KERAMAT MALL mula dibina ketika penghujung tahun 90-an dengan tujuan asalnya adalah bagi menggantikan Pasar Dato' Keramat yang sudah agak uzur.
Malangnya, pembinaan tersebut menghadapi pelbagai masalah sehingga termasuk dalam statistik projek terbengkalai.
Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan pembinaannya diteruskan bagi kemudahan rakyat.
Akhirnya, Keramat Mall telah dibuka untuk aktiviti perniagaan sejak 2011 tetapi hanya beberapa premis yang beroperasi, itupun kebanyakannya hanya kedai-kedai makan.
Pada 8 Jun 2013, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan penubuhan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat di Keramat Mall.
Ianya disahkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani pada 1 Jun 2014 bahawa pusat itu dijangka beroperasi menjelang akhir tahun 2014.
Semalam, 9 Mei operasi Mini UTC Keramat bercuti sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Mengikut notis yang ditampal di pintu masuk Keramat Mall, operasi Mini UTC Keramat akan beroperasi seperti biasa pada hari ini (10 Mei 2018). Tetapi tinjauan saya pada jam 12 tengahari tadi menunjukkan bahawa ia masih ditutup.
Persoalannya, selapas hampir 4 tahun beroperasi, adakah inisiatif yang diwujudkan bagi kemudahan rakyat yang memusatkan beberapa agensi kerajaan di bawah satu bumbung oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional - BN) bakal ditutup terus?
Sesuatu yang sangat menjelikkan apabila kerajaan baharu yang bakal ditubuh kelak menamatkan operasi Mini UTC Keramat yang sejak hampir 4 tahun lalu memudahkan urusan penduduk setempat.
Semoga satu tindakan positif dapat diambil bagi kemudahan rakyat. Janganlah hanya kerana logo 1Malaysia yang tersergam di hadapan UTC tersebut mengakibatkan operasinya ditutup.
7 ulasan:
Bagus tuan blogger,
Info mcm ni lar yg kita nak.. Walaupun kerajaan sudah bertukar tangan, namun setiap permasalahan rakyat harus diutarakan secara berkhemah..
Penulisan tuan blogger ini sgt bagus..
Semoga wakil rakyat baru utk parlimen titiwangsa iaitu YB rina harun diberitahu ttg perkara ini.. Dan semoga ianya juga dpt dimajukan terus kpd perdana menteri yg baru iaitu tun dr mahathir mohammad..
Teruskan penulisan saudara dgn info / kritikan yg membina secara berkhemah..
Gud luck!
Tuan ko dah jatuh, so mau cerita apa lagi, semua bawah pm dulu nii, bullshit, termasuk blog hampeh taik nii...
Tuan ko dah jatuh, so mau cerita apa lagi, semua bawah pm dulu nii, bullshit, termasuk blog hampeh taik nii...
Relax bro,
Yg mana kerajaan terdahulu buat sekiranya mmg ia bagus.. Kita teruskan demi rakyat atau penduduk di kawasan tersebut juga..
Melainkan ia mmg tidak bagus utk rakyat, kita hapuskan dan ganti kpd yg lain yg lebih bagus..
Tujuan undian yg dibuat pd pru lepas adlh utk mendapatkan kepimpinan yg lebih baik berbanding kepimpinan kerajaan terdahulu..!
So sekarang kita masuk ke fasa baru.. Bukan lagi kutuk mengutuk atau keji mengeji..!
Dan skrg bukan zaman utk kita taksub kpd mana2 parti politik atau pemimpin..!
Skrg zaman yg betul kita puji.. Yg salah kita tegur..!
FOR BETTER NATION!! MALAYSIA BOLEH!!
Kerajaan ular salin kulit Bak.kenapa buang benda yang elok untuk ramai.berdendamlah dengan pemimpin tapi jangan rakyat ramai.
Thank you for this excellent post. Very informative!
https://www.swin55.online is arguably the most prominent online casino in Malaysia, bringing you the hottest, top trending games on the internet, all in one destination. 918 Kiss has all sorts of entertainment content, ranging from fishing games and live table games to one of our main attractions that is slot games.
kiss918
kiss918 online
Kiss918 apk
Pemulihan Keuangan Melalui bantuan Pedro, petugas pinjaman yang bekerja dengan perusahaan pinjaman terkemuka alamat emailnya: pedroloanss@gmail.com juga berbicara dengannya melalui whatsapp: +393510140339. Itu Emailnya. Saya Leonardo Hugo, seorang ahli agronomi yang mampu menghidupkan kembali Pabrik Pakan Ternaknya yang sekarat melalui bantuan pemberi pinjaman GodSent yang dikenal sebagai Pedro Jerome the Loan Officer. Saya ingin Anda tahu bahwa Layanannya adalah tempat yang tepat bagi Anda untuk menyelesaikan semua masalah keuangan Anda karena saya adalah kesaksian hidup dan saya tidak bisa menyimpan ini sendirian ketika orang lain meminta cara untuk mengangkatnya secara finansial. Saya ingin Anda semua menghubungi pemberi pinjaman yang diutus Tuhan ini menggunakan perincian seperti yang dinyatakan untuk mengambil bagian dalam kesempatan besar ini dan juga mereka bekerja dengan bank yang baik/bereputasi yang mentransfer uang tanpa penundaan ke rekening saya.
Catat Ulasan