Nuffnang

Rabu, 10 Julai 2013

Calon PAS Dun Kuala Besut, Azlan Yusof

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Ceramah Perisytiharan Calon PAS PRK  Kuala Besut bertempat di Kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut, Majlis yang dipengerusikan oleh Wan Azhar bin Wan Ahmad YDP PAS Kawasan Besut manakala perisytiharan calon PAS di umunkan oleh YB Dato Seri Abd Hadi bin Awang.

PAS memilih  Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM gred 3, walaubagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan.

Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut  telah di adakan di Kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut, Antara kepemimpinan yang hadir adalah Mohamad Sabu-Timb Presiden PAS Pusat, YB Dato Husam bin Musa-Naib Presiden PAS Pusat, Dato Mustaffa bin Ali dan YB Mohd Abd Wahid bin Endut-Peseruhjaya PAS Terengganu.

Pada majlis tersebut PAS juga telah melancarkan derma secara besar besaran bagi membantu calon yang bakal bertanding & memudahkan pergerakan Parti.


Sumber

3 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Banyak duit tu guna untuk melobi...al maklumlah kontraktor boleh jadi lubuk duit!

Dah tu dia jadi Bendahari kawasan senang nak pulun duit dana dari DAP dan Yahudi datang mencurah-curah.

parangpanjang berkata...

Kalau tak silap kontraktor Kelas 'A' tu...

hanizam berkata...

biasalah...tender gomen masuk...lepas tu kutuk juga dalam ceramah kononnya gomen zalimlah...itulah..inilah...