Nuffnang

Rabu, 28 Oktober 2015

Nizar Lambai Mengaku Fitnah PM

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin @ Nizar Lambai dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah beliau tiga tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohammad Nizar pada surat bertarikh 22 Oktoberlalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Mohammad Nizar dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara jam 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf masih tergantung Nizar kena jumpa tuan punya badan yg difitnah minta ampun kerana memfitnah kerana undang2 akhirat masih ada lagi.

Tanpa Nama berkata...

maaf tu maaf jugak ...tupun mintak maaf setelah disaman...kalo tak saman lepas gitu ajelah....tapi gak kalo nak kiralah macam mana dgn maruah Najib yang dah tercalar semasa dan selepas pru 13 sampai hari ini?

sulit tau bab fitnah orang ni...berlanjutan sampai kiamat lee jawabnya.

Tanpa Nama berkata...

Alahai Nizar Lambai...