Kerajaan PKR Selangor yang diketuai Menteri Besar, Khalid Ibrahim dalam kebanyakan kenyataan media seringkali menuding jari menyalahkan kelemahan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai punca berlakunya krisis air di Selangor.
SYABAS dituduh tidak berupaya menambah baik sistem bekalan air termasuk menukar ganti paip air lama yang menyebabkan kadar peratusan air tidak berhasil (NRW) di negeri itu masih berada di paras yang tinggi.
Serentak dengan itu juga Khalid menjadikan alasan tersebut untuk menjustifikasikan pentingnya penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu.
Walhal umum mengetahui sejak Selangor diambil alih oleh PKR, kerajaan negeri telah bertindak membekukan perbelanjaan modal (Capex), akibatnya pemegang konsesi air itu terpaksa menghentikan kerja pembaikan serta menaik taraf paip.
Bila mana naik taraf paip air dihentikan disebabkan Capex disekat, bermakna sasaran 19.98% NRW gagal dicapai. Tanyalah sesiapa pun hatta kanak-kanak yang baru masuk sekolah rendah pun tahu, tanpa modal perbelanjaan tidak mungkin barang lama berganti baru.
Sedangkan ramai yang maklum sekiranya Capex tidak disekat, sasaran tersebut tidak mustahil dicapai. Sebagai contoh, dengan adanya Capex hasilnya pada tahun 2005 NRW yang ketika itu ialah 42.78% telah berjaya dikurangkan kepada 37.65 peratus.
Manakala bagi tahun 2008 37.28% NRW berjaya diturunkan kepada 33.17%. Namun selepas Kerajaan PKR Selangor menyekat SYABAS menggunakan modal perbelanjaan Capex kesannya NRW kekal diparas 33%.
Jelas sekali tujuan Kerajaan PKR Selangor menyekat Capex tujuannya tak lain tak bukan untuk mensabotaj SYABAS supaya orang ramai akan memfokuskan kemarahan mereka kepada syarikat konsesi air itu selanjutnya menyokong saranan MB Selangor untuk penstrukturan semula bekalan air.
Menyedari masalah yang dihadapi SYABAS jika gagal ditangani segera kesan tempiasnya akan menyebabkan orang ramai berdepan risiko masalah bekalan air bersih akhirnya Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil inisiatif memberi peruntukan tambahan RM120 juta.
Peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang telah diberikan kepada Syabas sebelum ini bertujuan untuk menambah baik bekalan air sekaligus mampu mengurangkan kesan sampingan terhadap kehidupan rakyat Selangor.
Sepatutnya PKR dan rakan sepakatannya dalam PR yang memerintah Selangor tika ini yang sebetul-betulnya perlu memikul tanggungjawab membantu SYABAS apatah lagi Kerajaan Negeri sendiri memiliki kepentingan 30% dalam syarikat konsesi air itu.
Dengan kata lain bantuan kewangan RM120 juta mahupun RM606 juta itu patutnya adalah tanggungjawab Kerajaan PKR Selangor dan bukannya Kerajaan Pusat. Tapi disebabkan MB yang paling lembap dalam sejarah negeri itu terlampau kemaruk mahu mengambil alih SYABAS demi kepentingan kroni sendiri akhirnya tanggungjawab tersebut gagal dilakukan.
Mujurlah Kerajaan Pusat cepat menyedari denyut nadi kebimbangan khalayak umum, lantaran itu tanpa mengira perbezaan politik maka bantuan kewangan tetap disalurkan demi memastikan keselesaan rakyat disamping mengekang kesan sampingan lain terhadap perkembangan ekonomi negeri.
Jika diharapkan Kerajaan PKR Selangor yang asyik mengutamakan kepentingan politik silap gaya saban minggu ada sahaja masalah bekalan air berlaku sebagaimana yang terjadi baru-baru ini.
Apapun, majoriti rakyat Selangor kini semakin faham permainan politik Kerajaan PKR Selangor yang ternyata mendahulukan perihal politik kepartian mengatasi kepentingan khalayak, bukannya satu model kepimpinan yang baik.
Cukuplah hampir 5 tahun rakyat Selangor dibuai retorik politik dan polemik yang tidak berkesudahan. Justeru itu, eloklah PRU 13 kelak ditalkinkan sahaja Khalid Ibrahim dan kerajaannya itu.
Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Khalid Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalid Ibrahim. Papar semua catatan
Rabu, 6 Februari 2013
Krisis Air : RM120 Juta Sepatutnya Dari Kerajaan Selangor Bukannya Kerajaan Pusat
Bubar DUN Awal MB Selangor Nak Lari Tuntutan Rakyat
Beberapa hari kebelakangan ini ramai rakyat Selangor yang kelihatan tersenyum sumbing dan saling bergelak ketawa sesama sendiri yang jika dilihat dari jauh tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, orang lain yang melihat tentunya kehairanan.
Sebenarnya kebanyakan rakyat Selangor tika ini sibuk memperkatakan lawak terbaru yang dipersembahkan oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang baru-baru ini telah buang tabiat mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan selepas perayaan Chap Goh Mei.
Menurut Khalid, pembubaran awal DUN itu akan dilakukan seandainya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak masih tidak menetapkan tarikh pembubaran Parlimen di peringkat Pusat.
Kononnya dengan berbuat demikian, maka Khalid bermimpi sekiranya tiba-tiba PM membubarkan Parlimen pada akhir Februari 2013 maka bolehlah beliau mendakwa Kerajaan Pusat telah tunduk kepadanya.
Padahal, soal bila PM mahu mengumumkan pembubaran Parlimen patutnya tidak perlu dirunsingkan oleh Khalid. Jika sudah tidak sabar sangat, kenapa tidak sekarang Selangor membubarkan DUN?
Bubar awal, serentak atau sebaliknya, tidak menjadi masalah bagi BN, mana-mana satu tetap memberi manfaat tersendiri kerana senario politik semasa sememangnya sudah memihak kepada BN. Tumpuan BN sekarang untuk memastikan waktu yang tepat supaya majoriti dua pertiga yang selesa di Selangor dan dua pertiga yang kukuh di peringkat Pusat benar-benar menjadi realiti.
Namun demikian, disebalik pengumuman Khalid itu selang sehari dua kemudiannya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula mengeluarkan kenyataan belum ada kata putus untuk melakukan pembubaran DUN berasingan dari Parlimen. Tak pasal-pasal Khalid malu sendirian kerana mendahului ketuanya.
Bagi khalayak ramai pula, pengumuman MB selangor itu dilihat umpama lelucon politik yang sudah berulang kali diulang siarannya lebih-lebih lagi ia diwar-warkan ketika sebahagian pemimpin PR sibuk mempertikaikan ketelusan senarai daftar pemilih SPR serta keadilan perjalanan pilihanraya yang diuruskan olehnya.
Tambah menggelikan hati khalayak bila mana kesediaan Khalid untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri dilaksanakan secara berasingan dengan Parlimen itu timbul tatkala ramai rakyat negeri ini menuntut Kerajaan PKR Selangor menunaikan pelbagai tunggakan janji yang belum ditepati.
Nampak sangat pengumuman itu hanyalah satu usaha untuk mengalih tumpuan umum disamping bertujuan mengelakkan Kerajaan Negeri pimpinan PKR dapat lari dari tuntutan rakyat. Jika Khalid fikir pengumumannya itu menyebabkan rakyat lupa janji PRU-12 2008 yang gagal dilunaskan oleh PR, memang silap besar.
Tapi itulah kenyataannya, sudah menjadi satu tabiat semulajadi para pemimpin PR bila masuk bab berjanji merekalah yang ke depan, bila tiba masa rakyat menuntut janji, macam-macam alasan diberikan untuk mengelakkan diri dari menepatinya.
Selagi segala janji belum ditepati, usahlah Khalid mahupun PR mengharapkan keajaiban tambahan pula disaat kedudukan dan imej PR di Selangor tika ini semakin merudum pada pandangan umum.
Jika PRU 13 nanti, PR dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN itu sudah dikira bernasib baik, untuk dapat lebih dari angka itu, bolehlah PR sekadar bermimpi sahaja disiang hari.
Langgan:
Ulasan (Atom)

