Nuffnang

Rabu, 26 Jun 2013

Al-Fatihah : EXCO Terengganu Meninggal Dunia

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kuala Besut Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar, 55, meninggal dunia jam 10.18 pagi tadi.

Allahyarham yang dikejarkan ke Hospital Daerah Besut, Terengganu, Khamis lalu kerana kesukaran bernafas meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Menurut Che Ku Mustafa Che Ku Mat, allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru yang dihidapinya sejak 5 bulan lalu. Beliau merupakan Setiausaha Penyelaras Dun Kuala Besut memaklumkan bahawa jenazah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.


PP: Bersedia untuk mengharungi Pilihanraya Kecil Pertama.

Ahad, 23 Jun 2013

IPU Muar 746 @RazaliIbrahim @KhaledNordin @MuhyiddinYassin @NajibRazak


Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Muar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang www.doe.gov.my/apims/ jam 7 pagi ini 
adalah 746.

Bacaan ini menunjukkan peningkatan yang luar biasa berbanding bacaan IPU 453 pada jam 4 petang semalam.

Bacaan IPU 746 ini mewajarkan pihak berkuasa membuat perisytiharan darurat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi daerah Muar dan kawasan sekitarnya.

Sabtu, 22 Jun 2013

Himpunan #Blackout #KL622 'Gagal' Menurut @khalidismath



Himpunan #Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok siang tadi 'GAGAL'. Ini kerana ia tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh salah seorang aktivisnya semalam.

Dalam twitternya semalam Khalid Mohd Ismath menyasarkan agar :

1. 3 buah trak Polis diterbalikkan.
2. 2 buah trak penyembur air (water cannon) ditumbangkan.
3. 3 buah bas Unit Simpanan Persekutuan dipunahkan.

Namun begitu, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tiada sebarang provokasi terhadap anggota keselamatan terutamanya Polis. Sepanjang perjalanan peserta himpunan menuju ke Padang Merbok juga lancar. Di Padang Merbok pula Polis dipuji melambung-lambung oleh Nurul Izzah kerana membantu melancarkan perhimpunan mereka (kononnya).

Layanan terindah Peserta #Blackout505



Inilah antara sikap terpuji peserta himpunan Blackout505 yang berlangsung di Padang Merbok siang tadi.

Tontonlah dengan minda terbuka.

#Blackout505 #KL622 Tabung Plastik Kutipan Derma Dilancarkan

Dalam setiap perhimpunan, ceramah serta perjumpaan DAP/PAS/PKR acara kutipan derma sudah menjadi acara wajib. Tanpa kutipan derma umpama tidak sah acara yang dilangsungkan.
Hari ini, di Padang Merbok, untuk kesekian kalinya siri kutipan derma dilakukan lagi. Seperti biasa unit Amal Pas diberikan tanggungjawab membuat kutipan.
Alasan kutipan kali ini adalah bagi menampung kos Petisyen Pilihanraya.