuat kenyataan untuk terus membela anaknya. Beliau membidas siapa saja, termasuk Majlis Peguam yang cuba menghalang pihaknya membuat rayuan. Akhirnya, atas usahanya jugalah, kes tersebut kini berada di tangan Mahkamah Rayuan. Tetapi, tidak semena-mena, tatkala Anwar Ibrahim sudah tidak mampu menepis dan mengelak isu Sulu, Azlan tiba-tiba membuat U-Turn dan menyatakan yang Saiful tidak pernah menceritakan segala-galanya secara terperinci tetapi hanya mendengarnya melalui media. Bolehkah dipercayai bahawa selama beliau ke hulu ke hilir keluar masuk rumah, masjid, pejabat peguam, mahkamah dan Mekah bersama anaknya, kedua beranak ini tidak pernah bercerita secara terperinci tentang apa yang terjadi? U-Turn jenis apakah ini? Bagaimana Azlan boleh menuduh pemerintah berkonspirasi jika beliau tidak pernah dipanggil atau bertemu dengan pemerintah secara langsung? Apakah kredibiliti kenyataannya jika ia hanya berdasarkan maklumat yang dikumpul sendiri dan makluman orang ramai? Apakah sidang media Azlan lebih berkredibiliti dari sumpah laknat di Mekah ataupun bukti di mahkamah? Sebenarnya, tidak sukar bagi rakyat untuk menilai isu ini, kecuali bagi mereka-mereka yang telah buta kerana memuja Anwar Ibrahim. Anwar tidak boleh mengalih perhatian kita dari isu Sulu, biar berapapun yang dilaburkannya untuk sesiapa saja membuat U-Turn mengenai apa jua isu yang berkaitan dirinya. Isu Sulu adalah isu nyawa rakyat dan kedaulatan negara. Isu Azlan adalah isu maruah anak dan keluarganya. Mungkin Azlan tidak punya maruah dan boleh dibeli dengan harga tertentu, tetapi beliau bertuah kerana mempunyai anak yang soleh kerana sanggup mempertahankan maruah dan kebenaran yang dilafazkannya di hadapan kaabah atas nama Allah SWT, walaupun terpaksa menentang bapa sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)




