Nuffnang

Khamis, 20 Jun 2013

Beranikah @AnwarIbrahim Hadir Pembukaan Parlimen?

“Jika benar menolak keputusan Pilihanraya Umum ke 13, tidak perlu hadir ketika pembukaan Parlimen pada 24 Jun kelak”.

Itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam majlis syarahan jamuan tengahari yang bertajuk ‘PRU-13 Terima Keputusan Rakyat’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Majlis syarahan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Beliau menyatakan demikian kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mempertikaikan ketelusan SPR dalam mengendalikan PRU-13 yang baru lalu. Terkini himpunan 'Blackout 505' akan dianjurkan pada 22 Jun di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Wan Ahmad turut menyatakan bahawa proses pilihanraya di Malaysia antara yang terbaik di dunia apabila tiada satu borang pencalonan pun ditolak ketika penamaan calon pada 20 April lalu.

Sistem pilihanraya di Malaysia yang berkonsepkan ‘Majoriti Mudah’ atau First Past The Post merupakan sistem yang diamalkan di 66 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, India dan Nigeria.


Sistem yang mengguna pakai pemilihan mengikut kawasan dibahagikan kepada Parlimen dan Negeri (DUN). Rakyat sebagai pengundi berdaftar layak untuk memilih calon yang mewakili parti. Kemenangan calon pula mengikut jumlah majoriti mudah melalui peti undi. Manakala parti yang memenangi kerusi terbanyak layak membentuk kerajaan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana ada dia takut - dia akan masuk parlimen dengan selamba je!